BERITA MALAYSIA KINI
Pilihan Terbaik Setiap DetikArkib bagi April 12, 2008
Isu babi: PAS temui penduduk S’gor – MALAYSIAKINI
| Isu babi: PAS temui penduduk S’gor |
| Apr 12, 08 8:41pm |
| PAS akan mengadakan perbincangan dengan penduduk negeri Selangor bagi mendapat maklum balas mengenai projek ternakan babi bersepadu yang akan dilaksanakan secara moden di negeri itu dalam masa terdekat.
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Pusat Salahuddin Ayub berkata perbincangan itu diadakan untuk mencapai penyelesaian terbaik mengenai isu yang berbangkit antara kedua-dua pihak. “Dewan Pemuda yang mengadakan mesyuarat hari ini mencadangkan tiga opsyen kepada penduduk negeri Selangor untuk membuat pilihan dan menyuarakan pandangan mereka,” katanya dalam satu sidang akhbar hari ini. Menurut laporan Bernama, opsyen pertama mencadangkan penternakan babi yang dimiliki oleh 300 pengusaha babi kecil-kecilan itu, dibiarkan dengan berlaku pencemaran alam sekitar tanpa melibatkan apa-apa tindakan. Opsyen kedua pula tidak membenarkan ladang babi diwujudkan dalam negara seperti negara Singapura manakala opsyen ketiga dengan mewujudkan satu pusat penternakan babi secara teknologi moden yang paling canggih seperti New Zealand dan Jerman. Salahuddin berkata penternakan secara teknologi canggih itu akan meningkatkan pendapatan pengusaha kecil yang akan menjamin kebersihan dan hak orang bukan Islam mendapat bekalan babi dipenuhi. “PAS akan bekerjasama dengan kerajaan negeri Selangor untuk mendapatkan pandangan rakyat dan berkempen untuk buat rakyat faham. “Saya yakin penduduk Selangor tidak akan menolak pelaksanaan ini dan dengan adanya siri penerangan secara baik untuk mendapat jawapan yang baik, rakyat harus buat satu pilihan,” katanya. Kerajaan negeri Selangor akan melaksanakan projek itu kerana penternakan sedia ada yang mengikut kaedah lama di kawasan itu mengakibatkan bau busuk, dan boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan orang ramai seperti ancaman virus JE. Salahuddin yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian turut menyambut baik keputusan cadangan memansuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah (JPPS) dan pembubaran itu juga perlu dilakukan di negeri-negeri Pakatan Rakyat termasuk di Kelantan. |
60,000 pesara tentera diserap berkhidmat dengan polis -BHARIAN
BERITA HARIAN
KUALA LUMPUR: Seramai 60 ribu pesara tentera akan diserapkan secara lantikan kontrak untuk berkhidmat dengan anggota polis berikutan kuota terbabit bakal diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasssan, berkata setakat ini seramai enam ribu pesara berkenaan telah diluluskan untuk berkhidmat sebagai langkah permulaan program.
“Kontrak selama satu hingga dua tahun ditawarkan kepada semua pesara yang berpangkat untuk berkhidmat dengan kita.
“Peluang ini diberikan untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan yang sedia ada,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis pembarisan tamat latihan dan konvokesyen inspektor percubaan di sini, semalam.
Musa berkata pengambilan itu dibuat kerana pesara berkenaan mempunyai pengalaman dalam pelbagai kemahiran.
Selangor dapatkan khidmat luar kaji projek ladang ternakan babi moden
12-04-2008 05:11:48 PM
SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor akan mendapatkan khidmat pakar dari luar negara untuk menjalankan kajian terperinci berhubung projek ternakan babi secara moden bernilai RM100 juta di Kuala Langat dalam kawasan Parlimen Sepang.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kajian terbabit bagi menguatkan lagi kajian Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) sebagai jaminan kepada orang ramai tidak ada masalah yang akan timbul selepas pelaksanaan projek itu yang dijangka memakan masa selama setahun.
Katanya, kajian EIA telah pun dilakukan sebelum ini oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang turut mengadakan lawatan ke Jerman dan Belanda bagi mengenal pasti teknologi yang digunakan di ladang ternakan babi moden di negara terbabit.
“Kita amat telus dan akan umumkan kepada rakyat supaya mereka memahami dan menghayati apa yang kita usahakan.
“Kita akan umumkan jumlah kos sebenar, keluasan kawasan, jumlah penternak yang terbabit dan jumlah babi yang akan diternak dalam projek moden itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke22 Gabungan Ikhtisas dan Usahawan Bumiputera Anak Selangor (GIBs), di sini, Sabtu.
Beliau mengulas kenyataan Penasihat Persatuan Perlindungan Alam Sekitar Malaysia (EPSM) Dr Gurmit Singh yang meminta kerajaan negeri mengumumkan hasil kajian EIA kepada umum.
Dr Gurmit berkata sehingga kini kerajaan negeri tidak pernah mengumumkan hasil kajian EIA kepada orang ramai termasuk bila EIA diluluskan dan siapa yang meluluskannya.
Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata Pengerusi Jawatankuasa Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Ushawan negeri Yaakob Sapari akan turun padang bagi menjelaskan keadaan sebenar kepada masyarakat khususnya penduduk di kawasan sekitar.
Abdul Khalid berkata kerajaan negeri ada tiga pilihan untuk menyelesaikan isu tersebut iaitu sama ada terus membiarkan ladang babi yang mencemar alam sekitar di seluruh negeri terus beroperasi; menutup semua operasi ladang berkenaan; atau mengadakan ladang ternak yang menggunakan sistem moden serta berkelompok.
Menteri Besar berkata setahun adalah jangka masa yang terbaik bagi menyiapkan projek ladang itu memandangkan kerajaan perlu juga meneliti dan mengambil kira beberapa faktor lain.
“Pelaksanaan ini juga bukan senang. Kita nak tubuhkan satu ladang ternakan babi. Banyak perkara yang kita perlu lakukan. Kita nak alihkan semua ladang yang ada ke satu tempat, nak kumpul semua pengusaha ladang dan sebagainya,” katanya. BERNAMA
Nabil hero “Biar Aku Bercinta” – MSTAR online
11-04-2008 11:43:13 AM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
KEUNGGULAN juara Raja Lawak musim kedua, Ahmad Nabil Ahmad sememangnya terserlah apabila semakin banyak pendedahan diterimanya sejak menjengah industri seni ini sebulan yang lalu.
Mana tidaknya, baru saja hendak membina tapak, anak kelahiran Mambau, Negeri Sembilan ini diundang sebagai penyampai trofi untuk Anugerah Bintang Popular 2007 di Genting Highlands baru-baru ini.
Penyertaan Nabil disamping dua pelakon popular iaitu Sharifah Shahirah dan Zul Yahya ketika menyampaikan trofi bagi kategori Pengacara Popular ternyata mendapat pujian orang ramai apabila mereka memberikan celoteh yang tidak menjemukan.
Kehadiran mereka membuatkan penonton yang menyaksikan program tersebut di situ dan yang menonton televisyen secara langsung di stesen TV3 itu terhibur dan menggamatkan suasana.
![]() |
|
Nabil makin laris! |
Di dalam merencanakan tugasnya sebagai artis, Nabil akui dirinya semakin mendapat perhatian media melalui sesi temubual di beberapa stesen radio tempatan seperti Suria FM dan Sinar FM.
“Saya juga telah melalui sesi ‘photo shoot’ dengan beberapa media cetak seperti akhbar Kosmo!, majalah I-Remaja dan sebagainya. Saya amat berterima kasih kepada media kerana memberi peluang tersebut.
“Saya juga mendapat tawaran untuk bekerjasama dengan Gitu-Gitu Production yang dimiliki oleh pelawak popular Saiful Apek.
“Program yang saya akan kendalikan iaitu “Lu Pikirlah Sendiri” sebanyak 13 episod juga akan menemui penonton tidak lama lagi namun belum dipastikan lagi bilakah tarikh siarannya.
“Apa yang pasti, program tersebut berlainan daripada rancangan “Lawak King” yang menampilkan peserta-peserta Raja Lawak musim pertama.
“Program tersebut akan menggunakan pentas di dalam studio secara rakaman dan terdapat sisipan lawak yang dirakamkan di luar,” beritahu Nabil yang turut terlibat dengan program “Gempak Selebriti Astro” bersama artis-artis naungan Maestro Records di Ipoh, Perak baru-baru ini.
Bukan itu sahaja, Nabil turut mendapat tawaran berlakon filem terbaru oleh penulis skrip teater terkenal Aminah Rhapor iaitu “Biar Aku Bercinta“.
“Saya telah pergi ujibakat pada awal bulan April lalu. Watak dalam filem itu pun menggunakan nama Nabil. Sekarang Aminah dalam proses mengenali diri saya untuk mengetahui karektor saya yang sebenar,” beritahu Nabil.
Atas kemenangan jejaka berusia 25 tahun ini dalam program realiti Raja Lawak yang lalu, Nabil berhasrat untuk membuat kenduri di tempat kelahirannya iaitu Mambau, Negeri Sembilan.
“Saya dan keluarga akan buat kenduri tetapi belum tetapkan bilakah tarikhnya. Insya Allah, kalau sudah tahu nanti saya akan beritahu dan jemput semua orang termasuk peminat yang menyokong saya selama ini,” kata Nabil yang juga terlibat menjayakan Minggu Setiausaha bersama Mawi dan Heliza pada 12 April ini di Restoren Seri Melayu, Kuala Lumpur.
Terlanjur bercerita tentang majlis tersebut, Nabil banyak melakukan ‘homework’ dengan bertanyakan setiausaha di tempat kerjanya dahulu.
![]() |
|
Nabil bakal membintangi filem Biar Aku Bercinta |
“Saya akan membuat persembahan tentang bagaimana mereka membuat minit mesyuarat untuk bos dan selebihnya lawak-lawak ringan. Jadi tak perlulah mereka berfikir panjang tentang lawak itu nanti,” ulas Nabil yang pernah bekerja sebagai ‘Mat Despatch’ di Seremban, Negeri Sembilan dan melakukan kerja sambilan sebagai mekanik.
Kelahiran Nabil sebagai pelawak alaf baru yang menampilkan ‘lawak cerdik’ atau ’stand-up comedy’ ini bukanlah suatu perkara yang membanggakan empunya diri.
Sementelah anugerah yang dikurniakan Allah itu ada, Nabil akan gunakan sebaik mungkin agar beliau dapat meneruskan kerjaya dalam bidang seni yang baru dirempuh kini.
“Alhamdulillah, Allah memudahkan saya untuk berfikir dengan pantas apabila menerima tugasan spontan ketika program Raja Lawak yang lalu. Harap-harap saya dapat melakukan dengan baik pada masa akan datang.
“Bagi saya, lawak yang dilakukan masih pada tahap biasa kerana orang yang baru melihat lawak itu mungkin anggap ia sebagai sesuatu yang baru. Tetapi tidak kepada pelawak yang lain seperti Afdlin Shauki dan Harith Iskandar.
“Contohnya, saya bercerita tentang seorang budak kecil memberi surat cinta semasa minggu bertemakan cinta dalam Raja Lawak. Kisah itu berdasarkan kisah silam saya dahulu. Jadi sesiapa yang pernah alami perkara yang sama mungkin akan mengiyakan dan menganggap benda itu biasa sahaja.
“Saya tak anggap ia sebagai ‘lawak cerdik’ kerana saya bukannya belajar tinggi pun,” jelas Nabil dengan perasaan rendah diri.
Anak ketiga dari tujuh beradik ini turut menafikan beliau menerima banyak tawaran dalam industri ini kerana mempunyai ‘pakej’ jika dibandingkan dengan juara Raja Lawak musim pertama iaitu Yussry Edoo (Yus).
Kata Nabil yang popular dengan tag line ‘Lu Pikirlah Sendiri’ ini, “Mungkin Yus ada menerima tawaran tetapi dia menolak.”
Memikirkan tentang perancangan masa hadapan, Nabil akui dirinya tidak akan selama-lamanya bergelar pelawak.
“Saya juga bercita-cita untuk menjadi seorang pelakon dan penyanyi,” akhiri Nabil.
Rahim tawar pimpin Pemuda – MALAYSIAKINI
| Apr 12, 08 3:22pm |
| Bekas ketua pemuda Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik bersedia memimpin semula pergerakan itu jika anggota-anggotanya bersedia menerima beliau.
Beliau yang menang jawatan itu pada 1993 tidak sempat memimpin pergerakan itu susulan dakwaan skandal dengan gadis bawah umur dan jawatan itu kemudian dipangku oleh Datuk Seri Nazri Aziz, kini menteri di Jabatan Perdana Menteri. Selain menganggotai Majlis Tertinggi (MT) Umno, bekas ketua menteri Melaka itu kini pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem). “Seorang ketua Pemuda haruslah tidak mempunyai jawatan dalam kabinet untuk membolehkan mereka menegur pemimpin-pemimpin parti komponen BN,” katanya kepada Malaysiakini sebelum menyertai pertemuan Gabem di bangunan PWTC petang ini. |
EGM: 26 AJK Muar ancam letak jawatan- malaysiakini
| Nash Rahman | Apr 12, 08 2:02pm |
| Seramai 26 ahli jawatankuasa (AJK) Umno bahagian Muar akan meletak jawatan beramai-ramai jika kepemimpinan bahagian itu gagal mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) untuk membincangkan krisis yang melanda Umno sekarang ekoran kekalahan teruk parti itu dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.
Salah seorang anggota jawatankuasa berkenaan, Hassan Sulaiman Ninam Shah berkata, majoriti AJK bahagian telah mendesak supaya EGM diadakan dan surat mengenainya telah dihantar kepada setiausaha Umno bahagian pada 1 April. Menurutnya, Umno bahagian mempunyai masa 14 hari untuk memanggil EGM tersebut tetapi sehingga hari ini, tiada surat dikeluarkan untuk mengadakanya.
“Sekiranya MT juga gagal mengarahkan EGM diadakan, kami 26 AJK Umno bahagian Muar bersetuju akan meletakkan jawatan secara beramai-ramai,” katanya kepada Malaysiakini hari ini. Hassan yang juga anak kepada bekas pengerusi tetap Umno, Tan Sri Sulaiman Ninam Shah berkata, Perkara 14.6 perlembagaan parti menyebut, sekiranya lebih dua pertiga AJK bahagian menyokong EGM diadakan, maka setiausaha bahagian mesti mengeluarkan notis untuk mengadakannya. “Tetapi hingga sekarang tiada notis yang dikeluarkan. Kita akan tunggu hingga tamat tempoh 14 hari. Apabila setiausaha bahagian tidak hantar notis, MT kena ambil alih. “Kita nak tengok sama ada MT berani atau tidak mengarahkan EGM diadakan. Jika gagal berbuat demikian, kami akan meletak jawatan secara beramai-ramai,” tambahnya. Hassan juga mendakwa bahawa ketua bahagian berkenaan telah menghantar mesej SMS kepada kalangan 26 ahli AJK meminta mereka menarik balik desakan untuk mengadakan EGM tersebut. Dalam pilihanraya umum lalu, Barisan Nasional (BN) menang 140 kerusi parlimen tetapi gagal mempertahankan penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat. BN juga kehilangan empat negeri – Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor – kepada barisan pembangkang yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP. Manakala PAS berjaya mengekalkan Kelantan dengan tambahan kerusi. |
Mitos rokok rendah tar – KOSMO
Rokok rendah kandungan tar dicipta oleh pengeluar tembakau untuk memastikan perokok meneruskan tabiat mereka.

LEBIH banyak perkara perlu dilakukan untuk membetulkan mitos dalam kalangan rakyat China bahawa rokok yang rendah kandungan tarnya kurang bahaya berbanding yang normal.
Ukuran mereka yang antimerokok amat penting dengan Beijing kini mempromosikan negara China sebagai bebas tembakau sempena Sukan Olimpik dan mengharamkan rokok di tempat umum mulai 1 Mei ini.
Perkara itu dinyatakan oleh penyokong kawalan tembakau dalam satu seminar di Beijing dan dilaporkan akhbar China Daily baru-baru ini.
Mereka menyatakan tinjauan yang dilakukan baru-baru ini mendapati hampir 60 peratus responden percaya perokok mengambil rokok rendah kandungan tar berbanding yang normal manakala separuh daripada mereka berkata, menghisap rokok sedemikian adalah lebih selamat.
Tinjauan yang dilakukan Think Tank Research Centre for Health Development dan portal berita Sohu.com menerima undian daripada 1,403 orang pada bulan lalu. Majoriti mereka yang mengundi berusia 29 hingga 50 tahun dengan 86 peratus daripada jumlah tersebut adalah perokok.
“Rokok rendah kandungan tar ini sama bahaya dengan produk tembakau lain. Helahnya terletak dalam rekaan rokok itu sendiri,” kata Wu Yiqun, pengarah pusat kajian tersebut.
Rokok rendah kandungan tar ditakrifkan mengandungi tahap kandungan tar dalam asap rokok yang diukur menerusi mesin khas.
Siasatan di Amerika Syarikat (AS) di mana rokok ‘ringan’ pertama dicipta ditemui pada tahun 2001 dalam usaha untuk mendapat kandungan tar yang lebih rendah.
Untuk itu, pengusaha tembakau mengubah rekaan rokok seperti menambah lubang pengalihan udara yang sukar dilihat oleh mata kasar bagi mencairkan tar dalam asap daripada rokok-rokok sebegitu.
Tetapi sukatan itu tidak menggambarkan sebanyak mana perokok terdedah kepada bahan-bahan kimia yang boleh membawa maut yang dikeluarkan oleh rokok tersebut.

“Ia adalah salah satu sebab mengapa perokok menyedutnya dalam-dalam,” kata Hans Troedsson, Ketua Perwakilan Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) di China dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Bukti-bukti perubatan sejak lima dekad lalu turut menunjukkan bahawa penyakit kanser paru-paru yang dihidapi perokok tidak mengurangkan penyebaran rokok rendah kandungan tar.
“Oleh itu, rokok rendah kandungan tar dicipta oleh pengeluar tembakau untuk memastikan perokok meneruskan tabiat mereka,” kata Zhi Xiuyi, Profesor dan Pengarah Pusat Kanser Paru-Paru Beijing.
Meskipun rokok rendah kandungan tar muncul di China pada tahun 1976 iaitu lebih sedekad berbanding di AS, anggapan yang salah mengenainya tersebar pantas dan meluas.
Malah, ramai doktor mempercayai rokok kurang kandungan tar tidak begitu membahayakan kesihatan.
“Ini sebahagiannya kerana pengeluar tembakau sering memaklumkan perokok bahawa mereka menggunakan teknologi yang tinggi untuk mengurangkan bahaya tar,” kata Yang Gonghuan, Profesor dan Timbalan Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China.
Kajian awal yang dilakukan oleh program kawalan tembakau antarabangsa pada tahun 2006 turut menemui bahawa China merupakan antara negara teratas daripada 14 buah negara yang mempunyai peratusan tinggi terhadap salah tanggapan mengenai rokok rendah kandungan tar.
Mereka melaporkan China mempunyai 350 juta perokok. Lebih kurang satu juta orang mati setiap tahun disebabkan penyakit yang dikaitkan dengan rokok seperti kanser paru-paru.
Berdasarkan ramalan WHO, satu bilion orang akan mati di seluruh dunia pada abad ke-21 disebabkan tembakau jika tiada tindakan segera diambil untuk menangani ancaman kesihatan daripada rokok.
Selain itu, purata kematian di China kerana merokok akan meningkat kepada tiga juta daripada satu juta orang pada masa ini.
Berhadapan dengan cabaran sedemikian, kerajaan telah melipatgandakan usaha untuk mengharamkan rokok dengan menyertai Konvensyen Framework terhadap Kawalan Tembakau anjuran WHO pada tahun 2005 dan mengharamkan penggunaan perkataan seperti light atau mild di kotak rokok.
Negara itu juga perlu membuka lebih banyak klinik untuk membantu perokok membuang tabiat buruk tersebut, kata aktivis antimerokok, Gregory Ying-nien Tsang.
“China perlu memberi perhatian yang lebih untuk mengawal perokok. Saya menghadiri lebih 12 aktiviti yang mempromosikan rokok sebagai haram pada tahun lalu.
“Tetapi lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk membolehkan orang ramai tahu bahawa rokok rendah kandungan tar juga adalah berbahaya. Malah sebenarnya tiada tahap keselamatan terhadap tabiat merokok,” tambahnya. – Bernama
Pas sokong Selangor maju projek ternak babi – MALAYSIA TODAY
| Posted by Raja Petra | |
| Saturday, 12 April 2008 | |
| Pas menyokong keputusan kerajaan Selangor melaksanakan projek ternakan babi berkelompok bernilai RM100 juta di Sepang dengan alasan orang Islam tidak berhak menghalang bukan Islam menternak dan memakan daging babi.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali, berkata beliau dan dua lagi Exco Pas dalam kerajaan campuran itu menyokong penuh projek berkenaan selagi ia tidak mencemarkan alam sekitar.
“Kita tidak ada masalah, kita (Pas) sokong. Kita orang Islam hanya diharamkan daripada memakan daging babi, tetapi orang bukan Islam pula mereka makan babi, itu hak mereka,” katanya.
Selain Dr Halimah yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, dua Exco Pas dalam kerajaan campuran itu ialah Datuk Dr Hassan Ali (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam) serta Iskandar A Samad (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan).
Halimah yang ditemui selepas sidang akhbar sempena kunjungan hormat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di sini semalam, berkata Pas menyokong projek itu kerana ladang berkenaan bakal dibina dengan menepati piawaian antarabangsa.
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan negeri, Teresa Kok, yang mengesahkan kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat, DAP dan Pas Selangor meluluskan projek itu pada mesyuarat Exco, Rabu lalu.
Menerusi laman blognya, Teresa berkata, Selangor berhasrat untuk menjadi contoh terbaik kepada kerajaan negeri lain dalam mengusahakan penternakan ladang babi secara moden.
Sementara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata beliau akan membuat kenyataan hari ini bagi menjelaskan perkara sebenar.
“Kerajaan negeri menyokong semua aktiviti pertanian di negeri ini sekiranya menepati syarat yang ditetapkan,” katanya.
|
PAS Mungkin Kehilangan Satu Kerusi DUN di Kelantan – MALAYSIATODAY
| Posted by Raja Petra | |
| Saturday, 12 April 2008 | |
| PAS Kelantan kemungkin akan kehilangan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) sekiranya ugutan dan ancaman seorang Adun di negeri itu benar-benar menjadi kenyataan.
Salah seorang daripada 38 Adun Pas Kelantan dikatakan tidak bersedia untuk menghadiri upacara angkat sumpah sebagai ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) dijangka penghujung bulan ini. Adun berkenaan dikatakan enggan mengangkat sumpah sekiranya Pas Kelantan tetap dengan keputusan melantik Adun Meranti, Nasaruddin Daud sebagai Spekar Dun Kelantan. Alasan Adun berkenaan yang juga Yang Di Pertua Pas Kawasan merasakan tidak layak baginya mengangkat sumpah di hadapan Nasaruddin yang disifatkan sebagai anak buahnya. Adun berkenaan dilaporkan sudah lama ‘berbulu’ dengan Nasaruddin! Cakap-cakap berupa ugutan Adun berkenaan dituru oleh penyokongnya sendiri telah tersebar di kawasan diwakilinya dan sudah mula menjadi bualan umum. Adun berkenaan dikatakan kecewa apabila jawatan itu diserahkan kepada Nasaruddin. Beliau juga sebelum ini berangan-angan untuk memegang jawatan itu selepas impiannya untuk menjadi Exco Kelantan gagal. Namanya yang turut dicadangkan untuk menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan (Exco) khabarnya dibuang oleh Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sementara itu difahamkan ada seseorang yang menjajikan untuk melantik Adun itu sebagai Exco. |
Gambar MB Perak yang ‘digelapkan’ media-HARAKAHDAILY
| Azamin Amin Fri | Apr 11, 08 | 11:15:03 am MYT |
|
KUALA LUMPUR, 11 April (Hrkh) - Biarpun ditohmah dengan pelbagai gelaran dan negeri menjadi ‘ancaman’ dan ’serangan’ Umno, Barisan Nasional (BN) dan media arus perdana namun Menteri Besar Perak Ir Mohamad Nizar Jamaluddin tetap menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti sedia kala di samping bertemu masyarakat sekaligus menangkis dakwaan yang tidak tepat selama ini. Berikut adalah gambar-gambar beliau yang ‘menyentuh hati’ tetapi kemungkinan
‘digelapkan’ atau tidak disiarkan oleh media sewaktu pertemuannya dengan keluarga mangsa tragedi, tanpa mengira latar belakang kaum. Dalam gambar tersebut Nizar kelihatan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Setiawan yang juga Pengerusi DAP Ngeh Koo Ham melawat keluarga mangsa letupan kilang tepung Malayan Flour Mills di Manjung pada 18 Mac lalu. Kelihatan Nizar meluangkan masa di rumah seorang dari tiga mangsa yang terbunuh, Lok Lai Keat, 51 dari Sitiawan dan beliau yang boleh bertutur dalam bahasa Cina turut memujuk anak mangsa Lok Min Yee, 10 yang meratapi kehilangan bapanya. Gambar-gambar ini boleh dilayari di blalang.com. – mks. |


Ekoran itu, kata beliau, pihaknya akan menunggu sehingga berakhir tempoh 14 hari tersebut (Isnin), sebelum membawa perkara itu kepada Majlis Tertinggi (MT) Umno.
Berikut adalah gambar-gambar beliau yang ‘menyentuh hati’ tetapi kemungkinan
