BERITA MALAYSIA KINI
Pilihan Terbaik Setiap DetikArkib bagi April 3, 2008
Laporan akhbar Israel tentang Anwar dicurigai
Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 1 April – Rakyat mempunyai sebab untuk curiga dengan laporan sebuah akhbar Israel yang meramalkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Bekas Ketua Pemuda PKR, Mohamed Ezam Mohamed Noor berkata, walaupun tidak mempunyai bukti atau mengetahui apakah motif sebenar laporan sedemikian dikeluarkan, umum mengetahui Israel bijak memanipulasi keadaan demi kepentingannya.
‘‘Sejak kebelakangan ini, sudah terlalu banyak percaturan politik yang menggadaikan maruah negara.
“Saya juga ada alasan untuk bimbang mengenai perkara ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mohamed Ezam diminta mengulas mengenai laporan akhbar Jerusalem Post bertajuk Anwar Ibrahim: Malaysia’s Future Prime Minister yang sebelum itu turut mendapat reaksi bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan seorang bekas pemimpin PKR, S. Nallakarupan, semalam.
Dr. Mahathir menyifatkan sekiranya Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia, ia hanya akan membawa satu malapetaka kepada negara ini.
Nallakarupan pula melihat akhbar itu tidak jelas mengenai perjalanan politik negara apabila membuat ramalan sedemikian.
Mengulas lanjut, Mohamed Ezam berkata, itu merupakan satu lagi usaha pemimpin seperti Anwar mengejar cita-cita dalam dunia politik.
—> di bawah ini ialah petikan dari http://www.warong-kopi.blogspot.com/
Petikan dari Jurusalem Post;
Anwar Ibrahim: Malaysia’s Future Prime Minister?
Anwar has been awarded acclaim by many for his success in creating unity amongst the previously divided opposition parties, which resulted in a coalition that won an unprecedented total of 82 seats out of parliament’s 222 seats in the latest election. Considered to be one of Malaysia’s most charismatic speakers, Anwar’s endorsement of PKR’s political platform is gaining significant momentum.
In February 2008, the PKR published the Keadilan Manifesto titled “A New Dawn for Malaysia,” detailing the party’s vision for putting Malaysia back on a track of economic, political, educational and cultural prosperity. Centering on five central positions, the party first and foremost advocates for a constitutional state for all whereby bumiputera rights are guaranteed fully alongside with non-bumiputera rights² and thus creating non-racial based politics
The main obstacle that analysts suggest is that once Anwar formally re-enters politics, he will need to continue to prove his political competence and ensure the long time fragmented opposition parties sustain a successful coalition and thus an effective governance implementing reforms within the states in which they hold a majority. Should they do so, analysts further predict that the opposition coalition may have a strong chance of defeating the ruling party in the 2013 elections, thus likely placing Anwar as the forerunner as Prime Minister.
Read more!
‘Orang itu terlalu kebal’- Utusan Malaysia
PUTRAJAYA 2 April – Tindakan disiplin ke atas ahli termasuk bekas pemimpin utama UMNO yang mengeluarkan kenyataan memburukkan kepimpinan parti agak sukar dilakukan kerana mereka sudah dianggap terlalu ‘kebal’.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, tiada siapa berani mencadangkan bekas pemimpin UMNO itu dikenakan tindakan disiplin meskipun pada zaman bekas Perdana Menteri itu memimpin banyak ahli dan pemimpin dihukum termasuk disingkir daripada parti.
”Zaman pemimpin kita dulu tindakan dibuat, ramai orang yang kena, orang yang melanggar (disiplin parti) yang dianggap menentang parti dan sesiapa yang menyokong pembangkang.
”Tetapi oleh kerana orang itu kebal, kalau sesiapa cadang dia diambil tindakan, mana boleh kerana ini orang kebal,” katanya.
Beliau mungkin merujuk ‘orang kebal’ itu sebagai bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Muhammad yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet kementeriannya di sini hari ini.
Beliau ditanya adakah UMNO akan mengambil tindakan disiplin ke atas ahli parti termasuk bekas pemimpinnya yang bertindak memburukkan kepimpinan parti termasuk secara terbuka meminta Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan.
Muhammad berkata, mereka yang boleh diambil tindakan disiplin hanya ahli parti di peringkat bawahan sebaliknya mereka yang ‘kebal’ tidak wajar dikenakan hukuman.
“Inilah keadilan politik yang ada sekarang,” katanya sinis sambil menambah keadaan itu berbeza ketika zaman 70-an dan 80-an apabila terdapat ahli dan pemimpin UMNO disingkir dan dibuang parti.
Bagaimanapun sekarang, katanya, meskipun bekas pemimpin utama UMNO itu melakukan perbuatan yang sama iaitu secara jelas menyokong pembangkang, tiada siapa berani cadang beliau dikenakan tindakan disiplin.
“Yang menjadi mangsa ialah Pak Lah (Abdullah). Soal perubahan pemimpin ia dipilih dalam parti, biarlah proses parti berjalan macam biasa mengapa nak paksa beliau meletakkan jawatan,” katanya.
Mengenai cadangan pemansuhan kuota pencalonan bagi pemilihan Presiden parti, Muhammad berkata, langkah itu diibaratkan seperti meminta pengadil mengubah peraturan ketika perlawanan bola sepak sedang berlangsung.
“Ini tidak adil kerana sebenarnya pemilihan sudah bermula. Kita tidak boleh meminta pengadil memberhentikan permainan untuk kita menukar peraturan seperti perlu besarkan pintu gol,” katanya.
Katanya, selama 22 tahun sistem kuota dilaksanakan di bawah kepimpinan Dr. Mahathir dan sistem yang sama diteruskan oleh kepimpinan Abdullah.
”Saya fikir yang lebih sesuai, kita selesaikan dahulu pemilihan. Selepas itu pasukan baru boleh terima pembaharuan bahawa sistem kuota itu tidak adil.
”Zaman kita jadi pemimpin kita kena adil dan zaman orang lain memimpin juga kena adil. Jangan zaman kita buat cara begini, bila kita dah tak ada, mahu diubah kerana dikatakan tidak adil,” katanya.
Majlis Fatwa sokong boikot produk Belanda
- Utusan Malaysia
SEPANG 2 April – Majlis Fatwa Kebangsaan membuat keputusan membantah penerbitan filem Fitna serta menyokong tindakan memboikot barang buatan Belanda.
Anggota majlis itu yang juga Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, tindakan itu sebagai satu bentuk protes terhadap negara yang mengeluarkan filem menghina Islam tersebut.
Katanya, tindakan memboikot boleh dilakukan ke atas perdagangan yang menjadi dasar hubungan antara kedua-dua negara.
”Filem Fitna ini betul-betul fitnah kepada kita (orang Islam).
”Hubungan kerajaan antara kerajaan lain adalah menerusi perniagaan, jadi kita perlu boikot barang mereka sebagai satu tunjuk perasaan kepada mereka,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi Lembaga Pengawalan dan Perlesenan Percetakan al-Quran (LPPPQ), Datuk Noh Gadot; Pengerusi Lajnah Penyemakan dan Percetakan Teks al-Quran, Datuk Sheikh Mohamah Nor Mansor; Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran, Che Din Yusoh dan Ketua Penolong Setiausaha Unit Kawalan Teks al-Quran, Wan Marsita Wan Sudin.
Mengulas lanjut, Harussani yang juga Pengerusi LPPPQ berkata, umat Islam dilarang mencaci agama lain namun sebagai orang Islam, mereka diwajibkan menyatakan kebenaran dan mempertahankannya.
Menurutnya, umat Islam perlu membantah segala fakta yang tidak sahih mengenai kitab suci al-Quran yang menjadi pegangan umat Islam dan memusuhi mereka yang cuba menyalahtafsirkan kandungan al-Quran.
Jelasnya, penerbitan filem yang berunsur sensitiviti agama boleh mencetuskan ketegangan antara umat Islam dan menjejaskan hubungan antara negara Islam dan bukan Islam.
”Islam menyuruh kita mempertahankan kesucian agama dan kita perlu membantah niat tidak baik musuh yang mahu menjatuhkan umat Islam,” katanya.
Fitna yang disiarkan di Internet pada 27 Mac lalu mengkritik dan menghina agama Islam dengan menunjukkan surah al-Quran dan berlatarbelakangkan imej pengganas.
Abdullah nafi berundur — Tolak spekulasi akan meletakkan jawatan Perdana Menteri
- Utusan Malaysia
![]() |
|
Abdullah Ahmad Badawi.
|
PUTRAJAYA 2 April – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menafikan spekulasi yang beliau akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.Abdullah mengulangi pendiriannya yang beliau tidak akan lari daripada tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri.
“Saya masih di sini. Saya masih di sini. Saya masih di sini. Mereka semua membuat spekulasi. Saya larilah. Saya letak jawatan. Kenapa perlu saya letak jawatan.
“Kerajaan saya mendapat majoriti besar (walaupun) bukan dua pertiga tetapi amat kukuh… itulah sokongan yang diterima. Takkan saya nak lari, tinggal saya punya tanggungjawab,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas mengadakan pertemuan empat mata dengan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said di pejabatnya di sini.
Abdullah berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi itu.
Spekulasi itu timbul ekoran gesaan oleh beberapa pemimpin termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang Abdullah patut memikul tanggungjawab bagi prestasi buruk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 8 Mac lepas dan meletakkan jawatan.
BN hilang majoriti dua pertiga dalam Parlimen selepas memenangi hanya 140 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen manakala pembangkang memenangi 82 kerusi.
BN juga tewas di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor selain gagal merampas kembali Kelantan daripada Pas.
Abdullah yang jarang menghadiri majlis rasmi akhir- akhir ini turut menyemarakkan spekulasi itu.
Akhbar Cina beri liputan luas kepada MB Kedah / Perak -harakahdaily
Azamin Amin
Wed | Apr 02, 08 | 1:10:22 pm MYT
KUALA LUMPUR, 2 April (Hrkh) – Walaupun terdapat sebahagian media arus perdana sama ada elektronik dan cetak memberi gambaran negatif dan dilihat cuba ‘melaga-lagakan’ termasuk menghilang keyakinan rakyat terhadap Menteri Besar dua negeri, Perak dan Kedah namun akhbar cina melakukan sebaliknya.
Dengan mengambil sikap profesional, akhbar harian berbahasa Cina, Sin Chew Daily telah memberi imej yang baik kepada kedua-dua tokoh terbabit dengan membuat liputan meluas kepada mereka.
![]()
Menurut laporan, Sin Chew Daily versi online telah memaparkan enam siri temubual eksklusif bagi MB Kedah Ustaz Azizan Razak dan sembilan siri bagi MB Perak Ir. Muhammad Nizar Jamaludin.
Buletin Online melaporkan bahawa liputan akhbar berbahasa Cina terhadap kedua-kedua Menteri Besar dari PAS itu melebihi ruang yang diberikan oleh akhbar media perdana berbahasa melayu.
Antara intipati temubual eksklusif akhbar Sin Chew Daily dengan MB Perak adalah tentang latar belakang keluarga Nizar yang berketurunan Cina.
Selain itu akhbar tersebut mengemukakan persoalan utama dasar-dasar pentadbiran negeri Perak terutamanya yang berkaitan dengan dasar-dasar Islam.
Manakala temubual dengan Ustaz Azizan Razak, MB Kedah, adalah berkaitan dengan hak-hak dan peluang ekonomi untuk orang-orang Cina di Kedah.

Perubahan media berbahasa Cina memberi ruang yang lebih kepada tokoh-tokoh PAS di dalam kerajaan Pakatan Rakyat dapat membuka ruang yang lebih luas kepada masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam memahami dasar-dasar PAS. Keadaan ini dijangka akan meningkatkan lagi pengaruh PAS di kalangan masyarakat bukan Islam serta merapatkan jurang maklumat yang selama ini ditutup oleh akhbar perdana berbahasa Melayu.
Jangan sekat ‘bloggers’ dengan undang-undang yang tak wajar -harakahdaily
| Intan Abdullah Wed | Apr 02, 08 | 1:10:04 pm MYT |
|
| KUALA LUMPUR, 2 April (Hrkh) – Kebanjiran media alternatif di Malaysia khususnya pada Pilihan Raya Umum ke-12 baru-baru ini ternyata meninggalkan kesan kepada keputusan pilihan raya tersebut sekaligus mengejutkan semua pihak yang sebelum ini memperkecilkannya.Salah seorang pemilik blog, Faisal Mustaffa menyambut baik mengenai usaha kerajaan bertemu dengan bloggers dan pengendali laman web.
Ujarnya, tiada masalah jika pihak kerajaan mahu mengadakan perjumpaan dengan semua pemilik blog termasuk pengendali laman web dengan tujuan mengadakan perbincangan serta menyelaraskan maklumat yang diterima. Bimbang pertemuan jadi landasan sekatan Namun beliau bimbang samada pertemuan itu akhirnya ianya menjadi sekatan atau memberikan ancaman kepada hak asasi manusia yang digariskan oleh perlembagaan. “Kalau boleh, jangan wujudkan sekatan yang tidak sewajarnya kepada pemilik web dan blog. “Jangan berikan ancaman seperti tindakan undang-undang yang tidak munasabah,sekaligus bercangggah dengan prinsip kebebasan dan hak asasi manusia,” katanya. “Sekiranya seseorang pemilik blog atau web tersebut dikenakan tindakan undang-undang atau apa jua isu yang dikenakan ke atasnya, maka ia hendaklah diberikan peluang untuk menjelaskan situasi tersebut bagi membela diri,” ujarnya lagi. Beliau turut mengakui bahawa setakat ini kerajaan masih tidak mempunyai sebarang polisi untuk mengekang kebebasan penulis blog dan pengendali laman web. Beri bloggers ruang dapatkan maklumat sahih Selain itu beliau turut mencadangkan supaya pengendali laman web dan blog perlu diberikan maklumat yang sahih bagi memastikan ulasan yang disampaikan menerusi laman web yang dimiliki itu benar. “Mereka hendaklah diberikan maklumat yang betul dan tepat bagi memastikan ulasan dan pandangan yang dilontarkan menerusi blog masing-masing tidak tersasar daripada kebenaran atau fakta yang asalnya,” ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily. Tegasnya, penulis blog perlu diberi peluang untuk mendapat maklumat yang betul kerana apa yang disampaikan dalam karya mereka sedikit sebanyak boleh mempengaruhi pembaca yakni pengguna internet. Sementara itu, seorang pengendali laman web alternatif yang enggan dikenali berkata kerajaan tidak mampu menyekat kemaraan perkembangan maklumat dalam kecanggihan era teknologi maklumat pada hari ini. “Mungkin mereka boleh kenakan tindakan undang-undang, tetapi pengaruh globalisasi sukar untuk disekat daripada terus berkembang,” katanya lagi. Ujarnya, kebanjiran laman web dan blog pada pilihan raya umum yang lalu diakui berperanan sebagai ancaman kepada media arus perdana yang sudah kehilangan ‘taringnya’ kerana rakyat pada saat ini ‘dahagakan’ maklumat yang cepat, tepat dan betul. “Rakyat kini mahukan maklumat yang cepat dan betul,” tambahnya. ![]() Lutfi kata kebobrokan kerajaan ubah lanskap politik negara Sementara Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman pula berpandangan media alternatif yang berteraskan internet bukanlah menjadi faktor utama kepada perubahan landskap politik tanah air. “Bukan faktor blog tetapi kebobrokan kerajaan yang memerintah adalah menjadi faktor utama kepada apa yang berlaku,” katanya. Jelasnya, ia adalah disebabkan hanya sebilangan laman blog sahaja yang memberi kesan kepada pergolakan politik pilihan raya baru-baru ini. “Selain amarah rakyat yang memuncak kepada Perdana Menteri, sikap media perdana yang memperbodohkan rakyat juga menyebabkan undi banyak beralih daripada BN. Lagi pun strategi kempen Umno-BN sudah ketinggalan zaman, tengok sajalah tema manifesto Selamat, Amam dan Makmur yang basi itu.” “Internet hanya medium perantara bagi menyampaikan maklumat dan analisis. Isu sebenar adalah kebobrokan kerajaan pimpinan Abdullah yang cukup lemah dan tidak berwibawa,” ujarnya. Dalam pada itu, Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Roslan Shahir pula menegaskan bahawa penggunaan blog dan laman web sebagai sumber maklumat pada pilihan raya umum baru-baru ini telah pun giat digunakan oleh pelbagai pihak. “Namun, ia tidak mendapat pengiktirafan oleh mana-mana pihak sebelum ini sehinggalah keputusan pilihan raya diumumkan,” katanya. Menurutnya, keputusan yang mengejutkan banyak pihak itu sekaligus menjawab segala keraguan yang wujud di kalangan pemimpin parti-parti politik untuk menerima penggunaannya sebagai suatu medium yang tidak sewajarnya dinafikan keberkesanannya. ![]() Blog semakin aktif bukti pengaruh besar Dalam perkembangan lain, Pensyarah Jabatan Media Universiti Malaya, Dr. Abu Hassan Hasbullah dalam laporan kepada akhbar arus perdana berkata, Malaysia yang memiliki hampir 500,000 blog yang aktif menjadi bukti penggunaan blog sebagai sangat berkuasa dalam mempengaruhi pemikiran rakyat negara ini terutama mengenai politik. Katanya, blog kini mempunyai jangkauan penyebaran maklumat sangat berkesan memandangkan jumlah pengguna Internet yang melayari web dan blog adalah sangat ramai setiap hari. “Kajian pihak kami mendapati 70 peratus keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu dipengaruhi oleh maklumat yang dipaparkan dalam blog,” katanya. Dr. Abu Hassan berkata, kerajaan mengambil pendirian tidak mempedulikan maklumat dalam blog sebelum pilihan raya tetapi pembangkang bertindak sebaliknya. Beliau berkata, pemimpin kerajaan kini juga boleh menggunakan blog untuk berkempen tetapi mereka perlu ingat bahawa masa sehingga 10 tahun diperlukan bagi membolehkan sesuatu blog itu mula dikenali ramai. Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, Dato’ Johan Jaafar yang turut menyertai forum tersebut pula berpendapat, sesetengah blog begitu berpengaruh apabila menerima sehingga sejuta kunjungan dalam satu hari yang normal. “Kalau pada hari-hari yang ada isu yang panas, jumlah kunjungan boleh mencecah antara tiga dan empat juta,” katanya./wann
|




