BERITA MALAYSIA KINI

Pilihan Terbaik Setiap Detik

10,000 sambut Yang Di-Pertuan Agong di LTSM – Utusan

29/03/2008 1:34pm Utusan Malaysia

KUALA TERENGGANU 29 Mac — Kira-kira 10,000 rakyat Terengganu menyambut keberangkatan pulang Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini pagi ini.

Mereka tiba seawal 7.30 pagi, membawa bersama sepanduk dan bendera kuning bagi menunjukkan sokongan padu mereka terhadap baginda yang juga Sultan Terengganu, berkumpul di luar bangunan terminal.

Sebahagian besar berbaris di sepanjang jalan menuju ke lapangan terbang itu, sejauh kira-kira 1km.

Laungan “Daulat Tuanku” bergema di lapangan terbang itu sebaik sahaja pesawat khas yang membawa baginda mendarat di LTSM pada kira-kira pukul 10 pagi.

Tuanku Mizan diiringi oleh Yang Di-Pertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman dalam penerbangan dari Kuala Lumpur.

______________________________________________________________________________________

LAPORAN SIASAH DAILY.BLOGSPOT

KUALA TERENGGANU, 29 Mac: Lebih 30,000 rakyat Terengganu berhimpun di Lapangan Terbang Kuala Terengganu bagi menyambut kepulangan DYMM Yang Dipertuan Agung ke negeri ini pagi tadi.Mereka mula berkumpul sejak jam 9.00 pagi dengan pelbagai jenis banner dan sepanduk menyokong Tuanku Mizan.

Di samping itu, pelbagai jenis pelekat kereta, reben kuning dan juga gambar dibawa ke perkarangan lapangan terbang itu.

Mereka berteriak daulat Tuanku dan sesekali teriakan Takbir berkumandang apabila konvoi baginda bergerak keluar dari lapangan terbang kira-kira jam 10.45 pagi.

Turut serta dalan konvoi adalah anakanda Baginda yang menjadi pemangku Raja di samping anggota Majlis Penasihat Pemangku Raja.

Rombongan Tuanku kemudiannya begerak ke Lembah Bidung.
Di sana, Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) dan beberapa NGO menyerahkan memorandum sokongan kepada baginda.

Tiada komen lagi »

Komen anda

HTML-Tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>