BERITA MALAYSIA KINI

Pilihan Terbaik Setiap Detik

Jurugambar Buat Laporan Polis Gambar Digunakan Parti Politik Tanpa Kebenaran

Bernama

PULAU PINANG, 8 April (Bernama) — Seorang jurugambar profesional membuat laporan polis semalam berikutan gambar miliknya digunakan tanpa kebenaran pada poster MCA untuk kempen pilihan raya umum baru-baru ini.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo berkata jurugambar itu, Tan Lian Hock membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Patani, di sini.

“Gambar yang dirakamkan itu adalah gambar bapa mertua, ibu mertua dan anak Tan yang diambil pada tahun 2001 berlatarbelakangkan Menara KLCC,” katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Selain digunakan tanpa kebenaran, beliau berkata gambar yang digunakan pada poster MCA itu telah memalukan bapa mertua Tan yang merupakan anggota DAP.

Sementara itu, Tan berkata selain dalam simpanannya, gambar itu turut berada dalam simpanan syarikat Southern Lion Sdn Bhd kerana beliau pernah menyertai pertandingan “Lion’s 110 Year Snapshot” anjuran syarikat itu dan juga disimpan sebuah syarikat lain, Picture Library Sdn Bhd.

“Saya membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku dan mahu polis membuat siasatan rapi terhadap kes ini,” katanya.

– BERNAMA


Tiada komen lagi »

Komen anda

HTML-Tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>