BERITA MALAYSIA KINI
Pilihan Terbaik Setiap DetikArkib bagi April 8, 2008
BN cuba mainkan isu perkauman – Guan Eng
| malaysia today |
| Posted by Raja Petra | |
| Tuesday, 08 April 2008 | |
| (Harakah) - Pertemuan antara Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pagi tadi di Pejabat Ketua Menteri aras 28 Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) merangka jalinan muhibbah untuk menghindarkan percakaran perkauman di Malaysia.
“Jika renggang bermakna BN boleh menang lagi maka tindakan merapatkan Pakatan Rakyat (PR) perlu dilaksanakan untuk menyelamatkan rakyat daripada terus dihimpit penderitaan dan kezaliman termasuk kenaikan harga barangan dan petroleum, ” ujarnya. Kerajaan Pulau Pinang akan menubuhkan ‘Majlis Silatulrahim Antara Agama’ bagi merealisasikan situasi sekarang kerana rakyat melihat perkembangan baik untuk melahirkan pendekatan antara kaum. Ini kerana, setiap pendekatan PAS ada persamaan yang boleh digerakkan bersama kerajaan negeri selain bertindak merancang sebagai halatuju.
Sekarang ini tidak timbul lagi ketakutan orang Islam mengundi DAP atau bukan Islam mengundi PAS. Atas rasa kepentingan penyatuan berada dalam satu gagasan, PAS tetap berpendapat ia amat wajar diadakan bagi menghadapi BN yang semakin rapuh. “Kunjungan hormat saya pada hari ini juga inginkan satu pendekatan bersama bagi menyelamatkan rakyat sekaligus membawa rakyat ke satu tahap yang membanggakan, ” tegasnya yang juga Ahli Parlimen Marang, Terengganu. Hadir serta bersama rombongan kunjung hormat pagi tadi ialah Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman; Setiausaha PAS Negeri, Fazhil Kemi dan Ketua Penerangan PAS Negeri, Haji Halim Saleh. |
Nurul Anira dipercayai mangsa serangan seksual lebih seorang lelaki
BERITA HARIAN
KOTA BHARU: Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jeli 2, Nurul Anira Rosik, 17, yang ditemui mati akibat dibunuh petang Ahad lalu, dikesan menjadi mangsa serangan seksual lebih seorang lelaki, yang kemudian menjerut lehernya dengan akar kayu hingga mati.

gambar : akhbar kosmo
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kelantan, Asisten Komisioner Mazlan Lazim, berkata siasatan polis tidak menolak kemungkinan mangsa mengenali kumpulan penyerangnya.
“Penyerangnya dipercayai tinggal di kawasan sekitar kerana turut mahir keadaan di sekeliling Kampung Reka Dalam dan Kampung Chegar Bedil,” katanya di sini, hari ini.
Siaran langsung sidang Parlimen bukan untuk politik
BERITA HARIAN
KUALA LUMPUR: Keputusan Kabinet membenarkan persidangan Parlimen disiar secara langsung menerusi televisyen bukan untuk kepentingan politik, sebaliknya membuktikan keterbukaan kerajaan selaras dengan amalan demokrasi di negara ini.
Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata melalui siaran langsung sesi soal jawab Persidangan Dewan Rakyat, selama 30 minit setiap hari menerusi RTM1, bermula akhir bulan ini, rakyat diberi peluang menilai wakil rakyat yang mereka pilih secara objektif.
Ahmad Shabery berkata, ia juga perlu dilihat sebagai langkah ke hadapan dalam amalan demokrasi dan keterbukaan kerajaan kepada media di negara ini.
“Kita mesti memandang positif ahli politik yang masing-masing mempunyai wawasan, hajat dan ideologi untuk diketengahkan. Dalam sistem negara yang demokratik, seharusnya rakyat diberi peluang untuk mendengar pandangan berkenaan secara rasional dan tersusun,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Penyiaran Awam “Changing Broadcasting Landscape” anjuran Institut Penyiaran Tun Abdul Razak (IPTAR) di sini, hari ini.
Shabery berkata demikian sebagai mengulas pandangan beberapa pihak yang bimbang bahawa keputusan Kabinet Rabu lalu untuk membenarkan siaran langsung sesi soal jawab Persidangan Dewan Rakyat itu akan dimanipulasi pihak tertentu bagi kepentingan politik.
Pada 3 April lalu, Ahmad Shabery mengumumkan Kabinet memberi kebenaran kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi RTM1 menyiarkan secara langsung, tanpa tapisan, sesi soal jawab Persidangan Dewan Rakyat bermula 30 April ini, dari jam 10 pagi hingga 10.30 pagi setiap hari.
MB Kedah minta Karpal henti bercakap isu negara Islam dan hudud
BERITA HARIAN
ALOR STAR: Pesuruhjaya Pas Kedah yang juga Menteri Besar, Azizan Abdul Razak, meminta Pengerusi DAP, Karpal Singh, berdiam diri daripada bercakap mengenai isu negara Islam dan hukum hudud.
Azizan berkata, masih banyak lagi isu lain yang boleh dibincangkan antara Pas dan DAP.
“Lebih baik dia diam kerana itu lebih baik daripada bercakap (kerana) banyak isu lain lagi hendak bincang,” katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat mengenai Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) di sini hari ini.
Jurugambar Buat Laporan Polis Gambar Digunakan Parti Politik Tanpa Kebenaran
Bernama
PULAU PINANG, 8 April (Bernama) — Seorang jurugambar profesional membuat laporan polis semalam berikutan gambar miliknya digunakan tanpa kebenaran pada poster MCA untuk kempen pilihan raya umum baru-baru ini.
Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo berkata jurugambar itu, Tan Lian Hock membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Patani, di sini.
“Gambar yang dirakamkan itu adalah gambar bapa mertua, ibu mertua dan anak Tan yang diambil pada tahun 2001 berlatarbelakangkan Menara KLCC,” katanya kepada pemberita di sini, Selasa.
Selain digunakan tanpa kebenaran, beliau berkata gambar yang digunakan pada poster MCA itu telah memalukan bapa mertua Tan yang merupakan anggota DAP.
Sementara itu, Tan berkata selain dalam simpanannya, gambar itu turut berada dalam simpanan syarikat Southern Lion Sdn Bhd kerana beliau pernah menyertai pertandingan “Lion’s 110 Year Snapshot” anjuran syarikat itu dan juga disimpan sebuah syarikat lain, Picture Library Sdn Bhd.
“Saya membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku dan mahu polis membuat siasatan rapi terhadap kes ini,” katanya.
– BERNAMA
BPR: Tiada kes terhadap Dr M
| Apr 8, 08 4:17pm |
| Badan Pencegah Rasuah (BPR) berkata sejak tahun 2006, badan itu tidak pernah menerima sebarang laporan kes yang membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.
Perkara itu dinyatakan oleh Pengarah bahagian Siasatan BPR, Mohd Shukri Abdul dalam satu sidang akhbar hari ini. Mengenai siasatan terhadap pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman, beliau berkata, ia dimulakan pada tahun 1998 dan disiapkan pada tahun 2001. Shukri berkata, laporan siasatan tersebut telah diserahkan kepada peguam negara ketika itu, yang kemudiannya berpendapat bahawa keterangan saksi tidak konsisten. Berikutan, katanya, peguam negara mengarahkan supaya fail siasatan tersebut ditutup. Berhubung isu keterangan bekas ketua pengarah BPR, Datuk Shafie Yahya terhadap Dr Mahathir, Shukri berkata ia disiasat oleh pihak polis. Shukri berkata, BPR tidak terbabit dan beliau meminta supaya perkara itu dirujuk kepada pihak polis. Beliau berkata, sejak beliau menjadi pengarah negeri pada 1996, pengalamannya mendapati tidak berlaku sebarang campurtangan mana-mana pihak, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dalam siasatan BPR. |
Lima Menteri Besar bakal gegarkan Stadium Perak
HARAKAH DAILY
Johari Jaafar
Tue | Apr 08, 08 | 11:03:18 am MYT
IPOH, 8 April (Hrkh) - Stadium Perak yang selama ini digegarkan sorakan ‘Kejo Yop Kejo’ pada setiap kali pertandingan bolasepak Liga Super, buat pertama kalinya stadium ini akan digegarkan oleh puluhan ribu rakyat negeri Perak dengan laungan takbir, reformasi dan ‘makkal sakti’ apabila lima Menteri Besar Kerajaan Pakatan Rakyat berpidato pada 14 April ini bermula jam 8.30 malam.

Lima Menteri Besar Kerajaan Pakatan Rakyat, iaitu Menteri Besar Kelantan,Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor akan berpidato di hadapan puluhan ribu sempena Himpunan Rakyat Negeri Perak anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Perak.
Demikian dinyatakan oleh Ketua Penerangan PAS Perak yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Misbahul Munir Masduki, dalam satu pertemuan dengan wartawan Harakah di pejabatnya sebentar tadi.
“Seluruh rakyat diminta hadir untuk mendengar amanat daripada lima orang Menteri Besar, inilah buat pertama kalinya dalam sejarah Stadium Perak akan bakal menyaksikan himpunan puluhan ribu atas nama pakatan rakyat,” katanya lagi.
Acara dimulakan dengan solat Isyak, diikuti dengan solat hajat, selepas itu pidato lima Menteri Besar akan bermula dan orang ramai yang hendak hadir dinasihatkan membawa sejadah.
“Kalau di Stadium Melawati,Shah Alam, Selangor himpunan seumpama itu dihadiri lebih kurang 30,000 orang, insya-Allah puluhan ribu juga akan hadir di Stadium Perak bagi mendengar pidato lima Menteri Besar,” katanya. – mks.
Pengamal media perlu lebih terbuka bantu Pakatan Rakyat
HARAKH DAILY
| Mohd Sabri Said Tue | Apr 08, 08 | 10:38:58 am MYT |
|
| TASEK GELUGOR, 8 April (Hrkh) - Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan para pengamal media negara ini supaya tidak memutarbelitkan kenyataan kepimpinan Pakatan Rakyat sebaliknya membantu merealisasikan sebagai sebuah pakatan baru untuk memimpin negara ini ke arah lebih telus, efisen dan cemerlang.
“Para pengamal media di negara ini disaran lebih terbuka untuk membantu Pakatan Rakyat merealisasikan sebagai pengganti BN yang sudah reput dari dalam macam kayu dimakan anai-anai, ” jelasnya ketika berucap dalam majlis ‘Pidato Perdana’ anjuran PAS Pulau Pinang bertempat di Dewan Besar Sungai Dua semalam. Sejak mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya umum pada 8 Mac lalu BN dilihat tidak mampu lagi mentadbir negara ini ekoran kemelut dalaman parti dan tidak konsisten barisan kabinet yang diinginkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi apabila ada kalangan yang dilantik bertindak meletakkan jawatan yang diamanahkan kepada mereka. Natijahnya kata beliau, barisan kabinet yang wujud merupakan kabinet rapuh dan boleh tumbang bila-bila masa sekaligus memberi peluang Pakatan Rakyat muncul memerintah negara. “Pakatan Rakyat mahukan keutuhan jalinan antara parti yang menganggotainya agar negara ini dapat diselamatkan daripada cemuhan rakyat dan pandangan negara luar yang selama ini beranggapan Malaysia bersih daripada anasir korupsi,” tambahnya di hadapan ribuan hadirin. Kata beliau, PAS khususnya akan lebih berhati-hati dalam Pakatan Rakyat kerana tidak mahu pengalaman lalu berulang yang akhirnya BN ketawa besar kerana dapat memerintah dengan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum ke-11.
“Umno dalam BN sering menyalahkan parti lain. Terbaru Umno sedang rancak cari orang yang berpaling tadah atau gunting dalam lipatan. Buatlah formula apapun seperti memohon veteran Umno bersatu memastikan Umno seimbang kembali ia tidak akan berjaya kerana rakyat benar-benar menggunakan kuasa yang ada menghukum kerajaan yang zalim dan membiarkan rasuah berleluasa, ” terangnya yang juga Ahli Parlimen Marang, Terengganu. Jelas Abdul Hadi lagi, jika Umno mahu selamat mereka perlu buat perubahan drastik iaitu menghapuskan sistem kroni, rasuah politik, memulihkan sistem kehakiman, kepolisan, membebaskan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) dan menghapuskan Akta Univesiti (Auku) atau mesin cetak untuk kelonggaran akhbar menyampaikan maklumat sebenar. Sebelum itu dalam program yang sama Abdul Hadi menerima 200 borang keahlian PAS yang baru daripada PAS Kawasan Tanjung dan Cawangan Permatang Kerai Besar, Tasek Gelugor. Berceramah sama dalam program itu ialah Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu; Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Haji Malek Kasim; Timbalan Ketua Menteri 1, Mohd Fairuz Khairudin dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. – mks. |
Husam: Negara Islam bukan inti Pakatan
| MALAYSIA KINI |
| Fathi Aris Omar dan Beh Lih Yi | Apr 8, 08 2:00pm |
|
Agenda negara Islam tidak menjadi sebahagian inti Pakatan Rakyat tetapi sekadar idealisme ahli-ahli PAS, kata naib presiden parti itu Datuk Husam Musa. “Pada zaman nabi Muhammad, tidak secara jelas menyebut negara Islam. Perdebatan tentang istilah ini boleh mengelirukan. Pada pendapat saya, kita perlu mencari istilah yang lebih disenangi atau dapat difahami oleh masyarakat ramai. “Oleh negara Islam sebagai idealisme (PAS), maka ia memberikan satu panduan kepada petugas-petugas PAS.
“Inti daripada apa yang diperjuangkan mereka ialah tadbir urus Islam – perkara-perkara yang perlu bagi sesebuah kerajaan yang berasaskan kepada prinsip-prinsip Islam seperti amanah, telus, adil dan saksama, tanpa diskriminasi, membantu yang lemah, prihatin, … “Prinsip-prinsip tadbir urus ini lebih mustahak kerana keadaan negara hari ini – rasuah yang melanda, penghakisan (kebebasan) dalam badan kehakiman, kebebasan bersuara, kebebasan beragama, “Pada pendapat saya, perkara yang paling kritikal yang memerlukan penyelesaian segera dan (agenda) ini semua selari dengan Islam. “Jadi kita elakkan sesuatu yang kabur, yang menimbulkan kekeliruan, … kita pergi kepada sesuatu yang intipati yangg kritikal kepada negara kita.”
|
Pemuda: Khairy letak calon proksi?
| Nash Rahman | Apr 7, 08 12:24pm |
| Kini tersebar berita bahawa naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin tidak akan bertanding jawatan ketua Pemuda tetapi akan meletakkan calon proksinya bagi merebut jawatan tersebut.
Malah, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sendiri terpaksa melepaskan jawatan ketua Pemuda Umno kerana tindak-tanduk beliau serta kenyataannya yang dipercayai menjadi antara sebab kekalahan BN dan Umno.
Khairy pula mencetuskan kontroversi apabila beliau didakwa menyampaikan ucapan yang dikatakan memperlekeh sumbangan sayap-sayap Pemuda komponen lain BN.
Perkara ini mula diperkatakan di kalangan ahli-ahli pergerakan tersebut sejak minggu lalu. Pengalaman luas Tiada had umur ditetapkan bagi mereka yang hendak bertanding jawatan ketua Pemuda Umno. Had umur hanya dikenakan bagi jawatan naib ketua dan jawatan lain dalam pergerakan tersebut. Ismail yang masuk penggal kedua menjadi ahli parlimen Bera pernah menjadi setiausaha politik kepada Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Tan Sri Sabaruddin Chik pada 4 ogos 1995. Beliau pertama kali bertanding di parlimen Bera pada 2004. Pada masa ini, beliau merupakan ketua bahagian Umno Bera. Ismail menjadi exco pergerakan Pemuda Umno Malaysia pada tahun 2000 hingga 2003. Ketika itu beliau dilantik sebagai pengerusi biro pembelaan dan pembangunan masyarakat pergerakan tersebut. Beliau juga pernah dilantik sebagai pengerusi Biro Belia Pemuda Umno di peringkat pusat dan Pahang. Ismail juga merupakan ahli Majlis Undangan Belia Negara sejak 2000. Sehingga ini, bekas menteri besar Selangor, Datuk Dr Mohd Khir Toyo dan exco Pemuda Umno, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, telah menyatakan kesediaan mereka dicalon bertanding jawatan ketua pergerakan tersebut. |
Ketua Menteri ketika bercakap pada pemberita dalam sidang media bersama Presiden PAS menegaskan, isu perkauman sengaja dimainkan oleh Barisan Nasional (BN) bagi merenggangkan parti-parti khususnya Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan PAS.
Sementara itu, Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya menegaskan, Malaysia memerlukan satu gagasan di bawah Pakatan Rakyat bagi mengimbangkan kesedaran rakyat dalam pilihan raya umum ke-12 lalu.
Pakatan ini juga akan menggantikan Barisan Nasional (BN) yang sudah rapuh serta reput seperti dimakan anai-anai.
Begitu juga rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat seperti Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) diharap dapat memupuk jalinan yang padu kerana kesepakatan BN sehingga kini masih tidak berupaya mencari titik pertemuan punca sebenar kekalahan mereka.
Khairy sendiri tidak berani menawarkan diri untuk bertanding jawatan ketua Pemuda ekoran kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum 8 Mac.
Ia termasuk isu Hishammuddin menghunus keris di perhimpunan agung Umno yang menyebabkan kalangan bukan Melayu, termasuk parti-parti komponen BN sendiri, merasa tidak senang.
Calon yang dijangka dicalonkan sebagai proksi Khairy ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob yang pernah aktif sebagai exco Pemuda Umno.