Siti tidak tolak zuriat tabung uji
![]() |
|
SITI NURHALIZA
|
KUALA LUMPUR – Penyanyi tersohor negara, Datin Seri Siti Nurhaliza yang kerap ditanya mengenai zuriat, tidak pernah berasa tertekan untuk segera menimang cahaya mata.
Bagaimanapun, jika diberi pilihan, Siti, 29, tidak menolak menggunakan kaedah tabung uji atau persenyawaan in vitro (IVF) berbanding mengambil anak angkat.
“Mengambil anak angkat tidak salah. Tapi Siti lebih suka usaha mendapatkan anak sendiri dengan apa cara sekali pun termasuk melalui proses pensenyawaan bayi tabung uji.
“Asalkan semuanya tidak melanggar hukum Islam,” ujar Siti yang bagaimanapun menegaskan beliau belum terdesak melakukan kaedah tabung uji buat masa ini.
Tambah Siti yang menikahi usahawan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, 49, pada 21 Ogos 2006, beliau juga gembira berkongsi kasih dengan empat anak tirinya hasil perkongsian hidup suaminya dahulu iaitu Mohamed Anas Zawawi, 21, Mohamed Adib, 16, Mohamed Asyraf, 14, dan Mohamaed Aazief, 10.




tahniah siti sudah bertudung…harap tudung dengan niat memberi contoh terbaik kepada masyarakat…
Islam sudah difahami..tidak susah untuk menunjukkan contoh yg baik jika hati kita sudah baik dan suci.
Tahniah dan didoakan cepat mendapat anak sendiri !