BERITA MALAYSIA KINI
Pilihan Terbaik Setiap DetikArkib bagi April 6, 2008
Tun Mahathir musnahkan Malaysia – Petikan dari Laman M@rhaen
PAS Kawasan Batu memandang serius dakwaan dengan pendedahan UN Special Rapporteur, Dato’ Param Cumaraswamy di dalam akhbar The Star minggu lalu yang mendakwa terdapat tanda-tanda bagaimana Tun Mahathir terlibat dalam memusnahkan sistem kerajaan di Malaysia.
Menurut Setiausaha PAS kawasan, Haji Ismail Yahya ketika dihubungi dakwaan Dato’ Param Cumaraswamy amat serius dan ia bukan sahaja membuka perbincangan baru tetapi satu tindakan tegas patut diambil segera terhadap Tun Mahathir.
Dalam kenyataannya kepada The Star itu, jelas menunjukkan bagaimana Tun Mahathir terlibat dalam memusnahkan sistem kerajaan di Malaysia.
Param berkata biarpun hampir keseluruhan rakyat sebulat suara bersetuju bahawa sistem kerajaan telah dicemari dengan amalan rasuah, berdasarkan keputusan pilihan raya umum lalu, kesalahan amalan rasuah ini tidak boleh diletakkan ke atas PM, Abdullah Ahmad Badawi semata-mata .
“Ini kerana, kelemahan yang berlaku di bawah pentadbiran beliau (Abdullah) bukan terjadi dalam masa semalaman, tetapi diwarisi dari pentadbir sebelumnya. Sehubungan itu, Tun Mahathir sewajarnya disalahkan ke atas krisis yang berlaku dalam bidang penghakiman, polis dan BPR,” tegas beliau.
Ismail tidak menafikan apa yang telah berlaku selama ini membuktikan betapa gejala rasuah, campurtangan badan kehakiman, kelembapan BPR dalam mengambil tindakan terhadap “jerung-jerung” utama, terangkum dalam dakwaan Param itu.
PAS Kawasan Batu menyokong penuh kenyataan Param untuk menyiasat dakwaan terhadap Tun Mahathir.
Ismail juga menyokong dakwaan-dakwaan Ezam Mohd Noor terhadap Tun Mahathir yang patut diambil tindakan.
“Berdasarkan testimoni bekas Pengarah BPR, Dato’ Shafee Yahya, di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Ariffin Jaka dalam perbicaraan kes liwat Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada Jun 2000 seperti yang tertera dalam rekod mahkamah, bahawa terdapat bukti kukuh untuk menyiasat Tun Mahathir kerana salah guna kuasa dan campur tangan dalam badan kehakiman yang dilakukan beliau pada 1998. Sebagai mantan PM, tidak meletakkan beliau ‘keistimewaan’ untuk terlepas dari hukuman ke atas kesalahan semasa pentadbiran beliau,” tegas Ezam.
TMJ: sanggahtoksago.com
06.04.2008
Mahfuz alukan sikap sumbang Azalina
Harakah Daily
|
Abdul Halim Mohd Rashid |
KUALA LUMPUR, 6 Apr (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said kerana tindakan sumbangnya.
“Terima kasih kerana Azalina mengukuhkan lagi kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dengan menambahkan lagi kemarahan kepada para pemimpin Barisan Nasional. “Mula-mula dia kata semua memorandum persefahaman (MoU) berkaitan program pelancongan antara lima kerajaan negeri yang dikuasai kerajaan campuran dengan kerajaan pusat dibatalkan berkuat kuasa serta merta kerana tidak setuju dengan keputusan rakyat memilih kerajaan yang mereka kehendaki. “Kelmarin dia ulangi lagi kenyataan sumbangnya dengan mendakwa kononnya MoU tersebut ditamatkan kerana beliau sudah tahu tidak boleh bekerjasama dengan pembangkang. Dia Tuhankah sehingga tahu apa yang akan berlaku?” kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Sambil menyifatkan Azalina begitu sempit dengan mentaliti kepuakan Barisan Nasionalnya, Mahfuz menyifatkan menteri itu tidak ada semangat Malaysia seperti para pemimpin Pakatan Rakyat (PR). “Walaupun tahu rakyat di Kelantan dan di Terengganu dibuli sebelum ini dengan penahanan royalti minyak di Terenganu misalnya serta melambat-lambat serta menyusah-nyusahkan peruntukan untuk negeri yang ditetapkan oleh perlembagaan negara, tetapi kerajaan PR tetap menghormati kerajaan pusat,” katanya. Perkara itu, katanya, dibuktikan apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengunjungi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Razak juga akan mengunjungi Perdana Menteri. “Tetapi, para pemimpin Barisan Nasional (BN) sengaja mengetepikan konsep federalisme yang ditetapkan oleh perlembagaan negara seperti yang dilakukan oleh Azalina itu,” katanya. Mahfuz menyifatkan sikap panas baran Azalina serta isyarat permusuhannya itu membuktikan para pemimpin BN mahu berperang dengan rakyat yang memilih kerajaan yang mereka kehendaki. “Buat apa batalkan MoU sahaja? Kenapa Menteri Pelancongan tidak cadangkan supaya diubah lapangan terbang antarabangsa di Pulau Pinang ke Perlis?
“Kalau ikut lojik sikap beliau sepatutnya lapangan terbang antarabangsa di Pulau Pinang diubah ke Perlis, satu-satunya negeri di utara yang dikuasai BN. “Adakah Menteri Pelancongan nak biarkan Pulau Pinang menjadi pintu masuk pelancong sedangkan beliau sudah sudah tahu tidak boleh bekerjasama dengan pembangkang? Ubahlah lapangan terbang antarabangsa ke Perlis,” katanya lagi. |
Kritikan terhadap kepimpinan UMNO tidak akan hancurkan parti – Mahathir
LANGKAWI 6 April — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kritikannya terhadap kepimpinan Umno tidak akan menghancurkan parti sebaliknya akan menjadikannya lebih kukuh.
“Terpulang kepada mereka hendak mendengar atau sebaliknya,” katanya selepas majlis tahlil untuk allahyarham kakaknya Habsah Mohamad di Surau Ibrahim Mi, Kampung Ranggut Padang Matsirat di sini malam tadi.
Dr Mahathir diminta mengulas kenyataan beberapa menteri kabinet yang juga pemimpin Umno yang menegur beliau supaya jangan keterlaluan mengkritik kepimpinan parti ekoran pencapaian buruk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum yang lepas.
Antara mereka ialah Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Muhammad Muhamad Taib.
Hadir sama pada majlis itu ialah isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan anggota Parlimen Langkawi, Datuk Paduka Abu Bakar Taib.
Ketika berucap sebelum itu, Dr Mahathir meminta umat Islam Malaysia supaya bersyukur kerana rakyat dapat hidup aman damai tanpa berlaku perbalahan walaupun mempunyai perbezaan fahaman politik.
Beliau yakin Malaysia akan terus aman yang membolehkan rakyat hidup bahagia tanpa sebarang gangguan.
— BERNAMA
Nik Aziz selar kenyataan Karpal Singh perlekeh usaha bangunkan Islam
Utusan Malaysia
KOTA BHARU 6 April — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menganggap kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh meminta agar PAS tidak memasang angan-angan untuk menunjangi Pakatan Rakyat kerana khuatir ia akan menegakkan negara Islam, sebagai memperlecehkan usaha membangunkan Islam oleh kerajaan Kelantan.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan meminta Karpal Singh memberikan bukti di mana kelemahan PAS yang telah mentadbir Kelantan mengikut acuan Islam selama 18 tahun itu.
“Saya nak tahu apa tak kena Islam dan apa lagi yang dia (Karpal Singh) tak setuju Islam. Semua masyarakat
bukan Islam gembira berada di bawah kami (PAS),” katanya kepada pemberita selepas menerima lawatan Duta Besar Jepun ke Malaysia, Masahiko Horie di pejabatnya di sini, hari ini.
Minggu lalu, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob berkata PAS wajar menjadi tunjang kepada Pakatan Rakyat yang dibentuk oleh parti- parti pembangkang sekiranya ia mahu merealisasikan impian menubuhkan sebuah negara Islam.
Ahmad berkata impian itu akan hanya tercapai akhirnya jika semua pihak memahami dan menerima konsep Islam yang sebenar, yang merupakan agama untuk semua umat manusia.
Nik Aziz menjemput Karpal Singh melawat Kelantan dan melihat sendiri pembangunan di negeri itu yang dibangunkan mengikut acuan Islam.
![]()
“Saya tanggung kos penginapan hotel. Tak payah jumpa saya pun tidak apa, jumpalah masyarakat bukan Islam di Kelantan dan lepas itu beritahu apa yang tidak baik dengan Islam ini,” katanya.
Nik Aziz berkata sistem kewangan Islam yang diterapkan kerajaan Kelantan juga telah diikitraf oleh pakar-pakar ekonomi seluruh dunia dan sejak Kelantan di perintah PAS banyak penambahbaikan telah dilakukan termasuk penghapusan riba dan mewujudkan pajak gadai Islam.
“Bukan itu sahaja, masyarakat bukan Islam juga diberi hak dengan dilantik sebagai penyelia masyarakat dan saya nak tanya dimana tidak baiknya apa yang kami buat ini,” katanya.
Beliau berkata masyarakat bukan Islam juga tidak pernah dipaksa untuk memeluk agama Islam dan sejak penerapan nilai Islam oleh PAS itulah menyebabkan kaum lain merasa selesa di bawah pemerintahan PAS.
Mengulas kunjungan Masahiko itu, Nik Aziz berkata duta itu tertarik dengan kerajinan wanita Kelantan mencari nafkah yang berbeza di tempat lain.
“Saya jemput duta itu untuk melawat Pasar Besar Siti Khadijah dan Pasar Borong Wakaf Che Yeh untuk melawat dari dekat kerajinan wanita Kelantan ini,” katanya.
— BERNAMA
Ulul Albab: Dunia tanpa Islam hanya ilusi Barat
Berita Harian, Ruangan Agama
DUNIA tanpa sempadan adalah ikon umat manusia sejagat hari ini. Ia natijah semula jadi daripada ledakan teknologi maklumat yang semakin menonjol dan menampakkan kekuasaannya. Ledakan itu juga boleh menjadi nikmat dan malapetaka.

Graham Fuller ( gambar atas ) yang menulis artikel bertajuk A World Without Islam atau Dunia Tanpa Islam dalam Foreign Policy terbitan The Carnegie Endowment for International Peace, Washington keluaran Januari-Februari 2008, memulakan artikelnya dengan menulis “What if Islam had never existed? To some, it’s a comforting thought: No clash civilizations, no holy wars, no terrorists. Would Christianty have taken over the world? Would the Middle East be a peaceful beacon of democracy? Would 9/11 have happened?”
Fuller yang juga bekas Timbalan Ketua Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat yang sekarang menjadi seorang profesor sejarah di Fraser University, Vancouver mendakwa punca kekacauan dunia adalah Islam.
“Islamlah yang menggalakkan serangan bunuh diri, bom kereta, pencerobohan tentera, perjuangan perlawanan, amukan massa, fatwa, jihad, perang gerila, video ancaman dan serangan 11/9,” dakwanya.
Sesetengah pihak inilah yang sampai sekarang masih menguasai aliran perdana pemikiran manusia sejagat dengan kekuasaan tentera, kewangan dan media massa. Mereka menempatkan Islam sebagai musuh berbahaya. Oleh itu, mereka bertungkus lumus memeranginya dengan pelbagai cara sama ada secara halal mahupun yang haram.
Cara yang haram memerangi Islam adalah apa yang dilakukan ahli perundangan Belanda, Geert Wilders dalam
filem dokumentarinya Fitna menerusi saluran teknologi maklumat YouTube. Menerusi filem berkenaan, Wilders melakukan serangan fitnah terhadap kitab suci agama Islam, al-Quran al-Karim. Wilders, sebagai manusia ciptaan Allah menuduh al-Quran sebagai punca semua keganasan manusia padahal Allah, sebagai Pencipta manusia termasuk Wilders mengatakan bahawa maksudnya “Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam).” (Surah al-Isra’: 9)
Perbuatan Wilders dengan Fitna adalah lambang putus asa sesetengah pihak yang menganggap Islam sebagai musuh khasnya di negaranya sendiri, Belanda. Mereka semakin tersepit tidak berdaya menghadapi kemaraan Islam di sana. Hampir setiap hari Belanda menyaksikan orang memeluk Islam. Belanda hari ini memiliki lebih daripada 500 masjid termasuk surau. Ia semakin bertambah kerana pertambahan umat Islam dan semakin semaraknya aktiviti keislaman. Bahkan sebuah masjid terbesar di Eropah Barat yang boleh menampung 1,200 jemaah sudah hampir siap pembinaannya di Rotterdam. Ia diberi nama Masjid Essalam yang mempunyai menara berkembar setinggi 50 meter dan dibina berhampiran Stadium Feyenoord. Masjid yang dilengkapi dengan dewan solat, pejabat pentadbiran, madrasah, kelas pengajian, perpustakaan, dewan persidangan dan kedai Islam ini dibiayai oleh seorang hartawan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE). Ia bukti Islam tak mengenal sempadan.
Di Rotterdam juga berdiri megah sebuah universiti Islam, iaitu Islamic University of Rotterdam yang sudah tentu menambah geram ’sesetengah pihak’ yang dilambangkan dalam susuk diri Wilders.
Seperti pernah disorot ruangan ini tahun lalu bahawa di Eropah penduduk Islam semakin bertambah ramai. Di Itali, sebagai contoh, mereka dianggarkan ada 1.5 juta warga Muslim daripada 58 juta keseluruhan penduduknya.
Wartawan Itali, Oriana Fallaci ( gambar ) dalam bukunya La Forza Della Ragione berkata, Eropah menuju kepada sebuah wilayah Islam, sebuah jajahan Islam dan diyakini Islam yang baik dan jahat sama-sama wujud. Demikian dipetik eramuslim.com. Akhbar ini pernah melaporkan bahawa Islam dijangka menjadi antara agama utama Eropah berikutan meningkatnya kadar kelahiran bayi pendatang Muslim, iaitu tiga kali ganda lebih ketara berbanding masyarakat lain di benua itu.
Laporan lain di Britain pula memetik sarjana Universiti Oxford, David Coleman mengakui masyarakat minoriti etnik negara itu bakal mencecah 10 juta orang dalam tempoh 20 tahun akibat kadar kelahiran mendadak di kalangan pendatang.
Di Turki, Pesuruhjaya Sweden ke negara itu, Ingmar Karlsson, berkata bilangan penduduk Muslim bakal meningkat dua kali ganda menjelang 2015, manakala jumlah masyarakat bukan Islam Eropah, sebaliknya berkurangan 3.5 peratus kerana kadar kelahiran yang rendah.
Media Turki, Turkish Weekly melaporkan beberapa anggaran sebelum ini meramalkan dalam tempoh 30 tahun lagi, bilangan Muslim Eropah adalah 65 juta orang.
Aliran penduduk berbilang bangsa dan agama di Eropah bukan andaian tetapi hakikat sukar dibendung.
Ketakutan dan kegerunan sesetengah pihak terhadap Islam membuat mereka tertutup hati untuk menerima kebenaran dan kenyataan. Bagi mereka semua kekacauan dan keganasan dilakukan oleh orang Islam. Di Amerika Syarikat tidak lama dulu terjadi satu aksi keganasan yang dengan tanpa selidik dituduh kepada umat Islam padahal selepas itu terbukti ia dilakukan oleh orang Amerika sendiri yang berkulit putih.
Menurut Fuller pada 2006 sejumlah 498 serangan keganasan dilaporkan di negara Kesatuan Eropah. Daripada jumlah itu, 424 dilakukan oleh kelompok pemisah, sejumlah 55 oleh kaum pelampau berhaluan kiri, 18 oleh kekuatan keganasan lainnya, dan hanya satu keganasan oleh kelompok Islam. Bagaimanapun, kerana Islam dijadikan agama tertuduh, akibat tindakan sekelompok kecil pemeluknya, maka segala macam keganasan yang terjadi di pelbagai negara langsung saja dikaitkan dengan Islam.
Dunia tanpa Islam adalah satu ilusi yang jauh daripada kenyataan yang sudah wujud di hadapan kita hari ini. Bagaimana mereka hanya membayangkan kekacauan yang dilakukan oleh segelintir umat Islam walaupun pada hakikatnya ia mungkin dilakukan oleh pihak tertentu yang memusuhi Islam.
Untuk berilusi dunia tanpa Islam adalah satu fantasi yang tidak berguna bahkan hanya membuang masa dan memenatkan fikiran. Ia hanya dilakukan oleh orang yang putus asa terhadap kemuliaan Islam dan hidup mereka diselimuti kegelapan di atas kegelapan. Bagaimanapun, mereka masih akan berleluasa dan dengan mudah melakukan serangan demi serangan terhadap Islam dan umatnya. Beberapa perkara termasuk yang dikatakan oleh Ibrahim Zahmul, penyelidik dan pengkaji Mesir-Perancis dalam artikelnya yang disiarkan Ad-Dakwah pada 28 Ogos 1995.
Dalam tulisannya, Zahmul berkata: “Dugaan ke atas umat Arab dan Islam seluruhnya yang mengelilingi mereka hari ini adalah satu daripada siri dugaan paling berbahaya di antara semua siri kekacauan yang menimpa mereka. Masalah perpecahan yang berlaku di kalangan negara Islam menyebabkan dunia Islam terus mundur dan ketinggalan di belakang negara lain. Mereka menanggung kesengsaraan dengan luka akibat serangan bertubi-tubi yang tiada tandingannya, sama ada serangan yang datang secara terang-terangan mahupun secara tersembunyi. Sesetengahnya dalam bentuk peperangan langsung seperti berlaku dalam Perang Teluk Pertama dan Kedua. Sebahagian lagi dalam bentuk fitnah yang ditimbulkan oleh bangsa Yahudi yang tidak pernah senang hati dengan Islam kecuali apabila mereka dapat melaga-lagakan bangsa Arab dan umat Islam dengan saudara mereka sendiri.
Dengan itu, kaum Yahudi dan konco mereka yang terdiri daripada golongan Kristian berjaya mencapai tujuan dan matlamat mereka untuk melemahkan umat Islam dan memecah-belahkan perpaduan mereka.
Kaum Yahudi dan puak Kristian adalah tentera bersekutu yang sentiasa bersatu padu serta saling membantu antara satu sama lain. Mereka sentiasa berusaha untuk mencapai matlamat dan kepentingan bersama. Meskipun pelbagai cara digunakan oleh mereka sepanjang sejarah silam dan pertengahan, pencapaian mereka adalah sama, iaitu berjaya memfitnah bangsa Arab dan umat Islam.
Sepanjang sejarah moden pula fitnah itu adalah dalam bentuk sokongan dan perjanjian yang dilakukan di antara mereka (Yahudi dan Kristian) dengan bangsa Arab. Sesetengah mereka menonjol di permukaan arus, manakala sebahagian lain pula berlindung di sebalik tabir.
Ia membenarkan sikap yang menggabungkan dua personaliti – berahsia dan menonjol. Pada pertengahan abad ke-20, seorang tokoh veteran diplomatik Perancis, Cont Ugest De’ San, cuba menjelaskan hubungan di antara dua perwatakan yang berlainan ini dengan katanya: “Sebenarnya dunia ini diperintah oleh peribadi yang tidak dapat kita gambarkan keperibadian mereka. Mereka inilah yang berdiri di belakang pentas dan kita tidak dapat melihat mereka dengan pancaidera mata.”
Itulah hakikat yang berlaku di hadapan kita. Fitnah, fitnah dan fitnah seperti diingatkan Baginda 1,400 tahun yang lalu dalam sabdanya bermaksud: “Hari Kiamat tidak akan terjadi sehingga melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah (ujian kepada keimanan) dan banyak berlaku ‘al-harj’”. Sahabat bertanya, “Apakah al-harj itu hai Rasulullah? Nabi SAW bersabda, “Peperangan demi peperangan demi peperangan”. (Riwayat Ibnu Majah)

Islam menerusi al-Quran dan Nabi Muhammad SAW dianugerahkan Allah kepada umat manusia untuk mengeluarkan mereka daripada gelap gelita kepada cahaya. “Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah kitab (al-Quran) yang jelas nyata keterangannya. Dengan (al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaan-Nya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka daripada gelap gelita (kufur) kepada
cahaya (iman) yang terang benderang, dengan izin-Nya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.” (Surah al-Maidah: 15-16)
Mereka mengharapkan tidak ada Islam di dunia ini dan berusaha untuk memadamkan cahaya rahmatnya. Bagaimanapun, perbuatan mereka akan sia-sia kerana maksudnya: “Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang kafir tidak suka (akan yang demikian).” (Surah al-Saf:
kepada Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said kerana tindakan sumbangnya.
