BERITA MALAYSIA KINI
Pilihan Terbaik Setiap DetikArkib bagi Mac, 2008
Polis ketatkan kawalan, tekanan di Tibet meruncing – sinar harian
BEIJING – Kekacauan di ibu negara Tibet nyata semakin meruncing apabila pihak polis dilihat terpaksa mengetatkan kawalan keselamatan semalam.
Tidak jelas apa sebenarnya yang berlaku di Lhasa kelmarin bagaimanapun berdasarkan sistem pesanan ringkas (SMS) yang dihantar oleh polis kepada penduduk Tibet menyatakan pemeriksaan keselamatan yang dilakukan telah ‘menakutkan para penduduk’ dan menyebabkan mereka panik.
Sementara itu, Kempen Antarabangsa untuk Tibet berpangkalan di Washington dan Radio Bebas Asia menyatakan, yang saksi melihat penduduk “berlari tidak tentu arah sambil menjerit”.
Tidak jelas jika pemeriksaan keselamatan itu dilakukan sebagai tindak balas kepada protes, ataupun pemeriksaan itu sendiri yang menyebabkan huru-hara.
“Tolong patuhi undang-undang, jangan reka dan percayakan sebarang khabar angin, dan jangan sebarkan khabar angin tersebut,” menurut mesej tersebut, yang dicetak semula oleh Kempen Bebaskan Tibet dan kempen Antarabangsa untuk Tibet.
Tekanan tersebut tiba-tiba hadir di saat China sedang bersedia untuk menerima obor Olimpik di ibu negaranya, Beijing hari ini, sebagai menandakan bermulanya larian obor berganti-ganti di dalam dan luar negara yang diharapkan China menjadi simbol kesatuan rakyat untuk sukan Olimpik pada Ogos ini.
China cuba mengurangkan kritikan terhadap polisi mereka di Tibet dan tanggungjawab mereka terhadap kekacauan yang berlaku di sana, bagaimanapun mereka terpaksa berhadapan dengan protes selama berminggu-minggu lamanya di saat obor Olimpik sedang mengelilingi dunia.
Kekacauan bermula dengan protes aman sami di Lhasa yang kemudiannya bertukar menjadi rusuhan pada 14 Mac, sehingga menyebabkan 18 penduduk awam terbunuh, dan dalang di sebalik kekacauan ini dipercayai dilakukan oleh Dalai Lama, pemimpin spiritual Tibet.
Dalai Lama yang melarikan diri dari China pada 1959 selepas gagal dalam pemberontakan terhadap pemerintahan Komunis di China, menafikan beliau terlibat dalam kekacauan tersebut.
Perdana Menteri China, Wen Jiabao yang bercakap dari Laos semalam mengulangi pendirian kerajaan dengan menyatakan rusuhan di Lhasa adalah ‘kejama dan merupakan satu jenayah’.
“Mereka telah melukakan hati rakyat Tibet sendiri,” kata beliau kepada wartawan televisyen Hong Kong.
“Kami berharap kerajaan-kerajaan di seluruh dunia dan pihak media menilai perkara ini secara objektif dan adil. Kerajaan China mempunyai kemampuan untuk menyelesaikan masalah ini,” tambah beliau. -REUTERS
Wakil rakyat diseru elak bermegah – sinar harian
KOTA BHARU – Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra mengingatkan semua wakil rakyat supaya memanfaatkan mandat yang diberikan rakyat dengan penuh tanggungjawab dan menganggapnya sebagai satu amanah dan bukannya untuk bermegah untuk kepentingan diri.
Baginda bertitah, setiap pemimpin yang dipilih rakyat perlu menjadi pemimpin yang bertakwa dan jangan mengamalkan amalan pijak memijak antara satu sama lain.
“Beta ingin mengingatkan semua wakil rakyat bahawa mandat yang diberikan rakyat adalah satu amanah dan tanggungjawab, bukan satu kemegahan yang menjadi bahan perebutan dan peluang keemasan untuk kepentingan diri.
“Jadilah pemimpin yang bertakwa dan ingatlah kita akan mati dan orang sekeliling kita tahu apa yang kita buat, jangan pijak memijak antara sesama sendiri,” titah baginda.
Titah baginda lagi, kerajaan yang baru dibentuk selepas pilihan raya diharap dapat menjana dan memperkukuhkan pengurusan kewangan kerajaan.
“Elakkan pembaziran di samping mengambil langkah yang lebih berkesan dan mantap bagi menjana sumber pendapatan negeri. Pastikan perbelanjaan kerajaan diurus tadbir dengan baik dan cekap.
“Mencari sumber baru bagi meningkatkan punca hasil negeri dengan menjadikan sumber mineral seperti minyak dan emas sebagai sumber baru. Di samping menarik para pelabur untuk melabur di negeri ini,” titah baginda lagi.
Baginda bertitah demikian selepas Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan baginda yang ke-58 di Istana Balai Besar, dekat sini, semalam.
“Beta mengambil kesempatan ini untuk menyeru semua pihak supaya memelihara sumber hasil negeri dengan merancang pembangunannya sebaik mungkin. Pihak pegawai kerajaan perlulah memastikan pengusaha terlibat mematuhi undang-undang dan peraturan.
“Pengurusan berkaitan dengan hutan simpan hendaklah dibuat dengan telus, berkesan dan memikirkan implikasi jangka panjang kepada rakyat,” titah baginda.
Turut berangkat ke majlis tersebut ialah Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid, Tengku Mahkota, Tengku Muhammad Faris Petra, Tengku Ampuan Mahkota, Tengku Zubaidah Tengku Nooruddin, Tengku Bendahara, Tengku Muhammad Faiz Petra dan Tengku Temenggong, Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Tengku Amalin A’isyah Puteri.
Hadir sama ialah Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Baginda turut mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar, anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri (Exco) dan wakil rakyat yang memenangi pilihan raya yang lalu dan berharap kerajaan yang baru dibentuk akan terus melaksanakan pembangunan yang membolehkan rakyat hidup dalam keadaan aman dan sejahtera.
Titah baginda, exco yang dilantik perlu melaksanakan peranan mengikut portfolio masing-masing dan sekiranya wujud perkara yang kurang jelas, rujuklah kepada pihak berkenan melalui saluran tertentu.
“Beta bersyukur bila mendapat faham bahawa jalinan perpaduan antara pegawai perkhidmatan awam negeri dan persekutuan serta agensi dan badan berkanun semakin erat dan mantap.
“Sesungguhnya kerjasama ini merupakan salah satu kunci penting kejayaan dalam penyampaian perkhidmatan jabatan dan agensi kerajaan kepada rakyat jelata,” titah baginda.
Baginda dan Raja Perempuan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid turut menyampaikan ucapan penghargaan kepada mereka yang terlibat sempena sambutan perayaan ulang tahun hari keputeraan baginda.
Mahathir tuduh Abdullah hancurkan masa depan lima parti komponen BN – harakahdaily
| Mohd Sabri Said & Saiful Lizan Mon | Mar 31, 08 | 3:34:24 pm MYT |
|
| GEORGETOWN, 31 Mac (Hrkh) - Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menuduh Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi menghancurkan lima parti teras semasa pilihanraya umum lepas bilamana kesemua parti seperti Umno, MCA, MIC, Gerakan dan Barisan Nasional (BN) kalah teruk.Ketika berucap di majlis anjuran Persatuan Melayu Tanjung di Hotel Searaton, Jalan Macalister beliau berkata, sungguh memalukan apabila PM begitu terburu-buru mengadakan pilihan raya terlalu awal dan dalam situsi tidak selamat bagi BN mengekalkan kuasa.
“Saya katakan kalah dalam menang sebab walaupun dapat membentuk kerajaan tetapi ianya kurang dua pertiga yang membolehkan sebarang undang-undang dibentuk menerusi keputusan kabinet,” ujarnya. Katanya, satu lagi faktor kekalahan BN ialah Perdana Menteri begitu lemah tiada andaian sendiri sebaliknya lebih percayakan orang di bawahnya yang menyembunyian banyak kelemahan. Mahathir berkata beliau percaya untuk menyakin semula rakyat supaya kembali kepada BN akan memakan masa. Ini kerana, rakyat makin bijak berfikir setelah didera dengan kemelut dalaman parti dan isu yang menimbulkan kemarahan rakyat. Jika perkara ini berlaku di era kepimpinan Dato’ Onn Jaafar atau Tengku Abdul Rahman tentu mereka malu dan tidak mustahil bertindak meletakan jawatan. “Apa boleh buat setiap langkah yang dilakukan, ada orang lain yang aturkan. Macam inikah yang dinamakan pemimpin yang memimpin negara, “ujarnya yang disambut tepukan orang ramai. Kesan terlalu menekan rakyat menyebabkan rakyat buka mata dan memilih kerajaan lain yang dianggap lebih baik. Padahal Parti Keadilan Rakyat Malaysia (KeAdiLan), PAS dan DAP mempunyai seribu macam masalah. Katanya, sikap ‘yes man’ untuk mendapatkan habuan juga antara faktor kejatuhan BN baru-baru ini kerana ramai yang menyembunyikan kelemahan. “Bila Perdana Menteri tanya kepimpinan yang ada mereka kata OK boleh buat pilihanraya kerana situasi selamat buat kita. Individu sebegitulah yang merosakan parti dan kerajaan,” ujarnya. Sekarang ini yang lantang bersuara adalah golongan yang kalah dalam pilihan raya umum, yang tidak dilantik menggagotai kabinet dan yang tidak lantik sebagai calon manakala yang lain tutup mulut bimbang dicop dengan label yang menakutkan. – mr |
Khir Toyo mula ‘berblog’, Shahidan pun teringin sama – tranungonline
Posted on Monday, March 31 @ 13:32:41 MYT by greenboc
Oleh kelantankini
“
“KHIR Toyo jadi penulis blog”, begitulah tajuk sebuah akhbar semalam mengenai ‘kerjaya baru’ ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Dato’ Seri Dr Khir Toyo selepas partinya kalah teruk dalam pilihan raya umum di negeri itu baru-baru ini.
Selepas enak berada di kerusi empuk bertahun-tahun lamanya, kini Khir Toyo mula merasai ‘keenakannya’ berada di ‘kerusi kayu’ pula. Sama ada Khir Toyo boleh terus kekal mengharungi cabaran dalam dunia barunya itu hanya masa yang menentukan, cuma agak lucu bila dibayangkan bagaimana seorang bekas Menteri Besar sebuah negeri termaju di Malaysia tiba-tiba terpikat hendak masuk dalam kumpulan ’syok sendiri’ (menurut Menteri Pelancongan, Dato’ Azalina Said).
Beliau berhasrat menjadikan blog berkenaan sebagai salah satu saluran beliau untuk menyuarakan pandangannya terhadap pentadbiran baru kerajaan negeri di bawah Barian Rakyat pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Dalam kata-kata aluannya Khir berkata: “Ia akan menjadi wadah untuk saya berkomunikasi dengan pembaca khusus dalam isu-isu politik dan sosial. Saya akan memanfaatkan blog ini untuk berbicara mengenai masa depan negara dan perjuangan Umno sebagai wadah politik kita.”
Nampaknya Khir memang serius. Ternyata hasrat Khir mendapat maklum balas yang hangat. Setakat saya menulis artikel ini (11.30 pagi) terdapat 247 komen terhadap posting pertama beliau bertajuk “Wadah sebuah perjuangan itu“.
Rata-rata pengunjung mengalu-alukan hasrat Khir dan berharap beliau tidak hanya hangat-hangat tahi ayam. Sebahagian komen sempat saya kumpul di kelantankini.com. Menariknya Khir Toyo turut memberi respon terhadap komen-komen yang sebahagiannya turut menyindir langkah beliau itu.
Sementara itu seorang lagi bekas menteri besar, Dato’ Seri Shahidan Kassim khabarnya bakal menuruti jejak sahabat beliau itu. Harap-harapnya mereka berdua ini tidaklah pula membuat cerita fitnah pula dalam blog masing-masing, almaklumlah pemimpin Umno kata cerita dalam blog tak boleh dipercayai kerana tiada fakta sahih. Apa-apa hal pun selamat berblogging buat Dato’ Seri berdua. Kalau rasa susah nak dapat pengunjung kritiklah sama orang atas macam Dr Mahathir lakukan.
PAKATAN PEMBANGKANG PKR – PAS,adakah melayu islam menang sorak kampung tergadai ?
Mukaddimah
Parti Barisan Nasional telah kehilangan sebanyak banyak kerusi dengan mengalami penurunan yang banyak dan peratusan yang tinggi berbanding pilihanraya 2004.. Faktor kenaikan harga barang, isu jenayah, video skandal seks menteri kanan MCA, kritikan keterlaluan terhadap Samy Vellu, telah menurunkan dengan drastik sekali sokongan rakyat…Mereka telah muak dan benci kepada Barisan Nasional dan bertindak memilih Barisan Alternatif yang dibarisi dari PKR PAS dan DAP… Pakatan tersebut telah mula memerintah di Selangor, Kedah, Perak,dan Pulau Pinang..
Kempen Jom Ubah, tawaran Negara Kebajikan dan berbagai lagi telah menarik perhatian rakyat terhadap apa yang ditawarkan sehingga mereka sangat bangga memilih BA dari mengundi parti tradisi mereka iaitu BN. Meskipun belum lagi nampak janji tersebut dilaksanakan seperti janji janji yang dilontarkan semasa kempen pilihanraya lalu…
Apa yang nyata sekarang ialah Parti DAP telah menunjukkan belangnya hari pertama memerintah di Pulau Pinang. Mereka telah menjadikan dasar DEB sebagai punca kewujudan kronisme, neopotisme dan sebagainya… Mereka merasakan bahawa dasar tersebut tidak adil kepada rakyat bangsa Cina dan India.
Padahal selama ini DEB telah dilaksanakan sejak dari peristiwa 13 Mei 1969 yang telah mencetuskan ketegangan kaum yang sangat teruk di seluruh negara. Fokus DEB ialah membaiki kekurangan yang wujud agar semua akan turut mendapat kebaikan dari kemakmuran ekonomi negara.
Ketika itu hubungan antara kaum terus punah dan masing masing mula membenci antara satu sama lain. Mereka sudah lupa kebaikan jiran yang selama ini berada di sekeliling dan telah menjadikan perkauman sebagai timbangan kepada tindakan mereka meniupkan api kemarahan hingga membawa kepada kematian.
Mereka sudah lupa kebaikan kebaikan yang diperolehi hasil hubungan kaum yang terjalin selama itu sehingga masing masing telah mengecap kenikmatan yang tidak sedikit dalam mengecap kedamaian dari kejayaan pengurusan kerajaan memerintah.
Namun semua itu telah musnah dalam sekelip mata. Mereka terlepas kata dan tertikam saudara senegara. Mereka tidak lagi dapat membezakan antara kawan dan lawan. Antara saudara dan musuh negara.
Hasutan dan khabar angin yang tersebar telah menjadi punca api kemarahan dan juga permusuhan sehingga mereka tidak dapat lagi menahan kemarahan hingga membunuh sesiapa sahaja tanpa ada lagi masa berfikir untuk seketika. Peristiwa tersebut terus diingati tatkala kita mengalami masalah antara kaum dan kurangnya sokongan dari kalangan rakyat. Ketika itu tiada lagi sms dan internet seperti sekarang ini yang boleh menjadi alat kepada propaganda jahat sesetengah pihak menjatuhkan maruah dan intergriti musuh mereka.
Pelik juga kerana kita tidak pernah mendengar pendedahan dari pihak kerajaan terhadap pembangkang padahal kerajaan sangat berkuasa dan mengetahu apa sahaja pergerakan mereka. Namun tiada dimomokkan kepada rakyat tentang kejahatan mereka meskipun ada yang akan marah jika disiarkan dengan berleluasa kejahatan mereka di media utama negara.
Sebenarnya PAS dan PKR adalah perti serpihan dari UMNO yang mana adalah pihak yang tidak berpuas hati dengan parti UMNO khususnya dari aspek penerimaan pendapat dan juga pendekatan yang dijalankan sehingga membawa kepada perpecahan… Mereka golongan serpihan yang terus meluahkan kemarahan dan kebencian sehingga sanggup berkata ‘ dengan syaitan pun ambo sanggup berkawan asal dapat jatuhkan BN. Mereka juga yang berkara kerajaan sangat zalim dengan gelaran Mahafiraun Mahazalim dan lain lain lagi….
Mereka juga dari golongan yang tidak akan mengenang budi meskipun Pak Lah selaku Menteri Dalam Negeri telah berbudi dengan melepaskan anak Mursyidul Am PAS dan juga Penasihat PKR dari terus meringkuk dalam penjara.. Mereka tidak akan ingat atau buat buat lupa… Kerana hasutan dari dalam agar terus melawan sehingga mereka mendapat kemenangan akan terus berkumandang bagi menjatuhkan kerajaan yang sedia ada ini…
Kita tidak kisah jika kerajaan hendak dijatuhkan jika zalim , korup, jahat, menindas, menentang hukum Allah Taala dan sebagainya. Namun tuduhan yang ada hanya tinggal tuduhan yang tidak dapat dibuktikan. Tuduhan yang tidak akan dapat mengaitkan apa apa dengan kerajaan. Bahkan ramai yang sudah digugurkan dari jawatan kerana gosip yang hangat diperkatakan walaupun tiada bukti mensabitkan mereka. Ini tanda kesungguhan dari kerajaan menentang usaha mengamalkan rasuah dan penyelewengan dari terus menjadi barah yang akan terus bernanah di dalam pentadbiran kerajaan…
Padahal PAS juga tidak menguatkuasakan HUDUD ketika memerintah di Kelantan dan Terengganu …Meskipun idea dan juga motto perjuangan mereka berteraskan ke arah mendaulatkan hukum Allah namun kita tidak melihat dengan jelas di mana kegagalan mereka melaksanakannya…
Mungkin ia sangat sensitif hingga didiamkan oleh kepimpinan mereka hingga sekarang takut pakatan rakyat yang baru nak merangkak ini akan tersungkur dan jatuh rebah. Padahal ketika inilah peluang mereka mendapat sokongan kaum lain bagi membentuk kerajaan idaman yang mereka impikan. Meskipun HUDUD ALLAH terpaksa diKORBANkan seketika dari diperkata.
Mungkin inilah dasar sesumpah yang menjadi mainan mereka yang ingin menjadi jaguh di kalangan orang Islam hingga lawan dimaki hamun dan diperleceh walaupun mereka juga tidaklah maksum dan takutkan Tuhan berdasarkan situasi terkini yang berlaku di negara kita….Mereka boleh menghalal seketika dan mengharamkannya di ketika lain pula….
Apakah begitu teruk sekali parti UMNO hingga jika PAS ditawarkan oleh syaitan untuk meruntuhkan UMNO pun sanggup diterima asalkan UMNO akan rebah????
Allah !!! Mengapa teruk sekali kenyataan tersebut dibuat? Apakah kesannya kepada agama dengan kenyataan yang sangat mengejutkan kita tersebut? Apakah ia sekadar kata kata yang tidak membawa apa apa?? Apakah kita masih lagi buta dari melihat bahawa apa yang dikata itu sangat teruk dan menimbulkan seribu satu sangkaan yang sangat teruk kepada UMNO?
Meskipun tetap teguh mempertahankan agama bangsa dan negara dari dulu hingga kini dan selamanya apakah itu imbalannya? Apakah dosa UMNO hingga dikaitkan sangat teruk dari syaitan ? kerana jika UMNO lebih baik dari syaitan tentu tidak akan timbul kenyataan PAS sanggup berkawan dengan syaitan untuk menjatuhkan UMNO…
Adakah menguruskan kehidupan rakyat dan menaikkan negara hingga dikenali ke peringkat dunia satu DOSA ? adakah memberi peluang pekerjaan dan tahap kesihatan yang memuaskan satu DOSA? Adakah menjadikan Islam sebagai agama rasmi Malaysia juga satu DOSA ?
Memang sukar memenuhi semua harapan dan hasrat penduduk Malaysia yang terdiri dari jutaan nyawa dan pegangan agama ….. Tidak ada yang akan menerima seratus peratus apa yang dilakukan. Namun usaha kerajaan tetap diteruskan dalam agenda melunaskan amanah yang terpikul di pundak mereka selaku pimpinan tertingi negara….Dan konsep itulah berdasarkan dasar musyawarah antara semua kaum dibuat dengan tekad ingin berganding bahu dengan semua kaum ke arah mengukuhkan negara hingga disegani di dunia.
Isu Vote Subsidi
Vote atau undi adalah rahsia. Sesiapa sahaja ahli warganegara boleh mengundi. Tanggunagjawab yang dilaksanakan sekali bagi tempoh empat tahun..
Isu undian melayu mengikut peratusan ????? Adakah perlu kita mengimbangi peratusan undian bangsa Melayu untuk memastikan kekuatan politik Melayu akan terus mendominasi arena politik negara ini….? Adakah kita tidak perlu buat apa apa untuk menyusun gerakan mengimbangi undian di kawasan kritikal Cina dan India??? Adakah tiap kali pilihanraya kita perlu bersusah payah pulang jauh semata mata menjalankan tanggungjawab mengundi walhal di bandar bandar utama masih kurang undian untuk bangsa Melayu kita ??
Ini bukan untuk menaikkan kemarahan bangsa lain dengan mengemukakan idea ‘ vote subsidi ‘ ini tapi hanya ingin mengajak kita membuka sedikit minda terhadap apa yang sudah berlaku dan perlu diubah untuk masa hadapan. Kita tidak mahu idea dan pandangan yang baik akan hanya menjadi hak ekslusif sesetengah pihak sahaja dan tidak menjadi pendapat ramai hingga gagal melahirkan usaha padu mempraktikkannya….Jika tidak minda kita akan terus berada di takuk lama.
Bagi mengimbangi kuasa undi bangsa Melayu perlu membuat imbangan undian ke serata kawasan majoriti Cina. Ini kerana survival politik melayu memerlukan satu gerak kerja yang tersusun dan bijak beberapa langkah lebih dari percaturan oleh bangsa lain.
Adakah kenyataan ini berbaur perkauman ? atau ia bagi mengelak peperangan antara kaum ? atau sekadar cadangan yang hanya terlintas tatkala kita melalui gerbang pilihanraya?
Sebenarnya Melayu amat memerlukan imbangan undi di kawasan dan negeri majoriti bukan Melayu.. Menurut pendapat sesetengah pakar politik, BN sepatutnya kalah di 9 negeri tetapi masih lagi mendapat undian dari bangsa melayu yang tetap dengan perjuangan BN sebagai parti tunggak kerajaan kita hari ini. Jika senario ini berterusan kita risau majoriti bangsa Melayu akan kurang di kawasan peratusan tinggi bangsa lain di bandar bandar besar di seluruh negara….
Kerana undian dari kaum lain yang telah memihak kepada PAS dan PKR serta DAP hingga suasana berubah bak ditimpa tsunami yang tidak dijangka kehadirannya….Keghairan ingin mengajar BN telah mengakibatkan suasana tidak tenang dan huru hara timbul di sesetengah negeri sehingga membantutkan sedikit perjalanan awal penubuhan barisan Exco dan majlis mengangkat sumpah..Itu belum lagi episod akan datang yang entah tidak jelas kepada kita untuk memperkatakannya….
Jika imbangan tidak stabil tentu tidak ada lagi kekuatan politik Melayu/Islam selaku penghuni awal dan asal negara ini yang telah mendapat keistimewaan sebagai bumiputera.. Kita bimbang satu hari parti Melayu/Islam akan kehilangan imbangan undian kerana undi sudah berpecah tiga iaitu PAS dan PKR sehingga parti bangsa lain akan mendapat undian tinggi dan majoriti.
Ketika itu apa sahaja yang kita lakukan tentu sudah terlambat kerana hak demokrasi pemilihan pimpinan adalah dari apa yang kita perjuangkan selama ini dan tentu tidak boleh diubah sesuka hati.. Kerana jika Melayu berdaulat di negerinya sendiri tentu tidak akan timbul prejudis dan sangka buruk kepada bangsa lain walaupun keadaan ini tidak juga boleh dijadikan alasan untk mereka berdiam diri menggoyangkan kaki melihat tanpa berbuat apa apa memajukan negara mereka sendiri…
Inilah cabarannya ! adakah kita bersedia?
budak hingusan, sepang selangor darul ehsan
Team Wawasan Bakal Singkirkan Pak Lah !! -tranungonline
Posted on Friday, February 22 @ 00:53:28 MYT by SongkokPutih
Oleh: cucumatkilau
Panas dan pasti sensasi, dalam kehangatan bahang pilihanraya umum ke-12 yang akan diadakan pada 8 Mac 2008 ini, kem UMNO kini kabarnya semakin kecoh dan bercelaru. Ramai yang melihat, sesungguhnya kini ramai pemimpin UMNO sudah mula jemu dengan percaturan politik Pak Lah yang dilihat terlalu lemah. Pak Lah dilihat gagal memberi perkhidmatan yang cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang dilaung-laungkan selama ini. Apa yang jelas dapat dilihat hanyalah imej beliau yang dikaitkan dengan “Islam Hadhari”.
Setelah memenangi pilihanraya umum 2004 dengan majoriti 2/3 kerusi di parlimen, Pak Lah dilihat bakal membawa kecemerlangan kepada negara kita Malaysia. Namun, entah mengapa sikap Pak Lah yang “Cakap Tak Serupa” bikin, jelas menunjukkan yang beliau sememangnya tidak layak untuk menjadi orang nombor satu negara. Pak Lah lebih banyak berjanji kepada rakyat, sedangkan hakikatnya rakyat terus tertindas. Banyak permasalahan rakyat gagal ditangani dengan betul. “Tradisi Membela Rakyat” hanya sekadar menjadi laungan dan mainan tatkala menjelang musim pilihanraya. Sebaliknya pabila rakyat ditindas beliau gagal membela nasib rakyat.
Ketika Pak Lah mengambil alih kepimpinan negara dari Mahathir, beliau dilihat “Mr.Clean” yang bakal membawa perubahan dalam semua aspek. Janji beliau untuk membenteras rasuah, penyelewengan dan sebagainya hanyalah omongan kosong bagi meraih sokongan rakyat terbanyak. Jasa beliau yang boleh dihargainya hanya pabila Pak Lah tidak campur tangan dalam kes Anwar, yang menyebabkan mantan timbalan perdana menteri itu akhirnya dibebaskan. Selebihnya beliau langsung tidak berupaya menangani kehendak rakyat. Beliau membiarkan serta meneruskan amalan yang ditinggalkan oleh rejim Mahathir. Banyak pihak mengandaikan bahawa Pak Lah sememangnya perdana menteri Malaysia yang paling lemah dan tidak berwibawa langsung.
Lantaran itulah, muncul “Panglima Khairy Jamaluddin” iaitu anak menantunya untuk memperbetulkan keadaan kononnya. Sebaliknya kini, Khairy dilihat sebagai virus yang merosakkan terus kewibawaan Pak Lah. Kabar yang diterima, Pak Lah hanya mengikut segala arahan dan kemahuan Khairy hingga menyebabkan anak muda itu tergolong sebagai antara orang-orang yang terkaya di Malaysia dalam sekelip mata sahaja. Biarpun Pak Lah menafikan, namun kita juga digemparkan dengan serangan bertubi-tubi mantan perdana menteri, Mahathir terhadap segala tindakan Pak Lah itu. Mahathir secara jelas menyatakan sememangnya Khairy adalah individu yang lebih berkuasa daripada Pak Lah. Sikap menentang Mahathir ini, jelas amat merungsingkan Pak Lah yang mana akhirnya beliau mencari jalan untuk mencantas dan menutup mulut perdana menteri yang sudah tidak berkuasa itu. Akibatnya, Mahathir selaku “Bapa Permodenan” dan orang yang telah banyak membawa pembangunan negara disingkirkan dan ditolak oleh bahagiannya sendiri iaitu Kubang Pasu dalam pemilihan perwakilan ke perhimpunan agong UMNO ketika itu. Biarpun agenda itu penuh dengan tipu muslihat dan rasuah, namun dek kerana Mahathir sudah tidak mempunyai taring akhirnya Pak Lah berupaya mematikan terus suara Mahathir.
Namun, sedarkah kita dalam kekecohan perbalahan Mahathir dan Pak Lah ketika itu, mantan perdana menteri itu berulang kali menyatakan bahawa Pak Lah bukanlah calon pilihan beliau untuk memimpin negara. Beliau sebenarnya ingin menamakan Najib Razak sebagai perdana menteri. Namun dek kerana memikirkan pengalaman dan usia Pak Lah yang lebih tua dari Najib maka Pak Lah dianugerahkan jawatan tersebut. Tapi, kata Mahathir beliau hanya mahukan Pak Lah menjadi perdana menteri dan presiden UMNO untuk satu penggal sahaja. Bagi penggal yang akan datang, Pak Lah harus berkomporomi untuk memberi laluan kepada Najib pula. Itulah hasrat Mahathir ketika itu. Namun segalanya kini nampak semakin samar-samar. Cengkaman Khairy dilihat jelas berupaya mematikan terus suara orang-orang Mahathir baik dalam UMNO mahupun kerajaan. Kemenangan Khairy untuk jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO jelas telah diatur oleh Pak Lah dalam membayangi orang-orang Najib. Pak Lah tahu, jika orang-orang Najib dibiarkan maka masa depan politiknya sebagai orang nombor satu negara akan suram dan bergelora. Menyedari hakikat itulah kini, berbagai spekulasi terus timbul tatkala menjelang pilihanraya umum ke-12.
Pencalonan Mukhriz Di Langkawi Di Gagalkan
Pak Lah tahu, salah seorang orang Najib yang akan dicantas ialah Hishamuddin. Lantaran itulah Khairy perlu berada di kedudukan selesa sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO, tambahan pula hayat Hishamuddin dalam pemuda akan tamat tempoh dalam masa terdekat ini. Bukankah apabila Hishamuddin melepaskan jawatan itu, pasti anak menantunya Khairy secara automatik akan terpilih. Siapakah yang berani untuk menentang Khairy jika itu kemahuan Pak Lah. Orang yang dilihat berani dan berupaya menentang Khairy ialah Mukhriz Mahathir, ini kerana faktor pengalaman dan pengaruh beliau yang lama berada dalam pergerakan sayap kanan parti karat itu.
Apapun Mukhriz terlebih dahulu dicantas oleh Pak Lah dalam perubatan kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO. Akhirnya Mukhriz terpaksa akur yang beliau kehilangan rentak selepas bapanya Mahathir melepaskan kerusi nombor satu negara. Mukhriz terpaksa pula berhadapan dengan orang-orang Khairy dimana-mana. Khairy terlalu bijak, bahkan hampir semua projek-projek mega kerajaan kini disapu olehnya. Khairy membina empayarnya dengan menawarkan projek-projek mega kepada seteru politiknya terutamanya orang-orang Mukhriz, ataupun lebih jelas lagi orang-orang Mahathir dalam UMNO. Maka akhirnya kini. empayar Khairy Jamaluddin dilihat terlalu kukuh untuk ditentang oleh Mukhriz.
Terbaru, tatkala nama Mukhriz dikhabarkan bakal menjadi calon bagi kerusi Parlimen Langkawi. Mudah sahaja Khairy menggunakan pengaruhnya untuk memadamkan hasrat Mukhriz itu. Alasan yang diberikan oleh Setiausaha UMNO Bahagian itu, Mohd Saiful Mustafa bahawa Mukhriz disifatkan sebagai “calon dari luar” adalah tidak munasabah langsung. Walhal, umum telah megetahui selama ini memang ramai calon luar yang dipunggah bertanding dalam kawasan lain selagi ianya menjadi pilihan pucuk pimpinan parti. Soalnya kenapa Mukhriz “dianaktirikan” dalam hal ini?. Bukankah ini menunjukkan kepada kita bahawa agenda menghapuskan saki baki Mahathir dalam UMNO semakin jelas. Perkara ini sesungguhnya amat memalukan mantan perdana menteri Mahathir yang selama ini telah banyak berjasa menaikkan nama pulau lagenda itu. Bahkan Langkawi boleh diibaratkan sebagai “Rumah Mahathir” ketika era kegemilangan beliau dulu. Namun benarkah pencalonan Mukhriz ditolak oleh bahagian itu ataupun campurtangan Pak Lah dan Khairy?.
Calon Pilihanraya Di Tentukan Khairy
Khairy mungkin melihat penolakkan pencalonan Mukhriz bagi kerusi Parlimen Langkawi sebagai satu balasan atas sikap Mukhriz yang cuba mencabar beliau dulu. Mungkin juga sikap bapa Mukhriz yang cuba menentang bapa mertua beliau iaitu Pak Lah Badawi. Namun tidak bagi Mukhriz sebenarnya. Kini jelas kedengaran bahawa orang-orang Mahathir dalam UMNO bakal dihapuskan satu demi satu. Khairy dilihat sebagai individu yang mencaturkan hal ini. Pak Lah hanya menurut segala arahan dan kemahuan menantunya itu. Ini kerana Pak Lah tahu, Khairy bertindak untuk menjaga “Kuasa” yang beliau ada. Bagi Pak Lah, kuasa adalah yang paling utama. Beliau lebih rela kehilangan segalanya demi kuasa, lantaran itulah beliau langsung tidak merasa malu memberi banyak projek-projek kepada anak-anak dan menantunya itu. Bagi beliau, kuasa yang ada harus dipergunakan sebaik mungkin demi masa depan keluarganya. Apakah orang-orang Mahathir harus berdiam diri semata-mata?.
Tidak lama lagi Pak Lah akan mengumumkan nama calon-calon BN untuk pilihanraya umum akan datang. Beliau sekali lagi menjelaskan bahawa hanya beliau yang layak menamakan siapakah calon yang terpilih untuk bertanding. Maka itu, kemungkinan besar calon-calon terpilih nanti bakal menempatkan ramai muka-muka baru yang sudah tentu merupakan orang-orang Khairy. Biarpun Pak Lah mengatakan beliau yang akan menentukan senarai calon, namun kita harus ingat kemungkinan besar sememangnya iainya telah diatus dan disusun oleh Khairy dengan sebaik mungkin. Pastinya agenda bagi menghapuskan orang-orang Mahathir dalam parti dan kerajaan bakal dilaksanakan. Jika tidak satu pertembungan yang luar biasa akan disaksikan dalam pemilihan UMNO selepas pilihanraya nanti.
Team Wawasan Bakal Benamkan Pak Lah-Khairy
Bagai satu gelombang “Tsunami” bakal melanda, kini jelas kedengaran bahawa Mahathir telah menamakan orang-orangnya bagi menghancurkan Pak Lah. Biarpun kini beliau dilihat tidak bermaya dan berupaya melakukannya. Namun harus diingat, mantan perdana menteri itu adalah manusia yang paling licik dalam politik pernah dicipta oleh UMNO selama ini. Beliau berjaya menghumbankan seterunya Ku Li, kemudian menidakkan kepupayaan penggantinya seperti Musa Hitam, Ghaffar Baba dan kemudiannya Anwar Ibrahim. Maka itu, Mahathir dikabarkan telah menamakan orang-orangnya yang bakal menentang Pak Lah-Khairy dalam pemilihan pucuk pimpinan parti karat itu tidak lama lagi. Apakah Khairy menyedari hakikat ini? Menurut desas-desus yang hangat didengar mutakhir ini ialah nama-nama seperti Najib Razak bakal dicalonkan ke jawatan Presiden UMNO untuk menentang Pak Lah. Naib Presiden pula Ali Rustam kemudian Timbalan Presiden Shahidan Kassim, Zahid Hamidi dan Khir Toyo. Manakala itu Ketua Wanita pula dinamakan Sharizat Jalil dan Ketua Pemuda sudah pasti Mukhriz Mahathir.
TEAM WAWASAN
Calon Presiden & Timbalan

Calon Naib Presiden UMNO
Calon Ketua Wanita & Pemuda
Seandainya nama calon-calon Team Wawasan yang diilhamkan oleh Mahathir ini mejadi kenyataan, maka sudah pasti Pak Lah dan Khairy pasti bakal berhadapan dengan satu laluan sukar. Ini kerana muka-muka yang ditampilkan adalah mereka yang mempunyai pengaruh yang besar diperingkat akar umbi. Apapun sama-sama kita saksikan pertembungan hebat ini yang sudah pastinya bakal menyebabkan parti karat itu berhadapan dengan kehancuran suatu masa nanti.
Perkemaskan Jentera Hadapi Pilihanraya
Biarpun apa yang berlaku dalam UMNO sekarang, bagi para pejuang Islam dan keadilan teruskan kerja dan perkemaskan jentera dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang. Sememangnya kini adalah masa yang paling sesuai untuk kita melakukan perubahan demi masa depan generasi kita akan datang. Sudah tiba masanya kita berusaha untuk mengembalikan pemerintahan negara kepada yang hak dan bukan yang bathil.
P/S- Sila ke blog cucumatkilau untuk dapatkan bahan-bahan kempen pilihanraya seperti video dan poster untuk cetakan. Edarkan kepada semua rakyat supaya merikat dapat melihat kebenaran !!
MB Kedah minta penghulu bekerja secara profesional bukan ikut arahan JKKK – harakahdaily
| Bashir Ishak dan Izwan Abdul Halim Mon | Mar 31, 08 | 3:23:29 pm MYT |
|
| ALOR SETAR,31 Mac (Hrkh)- Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak menyeru para penghulu di negeri ini menjalankan tugas mereka secara profesional tanpa memikirkan fahaman politik walaupun Kedah kini diterajui oleh PAS.Katanya, selaku pegawai kerajaan negeri yang lebih hampir dengan rakyat, para penghulu diminta tidak bekerja untuk ahli politik tetapi bekerja dengan untuk rakyat.
“Yang pentingnya kita berusaha untuk memantapkan pentadbiran, kita bekerja sebagai pegawai kerajaan negeri mengikut profesionalisme masing-masing. Kerjasama dengan kerajaan bukan dengan saya,” katanya. Justeru katanya, kerajaan negeri akan memperkasakan tugas penghulu yang kini dilihat agak terkebelakang berbanding peranan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). “Dulu JKKK berperanan menolong penghulu tetapi akhirnya penghulu lepas ke tepi. JKKK dari lantikan politik ini nampaknya lebih berkuasa dari penghulu. “Jadi kita akan memperkasakan semula para penghulu dan adakan dikembalikan semula peranan mereka ke landasannya,” ujarnya dalam majlis pertemuan dengan para penghulu seluruh negeri Kedah. Terdahulu, dalam ucapan aluannya, Pengerusi Persatuan Penghulu dan Penggawa Malaysia Cawangan Kedah, Md Fuad Zainol Abidin menyatakan sokongan para penghulu kepada pimpinan kerajaan negeri yang baru. “Kami berharap agar kerjasama yang erat diteruskan antara YAB Menteri Besar dengan para penghulu untuk menjadikan negeri Kedah lebih sejahtera,” katanya. Majlis perjumpaan dengan penghulu dari seluruh negeri Kedah ini diadakan di Seri Mentaloon, kediaman rasmi Menteri Besar dekat sini semalam. Ustaz Azizan yang ditemui pemberita kemudiannya menyokong kenyataan bekas Menteri Besar Dato’ Seri Mahdzir Khalid agar JKKK meletakkan jawatan dengan segera. “Kita bukan nak pecat mereka, tapi kalau mereka tak mahu terima jawatan, kita boleh lantik JKKK baru dan senang kita nak terus buat kerja” katanya. – mr |
Umno Cheras sokong saranan Mahathir mansuh sistem kuota -harahdaily
| Harakahdaily Sun | Mar 30, 08 | 4:46:05 pm MYT |
|
| KUALA LUMPUR, 30 Mac - Umno Bahagian Cheras menyokong saranan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya sistem kuota pencalonan bagi melayakkan seseorang bertanding untuk merebut jawatan tertinggi parti dimansuhkan bermula pemilihan parti Disembar ini. <!—-><!– –>Ketuanya Dato’ Syed Ali Al-Habshee berkata saranan bekas Perdana Menteri itu senada dengan kehendak anggota Umno di peringkat akar umbi bahagian itu yang telah mencadangkan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno dipertandingkan serta sistem kuota itu dimansuhkan.Beliau berkata cadangan itu adalah salah satu daripada 12 resolusi yang dilulus oleh Umno Bahagian itu pada Mesyuarat Khas Empat Peringkat Selasa lepas.
“Kalau jawatan-jawatan ini tidak dipertandingkan, kita tidak tahu kekuatan Presiden dan Timbalan Presiden di dalam parti. Jika ada pertandingan, kita boleh menilai kekuatan Presiden dan Timbalan Presiden di peringkat akar umbi,” katanya kepada kepada Bernama di sini. Ketika mengemukakan cadangan itu semalam, Mahathir berkata sistem kuota ketika ini kelihatan terbuka kepada penyalahgunaan oleh mereka yang mempunyai kuasa dan manghalang anggota parti daripada menamakan calon pilihan mereka. Mahathir berkata pihak yang mempunyai kuasa itu pula cenderung untuk bertindak menyekat sebarang langkah yang menentang mereka. Sistem kuota ini diperkenalkan selepas Dr Mahathir sendiri dicabar oleh Tengku Razalegih Hamzah pada 1987 dan mengekalkan jawatan presiden itu dengan kelebihan hanya 43 undi. Sejak itu, amalan tidak mencabar jawatan tertinggi parti menjadi tradisi. Syed Ali yakin pertandingan untuk dua jawatan tertinggi itu tidak akan memecahbelahkan parti, malah akan mengukuhkan perpaduan dalaman dan meningkatkan maruah mereka yang menang. “Biar rakyat tahu Umno amalkan demokrasi sihat, biar orang bertanding,” katanya. Syed Ali berkata Umno harus kembali kepada prinsip asal iaitu mereka yang ingin bertanding boleh berbuat demikian jika mendapat dua pencalonan. |
Mahathir tuduh Abdullah hancurkan masa depan lima parti komponen BN-harakahdaily
| Mohd Sabri Said dan Saiful Lizan Mon | Mar 31, 08 | 3:34:24 pm MYT |
|
| GEORGETOWN, 31 Mac (Hrkh) - Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menuduh Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi menghancurkan lima parti teras semasa pilihanraya umum lepas bilamana kesemua parti seperti Umno, MCA, MIC, Gerakan dan Barisan Nasional (BN) kalah teruk.Ketika berucap di majlis anjuran Persatuan Melayu Tanjung di Hotel Searaton, Jalan Macalister beliau berkata, sungguh memalukan apabila PM begitu terburu-buru mengadakan pilihan raya terlalu awal dan dalam situsi tidak selamat bagi BN mengekalkan kuasa.”Saya katakan kalah dalam menang sebab walaupun dapat membentuk kerajaan tetapi ianya kurang dua pertiga yang membolehkan sebarang undang-undang dibentuk menerusi keputusan kabinet,” ujarnya.
Katanya, satu lagi faktor kekalahan BN ialah Perdana Menteri begitu lemah tiada andaian sendiri sebaliknya lebih percayakan orang di bawahnya yang menyembunyian banyak kelemahan. Mahathir berkata beliau percaya untuk menyakin semula rakyat supaya kembali kepada BN akan memakan masa. Ini kerana, rakyat makin bijak berfikir setelah didera dengan kemelut dalaman parti dan isu yang menimbulkan kemarahan rakyat. Jika perkara ini berlaku di era kepimpinan Dato’ Onn Jaafar atau Tengku Abdul Rahman tentu mereka malu dan tidak mustahil bertindak meletakan jawatan. “Apa boleh buat setiap langkah yang dilakukan, ada orang lain yang aturkan. Macam inikah yang dinamakan pemimpin yang memimpin negara, “ujarnya yang disambut tepukan orang ramai. Kesan terlalu menekan rakyat menyebabkan rakyat buka mata dan memilih kerajaan lain yang dianggap lebih baik. Padahal Parti Keadilan Rakyat Malaysia (KeAdiLan), PAS dan DAP mempunyai seribu macam masalah. Katanya, sikap ‘yes man’ untuk mendapatkan habuan juga antara faktor kejatuhan BN baru-baru ini kerana ramai yang menyembunyikan kelemahan. “Bila Perdana Menteri tanya kepimpinan yang ada mereka kata OK boleh buat pilihanraya kerana situasi selamat buat kita. Individu sebegitulah yang merosakan parti dan kerajaan,” ujarnya. Sekarang ini yang lantang bersuara adalah golongan yang kalah dalam pilihan raya umum, yang tidak dilantik menggagotai kabinet dan yang tidak lantik sebagai calon manakala yang lain tutup mulut bimbang dicop dengan label yang menakutkan. – mr |
Pemuda PAS hantar memorandum kecam filem ‘Fitna’ -harakahdaily
| Nyza Ayob | Foto Safarizal Mon | Mar 31, 08 | 3:25:32 pm MYT |
|
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Pusat mengecam tindakan Ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders menyiarkan filem bertajuk ‘Fitna’ secara online pada 27 Mac lalu. <!– –><!– –>
Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub melahirkan kekecewaan kerana apa yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Belanda itu telah mencetuskan perasaan tidak senang di kalangan umat Islam dan dikhuatiri boleh menimbulkan hubungan yang tidak baik antara umat Islam dan golongan bukan Islam seluruh dunia. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada Kedutaan Belanda hari ini. Memorandum tersebut diserahkan kepada Timbalan Ketua Kaunselor Kehormat, Luc Schillings, di Lobi bangunan The AmpWalk, Jalan Ampang, pagi tadi. Dalam memorandum tersebut, jelas Salahudin beliau mendesak kerajaan Belanda menghentikan sebarang bentuk provokasi agar dapat mengekalkan suasana aman dan makmur di seluruh negara. Katanya, beliau bertanggungjawab untuk menyerahkan memorandum tersebut agar menjadi pengajaran kepada mana-mana pihak kerana tindakan menghina sesuatu agama itu tidak bertamadun serta tidak berbudaya. Sementara itu, dalam pertemuan singkat sewaktu penyerahan memorandum tersebut, Luc Schillings berjanji akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap Geert Wilders di atas tindakannya menyiarkan filem tersebut. Beliau mengharapkan dalam tempoh terdekat, kerajaan Belanda akan mengambil tindakan berdasarkan undang-undang di Belanda bagi menyekat tindakan Geert Wilders, agar boleh meredakan kemarahan umat Islam. Katanya, kemarahan umat Islam akan reda sekiranya Geert Wilders menyatakan permohonan maaf kepada seluruh umat Islam terhadap tindakannya itu. Dalam pada itu jelas Salahudin, sebagai ‘kerajaan yang sedang menunggu’ katanya, PAS sedang berusaha untuk membina hubungan yang lebih baik serta mengukuhkan hubungan diplomatik dengan negara luar. Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan yang turut serta dalam penyerahan memorandum tersebut tidak menolak kemungkinan akan mengadakan demonstrasi aman sekiranya kerajaan Belanda tidak menyatakan permohonan maaf. Beliau juga berkata langkah memboikot barangan daripada Belanda merupakan salah satu langkah memberi tekanan kepada kerajaan Belanda, termasuk menyekat sebarang hubungan ekonomi antara Malaysia dan negara tersebut. – mks. |
“Tuan-tuan jangan takut dan bimbang dengan kerajaan negeri yang baru walaupun berbeza parti politik. Itu hak masing-masing yang telah ditetapkan mengikut perlembagaan negara.
–><!–
–>
Filem tersebut dikatakan memberikan gambaran buruk terhadap Islam dan menghina al-Quran serta Nabi Muhammad s.a.w.