Gempar rompakan di KLIA


ZAHEDI memeriksa kesan darah dan kelongsong peluru dalam kejadian rompakan di KLIA, Sepang malam tadi.


SEPANG – Empat lelaki bersenjatakan pistol menggemparkan orang ramai yang berada di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam kejadian tembak sebelum melarikan lebih RM3.5 juta milik sebuah syarikat pengurup wang petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Supritendan Zahedi Ayob berkata, dalam kejadian pukul 7.50 malam itu, empat lelaki termasuk dua pengawal keselamatan sebuah syarikat pengurup wang telah turun dari sebuah kenderaan pacuan empat roda menuju ke pintu nombor lapan KLIA.

Sejurus pemandu yang membawa membawa keempat-empat lelaki tersebut beredar, tiba-tiba mereka ditembak bertalu-talu oleh empat lelaki dipercayai berada di bahagian kanan dan kiri mereka.

“Mereka kemudian terus merebahkan badan sebelum dua pengawal keselamatan bertindak membalas tembakan tersebut.

“Dalam kejadian tembak menembak selama lebih kurang 3 minit itu, selain keempat-empat kakitangan pengurup wang tersebut, seorang warganegara Nepal dan seorang anggota polis turut cedera akibat terkena peluru sesat,” katanya.

Anggota polis yang cedera, Lans Koperal Zainudin Md. Isa ketika itu tidak bertugas tetapi sedang menemui rakannya di KLIA.

Menurut Zahedi, keempat-empat suspek kemudian merampas beg yang dibawa yang dipercayai mengandungi Dolar Singapura berjumlah S$1.5 juta (RM3.5 juta) sebelum melarikan diri dengan dua buah kenderaan lain.

Tambahnya, pihak polis tidak menolak kemungkinan rompakan tersebut telah dirancang dalam kejadian yang melibatkan lebih 40 tembakan.

“Kita akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diletakkan di tempat kejadian bagi membantu siasatan,” katanya lagi.

Semua mangsa yang mengalami cedera telah dikejarkan ke Hospital Pusrawi berhampiran.

Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Chua berkata, ketika kejadian dia sedang menghantar seorang pekerjanya pulang ke Nepal.

“Sedang saya sibuk menguruskannya, tiba-tiba saya terdengar satu tembakan dan kami semua terus meniarap sebelum pekerja saya menjerit terkena tembakan,” katanya.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s