BERITA MALAYSIA KINI

Pilihan Terbaik Setiap Detik

Arkib bagi April 2, 2008

Mahathir tuduh Khairy punca ramai ‘calon penting’ tidak bertanding

-Harakahdaily

Wan Nordin Wan Yaacob
Tue | Apr 01, 08 | 4:31:13 pm MYT
PETALING JAYA, 1 April (Hrkh) – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini secara terbuka menyerang sikap menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin yang dikatakan campur tangan dalam urusan pentadbiran negara dan pemilihan calon-calon Umno dalam pilihan raya lalu.Dr Mahathir dalam ucapan sempena program Umno Pasca Pilihan Raya Umum ke-12 yang diadakan di Hotel Singahsana hari ini menuduh menantu perdana menteri itu mempengaruhi pemilihan senarai calon-calon Umno/BN menjelang hari penamaan calon akhir Februari lalu.

“Siapa yang tukar (nama calon)? Siapa yang duduk bilik sebelah?” katanya, dengan melambangkan secara sinis naib Ketua Pemuda Umno itu sebagai penasihat di istana “duli yang maha mulia sultan (Datuk Seri) Abdullah (Ahmad Badawi) shah”. Dr Mahathir berkata akibat campur tangan Khairy itu, ramai calon penting Umno tidak dapat bertanding dalam Pilihan Raya 8 Mac lalu.

Kedudukan mereka yang pernah menang itu digantikan dengan muka baru yang akhirnya kalah kepada calon-calon pembangkang, kata Mahathir dengan nada yang kecewa.

“Ramai jaguh-jaguh Umno tidak dapat bertanding, orang baru diberikan tempat.”

“Inilah reformasi baru ala KJ( Khairy),” katanya, disambut dengan tepukan gemuruh kira-kira 2000 hadirin.

Bekas Perdana Menteri itu berucap selepas forum ‘Umno Pasca Pilihanraya ke-12: Satu Penilaian’, anjuran kumpulan penyokong parti itu MyKmu.net.

Hadir sama ialah, anak bekas Perdana Menteri, Dato’ Mukriz Mahathir; bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo; Ketua Penerangan Umno Johor, Dr Mohd Puad Zarkashi; Tan Sri Sanusi Junid; Dato’ Mohd Khalid Yunus; Dato’ Hassan Ahmad; Dato’ Rejal Arbee, Marina Mahathir dan kira-kira 2000 penonton.

 

Cadang Anwar masuk Umno, Ketua Pemuda Umno Bahagian diheret keluar dewan

- Harakahdaily

Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Tue | Apr 01, 08 | 1:12:31 pm MYT
PETALING JAYA, 1 April (Hrkh) – Seorang Ketua Pemuda Umno Bahagian di Selangor diheret keluar dewan oleh orang ramai hari ini dalam program Forum Umno Pasca Pilihan Raya Umum ke-12 berikutan cadangannya supaya bekas Timbalan Presiden Umno, Dato’ Seri Abwar Ibrahim diajak masuk semula ke dalam Umno.ImageAznizam Adham yang bangun berucap dan mendakwa menyampaikan pandangan kalangan pemuda elit terpaksa menerima hakikat bahawa beliau tersalah ‘gelanggang’ hingga menyatakan cadangan sedemikian.Beliau pada mulanya melontarkan idea supaya Umno dipulihkan selepas mengalami kekalahan pada pilihan raya umum yang lalu dengan agenda pembaharuan.

Namun berikutan menamakan Anwar dalam cadanngannya itu, Aznizam yang memakai baju bewarna cokelat gelap diheret oleh beberapa orang pemuda dan penonton, sementara penonton yang lain turut bertempik marah dengan cadangan Aznizam.

Keadaan menjadi kalut kira-kira 5 minit sebelum ditenangkan oleh pengerusi forum dan beberapa orang pengawal bagi pihak penganjur.

Turut hadir dalam program itu ialah, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo; Ketua Penerangan Umno Johor, Dr Mohd Puad Zarkashi; anak Tun Mahathir, Dato’ Mukriz, Tan Sri Sanusi Junid; Dato’ Mohd Khalid Yunus; Dato’ Hassan Ahmad; Dato’ Rejal Arbee, Marina Mahathir dan kira-kira 2000 penonton.

Kali pertama sejarah Umno, PM daripada negeri yang kalah – Tun Mahathir

- Harakahdaily

Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Tue | Apr 01, 08 | 1:57:39 pm MYT
PETALING JAYA, 1 April (Hrkh) – Desakan demi desakan supaya Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan semakin berkumandang. <!– –><!– –>ImageMalah hari ini dalam program ‘Umno Pasca Pilihan Raya ke-12′ yang diadakan di Hotel Singgahsana dekat sini, suara hadirin bulat menyatakan Abdullah perlu meletak jawatan kerana punca kekalahan dalam Pilihan Raya Umum yang lalu.

Dewan Besar Hotel Singgahsana dekat sini hiruk pikuk dengan laungan supaya Abdullah meletak jawatan, dan ianya dihangatkan lagi apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya, Dato’ Mukriz memberi pandangan terhadap punca kekalahan yang berlaku kepada Umno/BN sewaktu pilihan raya 8 Mac lalu.

Mahathir dalam ucaptamanya selepas forum tersebut secara terang menyindir kepimpinan Abdullah yang hanya dikuasai oleh anak menantu hingga menjadikan negara dan Umno itu lemah.

Tun Mahathir secara terang menyatakan bahawa inilah kali pertama dalam sejarah Umno/BN bahawa Perdana Menteri adalah daripada negeri yang kalah iaitu Pulau Pinang.

Beliau berkata, sebelum ini empat Perdana Menteri yang lalu kesemuanya menjadi Perdana Menteri mewakili negeri yang dimenangi Umno/BN atau pakatan Perikatan.

Namun pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, Perdana Menteri sekali lagi tidak malu untuk menjawat jawatan itu walaupun negerinya tergadai kepada parti lawan, katanya.

ImageMenyingkap sejarah Umno dan kepimpinan utama parti itu pula Dr Mahathir berkata, sebelum ini beberapa Presidennya, telah dengan suka rela meletak jawatan kerana mendengar pandangan ahli.

“Kalau kita lihat sejarah Umno pemimpin pertama, Dato’ Onn Jaffar yang begitu berbakti kepada Umno, tetapi Onn Jaffar juga telah tarik diri daripada Umno kerana sesuatu kelemahan,” katanya.

“Berikutan itu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, dimasukkan dan berusaha mencapai kemerdekaan pada 1957, ini kejayaan yang besar dan dikenangkan. Tetapi apabila tiba masanya ahli Umno tak berminat dengan Tunku, maka dengan bermaruah Tunku tarik diri tanpa dihalau oleh sesiapa.

“Ini menunjukkan orang-orang ini sensitif dan sedar pandangan rakyat dan ahli Umno dan bertindak sendiri untuk undur dari jadi pemimpin Umno.

“Ada seorang ladi yang begitu lama jadi PM, jadi Presiden Umno (merujuk kepadanya), tetapi orang tua ini telinganya masih boleh dengar dan dia dengar bila lagi orang tua ini nak pegi (meletak jawatan), dia pun letak jawatan, secraa terhormat” katanya sinis.

Tetapi katanya pemimpin yang ada hari ini (merujuk kepada Abdullah) yang menutup suara ahli, menutup kebenaran dan hanya melaporkan yang baik-baik sahaja membuatkan Umno dan BN kalah teruk dalam pilihan raya lalu.

ImageDengan mengadakan pilihan raya dalam jangka masa umur kerajaan pasca PRU-11 baru sahaja tiga tahun setengah, Perdana Menteri kononnya merasakan boleh menawan Kelantan, menang besar dan mendapat majoriti besar.

Bagi Tun Mahathir, buat pertama kalinya ahli Umnobegitu meluat dan benci kepada kepimpinan hingga mereka buat keputusan bahawa akan undi parti lawan secara senyap.

Namun hal ini tidak berani dilaporkan oleh kaum-kaum yang mengampu pemimpin negara dan ianya menyebabkan Umno kononnya berada dalam keadaan selesa untuk menang dalam pilihan raya, ujarnya.

Sebaliknya kata Tun Dr Mahathir, lima negeri tumbang kepada pakatan pembangkang selain Umno/BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen, katanya.

Bagaimanapun Tun Mahathir berkata, pemimpin yang ada hari ini tidak mahu mengaku kesalahan dan kelemahan yang didorong oleh campur tangan sanak saudaranya itu.

Sambil menyindir menantu Abdullah, Kahiry Jamaluddin beliau juga melihat bahawa sikap tidak malu pemimpin yang ada hari ini bakal menjadikan Umno parah jika tidak diubah dengan keberanian ahlinya bermula dari sekarang.

Kata-kata Tun Mahathir mendapat sorakan hadirin yang datang dengan laungan mendesak supaya Abdullah meletakkan jawatan segera.

Beberapa soalan yang diajukan oleh hadirin dalam sesi soal jawab juga banyak menjurus kepada desakan Abdullah dan Khairy harus dipertanggungjawabkan kerana kekalahan dalam pilihan raya umum yang lalu.

Stadium Melawati bergema laungan takbir, reformasi, Makkal Shakti

- Harakahdaily

Saidah Hairan | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Tue | Apr 01, 08 | 3:04:29 pm MYT
SHAH ALAM, 1 April (Hrkh) – Jika selama ini Stadium Melawati bergema dengan tepukan dan sorakan penyokong pelbagai jenis sukan, tetapi malam 31 Mac terukir dalam sejarah, stadium tersebut bergema laungan ‘Allah Hu Akbar’, ‘Reformasi’ dan ‘Makkal Shakti’.

Image

Laungan suara rakyat menandakan berakhirnya penyeksaan selama mereka khususnya rakyat Selangor berada di bawah pemerintahan BN-Umno.

Lebih 25,000 rakyat membanjiri stadium yang hanya menyediakan 15,000 kerusi. Stadium yang selama ini dijadikan tempat bermain badminton telah bertukar wajah.

Dari wajah bersorak tanpa mengenal batas pergaulan, muslimin dan muslimat bersatu hati rukuk dan sujud menunaikan solat Isyak dan Hajat yang dipimpin oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Lagu Negaraku dan Bersatulah (lagu PAS) turut dinyanyikan dengan penuh semangat oleh lebih 25,000 hadirin. Kelihatan bendera PAS, KeADILan dan DAP berkibar di segenap penjuru. Sungguh menakjubkan.

Wajah-wajah yang hadir dalam program Himpunan Rakyat kelihatan ceria. Lebih 20 bas persiaran, kilang dan sekolah berada di tempat letak kenderaan bersebelahan stadium.

Image

Bukan hanya rakyat Selangor bahkan Kelantan; Pahang; Negeri Sembilan; Johor; Wilayah Persekutuan dan Terengganu turut hadir dalam program tersebut. Mereka mahu bersama meraikan kemenangan Selangor walaupun di bawah Pakatan Rakyat.

Turut hadir dalam program gilang gemilang itu antaranya, To’ Puan Zainab Awang (isteri Presiden); Ketua Muslimat Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan; ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’Lo’ Mohamad Ghazali; ahli Parlimen dan Adun PAS Selangor.

Semua pimpinan yang berceramah sepakat mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Selangor yang memilih PAS, KeADILan dan DAP dalam pilihan raya, 8 Mac lalu. Tuan Guru Abdul Hadi dalam ceramahnya mencadangkan agar satu gagasan pakatan politik baru ditubuhkan bagi mendepani cabaran politik baru di Malaysia.

Katanya, Pakatan Rakyat yang terdiri daripada gabungan PAS, KeADILan dan DAP yang diberikan mandat besar wajar menghulurkan tangan kepada rakan-rakan dalam BN khasnya wakil-wakil rakyat Umno, MCA, MIC dan Gerakan.

Image

Menurut beliau, ia perlu dilakukan supaya bersama-sama menyertai gagasan politik baru bagi membina negara yang lebih selamat, sejahtera dan makmur.

Beliau yang juga ahli Parlimen Marang dan Adun Rhu Rendang berkata, ternyata hasil gelombang kebangkitan rakyat dalam pilihan raya lalu, BN semakin dipinggirkan dan tidak relevan dalam arus politik negara.

Katanya, gagasan pakatan itu perlu menyemak semula dengan meminda atau menghapuskan mana-mana undang-undang dan peraturan yang zalim dan mendiskriminasi terutamanya ISA, Auku, OSA dan sebagainya.

Beliau berharap gagasan itu perlu segera melakukan reformasi terhadap amalan demokrasi dalam negara dengan memulihkan proses pilihan raya sebagaimana yang dituntut rakyat dan badan-badan bukan kerajaan khususnya yang melibatkan bidang tugas dan operasi SPR.

Presiden PAS turut menekankan supya Badan Pencegah Rasuah (BPR) diberi kebebasan sebagai sebuah agensi pencegahan rasuah yang efektif dan tidak mengamalkan pendakwaan terpilih.

Image

Katanya, keyakinan rakyat terhadap badan kehakiman negara dengan memastikan ianya benar-benar bebas dan tidak tertakluk kepada mana-mana badan atau kuasa politik juga perlu dikembalikan.

Kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim turut menyentuh jiwa rakyat Selangor apabila beliau memulakan ucapan dengan menyanjung pengorbanan rakyat untuk menyokongnya.

“Kalau tidak ada tuan-tuan, saya tidak ada di sini, jadi saya terhutang budi, budi ini sangat besar, saya dan rakan-rakan akan balas, insya-Allah,” luah beliau pada awal ucapan.

Beliau yang berbaju Melayu kuning itu melahirkan ketakutan dengan kepercayaan Presiden PAS yang menyokongnya menjadi Menteri Besar Selangor.

Di hadapan puluhan ribu rakyat beliau berjanji akan memansuhkan undang-undang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku), akta percetakan dan penerbitan.

Image

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa menyatakan kemenangan rakyat Selangor membuktikan bahawa suara rakyat negeri termaju itu telah dapat disatukan.

Katanya, tiga parti yang berbeza fahaman dan agama PAS, KeADILan dan DAP dapat bersatu dan bekerjasama untuk menjamin keadilan rakyat.

Beliau yang juga ahli Parlimen Bachok berkata, setelah 50 tahun merdeka dan 12 kali rakyat menghadapi pilihan raya baru kali ini rakyat berani membuktikan kebenaran.

“Orang sudah tidak guna dacing saya yakin dalam pilihan raya ke-13 keris dan dacing akan dicampak oleh rakyat,” katanya sambil disambut sorakan dan laungan takbir.

Menurut beliau, bukan sahaja rakyat tidak percaya dengan Umno bahkan pimpinan mereka sendiri turut tidak mempercayai kredibiliti pimpinan parti itu.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr Hasan Ali turut memperkenalkan ahli Parlimen, Adun serta exco PAS. Dalam ceramah itu beliau berjanji semua wakil rakyat akan berusaha melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab secara adil dengan menghapuskan segala kezaliman yang menjadi amalan pimpinan BN-Umno.

“Kita akan pastikan tiada seorang pun rakyat Selangor sama ada kaum India dan Cina yang diketepikan haknya,” katanya.

Dalam mesyuarat pertama exco di pejabat SUK beliau rasa terharu dengan kesungguhan Menteri Besar sendiri yang membaca doa.

Beliau yang diamanahkan menjadi exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam berkata; “Saya terharu mendengar bacaan doa beliau seolah-olah beliau menahan air mata, air mata untuk menjadi hamba rakyat’.

Sehubungan itu tambah beliau, kemenangan Pakatan Rakyat di Selangor tidak mempunyai erti jika Allah tidak menyayangi dan mencintai hamba-Nya.

Pengarah program, Dr Osman Sabran menyatakan setelah 50 tahun Umno-BN memerintah barulah rakyat Selangor dapat menikmati hak mereka yang dinafikan oleh pimpinan kerajaan.

Beliau mengingatkan ahli dan pimpinan PAS, KeADILan dan DAP perlu sepakat dan bersatu hati menjaga harta benda yang selama ini dirampas oleh BN.

Program berikut dijangka pada 3 Mei di Stadium Melawati, antara penceramahnya Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu. – lanh

‘Memang dia pujaan hati’ – Berita Harian

Oleh Nurulhisham Abdul Latiff dan Zaidi Mohamad


TIADA RAHSIA: Reaksi Ikin dan Mawi sewaktu soal jawab dengan wartawan.

Pengakuan Mawi melegakan Ekin sekali gus mengesahkan status hubungan mereka

KETIKA hendak berucap selepas menerima trofi Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2007), Mawi dengan nada bersahaja meminta Fauziah Datuk Ahmad Daud mewakilkan dirinya mengucapkan terima kasih kepada Ikin, kerana menjadi antara orang penting di belakang kerjayanya sebagai penyanyi.

“Saya serahkan kepada akak (Ogy) mewakili saja…” kata Mawi menjawab usikan Ogy dan Raja Azura kenapa nama Ikin tidak ada dalam senarai untuk disebut ketika diumumkan sebagai Bintang Paling Popular.
Memang Mawi kelihatan malu-malu untuk menyebut nama Ikin secara terbuka dalam sebuah majlis yang disiarkan secara langsung oleh TV3 ini. Realitinya, dalam majlis minum petang di Genting Highlands juga, beberapa jam sebelum acara kemuncak ABPBH 2007 berlangsung, penyanyi itu mengaku Ekin ialah wanita istimewa yang bertakhta di sanubarinya.

Kata Mawi, dia menyukai Ikin kerana perangainya yang ‘gila-gila’, sikapnya yang matang serta keserasian mereka sebagai teman.

Pengakuan itu akhirnya memuktamadkan hubungan antara Mawi dengan Ikin. Ikin yang hadir sama di majlis ini, berkata, dia tidak pernah menafikan atau mengesahkan kepada mana-mana wartawan setiap kali ditanya mengenai corak hubungan mereka.

“Saya ini perempuan. Takkan saya pula yang ke sana sini menjual cerita. Lebih baik saja saya mengikut arus semasa dan saya percaya, adalah lebih baik jika pengumuman itu datang dengan sendirinya. Kami pula memang berkawan rapat, tetapi tidak pula menyatakan perasaan sebenar masing-masing. Namun, dalam hati, kita dapat merasainya juga,” katanya.

Bagaimanapun, Ikin menghela nafas lega apabila Mawi membuat keputusan menamatkan tanda tanya mengenai siapakah kekasihnya ketika majlis minum petang itu. Ikin menyambutnya dengan hati yang tenang dan terbuka.

Namun begitu masih ada gosip mengatakan yang Ikin sudah menempah baju kahwin dengan pereka fesyen terkenal. Biar betul? Menafikan gosip itu, Ikin memberitahu yang semuanya dilakukan atas dasar kerja dan profesionalisme.

“Alhamdulillah, Ikin lega dengan pengakuan Mawi. Selepas ini orang lain tidak lagi akan tertanya-tanya tentang perihal hubungan kami. Tak tahulah lepas ini kami akan terus difitnah atau tidak. Terperanjat juga Ikin apabila Mawi membuat pengakuan yang Ikin istimewa di hatinya. Masa itu, Ikin buat relaks saja, padahal dalam hati ini hanya tuhan saja yang tahu gejolak perasaan Ikin.

“Ikin pun tidak tahu, kenapa tiba-tiba Mawi tergerak hati untuk berbuat sedemikian. Mungkin juga sebelum ini Mawi belum bersedia untuk merungkaikan segalanya. Mungkin juga Mawi berasakan inilah detiknya untuk dia berterus-terang sekaligus menamatkan spekulasi yang melanda. Mungkin juga Mawi penat untuk berdepan dengan gosip cintanya.

“Mengenai kisah tempah baju kahwin daripada pereka fesyen terkenal, itu semua tidak betul. Sebenarnya, Ikin akan terbabit dengan pertunjukan menggayakan pakaian rekaan pereka itu pada pada 18 April ini, yang turut membabitkan deretan nama selebriti. Ikin salah seorang daripada mereka. Mungkin bila orang nampak Ikin pergi ‘fitting’ baju kahwin untuk pertunjukan itu disangkanya menempah baju kahwin,’’ ungkap Ikin yang berbangga dengan kejayaan Mawi sebagai Bintang Paling Popular 2007 buat kali ketiga.

Mendasari hati Ikin, dia memang begitu gembira melayari kehidupannya bersama Mawi atas sebuah paksi cinta. Apakah ini akan menyaksikan terbinanya ikatan murni melalui perkahwinan tidak lama lagi di antara mereka? Tegas Ikin lagi, siapalah yang tak nak kahwin di usia Ikin yang akan mencecah 29 tahun menjelang 5 November ini.

“Siapa yang tak nak kahwin? Semestinya Ikin nak kahwin, cuma buat masa sekarang Ikin tak berani untuk bercakap lebih bimbang dikata cuba meraih publisiti murahan. Kita hanya merancang. Insya-Allah bila benda dah jadi dan pasti, Ikin akan ringan mulut memberitahu rencana selanjutnya.

“Ikin hanya ikut rentak dalam sesebuah perhubungan. Ada jodoh dengan Mawi, Ikin pasti hebahkan. Ikin sedar kalau buat benda baik pun, orang mengata, begitulah sebaliknya. Ikin redha. Setakat ini memang Ikin boleh cakap memang tak ada mana-mana rombongan yang akan datang merisik,’’ kata Ikin yang mengakui cincin sedondon tersarung di jari manis Mawi, ialah pemberiannya sebagai tanda ‘’persahabatan’’. Ikin juga memiliki cincin yang sedondon dengan Mawi.

Tidak menafikan yang hubungannya dengan Mawi semakin mekar bahagia, Ikin rela menerima suratan takdir andai suatu hari nanti jodoh menyatukannya dengan Mawi. Mengenali adik-beradik kembar ini, hanya maut dan perkahwinan yang mungkin dapat memisahkan keakraban dan hubungan mereka. Sambil mengusik, Ikin tak nak melangkah bendul kakak kembarnya, Aenn. Begitulah sebaliknya.

“Ikin mahupun Mawi tiada masalah dalam hubungan cinta. Pernah Ikin ditanya, bila Ikin dan Mawi berjumpa? Kami keluar bukan berdua sebaliknya beramai-ramai. Kami keluar pun ikut keadaan, apabila masing-masing ada kelapangan waktu.

“Pada Ikin kalau ditanya soal jodoh dengan Mawi kuat, Ikin redha dan menerimanya dengan hati terbuka. Soal jodoh siapa sampai dulu antara Ikin dan Aenn itu terpulanglah. Ikin sudah bersedia berumahtangga. Tapi jodoh, maut dan ajal semua di tangan Tuhan. Ikin berserah kepada takdir dan berdoa yang sehabis baik,’’ kata Ikin yang semakin manis sejak tampil dengan imej berjilbab pada Aidiladha tahun lalu.

.

 
 

Cerai dua isteri dalam tiga minit – Berita Harian

IKATAN BERAKHIR: Roslan membuka pintu bilik Mahkamah Syariah untuk bekas isteri, Mastura (isteri kedua) dan Norhayati (dua dari kanan) yang diceraikan serentak di Mahkamah Syariah Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU: Seorang ahli perniagaan yang berang apabila dua isterinya berpakat menuntut fasakh, menceraikan isteri pertama dan keduanya itu selang tiga minit di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.

Roslan Ngah, 44, melafazkan cerai dengan talak satu ke atas isteri keduanya, Mastura Ahmad, 35, pada jam 11.50 pagi, disusuli isteri pertamanya, Norhayati Ismail, 46, tiga minit kemudian, di hadapan Hakim Mahkamah Syariah, Wan Abdul Malik Wan Sidek.

Wan Abdul Malik dalam penghakimannya, berkata kes perceraian itu mencatat sejarah mahkamah kerana tidak pernah ada suami menceraikan dua isteri serentak pada hari yang sama.
Beliau kemudian mengarahkan Roslan melafazkan cerai dengan talak satu secara berasingan untuk direkodkan kerana perkahwinan dengan isteri pertama dan kedua juga diadakan secara berasingan.

“Kita setuju membenarkan permohonan plaintif (kedua-dua isteri defendan) menukar permohonan fasakh kepada permohonan perceraian biasa mengikut Seksyen 44 (Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Terengganu 2001).

“Plaintif dan defendan masing-masing perlu menyerahkan semua dokumen asal perkahwinan kepada mahkamah untuk dibatalkan,” katanya.

Wan Abdul Malik berkata, perceraian dengan talak satu itu bermula semalam dan dalam tempoh edah selama tiga kali suci daripada haid, defendan perlu memberi nafkah dan tempat tinggal kepada kedua-dua plaintif.

Katanya, semua tuntutan pembahagian harta sepencarian dan hak penjagaan anak boleh difailkan secara berasingan.

Roslan yang tidak diwakili peguam, sebelum itu meminta mahkamah membenarkan perbicaraan tuntutan fasakh difailkan oleh kedua-dua isterinya dijalankan serentak dan kemudian meminta mahkamah membenarkan tuntutan itu ditukar kepada permohonan perceraian.

Katanya, tindakan itu diambil bagi memudahkan semua pihak tanpa perlu berulang kali hadir ke mahkamah bagi perbicaraan tuntutan fasakh.

Wan Abdul Malik yang membenarkan permohonan itu, mengarahkan kedua-dua plaintif dari Jalan Pasir Panjang di sini, memfailkan permohonan cerai, semalam.

Mastura yang bekerja sebagai jururawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) diwakili peguam bela, Salwah Mansor, manakala Norhayati, suri rumah, diwakili peguam dari Biro Bantuan Guaman.

Dalam tuntutan fasakh, Mastura yang berkahwin dengan Roslan pada 1995 dan mempunyai dua anak berusia enam dan 10 tahun, mendakwa defendan tidak memberi nafkah zahir lebih enam bulan, tiada persefahaman, tidak bertanggungjawab sebagai ketua keluarga serta gagal menunaikan tuntutan syarak, iaitu solat dan puasa.

Norhayati yang tinggal di rumah bersebelahan dengan madunya dan mempunyai empat anak berusia antara sembilan dan 22 tahun, pula mendakwa defendan sudah 11 bulan tidak balik ke rumah, tidak memberi nafkah, tidak menunaikan tuntutan syarak dan sudah tidak ada persefahaman.

Bekas suami hairan Sufiah

- Berita Harian

LONDON: Bekas suami Sufiah Yusof, sedih kerana wanita yang pernah menjadi pelajar pintar matematik dan diterima masuk ke Universiti Oxford itu mensia-siakan bakatnya dengan memilih kehidupan yang salah.

Jonathan Marshall, peguam yang kini bekerja di Arab Saudi, berkata walaupun Sufiah memiliki masalah dengan keluarganya ketika membesar, bekas isterinya itu seharusnya sedar bahawa dia memiliki bakat dan banyak kelebihan berbanding orang lain.

“Saya terkejut, ia amat menyedihkan. Amat mengejutkan apabila seseorang menggunakan hidupnya ke jalan seperti itu. Saya tidak dapat menduga kenapa dia mahu melakukan perkara seperti itu, terutama seseorang seperti dirinya.
“Lebih mengejutkan, dia datang daripada latar belakang seorang Islam. Mengetahui seseorang melakukan perkara seperti itu, tambahan pula seseorang yang saya kenal rapat, ia membuatkan saya terfikir macam mana dia boleh terjebak,” katanya sambil menjelaskan, perceraian mereka adalah disebabkan perbezaan haluan hidup masing-masing.

Sufiah, 23, yang menjadi bahan berita sebagai kanak-kanak pintar apabila diterima memasuki Universiti Oxford ketika berusia 13 tahun, dilaporkan melacurkan diri di Salford, Manchester, untuk menyara kehidupannya.

Akhbar tabloid di London, News of The World, Ahad lalu, melaporkan Sufiah mengiklankan ‘perkhidmatannya’ melalui internet dengan tawaran 130 pound (RM830) untuk setiap sesi.

Ibunya, Halimahton Yusof, 52, berasal dari Muar, Johor, manakala bapanya, Farooq Yusof, 51, dari Pakistan, kini menjalani hukuman penjara 18 bulan selepas didapati bersalah mencabul kehormatan dua pelajar perempuan, kedua-duanya 15 tahun.

Sufiah berkahwin dengan Marshall pada 2004 tetapi berakhir dengan perceraian setahun kemudian. Pengajian Sufiah di Universiti Oxford mendapat tajaan Kerajaan Malaysia walaupun beliau bukan warga negara.

Marshall menjelaskan, mereka berpisah kerana beliau lebih sedar mengenai Islam yang menjadi asas perkahwinan mereka sedangkan Sufiah tidak sedemikian.

“Sebab kami berpisah adalah saya menjadi lebih sedar (mengenai Islam) tetapi Sufiah tidak, menyebabkan dia memilih jalan salah dan jauh dari arah yang ingin saya tuju. Ajaran Islam adalah asas kehidupan seharian kita, jadi apabila laluan yang dipilih berbeza, ia menjadi isu utama.

“Dia bukanlah seorang yang mementingkan perkara zahir, dia bukanlah seorang yang sukar untuk hidup bersama. Kami memiliki matlamat berbeza, idea berbeza mengenai apa yang akan kami jadi.

“Setahu saya, tiada isu kecurangan atau apa-apa. Saya tidak pernah memikirkan perkara seperti itu kerana agama adalah asas perkahwinan kami,” katanya sambil berharap Sufiah dapat kembali ke pangkal jalan.

Beliau berkata, seseorang itu boleh menyalahkan sejarah masa kecilnya, tetapi ada masanya mereka harus bertanggungjawab terhadap tindakan yang dilakukan.

“Dia seorang yang berkemampuan tapi amat menyedihkan dia tidak mampu menggunakan bakat yang ada padanya. Satu syarikat akhbar memberitahu saya yang mereka menawarkan bayaran tertentu untuk cerita mengenai dirinya. Secara peribadi, saya lebih rela menjual cerita saya berbanding diri saya,” katanya. Di KUALA LUMPUR, kerajaan melantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Dr Mashitah Ibrahim untuk mengetuai misi menyelamatkan Sufiah.

Menteri di JPM, Datuk Ahmad Zahid Hamidi, berkata misi ‘Selamatkan Sufiah’ dilancarkan atas kesedaran kerajaan untuk bertindak segera bagi menyelamatkan akidahnya.

“Kami akan melakukannya dengan kerjasama Yadim (Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia). Mashitah akan ke London secepat mungkin bagi bertemu Sufiah,” katanya dalam sidang media selepas melakukan lawatan kerja di Kompleks Pusat Islam semalam.

Sementara itu, Mashitah berkata, beliau merancang menemui Halimahton dulu bagi mengetahui masalah sebenar sebelum bertemu Sufiah.

“Sufiah sebelum ini seorang anak yang menjaga agamanya dan tidak meninggalkan solat lima waktu, tetapi kerana terdesak untuk meneruskan pengajian selepas bapanya dipenjara, dia sanggup menggadaikan tubuhnya.

“Kita akan menyusun strategi untuk menyelamatkan Sufiah dan mengembalikannya menjadi orang Islam yang baik. Kita akan menyalurkan bantuan kewangan kepada Sufiah kalau itu menjadi masalah utamanya sehingga beliau menggadai diri. Jika boleh, kami ingin membawa pulang Sufiah ke negara ini,” katanya.

Umno perlu henti bincang isu remeh

- Berita Harian

Oleh Kamarulzaidi Kamis

KUALA LUMPUR: Pemimpin Umno semalam diminta menghentikan perbincangan mengenai isu remeh, terutama berhubung cadangan menghapuskan sistem kuota pencalonan untuk pertandingan pelbagai jawatan dalam parti, Disember ini.

Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata sebaliknya mereka harus menumpukan perhatian kepada isu utama seperti kaedah untuk mengukuh serta memulihkan kedudukan Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Saya lebih suka menumpukan kepada soal yang lebih besar berbanding sistem kuota dan sebagainya. Jangan kita mengalih pandangan daripada soal pokok daripada pilihan raya umum lalu yang mana kita berhadapan cabaran paling getir dan hebat di mana orang mula bertanya sama ada Umno sekarang masih relevan atau tidak,” katanya pada sidang akhbar selepas membuat lawatan sulung ke Matrade di sini.
Beliau mengulas cadangan menghapuskan sistem kuota, yang mendapat pandangan berbeza di kalangan pemimpin Umno.

Isu itu mula diperkatakan apabila bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Sabtu lalu, mencadangkan sistem kuota pencalonan untuk bertanding pelbagai jawatan dalam parti, termasuk Presiden dan Timbalan Presiden dimansuhkan kerana didakwa disalahgunakan pemimpin parti.

Muhyiddin, yang kelmarin dilaporkan menyokong cadangan itu berkata, isu berkenaan adalah sebahagian kecil saja daripada soal pokok kerana perkara utama ketika ini adalah untuk memulihkan keyakinan ahli serta masyarakat Melayu terhadap Umno.

“Saya tidak mahu perbahasan ini (isu kuota pencalonan) menjadi lebih utama. Perhatian harus diberi mengenai macam mana nak meletakkan semula Umno dalam satu landasan yang betul,” katanya.

Beliau berkata, langkah itu penting supaya BN yang ditunjangi Umno terus mendapat sokongan rakyat dan memimpin negara, termasuk di negeri yang tidak lagi dikuasai BN.

“Perkara ini yang sepatutnya diberi tumpuan dalam tempoh terdekat. Pertamanya, memulihkan semangat ahli parti kerana ramai yang beranggapan pemimpin masih belum turun ke bawah selepas berhadapan dengan suasana pilihan raya yang mencabar dengan keputusan yang kurang menggalakkan.

“Keduanya, menyusunkan semula Umno supaya masyarakat melihatnya sebagai parti yang efektif dalam memperjuangkan nasib orang Melayu dan rakyat Malaysia,” katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata penyusunan semula itu turut merangkumi parti komponen BN lain termasuk MCA, MIC dan Gerakan.

“Parti komponen BN lain kini mula mengambil inisiatif masing-masing untuk memperbetulkan keadaan dan memperbaiki kelemahan. Kita sedang cuba mewujudkan satu hubungan kerja yang lebih mantap supaya rakyat pelbagai kaum akan terus yakin dengan Umno dan BN.

“Inisiatif mengukuhkan semula parti perlu dilakukan dengan segera.. lebih cepat lebih bagus. Ini termasuklah turun melawat negeri yang BN kalah untuk menangani masalah dan kebimbangan mengenai kedudukan ketua masyarakat yang sebelum ini dilantik kerajaan BN, katanya.

DAP, Pas, PKR bentuk gabungan untuk selaras dasar kerajaan di lima negeri

- Berita Harian

PENASIHAT Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengadakan pertemuan di Petaling Jaya, semalam, untuk menubuhkan gabungan Pakatan Rakyat bagi menggambarkan kerjasama antara ketiga-tiga parti itu.

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas bersetuju menubuhkan gabungan yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat bagi menggambarkan kerjasama antara ketiga-tiga parti itu.

Persetujuan itu dicapai dalam mesyuarat antara Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di pejabat Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini semalam.
Pemimpin ketiga-tiga parti itu, dalam kenyataan bersama, menjelaskan semua negeri di bawah kerajaan campuran PKR, DAP dan Pas akan melaksanakan dasar yang selari dengan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, nama Pakatan Rakyat yang dicadangkan itu akan disahkan selepas mendapat persetujuan parti masing-masing.

Anwar pada sidang akhbarnya pula berkata, pakatan itu akan dipimpin dan bekerja mengikut prinsip bersama seperti yang dinyatakan dalam manifesto parti masing-masing.

Bagi memantapkan kerjasama Pakatan Rakyat, satu Majlis Pimpinan yang dianggotai ketua-ketua ketiga-tiga parti itu akan diwujudkan, selain Sekretariat Bersama yang mempunyai wakil setiap parti.


Anwar berkata, beliau akan hanya mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan itu dan bukan menjadi ketuanya.

Satu konvensyen juga akan diadakan pada 27 April ini bagi meningkatkan persefahaman Ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ketiga-tiga parti.

Ditanya bagaimana Pas dan DAP yang memiliki ideologi berbeza dapat menerima pendekatan pakatan itu, Anwar berkata, kedua-dua parti itu akan bekerja mengikut prinsip adil dan saksama.

“Kami komited dengan perubahan program yang disokong oleh semangat perlembagaan. Saya tidak nampak kesukarannya. Kami sudah mencapai persetujuan,” katanya.

Mengenai parti yang akan menerajui pakatan itu, Anwar menjelaskan kuasa peneraju terletak di tangan rakyat.

“Agendanya jelas. Ia tidak membezakan siapa yang menjadi Menteri Besar. Mereka tertakluk kepada dasar yang ditentukan oleh Pakatan Rakyat,” katanya.

Mengenai hasrat Pas menubuhkan negara Islam, Anwar dan Abdul Hadi menjelaskan perkara itu bukan isu yang boleh menyebabkan pertikaian.

“Ia tidak dinyatakan dalam manifesto Pas dan tidak lagi disebut sejak sekian lama. Ia bukan lagi satu isu,” kata Anwar.

Abdul Hadi pula berkata, isu itu tidak seharusnya dibangkitkan lagi untuk menimbulkan masalah kerana Islam menyokong prinsip asas seperti menangani rasuah dan mewujudkan kerajaan yang baik.

Sementara itu, Lim ketika mengulas kegagalan mewujudkan pakatan menerusi pendekatan Barisan Alternatif pada 1999 berkata, mereka belajar daripada kesilapan lalu, iaitu kegagalan untuk menubuhkan barisan pembangkang pelbagai etnik.

Ketika dihubungi kemudian, Lim berkata, beliau menjangka rangka kerja Pakatan Rakyat akan dimuktamadkan beberapa minggu lagi.

Katanya, DAP tidak mempunyai hubungan dengan Pas sebelum pilihan raya umum 8 Mac lalu, tetapi mesej rakyat pada hari berkenaan mahukan parti itu bekerjasama untuk mengekalkan keadilan, kebebasan dan demokrasi.

Filem Ayat Ayat Cinta jadi ‘fenomena’

Utusan Malaysia

JAKARTA 1 April – Sebuah filem Indonesia yang memecah stereotaip agama dan memperlihatkan wajah kasih sayang Islam telah menjadi blockbuster di kalangan penonton negara ini.

Lebih tiga juta penonton, termasuk Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan beberapa pegawai kanan kerajaan telah menonton filem Ayat Ayat Cinta, sebuah kisah cinta berciri Keislaman yang mula ditayang sejak Januari lalu.

Filem itu mengetengahkan isu sensitif seperti layanan terhadap wanita dan poligami melalui kisah Fahri Abdullah Shiddiq, seorang pelajar Indonesia di Universiti Al-Azhar.

Pengarahnya, Hanung Bramantyo, 33, berkata, filem itu bertujuan menunjukkan Islam sebagai sebuah agama toleransi dan aman.

“Saya mahu cerita mengenai Islam dari sudut pandangan universal.

“Saya mahu memberitahu bahawa terdapat orang yang mengikut fesyen, aliran muzik hip hop dan bersosial tetapi pada masa yang sama melakukan sesuatu mengikut Islam,” jelasnya.

Susilo yang menonton filem itu di sebuah panggung terkemuka bersama- sama keluarga menyatakan, Ayat Ayat Cinta merupakan filem inspirasi.

Presiden itu menyifatkan filem itu menjadi antitesis kepada filem Fitna oleh Ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders yang menghina al-Quran.

“Saya fikir kita patut bersyukur kerana kejayaan Ayat Ayat Cinta menunjukkan keuntungan pada sesebuah filem tidak semestinya dengan memuatkan unsur seks dan hantu,” kata pakar komunikasi, Ade Armando.

 

Older entries »