BERITA MALAYSIA KINI

Pilihan Terbaik Setiap Detik

Arkib bagi April 13, 2008

Umno hancur tanpa peralihan pimpinan -MALAYSIAKINI

Umno hancur tanpa peralihan pimpinan
Apr 13, 08 3:23pm
Umno sedang mengalami kemerosotan teruk jika tiada penggantian segera pucuk pimpinan parti, kata naib presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata parti itu juga akan hilang kuasa dan tidak akan bangkit selama-lamanya.

Menurut agensi Bernama, tokoh Umno itu berkata pilihanraya umum lalu menunjukkan perasaan tidak senang hati rakyat terhadap kepimpinan parti.

Kini pelbagai pihak dari dalam dan luar parti, lapor agensi itu lagi, memperkatakan soal kepimpinan Umno yang dikaitkan dengan “masalah keluarga” dan sistem yang diamalkan.

“Justeru, saya bimbang jika tidak ada satu perubahan berlaku seperti mana yang dituntut oleh bukan sahaja anggota Umno, malahan oleh orang luar Umno, rakyat akan terus tolak BN dan Umno.

“Saya fikir ada perasaan membuak-buak di peringkat bawah, iaitu perasaan tidak puas hati yang ketara.

“Oleh itu kalau tidak berlaku perubahan dalam Umno maka banyak perkara tidak baik akan terjadi.

“Justeru saya takut jika saya tidak bercakap dengan benar ia akhirnya boleh membawa bencana kepada orang Melayu dan Umno,” katanya ketika diwawancara sebuah akhbar mingguan hari ini.

Sementara itu, ketua penerangan Umno Johor Dr Mohd Puad Zarkashi menggesa pelan penggantian kuasa daripada perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya Datuk Seri Mohd Najib Razak disegerakan pelaksanaannya agar tidak menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat.

Ketua bahagian Batu Pahat itu berkata, pelan peralihan kuasa telah menjadi tradisi Umno dan BN seperti penggantian almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj kepada allahyarham Tun Abdul Razak dan ketika zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Abdullah.

“Umno Johor pada perjumpaan dengan Abdullah Jumaat lepas meminta perdana menteri menyediakan pelan peralihan kuasa.

“Ia merupakan sesuatu yang perlu dilaksanakan. Ada juga ketua bahagian yang mahukan pelan itu dilaksanakan dengan segera,” katanya kepada Bernama hari ini.

Agenda sendiri tiada dalam Pakatan – Malaysiakini

Apr 13, 08 10:56am
Pakatan Rakyat (PR) menafikan gabungan tiga parti pembangkang itu akan menonjolkan ideologi masing-masing selepas beberapa pemimpin PAS beriya-iya ingin menegakkan negara Islam jika ia berkuasa.

“Pakatan bukanlah medan bagi mana-mana pihak untuk memperjuangkan ideologi persendirian atau parti masing-masing,” kata tiga pemimpin utama tiga parti itu.

Kenyataan itu dikeluarkan semalam oleh presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan tokoh utama DAP Lim Kit Siang.

“Walaupun ada pihak-pihak yang memberi pandangan berbeza dari yang telah dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin utama tiga parti dalam Pakatan, pandangan itu adalah pandangan peribadi yang tidak sama sekali mewakili mana-mana parti dalam Pakatan.”

Terbaru, timbalan mursyidul am PAS Datuk Dr Haron Din berkata PAS akan melaksanakan hudud jika berjaya merampas kuasa kerajaan Persekutuan.

Tiga tokoh pembangkang itu menambah, “semua pemimpin dan ahli dalam Pakatan telah diarahkan menghentikan pandangan yang lain daripada muafakat bersama ini.”

Mereka mengulangi kesediaan Pakatan untuk “meneruskan agenda besar membangunkan negara dan memakmurkan rakyat tanpa ada sempadan kaum, agama serta budaya dan selaras dengan hak asasi sejagat manusia.”

Dasar-dasar Pakatan, menurut mereka lagi, berpaksikan kepada perkara-perkara yang telah dipersetujui dan disepakati oleh semua pemimpin tiga parti iaitu PKR, DAP dan PAS.

“Antaranya ialah membina negara ini atas landasan keadilan, membuka peluang untuk semua rakyat menikmati kemakmuran negara dengan memberi keutamaan kepada mereka yang miskin dan terpinggir,” katanya.

Kenyataan terbaru Pakatan – cadangan penubuhannya diumumkan pada 1 April – dipercayai akibat semakin banyak kenyataan pemimpin PAS untuk melancarkan agenda Negara Islam mereka jika dapat merampas kerajaan.

Kenyataan Dr Haron itu diterbitkan di laman media rasmi PAS, Harakahdaily.net pada 10 April sewaktu menjawab satu soalan pembaca.

Siti tidak tolak zuriat tabung uji – kosmo

Siti tidak tolak zuriat tabung uji

SITI NURHALIZA



KUALA LUMPUR – Penyanyi tersohor negara, Datin Seri Siti Nurhaliza yang kerap ditanya mengenai zuriat, tidak pernah berasa tertekan untuk segera menimang cahaya mata.

Bagaimanapun, jika diberi pilihan, Siti, 29, tidak menolak menggunakan kaedah tabung uji atau persenyawaan in vitro (IVF) berbanding mengambil anak angkat.

“Mengambil anak angkat tidak salah. Tapi Siti lebih suka usaha mendapatkan anak sendiri dengan apa cara sekali pun termasuk melalui proses pensenyawaan bayi tabung uji.

“Asalkan semuanya tidak melanggar hukum Islam,” ujar Siti yang bagaimanapun menegaskan beliau belum terdesak melakukan kaedah tabung uji buat masa ini.

Tambah Siti yang menikahi usahawan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, 49, pada 21 Ogos 2006, beliau juga gembira berkongsi kasih dengan empat anak tirinya hasil perkongsian hidup suaminya dahulu iaitu Mohamed Anas Zawawi, 21, Mohamed Adib, 16, Mohamed Asyraf, 14, dan Mohamaed Aazief, 10.

Al Fatihah: Ketua UMNO Tanah Merah meninggal dunia akibat serangan jantung

kl pos.com
Oleh Utusan, msomelayu.blogspot.com
Sabtu, 12 April 2008
KETUA UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Hashim Safin, 60, meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini petang ini.

Allahyarham yang meninggalkan isteri dan 12 orang anak menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 2.55 petang.

Setiausaha UMNO Bahagian Tanah Merah, Ahmad Ismail berkata, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gual Periok itu dimasukkan ke HUSM pada 19 Mac lalu selepas mengalami serangan jantung.

“Keadaan Allahyarham bertambah kritikal malam tadi,’’ katanya

SEMENTARA itu, penulis politik terkenal Sayuti Omar dalam satu posting di blognya berkata, beliau menerima sms daripada ahli Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali menyampaikan berita dukacita, Ketua Umno Bahagian Tanah Merah, Hashim Shafin (foto) telah meninggal dunia jam 2:00 petang ini.

Dalam SMS ringkas itu tidak diberitahu apakah sebab kematian. Bagaimana pun setelah dihubungi untuk mengesahkan maklumat itu Ibrahim memberitahu Hashim meninggal kerana sakit jantung. Allahyarham meninggal di Hospital Universiti Sains Kubang Kerian (HUSM), Kota Bharu.

Jenazah Allahyarham kini sudah dibawah ke kediamannya di Tanah Merah. Allahyarham akan di kebumikan jam 10:00 esok di perkuburan kampung Sat, Tanah Merah.

Kali terakhir saya berjumpa dengan Allahyarham, ialah semasa menaiki keretapi ekspress (ERT) dari Klia ke KL Central sebelum pilihan raya lalu.

Hashim juga tewas dalam pilihan raya lalu di kerusi DUN Gual Ipoh, Tanah Merah.

Allahyraham pernah menjadi ahli Parlimen Tanah Merah. Pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan ketika jawatan itu disandang Muhammad Yaacob. Allahyarham juga pernah memegang jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kelantan.

Hashim Shafin seorang tokoh politik yang ramah dan baik budi.

Kerajaan Selangor kenal pasti kerajaan dahulu beri projek kepada satu pihak sahaja

kl pos.com
Oleh Bernama
Sabtu, 12 April 2008
SA: Kerajaan negeri akan menghapuskan pemberian tender yang dijalankan secara rundingan terus kepada kontraktor Bumiputera bagi mengelakkan tender terbabit dimonopoli oleh satu pihak tertentu sahaja.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata tindakan itu dibuat selepas mendapati sebanyak 98 peratus projek di bawah biayaan kerajaan negeri Selangor ketika pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini, diperoleh dan dilaksanakan oleh kumpulan tertentu.

“Saya menganalisa semua dan ada projek di negeri ini tertumpu kepada kumpulan tertentu. Walaupun nama syarikat berbeza tapi pemegang saham dalam syarikat itu tetap sama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-22 Gabungan Ikhtisas dan Usahawan Bumiputera Anak Selangor (GIBS) di sini hari ini.

“Saya menganalisa semua dan ada projek di negeri ini tertumpu kepada kumpulan tertentu. Walaupun nama syarikat berbeza tapi pemegang saham dalam syarikat itu tetap sama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-22 Gabungan Ikhtisas dan Usahawan Bumiputera Anak Selangor (GIBS) di sini hari ini.Katanya senarai nama kontraktor yang telah diberikan projek kerajaan negeri itu akan dihebahkan tetapi memerlukan masa kerana perlu mendapat izin daripada pihak tertentu terlebih dahulu yang didakwa mempunyai kaitan dengan pemberian tender itu.

Beliau turut memberi jaminan syarikat kontraktor yang banyak mendapat kontrak kerajaan negeri menerusi kaedah rundingan terus itu tidak akan disenaraihitamkan kecuali jika kontraktor terbabit gagal melaksanakan projek dalam tempoh yang telah ditetapkan.

“Kita hanya akan senarai hitamkan mereka sekiranya tidak menunjukkan prestasi yang baik. Kita kena ada alasan yang rasional untuk bertindak demikian. Kita juga akan lihat dan kaji nilai projek yang telah diberikan kepada kontraktor terbabit,” katanya.

Ketika berucap, Abdul Khalid berkata beliau tidak akan menggunakan ‘pena sakti’ yang dikatakan menjadi milik Menteri Besar untuk memberi kebenaran dan kelulusan kepada mana-mana kontraktor mendapatkan projek.

“Saya tidak ada lagi ‘pena sakti’ kerana saya sudah buang. Tidak boleh lagi (kontraktor datang) ke pejabat Menteri Besar untuk dapatkan ‘pena sakti’ ini,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri tetap memberi bantuan kepada kontraktor Bumiputera untuk mendapatkan projek tetapi berdasarkan kepada kemampuan, keupayaan dan pengalaman yang ada pada syarikat kontraktor terbabit.

Katanya segala urusan pentadbiran kerajaan negeri akan diputuskan bersama oleh semua anggota Exco dan pegawai yang terlibat, bukannya bergantung kepada ‘pena sakti’ Menteri Besar.

“Saya mahu mereka bersama-sama saya menyediakan segala bentuk keputusan. Saya tidak mahu hanya Menteri Besar menjadi pembuat keputusan tapi mahu semua Exco dan pegawai kerajaan juga terlibat sebagai pembuat keputusan,” katanya.


“Bukan pemodenan ladang babi yang dibantah” Khir Toyo – klpos.com

Cetak E-mail
Oleh Mohamad Khir Toyo
Sabtu, 12 April 2008
BERDASARKAN beberapa komen yang sempat saya baca dalam waktu terhad ini, nampaknya penjelasan saya tidak berapa jelas kepada sebahagian pembaca. Izinkan saya menjelaskan sedikit lagi.

Pertamanya, saya tidak pernah membantah projek memodenkan kaedah penternakan atau perladangan babi. Sebab itu, kerajaan Selangor semasa saya lagi sudah mengkaji dan melihat kaedah-kaedah perladangan babi di negara luar termasuk di Thailand dan Jerman.

Memang benar kita bersetuju tentang pemodenan ladang babi memandangkan ladang dalam bentuk sekarang amat mencemar alam sekitar.

Yang dibantah ialah kenyataan untuk menjadikan Selangor sebagai pengeskpot babi dan saiz ladang yang dikatakan melebihi keperluan domestik. Bagi saya penternakan babi hendaklah untuk keperluan domestik sahaja.

Keduanya, saya membuat penjelasan ini untuk rakyat. Supaya rakyat faham hasrat dan matlamat kerajaan Selangor pimpinan BN dahulu dalam menyelesaikan isu penternakan babi ini.

Penjelasan ini juga bertujuan mengingatkan kerajaan Selangor hari ini bahawa kelulusan pada 30 Januari tersebut hanyalah untuk sistem yang akan digunakan dan proses mengenalpasti tanah atau kawasan bukannya kelulusan projek.

Justeru adalah tidak adil untuk kerajaan Selangor meneruskan projek ini dengan alasan keseluruhan projek ini diluluskan oleh kerajaan pimpinan saya sebelum ini.

Saya khuatir jika projek ini dijalankan secara terburu-buru, kelak BN akan dipersalahkan jika berlaku sebarang masalah.

Rakan saya, Datuk Tang See Hang, turut membuat penjelasan dalam Utusan Malaysia hari ini.

Saya harap penjelasan tambahan ini dapat menjernihkan keadaan dan memberi persepsi yang jelas kepada umum mengenai apa yang telah diluluskan dan apa yang belum.

Akhir sekali, terdapat beberapa komen yang memohon supaya BN tidak mengkritik kerajaan Selangor hari ini bagi memberi peluang kepada mereka. Saudara/i perlu faham, saya dan rakan-rakan BN Selangor bukan mengkritik dengan niat jahat.

BN sebagai pembangkang turut bertanggungjawab menjaga kepentingan rakyat dan negeri. Jika kita berniat untuk memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat semata-mata, pasti kita tunggu bila hampir pilihan raya untuk mengkritik.

Sebaliknya kita mengkritik sekarang kerana mahukan keputusan yang dibuat kerajaan negeri memberi kebaikan kepada rakyat dan negeri.

Penulis merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Selangor; pernah menjadi Menteri Besar Selangor selama dua penggal dan Pengerusi Barisan Nasional & Badan Perhubungan UMNO Selangor. Mempunyai Ijazah Pembedahan Pergigian dari Universiti Malaya dan pernah menjadi Presiden, Majlis Belia Malaysia. Blog beliau boleh dilayari di drkhir.blogspot.com – Pengarang

Selangor FM kosongkan pejabat – utusan malaysia

NILAI 12 April – Kementerian Penerangan mengarahkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang mengendalikan Radio Selangor FM supaya mengosongkan pejabatnya di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS), Shah Alam secepat mungkin, selepas diberi kata dua oleh kerajaan Selangor.

Menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, pihaknya akan berusaha mendapatkan tempat lain yang bersesuaian untuk menempatkan stesen radio tersebut.

Beliau memberi jaminan kepada pendengar Radio Selangor FM tindakan keluar dari bangunan itu tidak menjejaskan operasi stesen berkenaan kerana kementerian akan mencari tempat sesuai bagi membolehkannya beroperasi seperti biasa.

“Walaupun di mana siaran radio itu berada nanti, kita akan terus menghampiri hati rakyat negeri Selangor.

“Keputusan tersebut dibuat bagi membuktikan bahawa pihak kerajaan tidak tunduk terhadap sebarang ancaman atau ugutan kerajaan negeri Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri majlis perkahwinan anak sulung bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad, Mohd. Najib dengan pasangannya, Syarifah Madehah Syed Alwy di Bandar Baru Nilai di sini hari ini.

Beliau mengulas kata dua Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada Radio Selangor FM yang akan diusir dari Bangunan SSAAS sekiranya tidak mahu menyiarkan visi dan program kerajaan pimpinan pakatan pembangkang itu.

Ahmad Shabery berkata, beliau terkilan dengan kata dua yang diberikan oleh Menteri Besar Selangor itu yang boleh disifatkan sebagai ancaman dan ugutan.

Menurutnya, dakwaan Abdul Khalid mengatakan Radio Selangor FM sengaja tidak mahu memberi ruang kepadanya adalah tidak benar kerana tiada syarat seumpamanya.

“Prinsip kita jelas iaitu sekiranya ada nilai berita, apa salahnya satu jam, dua jam atau tiga jam, kita tidak ada masalah untuk memberi slot.

“Masalah sekarang ialah ia membabitkan soal kuasa iaitu ‘kamu tak ikut kami, kamu kena keluar’. Apakah kita perlu tunduk kepada tekanan dan ugutan macam ini,” soal beliau.

Beliau turut kesal dengan tindakan Menteri Besar itu yang jelas menggambarkan sikap kemaruk kuasa kerana sudah lama mengidamkan tempat tersebut dengan merasakan sesiapa yang berada dalam bangunan itu mesti patuh kepada kehendaknya.

Katanya, ia sekali gus akan menyulit dan menjejaskan hubungan kerajaan negeri dengan Persekutuan dalam pelaksanaan pelbagai projek pada masa depan.

“Macam hari ini apabila dia ada kuasa, dia menggunakan RM100 juta untuk babi, maka dia tunjukkan dengan menghalau keluar mana-mana agensi Kerajaan Persekutuan daripada bangunan itu, yang bukan dibina atas hasil usahanya,” katanya.

Semalam, Abdul Khalid dilaporkan memberi amaran kepada Selangor FM sama ada memenuhi permintaan kerajaan negeri untuk ke udara satu jam seminggu atau berpindah daripada pusat pentadbiran kerajaan negeri di bangunan itu.

Amaran itu diberikan selepas pengurusan Selangor FM gagal memberi jawapan terhadap permintaannya yang mahu slot satu jam setiap minggu untuk menerangkan program kerajaan negeri walaupun pertemuan sudah diadakan dua minggu lalu.

Lindungi hak istimewa Melayu – Malaysiakini

Muda Mohd Noor | Apr 12, 08 8:00pm
Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Mohammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail berkata, adalah tidak wajar bagi kaum-kaum bukan Melayu yang mendapat kerakyatan, menuntut persamaan hak dan keistimewaan sebagaimana orang Melayu.

bbpm tengku faris 120408 tengku faris“Sewajarnyalah semua rakyat bersatu dan tidak harus ada ungkit mengungkit mengenai hak dan keistimewaan orang Melayu.

“Ia adalah quid pro quo sebagai balasan kepada beri paksa kerakyatan kepada 2.7 juta kaum lain yang datang ke Persekutuan Tanah Melayu,” titahTengku Mohammad Faris ketika merasmikan perhimpunan perpaduan Melayu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ib u negara hari ini.

Perhimpunan yang disertai hampir 1,000 orang itu adalah anjuran Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM).

Ahli panel majlis tersebut ialah bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Hassan Ahmad; Presiden Gapena, Tan Sri Ismail Hussein, pakar ekonomi, Datuk Kamal Salleh dan tokoh agama, Uthman El Muhammadi.

Tengku Mohammad Faris bertitah, hak dan keistimewaan orang Melayu adalah amanah dan tanggungjawab yang wajar dilindungi oleh generasi keturunan Melayu.

Orang Melayu, titah baginda, adalah penduduk asal negeri-negeri Melayu yang dijamin hak istimewa sebagai rakyat Malaysia.

Jadi tonggak

bbpm tengku faris 120408 crowd“Ia bukan sahaja perlu dipertahankan tetapi juga dijadikan tiang seri atau tonggak kepada kelangsungan ketuanan Melayu,” titah baginda.

Bagaimanapun, titah Tengku Mohammad Faris, dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia, hak kaum lain adalah sentiasa terjamin.

“Melihatkan tindak tanduk dan karenah mereka yang menang dan kalah (dalam pilihanraya), ia memberi petunjuk bahawa kedaulatan dan ketuanan Melayu amat mencabar.

“Mungkinkah ianya akan terhakis atau hilang terus,” titah Tengku Mohammad Faris.

Tengku Mohammad Faris turut menegur sikap kalangan pemimpin Melayu – demi kekuasaan – sanggup mengenepikan kepentingan orang Melayu sendiri.

Ini, tidak baginda, berbeza dengan pemimpin kaum lain yang sanggup bersatu walaupun berbeza fahaman demi mempertahankan hak mereka.

“Malangnya, saya dapati orang Melayu masih mengamalkan sikap marahkan nyamuk kelambu dibakar atau marahkan pemimpin, masa depan anak cucu digadaikan.

Pertahan Raja Melayu

“Yang menyedihkan ada pula paling taksub hendakkan kuasa sehingga membujur lalu, melintang patah asalkan mendapat kuasa,” titah baginda.

Sehubungan itu, Tengku Mahkota Kelantan itu berharap perhimpunan ini dapat menyatukan semula orang Melayu.

Ismail pula ketika berucap berkata, jika kerajaan negeri Pulau Pinang berlaku tidak adil kepada orang Melayu, perlulah ada satu perhimpunan seperti Hindraf sebagai protes.

Katanya, kedudukan orang Melayu sebelum peristiwa berdarah 13 Meil 1969, tidak ubah seperti orang Red Indian di Amerika Syarikat.

“Tetapi ia telah telah disusun oleh Tun Razak (Hussein) sehingga seperti yang ada sekarang ini,” katanya.

Sementara itu, Osman pula, dalam ucapannya  berkata, perhimpunan ini bertujuan untuk mempertahankan kedudukan Raja-Raja Melayu dan agama Islam sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.

Katanya, ia juga bertujuan untuk menangani hambatan dan cabaran yang mengancam perpaduan Melayu dan agama Islam, serta mengatasi sindrom senyap di kalangan orang Melayu mengenai hak-hak mereka.

Projek babi macam taktik Israel? – Malaysiakini

Apr 12, 08 8:05pm
Projek penternakan babi yang diuruskan secara lebih moden seperti di Selangor, kini bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, dianggap satu usaha popular pembangkang memenangi hati pengundi bukan Melayu.
Datuk Mohd Nakhaie Ahmad mengajak orang Melayu berhati-hati dengan langkah seumpama Pakatan Rakyat ini kerana ia boleh menghakis hak dan keistimewaan mereka.

“Kita bimbang yang menjadi tawaran dalam usaha meraih sokongan politik orang-orang bukan Melayu itu, ialah hak-hak orang Melayu. Bahkan sensitiviti orang-orang Melayu, dirasakan, tidak perlu lagi dipelihara. Tidak mengapa ladang ternak babi dibangunkan berdekatan kampung Melayu,” kata Yang Dipertua, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

“Apakah ini suatu tindakan halus untuk mengusir orang-orang Melayu dari kampung halaman mereka sebagaimana Israel mengusir rakyat Palestin dari tanah air mereka?”

pas umno general election 021104Beliau berucap sedemikian di awal forum ‘Memperkasakan Perpaduan Melayu untuk Kesejahteraan Nasional’ sempena Perhimpunan Perpaduan Melayu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Beliau sebelum itu mengajak peserta program berwaspada dengan perkembangan baru politik susulan keputusan pilihanraya umum 8 Mac yang menolak BN dan menguntungkan pembangkang, termasuk parti Melayu seperti PAS dan PKR.

“Waspadalah wahai bangsaku terhadap trend politik orang-orang Melayu kini, akibat situasi politik pasca pilihanraya umum ke-12. Parti politik Melayu yang mendapat sokongan orang bukan Melayu, sedang dan akan mengambil langkah-langkah popular demi mengekalkan sokongan itu untuk mereka,” katanya, yang juga mantan setiausaha agung PAS yang menyertai Umno pada 1988.

Sambil menyifatkan keputusan itu sebagai “perpecahan yang diinstitusikan”, Mohd Nakhaie menganggap kerajaan Pakatan di Perak sebagai “kuda tunggangan dan boneka orang bukan Islam” demi memuaskan kehendak politik pembangkang “menumbangkan kerajaan yang dipimpin orang Melayu.”

“Inilah antara akibat perpecahan yang diinstitusikan. Bagi saya, ini adalah satu tragedi yang tidak boleh dilupakan,” katanya.

Menurutnya lagi, perpecahan orang Melayu dalam dua kumpulan besar – BN dan Pakatan – melemahkan kuasa politik mereka walaupun jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Dewan Rakyat cukup untuk membentuk kerajaan sendiri.

perak state mb cm swearing sworn in ceremony people“Di Perak, orang-orang Melayu dalam Umno dan PAS adalah majoriti di DUN. Jika bersatu mereka boleh membentuk kerajaan yang mampu mempertahankan kuasa politik orang-orang Melayu. Tetapi kerana perpecahan antara keduadua parti politik ini telah diinstitusikan, perkara yang sepatutnya berlaku untuk mempertahankan kuasa politik orang-orang Melayu, tidak berlaku,” katanya.

“Di parlimen sekarang kerusi di tangan orang-orang Melayu berjumlah 129 kerusi.

“Walaupun kerusi yang disandang orang-orang Melayu adalah majoriti, namun perpecahan di kalangan mereka yang telah diinstitusikan atas garis akidah yang dipolitikkan dan politik yang diakidahkan, dimangkinkan pula oleh politik kebencian, tidak akan memberi apa-apa jaminan bahawa majoriti itu akan dapat mempertahankan kuasa politik orang-orang Melayu,” katanya.

“Ini kerana jumlah kerusi (ahli parlimen Melayu) berkenaan berpecah dua kepada 86 kerusi BN dan 43 kerusi dalam Pakatan Rakyat.”

Dr M: Peralihan kepimpinan Umno mesti sekarang – Malaysiakini

Apr 12, 08 11:04pm
Peralihan pucuk kepimpinan Umno harus dilakukan sekarang bagi memastikan Umno dapat dipulihkan dan memastikan Barisan Nasional (BN) memenangi semula negeri-negeri yang ditawan oleh pembangkang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

mahathir mohamad 180108Bekas Perdana Menteri berkata kerja untuk memulihkan parti akan mengambil masa yang panjang dan “kita akan ada pilihanraya tidak lebih dari lima tahun.”

“Lima tahun bukan satu masa yang panjang. Jadi jika tak diadakan peralihan sekarang, kita mungkin tidak cukup masa untuk tarik balik orang parti kita yang telah undi parti lawan, terutama jika parti lawan cekap, (dan) mereka membuat pemerintahan yang cukup baik di Kedah, Penang dan juga Selangor, masa itu kita tidak dapat balik dah, sebab itu kita perlu bertindak sekarang,” katanya.

Menurut laporan Bernama, Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada forum “Krisis Kepimpinan Melayu Pasca Pilihan Raya Umum Ke-12, Di mana Silapnya” di Kajang hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan berbincang mengenai pelan peralihan kuasa dengan Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dr Mahathir berkata jika benar peralihan kuasa itu akan diadakan, itulah cara yang terbaik dan pertukaran antara Perdana Menteri dengan timbalannya sepatutnya berjalan dengan licin.

Pinda perlembagaan

“Kebanyakan daripada ahli sudah hendak kepada peralihan, beliau (Abdullah) mesti respons kepada desakan ini dan buat dengan cara baik. Kalau tidak nanti, nak ada  mesyuarat untuk pinda perlembagaan, lepas tu undi tidak percaya…semua ini bagi imej beliau rosak aje,” kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir berkata beliau tidak ada kena mengena dengan proses peralihan kuasa itu.

“Tak ada kena mengena dengan saya. Saya tidak terlibat dalam perkara ini. Beliau (Abdullah) perlu melakukan apa yang perlu untuk parti. Jelas bahawa daripada menyalahkan saya atau menyalahkan orang lain, beliau perlu bertanggungjawab kerana perkara ini berlaku semasa tempoh beliau memegang jawatan,” katanya.

Ditanya mengenai calon yang perlu diketengahkan  sebagai pengganti Perdana Menteri, Dr Mahathir berkata tradisi parti perlu diikuti sekiranya Abdullah meletak jawatan.

“Parti punya tradisi berkata bahawa apabila ketua letak jawatan ataupun undur maka timbalan akan ambil alih,” katanya.

‘Saya akan tegur’

Kepada soalan sama ada beliau menyokong Najib sebagai pengganti, Dr Mahathir berkata: “Ini bukan soal saya menyokong Najib atau tidak, ini soal tradisi.”

Dr Mahathir berkata untuk kebaikan, Abdullah mesti meletak jawatan sekarang.

“Tetapi jika beliau menunggu sehingga Perhimpunan Agung Umno, kita tidak tahu apa yang orang ini (perwakilan) akan katakan.

“Akan ada sesetengah kenyataan yang biadap, mereka kata kenapa anda tidak mahu berundur, anda tahu andalah orangnya (yang menjadi punca), segala jenis tuduhan yang kurang menyenangkan… menuding jari dalam Perhimpunan Agung Umno,” katanya.

Dr Mahathir berkata beliau akan terus memberi kritikan dan teguran kepada pemimpin Umno tanpa mengira siapa yang menggantikan Abdullah.

“Kalau ada benda-benda yang tidak kena yang dilakukan, saya bebas, saya berpendapat saya berhak untuk membuat teguran. Kalau siapa yang naik pun, kalau saya nampak akan merosakkan parti, saya akan menegur,” katanya.