BERITA MALAYSIA KINI
Pilihan Terbaik Setiap DetikArkib bagi April 5, 2008
PM Minta Cuepacs Fikir Semula Hasrat Boikot Hari Pekerja
KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) –hari ini meminta Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memikirkan semula keputusannya untuk memboikot sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei ini.

“Fikirlah semula dan jangan guna pendekatan nak gertak atau mengugut untuk boikot hari yang penting untuk pekerja,” kata Perdana Menteri.
Abdullah berkata beliau lebih suka perkara itu diselesaikan melalui perbincangan.
“Saya berharap Cuepacs tidak akan menggunakan pendekatan mendesak dan mengugut kerana sudah menjadi tradisi kita mengutamakan rundingan untuk mencari jalan penyelesaian terbaik.
“Perbuatan mengertak atau mengugut seperti ini perlu dielakkan,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat Kompleks Kraf di sini untuk bertemu pengusaha kraf sempena sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2008 anjuran Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.
Rabu lepas Presiden Cuepacs Omar Osman berkata anggota kesatuan sekerja itu akan memboikot dua sambutan Hari Pekerja Mei depan, jika lima tuntutan mereka terhadap kerajaan tidak dipenuhi.
Beliau berkata kedua-dua sambutan Hari Pekerja itu ialah yang dianjurkan oleh Kementerian Sumber Manusia melibatkan kakitangan sektor awam dan swasta pada 3 Mei dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 29 Mei depan membabitkan anggotanya di seluruh negara.
Lima tuntutan itu ialah bayaran honorarium tahun 2007 sebanyak RM2,000 kepada 1.2 juta kakitangan kerajaan, kadar pencen mengikut perkhidmatan sebenar, pelanjutan umur persaraan daripada 55 tahun kepada 60 tahun, pemansuhan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) serta elaun kritikal dan imbuhan tetap perumahan.
Omar berkata tindakan memboikot itu adalah keputusan yang diambil dalam mesyuarat bersama 120 kesatuan yang bergabung di bawah kesatuan tersebut.
Perdana Menteri berkata, kerajaan mengambil masa untuk menimbang permintaan Cuepacs kerana perlu mengambil kira pelbagai perkara khususnya kemampuan kewangan.
Katanya, kerajaan telahpun menaikkan gaji kakitangan kerajaan pada kadar yang tinggi pada tahun lepas bagi menjamin pencen lebih besar semasa persaraan mereka.
“Jika kita hendak beri honorarium atau bonus, kita boleh kurangkan kadar kenaikan. Lain-lain tambahan seperti elaun sara hidup (COLA) juga diberikan,” kata beliau.
Ketika ditanya sama ada beliau bersedia berjumpa wakil Cuepacs untuk berbincang mengenai perkara itu, Perdana Menteri berkata:”Boleh, bila tiba masa tertentu untuk berbincang lanjut, tidak ada masalah, kajian mengenai perkara ini juga sedang dibuat.”
Mengenai tiga jawatan Timbalan Menteri yang kosong dalam Kabinet, Abdullah berkata pengumumannya akan dibuat minggu depan.
Abdullah turut ditanya sama ada beliau berhasrat untuk bertemu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi meredakan keadaan berikutan pergolakan yang berlaku dalam Umno selepas pilihan raya umum 8 Mac lepas.
“Tengoklah,” jawabnya ringkas.
Ketika diajukan persoalan mengenai kemungkinan Setiausaha Perhubungan Umno Pahang Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman dipecat berikutan kenyataannya semalam yang meminta semua ahli Majlis Tertinggi Umno meletakkan jawatan, Abdullah sambil tersenyum menjawab:”Hari ini bukan untuk perkara politik, esok boleh”.
– BERNAMA
Taib Mahmud Bayangkan Untuk Bersara Daripada Politik
KUCHING, 5 April (Bernama) — Ketua Menteri yang paling lama berkhidmat di negara ini, Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini membayangkan bahawa beliau akan bersara daripada politik dalam masa beberapa tahun akan datang.
“Cucu saya panggil saya nenenda, anak-anak saya memanggil saya ayahanda. Itu membuatkan saya sedar saya semakin tua dan ia adalah masa untuk saya berundur daripada politik,” kata Taib yang merupakan Ketua Menteri Sarawak keempat sejak 1981.
Taib, yang akan mencapai umur 72 tahun Mei ini, bercakap kepada pemberita pada majlis kesyukuran untuk anaknya Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman dan Barisan Nasional (BN) di Parlimen Kota Samarahan dan pelantikan Sulaiman sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, di Asajaya di sini.
Pada pilihan raya 8 Mac beliau tidak bertanding semula di kerusi Kota Samarahan sebaliknya memberikan kepercayaan kepada anaknya bagi mempertahankan kerusi itu untuk BN.
Sambil mengucapkan terima kasih kepada pengundi atas sokongan yang diberikan kepada Sulaiman pada pilihan raya baru-baru ini, Taib yang juga presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata hampir 90 peratus penduduk di situ miskin pada tahun 1970 ketika beliau pertama kali dipilih sebagai wakil rakyat di kawasan itu.
“Pada masa itu sesiapa yang mempunyai 10 helai baju sudah dikira sangat kaya. Jadi perjuangan kami ketika itu sangat jelas iaitu kami perlu mengubah kehidupan rakyat supaya boleh menikmati faedah kemerdekaan,” katanya.
Beliau turut menasihatkan pemimpin lapisan kedua yang tidak pernah melihat kemiskinan sebenar agar tidak lupa kepada perjuangan asal parti, untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat terutma di kawasan luar bandar.
“Pada masa itu apabila kami berkempen pada pilihan raya, kami terpaksa berjalan kaki, tapi kini ia lebih mudah kerana anda boleh menggunakan kenderaan kerana kebanyakan kawasan mempunyai hubungan jalan raya,” katanya.
Ketika diminta mengulas keputusan pilihan raya baru-baru ini, beliau berkata ia adalah majoriti mudah untuk BN, yang turut menyaksikan BN menang 30 daripada 31 kerusi Parlimen di Sarawak.
“Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) mendapat mandat yang baik dan kami akan terus menyokong beliau,” katanya.
– BERNAMA
Tindakan Dr Mahathir Umpama Membaling Batu Ke Rumah Kaca Umno – Zahid
| 05 April, 2008 19:10 PM |
KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) — Tindakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuat teguran keras terhadap kepimpinan Umno boleh diibaratkan sebagai perbuatan “membaling batu ke rumah kaca” kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata ketika memegang jawatan ketua pemuda Umno Malaysia antara 1996 hingga 1999, beliau pernah diberi amaran oleh Tun Mahathir supaya tidak “membaling batu ke rumah kaca”.
“Rumah kaca itu Umno, dan batu itu pula merupakan isu-isu yang pernah saya lontarkan (pemimpin Umno amalkan kronisme). Amaran itu masih terpahat dalam minda saya hingga ke hari ini.
“Tetapi kini Tun Mahathir sendiri yang mengambil “batu halilintar” yang lebih besar dan membalingkannnya ke rumah kaca Umno, bukan sekadar mahu memecahkan dinding, tetapi menghancurkan terus rumah kaca Umno.
“Saya sekadar mahu mengembalikan ingatan Tun Mahathir terhadap amarannya dulu untuk semua ahli Umno ketika itu,” kata Ahmad Zahid yang juga anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata tidakkah lebih tertib jika tokoh besar seperti Dr Mahathir menggunakan ketertiban pendekatan Melayu dengan menegur kepimpinan Umno melalui pendekatan yang lebih berhemah dan tidak menyanggah yang hanya layak dilakukan oleh tokoh-tokoh pembangkang.

Katanya teguran Dr Mahathir akan dijadikan bom jangka oleh pembangkang untuk menghancurkan Umno kerana Tun Mahathir mengambil langkah menjahanamkan Umno dari dalam dan pembangkang berusaha menghancurkan Umno dari luar.
“Tanpa menghilangkan sedikitpun rasa hormat saya kepada Tun Dr Mahathir, pada hemat saya Tun Mahathir seharusnya menyatukan semula fikrah Umno sebagaimana yang dikehendakinya ketika beliau menghadapi kemelut dalaman Umno pada tahun 1987 yang membawa kepada pembatalan Umno pada tahun 1988.
“Belum terlambat untuk Tun Mahathir mengembalikan semula ingatannya ketika beliau masih berkuasa. Saya sekadar mengingatkan Tun Mahathir kepada kata-kata beliau sendiri “Melayu Mudah Lupa”, kata Ahmad Zahid.
– BERNAMA
Karpal mahu Peguam Negara arah siasatan terhadap Dr Mahathir
| petikan dari Malaysia Today |
| Saturday, 05 April 2008 | |
| Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini menggesa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengarahkan penyiasatan ke atas laporan yang dibuat terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad atas dakwaan campur tangan dalam pentadbiran badan kehakiman.
Beliau berkata pada perbicaraan bekas timbalan Dr Mahathir, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Shafee Yahya ketika memberikan keterangan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Ariffin Jaka pada Jun 2000 berkata, Dr Mahathir telah mengarahkan beliau menutup fail. Karpal berkata beberapa laporan polis telah dibuat terhadap “Jika dakwaan Shafee terhadap Dr Mahathir adalah betul, bekas perdana menteri itu tidak wajar dilepaskan daripada tindakan undang-undang kerana tiada tempoh had apabila membabitkan pendakwaan jenayah. “Peguam Negara perlu serta merta mengarahkan penyiasatan ke atas laporan terhadap Dr Mahathir. “Sekiranya didapati Dr Mahathir dibabitkan dalam dakwaan terhadapnya, dengan itu beliau patut didakwa bagi menghalang kakitangan awam menjalankan tugasnya. “Ini, jelas merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” kata Karpal dalam kenyataan di sini. Dalam kenyataan itu, Karpal juga berkata beliau menyokong gesaan bekas pelapor khas Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu Datuk Param Cumaraswamy dan pengerusi Gerak Untuk Banteras Rasuah (Gerak) Mohamed Ezam Mohd Nor semalam supaya Dr Mahathir dituduh atas dakwaan campur tangan dalam pentadbiran badan kehakiman. Ezam berkata berdasarkan kepada keterangan Shafee, terdapat bukti yang mencukupi bagi Dr Mahathir disiasat bagi penyalahgunaan kuasa dan campur tangan dalam pentadbiran badan kehakiman. “Fakta bahawa Dr Mahathir adalah Perdana Menteri pada waktu itu merumuskan bahawa dengan kedudukan beliau sebagai ketua kerajaan pada ketika itu, tidak sepatutnya memerintahkan Shafee untuk menutup fail,” kata Karpal. - BERNAMA |
Umno hancur akibat tiada demokrasi, bersifat perkauman dan akhlak buruk – Ku Li
HARAKAH DAILY
| Anis Nazri Sat | Apr 05, 08 | 6:41:08 am MYT |
|
| KUALA LUMPUR, 5 April (Hrkh) - Tiada demokrasi dalam Umno, dasar dan visi Umno yang bersifat perkauman serta perangai dan kelakuan budaya, moral dan akhlak orang Umno merupakan tiga faktor kekalahan Umno dalam pilihan raya umum ke-12 lalu.Demikian dinyatakan Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Khas Umno Bahagian Gua Musang, di Balai Rakyat, Gua Musang, semalam.
Menurut Ku Li, kemusnahan demokrasi dalam Umno bermula apabila Perlembagaan Umno dipinda dengan “Ini bererti calon itu perlu mendapat pencalonan daripada 58 Bahagian daripada jumlah 191 Bahagian Umno. Tujuannya, kononnya ialah untuk mengelak supaya tidak sembarangan anggota parti sahaja, sesuka hatinya dan secara bermain-main akan mengemukakan dirinya sebagai calon Presiden atau jawatan-jawatan lain,” dakwa beliau. Umno tidak amal demokrasi Kata Ku Li lagi, sebelum kuota itu diperkenalkan, Umno pernah juga mengenakan peraturan, iaitu calon hendaklah mendapat pencalonan daripada dua bahagian sahaja, yang jelas ‘peraturan’ yang munasabah dan tidak terlalu ‘undemocratic’. Beliau menambah, parti yang wujud dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi tetapi tidak mengamalkan demokrasi dalam partinya sendiri adalah amalan yang bercanggah dan luar biasa. Katanya, parti yang tidak mengamalkan demokrasi bererti parti itu menyekat atau tidak menggalakkan tumbuhnya kecekapan dan kreativiti dalam parti itu; anggotanya tidak dibenarkan bersuara untuk menegur pimpinan parti, atau untuk memilih pemimpin yang lebih baik. “Orang tidak dibenarkan dan selalunya disekat malah digertak supaya jangan menentang atau menandingi pemimpin-pemimpin parti. Akibatnya parti menjadi beku. Pembaharuan dan kemajuan parti bantut. Kita lebih seronok mempercayai bahawa parti tidak menghadapi apa-apa masalah, parti kita kuat, anggota parti bersatu, dan pelbagai persepsi diri sendiri yang diciptakan secara emosi dan retorik,” tegas Ku Li. Beliau turut menyatakan bahawa dengan amalan tersebut lahirlah banyak ‘pak turut’ dan ‘tukang ampu’ dalam parti yang secara tidak bermoral dan berprinsip akan sentiasa memuji dan membela pemimpin walaupun mereka tahu pemimpin itu lemah. Beliau mengakui inilah keadaan yang berlaku dalam Umno hingga sekarang, di mana setiap kali menjelang pilihan parti, ada sahaja orang dan puak yang menyeru anggota parti supaya jawatan Presiden Parti, atau Timbalan Presiden, Ketua Wanita, atau Ketua Pemuda tidak ditandingi. Justeru, tegas beliau untuk menyelamatkan Umno dan menjadikannya parti politik kebangsaan Melayu ini terus relevan, cekap, kuat dan maju sepanjang zaman, demokrasi hendaklah dikembalikan dalam Umno. Umno tidak pentingkan semua kaum Dalam pada itu, Ku Li turut menyatakan bahawa dasar dan visi Umno hendaklah merentas sempadan kaum, dan tidak dilihat sebagai parti untuk dan bagi pihak orang Melayu sahaja. Menurutnya, dasar dan visi Umno hendaklah memprojekkan dirinya sebagai parti untuk kepentingan semua rakyat tidak kira kaum. “Kita mahu Umno menjadi parti supraetnik, parti nasional, yang adil kepada rakyat tanpa mengira kaum tetapi tetap mempertahankan ‘visi tradisionalnya’: iaitu, mempertahankan tanah air (negara ini) daripada penjajahan politik, ekonomi, ideologi dan budaya orang asing atau kuasa asing, mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara yang faedahnya ialah untuk negara, bukan untuk mana-mana kaum, dan mempertahankan Islam sebagai agama Persekutuan,” tegas beliau. Menurutnya, imej Umno selama beberapa tahun ke belakangan ini dapat dibahagikan kepada tiga jenis, di mana imejnya kepada orang Melayu ialah Umno tidak lagi memperjuangkan hak-hak yang menjadi warisan bangsa Melayu sejak dahulu kala, di samping Umno dilihat sebagai parti yang tidak lagi mempedulikan bahasa Melayu, budaya Melayu dan ekonomi rakyat Melayu yang miskin. Selain itu, katanya orang Melayu juga mula risau dan khuatir melihat kurangnya komitmen Umno untuk mempertahankan martabat dan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu. Beliau turut menyentuh imej Umno di mata orang bukan Melayu, di mana mereka menganggap Umno ialah parti untuk kepentingan orang Melayu, tidak untuk kepentingan kaum lain, yang mana Umno dianggotai oleh orang Melayu yang ‘fanatik Melayu’ – suka menjulang keris apabila memarahkan kaum lain. Begitu juga katanya dengan imejnya sebagai parti yang menggalakkan rasuah politik atau parti ‘orang kaya’ di atas dan parti orang miskin di bawah, parti yang korap, parti yang berkeliaran dengan buaya-buaya darat dan yu-yu laut yang tidak segan silu menyapu dan menelan segala projek dan kontrak kerajaan dan hak rakyat miskin tidak kira kaum. “Imej ini dibenci oleh semua kaum, tidak sahaja orang Melayu tetapi juga oleh kaum bukan Melayu. UMNO mesti mengubah atau kalau perlu membersihkan ketiga-tiga imej yang buruk itu. Umno mesti dipercayai bukan sahaja oleh orang Melayu tetapi juga oleh orang bukan Melayu,” tegas beliau. Dalam pilihan raya umum lalu, beliau mengatakan ada orang dari kaum India dan Cina, mengibarkan dan menjunjung bendera PAS, serta mengundi calon PAS di kawasan kuat Umno. “Mengapa? Apakah kerana mereka sudah dipukau atau diIslamkan oleh orang PAS? Tidak. Mereka berbuat demikian kerana mereka percaya bahawa PAS, berdasarkan prinsip Islam, lebih adil daripada Umno terhadap kaum bukan Islam. Mereka berkata orang PAS takut kepada Tuhan; jadi mereka takut hendak bercakap bohong atau melakukan dosa kepada makhluk Allah, tidak kira bangsa dan agama. Mereka berkata, Tok Guru Nik Aziz jauh lebih baik, bersih dan amanah daripada kebanyakan pemimpin Umno Kelantan,” jelas beliau. Katanya, inilah cabaran yang dihadapi oleh Umno hari ini, di mana ia terpaksa menjadi parti yang boleh dipercayai oleh semua kaum. Calon Umno tiada adab, maki hamun Nik Aziz Tambahnya, Umno terpaksa menyaingi parti baru seperti KeADILan yang dilihat oleh semua kaum – termasuk orang Melayu generasi baru – sebagai parti yang dasarnya ialah keadilan kepada semua rakyat berdasarkan keadaan dan keperluan asas mereka. Faktor ketiga kekalahan Umno, katanya berkenaan perangai dan kelakuan budaya, moral dan akhlak orang Umno yang perlu diadabkan. Berdasarkan pemerhatian, kata beliau dalam kempen pilihan raya lalu, kelakuan beberapa calon Umno tidak beradab.
Bahkan, katanya seluruh jentera Umno digerakkan untuk melancarkan semacam ‘perang salib’ terhadap PAS, seperti perang yang dilakukan oleh Presiden Amerika, George Bush terhadap negara Islam. “Kita adalah bangsa yang berbudaya, beragama Islam, beradab. Orang Melayu – bahkan orang bukan Melayu dan bukan Islam pun – meluat dan menyampah dengan perangai dan kelakuan sombong bongkak itu. Kita tidak diajarkan cara bagaimana hendak memikat hati pihak lawan. Kita seolah-olah menggunakan budaya dan taktik samseng yang menyebabkan kita kalah lebih teruk dari tahun 2004,” tegas beliau. Keadaan itu, dakwa beliau berlaku kerana terlalu yakin pada kekuatan parti, sehingga tidak nampak kelemahan parti. Jelasnya, orang-orang seperti itu berasa megah, berani bercakap besar dan memberi tahu pengundi ‘Aku akan menjadi Menteri Besar’ atau akan menjadi menteri jika dipilih. ‘Roh perut’ kuasai Umno, wang jadi mainan Beliau turut mendakwa bahawa ekonomi pasaran atau ekonomi kapitalisme sudah menjadi alat politik Umno untuk memperkayakan orang-orang tertentu dalam Umno untuk kepentingan kepimpinan, tidak untuk kepentingan rakyat dan anggota akar umbi Umno. “Jiwa dan roh Melayu orang Umno mulai digantikan dengan ‘roh perut’. Wang menjadi alat permainan politik dan kuasa dalam Umno,” dakwa beliau. Justeru, untuk menyelamatkan Umno, Ku Li menegaskan bahawa parti perlu membuang segala anggota Umno ‘di atas’ itu yang jahat, yang korap, yang tidak berbudaya dan berakhlak tinggi, dan yang tidak bijaksana. “Ada orang boleh jadi geliga otaknya, lulusan dari Oxford, Harvard dan sebagainya, tetapi tidak bijak, tidak pandai, tidak cerdik budaya. Orang ini tidak layak diangkat oleh Umno untuk menjadi pemimpin mereka. Mengapa? Sebabnya mereka tidak mempunyai ‘roh atau semangat Melayu’ yang cukup dalam dadanya, tidak bijak, tidak pandai bercakap dan berhujah dengan rakyat,” tegas beliau. Katanya, mereka mungkin layak menjadi penyelidik akademik, tetapi tidak layak menjadi pemimpin bagi bangsa Melayu-Islam yang mempunyai nilai-nilai ketimurannya yang tersendiri, yang perlu difahami oleh sesiapa yang hendak menjadi pemimpin orang Melayu. – mks. |
Utusan Malaysia
Oleh Misiah Taib
KUCHING: Semua 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Sarawak memberi jaminan kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam, bahawa tiada seorangpun daripada mereka yang akan melompat parti untuk menyertai pembangkang, dalam apa keadaan sekalipun.
Mereka juga memberi jaminan tidak akan terpengaruh dengan cubaan pembangkang ‘membeli’ mereka, malah akan sentiasa berpegang kuat kepada prinsip menyokong penuh kepemimpinan Abdullah dan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, pada peringkat negeri.
“Semua mereka juga menyatakan pendirian akan tetap menyokong BN dan saya sebagai Perdana Menteri, selain memberi jaminan tiada seorangpun yang berniat atau tergamak untuk melompat parti.
“Mereka berjanji tetap menjadi ahli BN, wakil rakyat BN dan menyokong penuh kepemimpinan saya,” kata Perdana Menteri selepas mengadakan perjumpaan dengan semua 30 Ahli Parlimen dan 62 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN Sarawak serta pemimpin empat parti komponen, di sini semalam.
Abdullah tiba di sini kira-kira jam 9.20 pagi untuk lawatan sehari ke Sarawak, khusus bagi mengadakan pertemuan dengan semua pemimpin parti komponen dan wakil rakyat BN di negeri ini. Beliau turut mengadakan pertemuan empat mata dengan Abdul Taib.
Difahamkan pada pertemuan tertutup dengan wakil rakyat itu, Abdul Taib turut memberi jaminan kepada Abdullah bahawa sokongan BN Sarawak tetap padu kepada kepemimpinan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen di Sarawak juga bukan barang yang boleh dijual beli.
Malah, Perdana Menteri diminta supaya tidak mempercayai laporan, khususnya yang disiarkan menerusi internet mengenai Ahli Parlimen di Sarawak kononnya mahu berpaling tadah kerana itu semua tidak benar dan tidak akan berlaku, apa lagi ia bukan tradisi dalam BN di negeri itu.
Abdullah yang turut memperakui kekuatan parti komponen BN Sarawak apabila mendapat sokongan padu rakyat pada pilihan raya umum lalu berkata, dalam pertemuan tertutup itu pemimpin terbabit juga menyatakan rasa bangga mereka dengan pencapaian pada pilihan raya lalu.
Ditanya apakah dengan sokongan kuat yang diberikan rakyat kepada BN di Sarawak, ada kemungkinan tambahan jawatan Menteri akan diberikan kepada Ahli Parlimen dari negeri itu selepas ini, Perdana Menteri berkata;
“Pada waktu ini… sekarang ini belum lagi. Kita kena tengok masa yang sesuai kalau ada jawatan sebab kini yang ada sudah pun diisi. Tetapi ada juga antara parti di Sarawak yang saya beri jawatan lebih daripada apa yang mereka peroleh dulu”.
Kepada soalan bila beliau akan mengumumkan pelantikan tiga Timbalan Menteri baru yang masih kosong, Abdullah berkata semua calonnya sudah dikenal pasti daripada parti komponen BN yang sama dan nama mereka akan diumumkan minggu depan.
“Saya sudah kenal pasti calon sesuai dan mereka akan mengangkat sumpah minggu depan. Saya tidak akan umumkan dulu siapa mereka, tetapi mereka akan mewakili parti yang sama,” katanya.
Tiga jawatan Timbalan Menteri itu kosong berikutan dua calon yang dipilih sebelum ini menolak pelantikan, manakala seorang lagi meletakkan jawatan pada 26 Mac lalu.
Dua yang menolak pelantikan ialah Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar sebagai Timbalan Menteri Luar dan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Anifah Aman sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan. Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh, pula meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Mengenai pelantikan Speaker dan Timbalan Speaker, Abdullah berkata, calon bagi kedua-dua jawatan itu juga sudah dikenal pasti dan kini beliau sedang dalam proses bertanya kepada mereka sama ada bersetuju menerimanya.
“Kita sudah kenal pasti dan sedang mendapatkan maklum balas mereka. Calon ini termasuk dari Sabah dan Sarawak,” katanya.
Pakatan Rakyat mula retak
BERITA HARIAN
Oleh Sazarina Shahrim dan Suhana Roslan
KUALA LUMPUR: Belum sampai seminggu cadangan penubuhan Pakatan Rakyat diumumkan, gabungan itu sudah mula retak apabila DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) membantah hasrat Pas yang mahu menjadi tunjang kepada pakatan berkenaan serta merealisasikan penubuhan negara Islam.

Beberapa pemimpin kanan DAP dan PKR semalam masing-masing membidas hasrat Pas itu dan menyifatkan kenyataan yang dibuat mengenainya tidak sesuai kerana boleh mengelirukan, selain menimbulkan ketegangan dalam Pakatan Rakyat.
Pengerusi DAP, Karpal Singh, berkata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu bertanggungjawab dan memberi penjelasan berhubungan isu berkenaan bagi mengelakkan wujud prasangka terhadap Pakatan Rakyat.
“Apabila kita (DAP, PKR dan Pas) bersetuju untuk menubuhkan Pakatan Rakyat, sepatutnya segala kenyataan berhubung perkara itu mesti dibawa dalam perbincangan dan bukannya terus membuat kenyataan terbuka.
“Bagaimana mungkin Pas menjadi tunjang kepada Pakatan Rakyat jika kerusi Parlimen yang dimenangi mereka adalah yang paling sedikit jumlahnya berbanding DAP dan PKR,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakub, yang berkata Pas wajar menjadi tunjang kepada Pakatan Rakyat jika mahu merealisasikan impian menubuhkan negara Islam.

Ahmad dilaporkan sebagai berkata, impian itu akan hanya tercapai akhirnya jika semua pihak memahami dan menerima konsep Islam sebenar yang tidak pernah memperkecil atau mengecualikan mana-mana pihak sebab ia adalah agama untuk kebaikan semua.
Cadangan itu turut disokong beberapa pemimpin Pemuda Pas yang mendakwa rakyat sudah boleh menerima pendekatan parti berkenaan selepas Pakatan Rakyat berjaya memerintah lima negeri dan mendapat majoriti kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan.
Bagaimanapun, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw, mahu Pas supaya memahami terlebih dulu erti demokrasi yang secara konsepnya jelas memperuntukkan parti paling banyak memenangi kerusi Parlimen wajar diberi peluang untuk memimpin pakatan.
“PKR mendapat kerusi Parlimen paling tinggi iaitu 31 berbanding 28 DAP dan 26 Pas. Atas sebab itu, kita lantik Ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Ketua Pembangkang,” katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, Ketua Penerangan PKR, Chua Tian Chang, berkata semua parti pembangkang yang menganggotai Pakatan Rakyat mempunyai tunjang dan kekuatan sendiri yang masing-masing boleh dimanfaatkan ke arah kebaikan.
Sehubungan itu, katanya, perkara yang penting kini ialah untuk Pakatan Rakyat berusaha mengotakan janji yang dibuat kepada rakyat pada pilihan raya umum lalu bagi memastikan mereka tidak meragui manifesto yang dilancarkan.
“Soal sama ada Pas, PKR atau DAP yang menjadi tunjang dalam pakatan pembangkang ini tidak harus timbul, sebaliknya setiap parti mesti mengotakan janji kepada rakyat supaya mereka terus menyokong kita,” katanya.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam blognya mengulas, kenyataan yang dikeluarkan sejak beberapa hari lalu itu mengundang persoalan sama ada tiga parti dalam Pakatan Rakyat mengambil iktibar daripada kesilapan pada 2001 sehingga menyebabkan DAP terpaksa meninggalkan pakatan.
Cadangan kerjasama antara tiga parti selepas pilihan raya umum lalu perlu dilakukan secara berhati-hati bagi memastikan pemimpin di pelbagai peringkat memahami asas kepada kerjasama ini supaya ia tidak dieksploitasi musuh politik, selain menghalang berulangnya perpecahan, tulis beliau.
200 bantah Fitna
Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 4 April – Kira-kira 200 penyokong Pas berhimpun secara aman di hadapan Kompleks
Ampwalk, Jalan Ampang yang menempatkan pejabat kedutaan Belanda bagi membantah terbitan Fitna di sini hari ini.
Penyokong parti itu berjalan secara berkumpulan selepas menunaikan solat jumaat di Masjid bangunan Tabung Haji, Jalan Tun Razak di sini.
Perhimpunan yang diketuai oleh Exco Pemuda Pas, Ridhuan Mohd. Noor itu turut membawa kain rentang yang antara lain meminta orang ramai memboikot produk dari Belanda.
Beliau berkata, penerbitan filem dari negara tersebut mesti dibantah kerana ia menghina seluruh umat Islam.
‘‘Kami hanya mewakili seluruh umat Islam di dalam negara ini dan luar negara untuk membantah penyiaran filem itu kerana Islam bukan agama pengganas,’’ katanya ketika ditemui pada perhimpunan tersebut.
Jelasnya, penyiaran filem Fitna karya Geert Wilders itu akan mengeruhkan lagi hubungan antara negara Barat dengan masyarakat Islam.
Fitna yang disiarkan di Internet pada 27 Mac lalu, mengkritik dan menghina agama Islam dengan
menunjukkan surah al-Quran dan berlatarbelakangkan imej pengganas.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sofian Md. Yassin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, perhimpunan tersebut bersurai secara aman.
Dewan Muslimat Pas Pusat juga dalam satu kenyataan di sini menyifatkan tindakan Geert menyamakan al-Quran dengan tulisan Adolf Hitler yang bertajuk Mein Kempf, merupakan satu penghinaan besar kepada umat Islam.
Setiausahanya, Azman Athirah Al Junaidi berkata, kerajaan Belanda mesti mengambil tindakan proaktif bagi membendung usaha Geert yang telah mencetuskan kemarahan di seluruh dunia.
Sokong siaran langsung
Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 4 April – Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Mohd. Shafie Apdal menyokong penuh persidangan Dewan Rakyat disiarkan secara langsung di televisyen jika ia mampu menjadikan ahli Parlimen lebih berbudaya dalam membahaskan usul.
Beliau berkata, siaran langsung itu boleh menjadi kaedah yang paling sesuai untuk mengubah gaya perbahasan di Dewan Rakyat supaya menjadi lebih bersopan dan berbudaya.
‘‘Elok juga diadakan siaran langsung. Ia boleh menjadi sebahagian langkah membudayakan Ahli Parlimen supaya menggunakan bahasa yang tersusun dan teratur dalam perbahasan mereka,’’ katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas keputusan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek yang mengumumkan RTM akan menyiarkan sidang Dewan Rakyat secara langsung selama setengah jam.
Bahasa dan gaya pertuturan di Dewan Rakyat seringkali menjadi tajuk berita apabila ada wakil rakyat yang menggunakan bahasa pasar yang tidak sesuai digunakan dalam perbahasan.
Malah, pada persidangan Disember tahun lalu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Ramli Ngah Talib memberi amaran kepada Ahli-ahli Parlimen supaya menjaga bahasa pertuturan ketika berbahas atau memanggil seseorang di Dewan Rakyat.
Nazri nafi letak jawatan
PARIT BUNTAR 4 April – Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya beliau akan meletakkan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam tempoh terdekat.

Menurutnya, dakwaan itu tidak benar sama sekali dan beliau akan terus memegang jawatan tersebut selagi diperlukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
‘‘Saya masih di sini sebab UMNO tidak kalah, Barisan Nasional (BN) juga tidak kalah. Saya sendiri masih menang dan kekal sebagai Ahli Parlimen Padang Rengas,” katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan wang tunai antara RM500 hingga RM3,000 kepada 124 mangsa ribut daerah Kerian di sini hari ini.
Beliau sebelum itu diminta mengulas desas-desus bahawa beliau akan meletakkan jawatan sebagai menteri dalam tempoh terdekat.
Antara sebab beliau dikatakan wajar meletakkan jawatan adalah kerana kelantangannya di Parlimen telah menyebabkan ramai yang tidak menyukai sikapnya itu hingga pengundi menolak BN pada pilihan raya umum lalu.
berhubung dakwaan itu.
memasukkan peraturan baru yang menetapkan syarat bahawa anggota parti yang hendak menandingi jawatan Presiden hendaklah mendapat pencalonan sebanyak 30% daripada Bahagian Umno.
“Mereka sombong, bercakap besar, riak, dan suka menabik dada. Seorang calon Parlimen Umno memberitahu media bahawa matlamat dia ialah untuk memastikan lawannya hilang deposit. Calon ini mengalami kekalahan teruk, diajar oleh pengundi Melayu. Di Kelantan, kita dengar bagaimana seorang calon parlimen yang dekat dengan kuasa atasan di KL, memaki hamun dan menggunakan kata-kata biadab terhadap PAS, khususnya terhadap Dato’ Nik Aziz,” tegas beliau.