BERITA MALAYSIA KINI

Pilihan Terbaik Setiap Detik

Arkib bagi April 11, 2008

Keadaan Kesihatan Abdul Hadi Bertambah Baik

11 April, 2008 20:28 PM

KUALA TERENGGANU, 11 April (Bernama) — Keadaan kesihatan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang diserang angin ahmar ringan, kini bertambah baik dan beliau dijangka keluar dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, dalam tempoh terdekat.

Anak sulung kepada anggota Parlimen Marang dan anggota Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang itu, Muhammad Khalil, 31, berkata doktor memaklumkan bahawa bapanya kini perlu banyak berehat.

“Saya pun tidak pasti bila bapa boleh pulang…saya hanya diberitahu (Abdul Hadi boleh keluar) dalam tempoh terdekat,” katanya ketika ditemui di hospital itu petang ini.

Abdul Hadi, 61, dimasukkan ke HSNZ kira-kira 7.30 pagi semalam, akibat diserang penyakit itu pada kira-kira pukul 5 pagi ketika bangun bersahur untuk puasa sunat.

Sementara itu, Abdul Hadi yang ditemui di wadnya berkata: “Saya okay…cuma perlu banyak berehat”.

Beliau kelihatan ceria apabila menerima kunjungan ahli-ahli politik dan orang ramai.

Antara kenamaan yang melawat beliau ialah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang tiba di hospital berkenaan kira-kira pukul 5.30 petang.

Ketika ditemui pemberita, Anwar yang melawat Abdul Hadi hampir 40 minit, berkata keadaan kesihatan pemimpin utama PAS itu semakin baik dan beliau sempat berjenaka.

– BERNAMA


‘Tindakan kejam’ pada tahanan ISA – MalaysiaKini

‘Tindakan kejam’ pada tahanan ISA
Apr 11, 08 5:29pm
Kem tahanan Kamunting di Taiping didakwa sengaja tidak menyediakan khidmat jagaan kesihatan kepada seorang pemimpin Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf), P Uthayakumar, yang mengalami sakit kencing manis.

uthayakumar new look taiping hospital 090408“Akibat kecuaian nyata dan kekejaman itu, Uthayakumar jatuh sakit dan terpaksa dimasukkan ke hospital (foto kiri: wajah terbaru Uthayakumar dari wad),” kata presiden Aliran Kesedaran Negara (Aliran), P Ramakrishnan dalam satu kenyataan hari ini.

“Sukatan gula dalam darahnya 18.8 – tahap yang membimbangkan.  Jika beliau tidak menerima ubatan yang tetap, beliau boleh menghidap beberapa lagi penyakit yang berkaitan diabetes.”

“Buah pinggangnya mungkin rosak dan matanya pula dalam bahaya – sekadar menyebut beberapa penyakit yang berkaitan kencing manis. Kami juga difahamkan tahap kandungan protein dan asid urik berada di tahap sangat tinggi.”

MIC akhir bulan lalu – menyertai gesaan bertubi-tubi pembangkang dan badan bukan kerajaan – mendesak lima pemimpin Hindraf itu, termasuk Uthayakumar, dibebaskan dengan alasan, antaranya, beberapa daripada mengalami masalah kesihatan.

Presidennya Datuk Seri S Samy Vellu menyarankan dua daripada mereka dibebaskan lebih awal atas alasan R. Kenghadaran mengalami sakit teruk dan M. Manoharan menang sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor.

Bekas menteri itu juga berkata dua lagi ketua Hindraf wajar dibebaskan – V. Ganabatirau dan K. Vasantha Kumar – kerana “pembabitan mereka tidak begitu mendalam” dalam demonstrasi besar di Kuala Lumpur 25 Nov lepas.

Kelima-lima pemimpin Hindraf itu kini merengkuk di kem tahanan Kamunting di Taiping sejak 13 Disember lalu.

‘Pelan peralihan’ pengganti PM- Malaysiakini

Muda Mohd Noor | Apr 11, 08 6:08pm
kemaskini 7:45pm Badan perhubungan Umno Johor menyarankan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyediakan “pelan tindakan peralihan” pengganti kepemimpinan beliau.

Satu sumber memberitahu Malaysiakini, dalam pertemuan selama kira-kira 90 minit, pelan tersebut dikemukakan sebagai persiapan awal Umno menghadapi pilihanraya umum akan datang.

pak lah and umno 60th anniversary celebration in johorTempoh peralihan itu tidak ditetapkan masanya tetapi ia mesti juga dibuat.

Perkara itu disuarakan sendiri oleh menteri besar dan ketua badan perhubungan Umno Johor, Datuk Abdul Ghani Othman kepada Abdullah.

Menurut sumber, Abdul Ghani berkata: “Pelan (pengganti Abdullah) itu (disarankan) supaya orang berasa lega dengan kepemimpinan parti (Umno).”

Cara Umno negeri itu menyampaikan saranan kepada Abdullah dan parti tidak sekeras Umno Kedah dalam pertemuan dengan jawatankuasa pengurusan parti semalam, kata sumber lagi yang turut hadir dalam majlis tertutup itu.

“(Cara bersuara) ini budaya orang Johor.

“Kita (Umno negeri) sayangkan perdana menteri tetapi perdana menteri perlu juga melihat mood ahli Umno (negeri),” kata sumber.

Perdana menteri bagaimanapun tidak memberikan sebarang reaksi kepada cadangan berkenaan, kata sumber itu lagi.

Bercakap selepas Abdul Ghani, menurut sumber itu lagi, seorang anggota badan perhubungan negeri menambah bahawa majlis penerangan sahaja tidak memadai kerana “orang (ramai) tidak mahu mendengar”.

Abdullah juga dilaporkan berkata, beliau adalah antara punca kemerosotan prestasi BN pada pilihan raya umum lalu.

abdul ghani othman and bangsa malaysia multicultural malaysiaMedia sebelum ini melaporkan pertemuan hari ini menjadi fokus utama selepas negeri itu dikhabarkan akan memberi “nasihat” kepada presiden Umno agar berundur secara terhormat susulan kekalahan besar-besaran BN pada pilihanraya umum 8 Mac.

Sebahagian besar daripada 26 ketua bahagian Umno di Johor mahu Abdullah mengambil cuti daripada menjalankan tugas perdana menteri dan presiden parti bagi meredakan kemarahan ahli Umno ekoran kekalahan itu.

Menurut mereka, Abdullah perlu bercuti dan menyerahkan tugasannya sekarang kepada timbalannya Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Idea tersebut dibincangkan dalam perjumpaan kira-kira 20 ketua bahagian dengan menteri besar Johor di kediamannya di Johor Bahru awal minggu lalu.

Di sebelah pagi, Abdullah tiba untuk mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengarah Pihak Berkuasa Pembangunan Iskandar (IRDA), sebuah badan yang bertanggungjawab membangunkan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), yang menimbulkan kontroversi dan kebimbangan penyokong akar umbi Umno negeri.

Abdullah adalah pengerusi bersama IRDA, bersama-sama Abdul Ghani.

Cadangan Baru Peluk Islam Perlu Kajian, Kata Macma

11 April, 2008 19:05 PM

BERNAMA

KUCHING, 11 April (Bernama) — Cadangan mewajibkan orang bukan Islam yang ingin memeluk agama Islam supaya memaklumkan kepada keluarga mereka perlu dikaji secara mendalam bagi mengelak ianya disalahgunakan dan juga melindungi imej agama itu di negara ini.

Sambil menyokong langkah itu, Pengerusi Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) cawangan Sarawak Nortadha Lau Abdullah berkata kerajaan harus berhati-hati dan sensitif terhadap perasaan orang lain dan pada masa sama cuba mewujudkan situasi menang-memang yang tidak membebankan mereka yang terbabit dengan cadangan itu.

“Misalnya, jika seorang lelaki yang sudah berumahtangga cadang hendak berkahwin dengan seorang wanita Islam, apakah penyelesaian jangka pendek dan panjang yang ditawarkan kepada pasangan yang masih bukan Islam itu?, tanya beliau.

Aspek itu perlu dilihat kerana kebajikan keluarga perlu diberi pertimbangan, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

“Jika kerajaan berhasrat meneruskan cadangan itu, maka ia perlu memastikan ianya tidak dalam apa cara juga menafikan kesejahteraan seseorang itu atau membelakangkan kepentingan orang lain kerana Islam membenci tindakan seperti itu, ‘kata Mortadha.

Katanya kesan kepada institusi sosial dan kekeluargaan harus diambil kira manakala pihak berkuasa keagamaan harus memastikan bahawa tiada ruang untuk penyalahgunaan undang-undang syariah dan peraturan memeluk Islam dan perkahwinan.

“Orang yang ingin memeluk Islam harus membuktikan keikhlasan, iaitu melakukannya secara rela.

“Saya khuatir peraturan itu boleh dimanipulasi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab sebagai cara jalan keluar atau cerai pasangan bukan Islam bagi membolehkan mereka mengahwini kali kedua dengan wanita lain secara kebetulan wanita itu beragama Islam,” katanya.

Beliau yakin kerajaan akan mengkaji perkara tersebut.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi ketika mengumumkan cadangan peraturan itu, berkata ia bertujuan mengelak masalah khususnya apabila mereka yang memeluk agama Islam itu meninggal dunia dan status agama dipersoalkan oleh keluarga si mati.

Abdullah juga berkata mereka yang mahu memeluk Islam perlu mempunyai dokumen yang menunjukkan keluarganya telah dimaklumkan mengenai agama barunya.

Katanya idea di sebalik peraturan itu adalah bagi mengiktiraf hak keluarga yang terbabit khususnya pasangan mereka.

– BERNAMA

Kena jika CCTV di KLIA rosak – malaysiakini

Apr 11, 08 5:09pm
Syarikat yang memasang kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di lapangan terbang KLIA akan dikenakan tindakan jika alat itu tidak beroperasi semasa rompakan melibatkan S$1.5 juta (RM3.5 juta) petang kelmarin, kata menteri pengangkutan Datuk Ong Tee Kiat.

klia and airbus a380CCTV di hadapan balai berlepas, tempat empat perompak melepaskan tembakan bertubi-tubi hingga mencederakan lima orang, dilaporkan tidak berfungsi ketika kejadian.

Memetik sumber polis, Berita Harian semalam melaporkan pemeriksaan polis terhadap rakaman CCTV itu tidak merekodkan sebarang imej yang diharap boleh memberi petunjuk penting dalam kes berprofil tinggi.

“Kita memeriksa semua CCTV berhampiran tempat kejadian bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai apa yang berlaku termasuk untuk mengecam wajah suspek yang tidak bertopeng itu.

“Agak mengejutkan kerana tiada sebarang rakaman,” satu sumber dipetik sebagai berkata.

Ong berkata: “Kelengkapan dan alat-alat yang dipasang bagi tujuan keselamatan mestilah berfungsi sepanjang masa dan memenuhi piawaian antarabangsa”.

Namun, menteri itu berkata beliau akan mendapatkan penjelasan dari pihak berkenaan sebelum mengambil sebarang tindakan, lapor Bernama hari ini.

Tee Keat bagaimanapun berkata, tidak wajar membuat sebarang spekulasi buat masa ini oleh kerana polis masih menyiasat kes itu.

Param: Mahathir takut ke mahkamah – Malaysiakini

Apr 11, 08 12:53pm
Tun Dr Mahathir Mohamad berpeluang menjelaskan versinya, dan membela dirinya, terhadap keterangan bekas ketua pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang mendakwa beliau campur tangan dalam siasatan badan itu pada 1998.

Mantan perdana menteri pernah disapina untuk memberikan keterangan dalam perbicaraan bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2000 tetapi beliau enggan berbuat demikian, kata Datuk Param Cumaraswamy.

mahathir interview 080507“Memandangkan betapa seriusnya keterangan (Datuk Shafee Yahya) terhadapnya, Dr Mahathir boleh menawarkan diri untuk hadir membersihkan dirinya tetapi beliau tidak berbuat demikian,” kata Param, bekas pegawai khas pemantauan kewibawaan sistem kehakiman di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

“Andaian yang tidak dapat dielakkan ialah beliau takut memberikan keterangan bersumpah di mahkamah undang-undang.”

Jadi, tambah Param dalam satu kenyataan hari ini, tidak ada sebab Dr Mahathir merungut bahawa beliau “wajar diberikan peluang membela diri”.

Mengulas surat Dr Mahathir dalam akhbar The Sun pada Selasa, Param berkata “beliau pernah ada peluang itu.”

Dalam suratnya pada 8 April, mantan perdana menteri berkata:

“Saya bukan pihak yang terbabit dalam perbicaraan (kes kedua) Anwar. Jika saya ingin dituduh, saya sepatutnya diizinkan membela diri.

“Tetapi jelas sekali Shafee melihat perbicaraan Anwar sebagai satu peluang mengeluarkan kenyataan yang boleh merosakkan nama baik saya.”

Param juga mempertikaikan kertas siasatan berhubung perkara ini yang diserahkan kepada Peguam Negara waktu itu pada 15 Februari 2000.

“Ia tidak masuk akal,” katanya, sambil menambahk eterangan Shafee hanya direkodkan di mahkamah pada 12 Jun 2000.

“Kertas siasatan apakah yang diserahkan kepada Peguam Negara pada Februari 2000? … boleh ia didedahkan kepada umum?” katanya lagi.

judiciary crisis forum 290907 paramMenurut laporan media lagi, kata Param, ketua polis negara berkata peguam negara Tan Sri Mohtar Abdullah telah memutuskan tidak ada kes terhadap Dr Mahathir.

“Memandangkan peguam negara yang sama pada November 2000 telah membersihkan nama ketua hakim negara waktu itu Tun Eusoff Chin daripada sebarang salah laku berhubung lawatannya ke New Zealand bersama peguam VK Lingam, keputusan Mohtar ketika pentadbiran Dr Mahathir kini masih boleh dipertikaikan,” katanya.

Laporan media semalam juga melaporkan ketua pengarah Unit Perancangan Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri telah disiasat antara 1998 hingga 2001.

“Perkembangan ini membingungkan,” katanya lagi.

“Ketua pengarah EPU itu kemudian dilantik sebagai gabenor Bank Negara pada September 1998 dan berkhidmat sehingga April 2000.

“Apakah (pelantikan) ini bemakna Malaysia mempunyai seorang gabenor bank pusat yang sedang disiasat berhubung dakwaan rasuah?

“Apa telah jadi pada dasar Malaysia yang didakwa mereka yang memegang jawatan tinggi dalam kerajaan selalunya telah dipastikan bersih oleh polis Cawangan Khas dan jabatan-jabatan lain sebelum dilantik?”

Mahathir: DAP-Abdullah pakat ke? -Malaysiakini

Apr 11, 08 11:26am
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berjaya menyelesaikan teka-teki besar yang menghantui pemikirannya – kenapa tokoh-tokoh utama DAP tidak menyerang bersungguh-sungguh kepemimpinan perdana menteri.

Dalam suratnya kepada The Star, mantan perdana menteri itu berkata beliau mengucapkan terima kasih kepada pengerusi DAP Karpal Singh kerana “menyelesaikan satu misteri yang mengganggu fikiran saya sepanjang lima tahun lepas.”

Selepas membuka kenyataannya dengan perenggan tersebut, Dr Mahathir berkata beliau sudah masak dengan kritikan, malah serangan, anggota-anggota DAP termasuk “isu-isu penyelewengan yang dikhayalkan oleh mereka.”

mahathir malaysiakini interview 070207“Bagaimanapun, selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih jawatan saya, salah guna kuasa dan kesalahan terang-terangan pihak kerajaan jarang sekali diulas oleh tokoh-tokoh DAP seperti Karpal dan Lim Kit Siang,” katanya dalam surat ‘A Political Mystery is Finally Soved’.

“Saya bingung. Saya tidak percaya kepada cadangan bahawa wujud ‘pakatan’ (konspirasi) antara Abdullah dan DAP.”

Dr Mahathir menjawab kecaman Karpal terhadapnya dalam kenyataan kelmarin.

Karpal berkata pakatan pembangkang tidak memerlukan tokoh seperti Dr Mahathir untuk menjuarai perjuangan mereka.

“Dr Mahathir sewajarnya berhenti berperanan sebagai jurubicara tidak tentu hala,” katanya, dipercayai mengulas surat mantan perdana menteri itu di akhbar The Sun pada 8 April.

“Tiba masanya beliau berdiam diri dan biarkan barisan pembangkang mengawasi kerajaan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,” kata Karpal.

“Dr Mahathir sewajarnya, mungkin, menghabiskan masanya bersama cucu-cucunya di ambang senja usianya,” kata Karpal lagi.

Reaksi sinis ahli parlimen itu juga dipercayai selepas membaca surat Dr Mahathir kepadanya bertarikh 3 April – tetapi hanya diterimanya kelmarin.

Dalam warkah peribadinya kepada Karpal, Dr Mahathir menggelarkan peguam terkenal itu “the most contemptible of politicians and individuals” (orang dan ahli politik yang paling hina).

“Anda dan penentang saya tidak pernah mahu percaya walau apa pun penjelasan saya. Anda didorong oleh kebencian semata-mata dan saya tidak boleh menjawab kepada mereka yang enggan menerima kenyataan.

“Saya menjalankan tugas dalam bidang dan tanggungjawab saya, dan saya tidak terhutang untuk memohon maaf kepada sesiapa,” tulis Dr Mahathir.

Umno Johor jumpa Abdullah- Malaysiakini

Apr 11, 08 1:16pm
Semua mata kini tertumpu di Johor – perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan bertemu badan perhubungan Umno negeri di Johor Bahru jam 3 petang ini.

Pertemuan kali ini menjadi lebih istimewa ketika negeri itu dilaporkan akan memberi “nasihat” kepada presiden Umno agar berundur secara terhormat susulan kekalahan besar-besaran BN pada pilihanraya umum 8 Mac.

pak lah and umno 60th anniversary celebration in johorSebahagian besar daripada 26 ketua bahagian Umno di Johor mahu Abdullah mengambil cuti daripada menjalankan tugas perdana menteri dan presiden parti bagi meredakan kemarahan ahli Umno ekoran kekalahan itu.

Menurut mereka, Abdullah perlu bercuti dan menyerahkan tugasannya sekarang kepada timbalannya Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Idea tersebut dibincangkan dalam perjumpaan kira-kira 20 ketua bahagian dengan menteri besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di kediamannya di Johor Bahru awal minggu lalu.

Di sebelah pagi, Abdullah tiba untuk mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengarah Pihak Berkuasa Pembangunan Iskandar (IRDA), sebuah badan yang bertanggungjawab membangunkan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), yang menimbulkan kontroversi dan kebimbangan penyokong akar umbi Umno negeri.

Abdullah adalah pengerusi bersama IRDA, bersama-sama Abdul Ghani.

najib abdullah umno 100408Sementara itu, Najib meminta orang ramai supaya tidak melayan “khabar angin” kononnya terdapat gerakan di kalangan Umno Kedah dan Pulau Pinang yang mendesak supaya Abdullah berundur.

Menurut laman web Utusan Malaysia hari ini, Najib berkata, laporan itu “tidak benar” kerana segala perasaan tidak puas hati di kalangan ahli Umno akan ditangani secara dalaman.

Malaysiakini semalam melaporkan tekanan terhadap perdana menteri semakin meningkat – dengan pemimpin-pemimpin Umno Kedah pula mengkritik kepemimpinan beliau selepas Johor.

Dalam satu pertemuan tertutup 15 bahagian dengan jawatankuasa pengurusan parti yang diketuai Najib, mereka menyalahkan Abdullah atas ketewasan teruk parti itu, termasuk kehilangan Kedah kepada Pakatan Rakyat.

Difahamkan, ada beberapa pemimpin mendorong Najib mengambil langkah mencabar Abdullah dalam pemilihan Umno pada 16-20 Disember.

Menurut sumber-sumber Umno negeri, mesyuarat antara dua hingga tiga jam di sebuah kelab di Sungai Petani menyaksikan perdebatan panas, termasuk nada menyalahkan presiden Umno itu, sehingga memaksa Najib mententeramkan keadaan.

Melaporkan perkembangan pertemuan Najib dengan ketua-ketua bahagian di negeri itu dan Pulau Pinang, akhbar The Star hari ini menyebut, pemimpin-pemimpin akar umbi Umno memaklumkan kepada jawatankuasa pengurusan bahawa parti itu memerlukan barisan kepemimpin baru untuk menyelamatkan parti.

Di Kedah, kira-kira 250 ketua Wanita, Pemuda dan Puteri bahagian dilaporkan “pergi lebih jauh dengan mencadangkan siapa yang harus dipilih untuk jawatan presiden dan timbalan presiden.”

MCA: Izinkan mualaf keluar Islam

- malaysia kini
Apr 11, 08 12:17pm
kemaskini 4:09pm Sambil mengalu-alukan langkah baru mewajibkan seseorang mengisytiharkan penukaran agama kepada Islam, MCA turut mencadangkan seseorang mualaf dibenarkan meninggalkan Islam tanpa sebarang halangan.

“Pada waktu yang sama, mesti wujud proses dan tatacara yang telus bagi mereka yang bertukar agama kerana perkahwinan atau ketika masih kanak-kanak untuk meninggalkan Islam tanpa sekatan,” kata presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting.

Ong juga mencadangkan saudara baru diberikan satu tempoh masa tertentu untuk memaklumkan penukaran agama itu kepada keluarga  bagi memastikan keadilan kepada ahli keluarganya dan menghindari perbalahan di kemudian hari.

islam and judiciary judgement“Pendirian MCA sentiasa konsisten dengan langkah sedemikian. Bagaimanapun, kami ingin penjelasan lanjut proses pelaksanaan syarat tersebut,” kata Ong lagi.

Perdana menteri semalam mengumumkan kerajaan bakal memperkenalkan peraturan mewajibkan seseorang bukan Islam yang ingin memeluk Islam memaklumkan kepada keluarga mereka mengenai status agamanya.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata langkah itu bertujuan mengelak masalah sewaktu saudara baru itu meninggal dunia.

“Kita tidak mahu jabatan agama kata si mati beragama Islam, manakala keluarganya pula berkata dia beragama lain akibat dia masuk Islam secara senyap-senyap tanpa memberitahu keluarga,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam.

Apabila wujud peraturan itu, tambah Abdullah, seseorang mualaf perlu mempunyai dokumen yang menunjukkan keluarganya telah dimaklumkan mengenai agama barunya.

Sejak beberapa tahun lalu kes perebutan mayat antara jabatan-jabatan agama dengan keluarga si mati yang bukan Islam semakin menjadi-jadi sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dan keresahan masyarakat.

hindu indian women and islam and court and judiciary Majlis Perundingan Bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoi Malaysia (MCCBCHST) turut mengalu-alukan pengumuman kerajaan itu.

“Langkah ini positif bagi memastikan perundangan dan sistem pentadbiran tidak akan disalahgunakan oleh seseorang yang cuba mengelak daripada tanggungjawab kepada keluarganya sendiri dengan masuk Islam,” kata presiden majlis itu Datuk A Vaithilingam hari ini.

“Bagaimanapun mesti ada dokumen hitam putih bagi membuktikan ahli keluarga terdekat, khususnya ibu bapa dan pasangan masing-masing telah dimaklumkan.”

Majlis itu juga menawarkan khidmat guamannya kepada kerajaan untuk menolong menyelesaikan sebarang kes berbangkit, tambahnya.

Kunci Kaabah 1,200 tahun dilelong RM57 juta – kosmo


KUNCI Kaabah berusia 1,200 tahun berjaya dijual pada harga RM57 juta di London semalam.


LONDON – Satu kunci pintu Kaabah berusia 12 abad semalam berjaya dilelong pada harga £9.2 juta (RM57.24 juta) sekali gus mencatatkan rekod sebagai hasil seni Islam paling mahal pernah dijual.

Kunci tersebut diperbuat daripada besi demgan ukuran 37 sentimeter panjang dilelong di sebuah rumah lelongan di London, Britain.

Harga kunci itu adalah 18 kali lebih tinggi daripada harga yang jangkaan awal dan dibeli oleh seorang pembida yang enggan dikenali.

Kunci kepada tempat paling suci kepada umat Islam itu merupakan salah satu yang masih berada dalam simpanan peribadi.

Kunci itu juga mempunyai ukiran yang tertulis: “Kunci ini diperbuat untuk rumah suci Tuhan ketika era pemerintah kami Imam anak kepada Imam al-Muqtadi Abu Ja’far al-Mustansir Abu’l-Abbas 573″.

Lelongan kunci itu merupakan kemuncak kepada satu lelongan untuk hasil seni Islam yang berjaya mencapai jualan berjumlah £21.5 juta (RM133.77 juta) melebihi jangkaan awal jualan £13.1 juta (RM81.51 juta). – Reuters

Older entries »