BERITA MALAYSIA KINI

Pilihan Terbaik Setiap Detik

EGM: 26 AJK Muar ancam letak jawatan- malaysiakini

Nash Rahman | Apr 12, 08 2:02pm
Seramai 26 ahli jawatankuasa (AJK) Umno bahagian Muar akan meletak jawatan beramai-ramai jika kepemimpinan bahagian itu gagal mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) untuk membincangkan krisis yang melanda Umno sekarang ekoran kekalahan teruk parti itu dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Salah seorang anggota jawatankuasa berkenaan, Hassan Sulaiman Ninam Shah berkata, majoriti AJK bahagian telah mendesak supaya EGM diadakan dan surat mengenainya telah dihantar kepada setiausaha Umno bahagian pada 1 April.

Menurutnya, Umno bahagian mempunyai masa 14 hari untuk memanggil EGM tersebut tetapi sehingga hari ini, tiada surat dikeluarkan untuk mengadakanya.

umno assemblyEkoran itu, kata beliau, pihaknya akan menunggu sehingga berakhir tempoh 14 hari tersebut (Isnin), sebelum membawa perkara itu kepada Majlis Tertinggi (MT) Umno.

“Sekiranya MT juga gagal mengarahkan EGM diadakan, kami 26 AJK Umno bahagian Muar bersetuju akan meletakkan jawatan secara beramai-ramai,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Hassan yang juga anak kepada bekas pengerusi tetap Umno, Tan Sri Sulaiman Ninam Shah berkata, Perkara 14.6 perlembagaan parti menyebut, sekiranya lebih dua pertiga AJK bahagian menyokong EGM diadakan, maka setiausaha bahagian mesti mengeluarkan notis untuk mengadakannya.

“Tetapi hingga sekarang tiada notis yang dikeluarkan. Kita akan tunggu hingga tamat tempoh 14 hari. Apabila setiausaha bahagian tidak hantar notis, MT kena ambil alih.

“Kita nak tengok sama ada MT berani atau tidak mengarahkan EGM diadakan. Jika gagal berbuat demikian, kami akan meletak jawatan secara beramai-ramai,” tambahnya.

Hassan juga mendakwa bahawa ketua bahagian berkenaan telah menghantar mesej SMS kepada kalangan 26 ahli AJK meminta mereka menarik balik desakan untuk mengadakan EGM tersebut.

Dalam pilihanraya umum lalu, Barisan Nasional (BN) menang 140 kerusi parlimen tetapi gagal mempertahankan penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat.

BN juga kehilangan empat negeri – Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor – kepada barisan pembangkang yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP.

Manakala PAS berjaya mengekalkan Kelantan dengan tambahan kerusi.

Tiada komen lagi »

Komen anda

HTML-Tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>