BERITA MALAYSIA KINI

Pilihan Terbaik Setiap Detik

200 bantah Fitna

Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 4 April – Kira-kira 200 penyokong Pas berhimpun secara aman di hadapan Kompleks Ampwalk, Jalan Ampang yang menempatkan pejabat kedutaan Belanda bagi membantah terbitan Fitna di sini hari ini.

Penyokong parti itu berjalan secara berkumpulan selepas menunaikan solat jumaat di Masjid bangunan Tabung Haji, Jalan Tun Razak di sini.

Perhimpunan yang diketuai oleh Exco Pemuda Pas, Ridhuan Mohd. Noor itu turut membawa kain rentang yang antara lain meminta orang ramai memboikot produk dari Belanda.

Beliau berkata, penerbitan filem dari negara tersebut mesti dibantah kerana ia menghina seluruh umat Islam.

‘‘Kami hanya mewakili seluruh umat Islam di dalam negara ini dan luar negara untuk membantah penyiaran filem itu kerana Islam bukan agama pengganas,’’ katanya ketika ditemui pada perhimpunan tersebut.

Jelasnya, penyiaran filem Fitna karya Geert Wilders itu akan mengeruhkan lagi hubungan antara negara Barat dengan masyarakat Islam.

Fitna yang disiarkan di Internet pada 27 Mac lalu, mengkritik dan menghina agama Islam dengan menunjukkan surah al-Quran dan berlatarbelakangkan imej pengganas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sofian Md. Yassin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, perhimpunan tersebut bersurai secara aman.

Dewan Muslimat Pas Pusat juga dalam satu kenyataan di sini menyifatkan tindakan Geert menyamakan al-Quran dengan tulisan Adolf Hitler yang bertajuk Mein Kempf, merupakan satu penghinaan besar kepada umat Islam.

Setiausahanya, Azman Athirah Al Junaidi berkata, kerajaan Belanda mesti mengambil tindakan proaktif bagi membendung usaha Geert yang telah mencetuskan kemarahan di seluruh dunia.

Tiada komen lagi »

Komen anda

HTML-Tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>