BERITA MALAYSIA KINI
Pilihan Terbaik Setiap DetikArkib bagi April 14, 2008
PM: Jangan bangkit isu sensitif – Malaysiakini
| Muda Mohd Noor | Apr 14, 08 7:49pm |
| Perdana menteri mengingatkan wakil-wakil rakyat BN agar tidak membangkitkan isu-isu sensitif di sidang dewan sehingga boleh didakwa bawah Akta Hasutan.
“Kerana Akta Hasutan boleh dikuatkuasakan dalam Dewan Rakyat … Akta Hasutan boleh dipakai juga di dalam Dewan Rakyat. “Mereka tidak dibebaskan untuk bercakap apa juga yang melanggar Akta ini,” katanya selepas majlis perjumpaan beliau bersama ahli parlimen, anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) dan senator BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. Mengulas beberapa anggota dewan yang mengeluarkan kata-kata yang tidak sewajarnya seperti pada penggal lalu, beliau berkata perkataan seumpama itu tidak akan dituturkan jika mereka memahami peraturan mesyuarat. “Mereka yang mengeluarkan perkataan-perkataan itu pun ditegur oleh Speaker. “Jangan cakap ikut (mulut) sahaja, menunggu Speaker menegur dulu baru berhenti. Tak payah tunggu Speaker tegur, jangan cakap perkara-perkara yang menyebabkan Speaker menegur,” katanya. Semua wakil rakyat BN dipesan agar berlagak angkuh, sombong atau menerima rasuah. “Di peringkat kawasan pula, ahli DUN dan ahli Dewan Rakyat perlu tahu betapa pentingnya mereka bekerja dengan kuat sebagai wakil rakyat dengan penuh dedikasi, menjaga diri supaya tidak menjadi orang yang sombong, angkuh ataupun rasuah. “Label-label seperti ini diharap tidak dilekatkan kepada wakil-wakil rakyat BN,” kata Abdullah. Beliau juga meminta wakil rakyat BN memantau projek-projek kerajaan pusat dan jika ada yang tergendala, ia perlulah dilaporkan kepada menteri terbabit untuk tindakan susulan. Pengerusi BN juga berkata semua wakil rakyat parti itu harus berkhidmat untuk kepentingan semua kaum yang mereka wakili dan bukan parti sesuatu parti masing-masing sahaja. |
Mahathir rela disiasat s’jaya diraja – Malaysiakini
| Mahathir rela disiasat s’jaya diraja |
| Apr 14, 08 8:28pm |
| Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sedia dihadapkan ke suruhanjaya diraja berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa sewaktu menjadi perdana menteri.
Dalam jawapannya kepada surat peguam terkemuka Datuk Param Cumaraswamy hari ini, Dr Mahathir berkata beliau sedia berbuat demikian, tetapi menegaskan Param pula akan menolak suruhanjaya tersebut kerana didakwa kurang integriti. “Hanya jika beliau sahaja yang menganggotai suruhanjaya tersebut, maka barulah beliau dapat menerima keputusannya. Nampaknya itulah pendekatan kehakiman yang boleh diterimanya,” katanya dalam suratnya kepada Malaysiakini hari ini. Dr Mahathir menjawab surat Param yang disiarkan oleh Malaysiakini Jumaat lalu. Param adalah bekas pelapor mengenai kebebasan hakim dan peguam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Param menulis surat tersebut dalam reaksinya kepada surat Dr Mahathir yang disiarkan oleh akhbar The Sun pada 7 April lalu. Dalam suratnya hari ini, Dr Mahathir juga menjelaskan mengapa beliau tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Datuk Shafee Yahya – bekas ketua pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) – yang mendakwa mantan perdana menteri itu telah mengarahkannya supaya menutup siasatan terhadap ketua pengarah Unit Perancang Ekonomi 10 tahun lalu. Beliau sekali lagi mempertahankan dirinya berkaitan skandal klip video Datuk VK Lingam, yang didakwa mengatur pelantikan hakim-hakim. “Saya telahpun menjelaskan kepada suruhanjaya (diraja) bahawa tiada undang-undang yang menghalang saya daripada mendengar pandangan mengenai calon hakim. “Tetapi siapa yang saya rekomen adalah keputusan saya sendiri. Lingam mungkin mempengaruhi hakim-hakim dsb, tetapi itu tidak bermakna saya membuat keputusan berdasarkan pandangan Lingam. Kebenarannya ialah saya tidak pernah dilobi oleh Lingam.” |
Ong nafi berkomplot jatuhkan Chua – Malaysia Kini
| Beh Lih Yi & Francis Paul | Apr 14, 08 7:51pm |
| Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa beliau yang merancang untuk menjatuhkan bekas naib presiden, Datuk Dr Chua Soi Lik, melalui penyebaran video seks yang membabitkan bekas menteri kesihatan itu Januari lalu.
Ong juga menafikan yang beliau telah mengenakan tekanan terhadap Chua – yang berpotensi mencabar jawatan presiden – supaya melepaskan semua jawatan dalam parti dan kerajaan selepas tersebarnya video seks tersebut. Ong, 51, menegaskan selama ini beliau enggan menjawab tuduhan tersebut kerana beliau perlu menumpukan kepada perkara yang lebih serius. “Tetapi jika ia masih berterusan, saya perlu menjawab dan menghentikannya,” tegasnya sambil berkata sudah cukup beliau berdepan dengan perbuatan memalukannya serta tuduhan-tuduhan yang tidak adil. Walaupun nama Ong tidak disebut, tetapi penyokong Chua mendakwa, “pucuk pimpinan tertinggi” MCA turut terbabit. Chua sendiri yakin bahawa ‘musuh-musuh politiknya’ bertanggungjawab di sebalik penyebaran pita video tersebut. Kuat pengaruh Sebelum tercetusnya skandal seks tersebut, Chua, 61, merupakan pemimpin No. 3 dalam hirarki kepimpinan MCA dan dianggap sebagai bakal pemimpin utama parti tersebut.
Ekoran itu, timbul teori konspirasi bahawa penyebaran video seks tersebut bertujuan untuk ‘membunuh’ peningkatan mendadak Chua, yang pernah membayangkan kemungkinan beliau bertanding jawatan presiden Oktober ini. Ong dan Chua merupakan orang kuat bekas presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik. Mereka adalah dari ‘Team A’, yang diketuai Dr Ling sewaktu tercetusnya krisis dalaman MCA pada tahun 2001. Ong, anak kelahiran Perak dan bekas guru, mengambil alih pucuk pimpinan MCA pada bulan Mei 2003 di bawah ‘pelan damai’ yang diusahakan oleh Dr Ling dan timbalannya, Datuk Lim Ah Lek, yang mengetuai ‘Team B’. Ekoran itu, Ling dan Lim meletakkan jawatan masing-masing, bagi membuka jalan kepada Ong menjadi presiden dan penyokong kuat Lim, Datuk Chan Kong Choy sebagai timbalan presiden. |
MCA bantah kenyataan Tengku Faris – MALAYSIAKINI
| Apr 14, 08 5:05pm |
| Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting tidak bersetuju dengan kenyataan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Mohammad Faris Petra bahawa tidak wajar bagi kaum-kaum bukan Melayu menuntut persamaan hak.
Kenyataan seumpama itu, tegas beliau, akan menghancurkan perpaduan dan harmoni di kalangan rakyat pelbagai kaum. Dalam satu kenyataan hari ini, Ong berkata, ia juga tidak akan menguntungkan masyarakat majmuk di negara ini. “Sejak 50 tahun yang lalu, pelbagai kaum telah bersama-sama bekerja keras untuk mencapai matlamat pembinaan negara, di mana mereka juga telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan negara. “Oleh itu, mereka juga mempunyai persamaan hak sepertimana yang terkandung dalam Perlembagaan,” kata Ong lagi. Menurut beliau lagi, Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan menyebut tentang melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak Bagaimanapun, katanya, ia juga hendaklah dibaca bersama dengan Artikel 153 (7) yang menyatakan “tiada apa-apa juga dalam Perkara ini boleh berkuatkuasa untuk melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan hak, keistimewaan.” “Kenyataan yang dibuat oleh Tengku (Mahkota Kelantan) tidak konsisten dengan pendirian BN (Barisan Nasional) mengenai perpaduan kaum yang mempertahankan keadilan dan persamaan perkongsian,” kata Ong. Sabtu lalu, ketika merasmikan perhimpunan perpaduan Melayu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibunegara, Tengku Mohammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail dilaporkan bertitah bahawa adalah tidak wajar bagi kaum-kaum bukan Melayu yang mendapat kerakyatan, menuntut persamaan hak dan keistimewaan sebagaimana orang Melayu. Sewajarnyalah, titah baginda, semua rakyat bersatu dan tidak harus ada ungkit mengungkit mengenai hak dan keistimewaan orang Melayu. Perhimpunan yang disertai hampir 1,000 orang itu adalah anjuran Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM). |
MCA: Tolak negara Islam PAS- MalaysiaKini
| Apr 14, 08 4:54pm |
| MCA tidak akan menerima penubuhan negara Islam yang disuarakan oleh PAS kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, kata presidennya Datuk Seri Ong Ka Ting hari ini, mengulangi penolakannya minggu lalu.
Tambahnya, semua peringkat pemimpin parti Islam itu menyatakan hasrat untuk membentuk negara Islam jika mereka berjaya mengambil alih kuasa kerajaan Persekutuan. Kenyataan para pemimpin PAS itu termasuklah presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalan mursyidul am Datuk Dr Haron Din, timbalan menteri besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakup dan ketua Pemuda PAS negeri itu Mohd Zaki Ibrahim. “(Mereka ini) telah mengeluarkan penegasan untuk mendirikan sebuah negara Islam (di Malaysia),” kata Ong, mengulas kenyataan terbaru para pemimpin PAS selepas penubuhan Pakatan Rakyat awal bulan ini. “(Kenyataan) ini mendedahkan cita-cita tinggi PAS. Tidak ragu lagi mereka memang mahu menegakkan sebuah negara Islam di Malaysia.” “Sebarang organisasi atau parti yang bekerjasama dengan PAS hanya akan membantu PAS menjayakan agendanya mendirikan negara Islam,” tambahnya, dipercayai mengulas kenyataan Pakatan Rakyat kelmarin bahawa gabungan tiga parti pembangkang itu tidak akan menjayakan agenda peribadi parti masing-masing yang berlainan ideologi itu. Pakatan mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai menjawab laporan media bahawa Dr Haron menyatakan kesediaan PAS berbuat demikian jika berjaya menguasai kerajaan Persekutuan. Ong menambah, semua parti ini harus menilai kembali hubungannya dengan PAS kerana ia “telah mencetuskan banyak keresahan dalam kalangan rakyat.” |
| http://banner3.malaysiakini.com/mkini/bm/I06.htm |
K’jaan benarkan warga Israel ke M’sia -Malaysia Kini
| Apr 14, 08 5:34pm |
| Kerajaan akan membenarkan kunjungan dua warganegara Israel, bersama pasukan bolaspek terkenal Chelsea, ke Malaysia pada Julai walaupun negara tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan regim itu.
“Kami tidak menghalang sesiapa untuk datang ke Malaysia. “Dalam kes ini, walaupun kita tiada hubungan diplomatik dengan Israel atau perdagangan secara terus dengan negara itu, kami tiada bantahan terhadap lawatan mereka,” kata menteri luar Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini. ” Mereka adalah satu pasukan sukan dengan dua warga Israel. Kami tidak melihatnya sebagai sesuatu yang salah. “Melainkan ada pihak yang ingin membantah, kami boleh benarkan mereka. “Kami kena melihat kes-kes seperti ini daripada satu kes ke satu kes. Kami tidak mahu campurkan antara politik dan sukan,” katanya, lapor Bernama. Jurulatih Chelsea, Avram Grant dan pemain pertahanannya Tal Ben Haim merupakan warga Israel. Pasukan itu dijangka beraksi di Malaysia pada Julai ini sebagai sebahagian jelajah musim panas kelab itu di Asia. Atlet Israel dibenarkan memasuki Malaysia kali terakhir sewaktu kejohanan kriket Trofi ICC pada 1997 yang mendapat bantahan di Kuala Lumpur, antaranya oleh Pemuda PAS. |
PM: Desakan bukan suara majoriti – Malaysia Kini
| Muda Mohd Noor | Apr 14, 08 5:36pm |
| Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pihak yang mendesak supaya dilakukan segera peralihan kuasa dalam Umno bukan suara majoriti.
Sebaliknya, beliau yang juga presiden Umno berkata, ia merupakan “pandangan sesetengah pihak dalam parti tersebut”. “Biarlah mereka bercakap, saya ada dua telinga dan mendengarnya. Kalau kita tidak mahu membenarkan dia bercakap, macam-macam mereka kata pada kita…,” katanya dalam sidang akhbar selepas pertemuan dengan wakil-wakil rakyat BN hari ini. Menurut Abdullah, beliau mendapat sokongan ahli parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) BN. Mengenai peralihan kuasa tersebut, Abdullah berkata, beliau akan menyerahkannya kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak “apabila parti dalam keadaan selesa”. Menurutnya, peralihan seumpama itu juga yang pernah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno sebelum itu, contohnya ketika Tun Hussein Onn menyerahkan kuasa kepada Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1981 dan ketika Dr Mahathir menyerahkan kuasa kepadanya pada 2003. “Tidak perlu mendesak-desak kerana saya akan menyerahkan jawatan apabila semuanya dalam keadaan elok dan baik,” tambahnya. Ekoran kekalahan teruk BN dan Umno dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, pelbagai pihak dalam Umno telah mendesak supaya Abdullah berundur dan menyerahkan kuasa kepada Najib bagi memulihkan semula parti. Abdullah juga berkata beliau akan mengadap Yang di-Pertuan Agong minggu ini mengenai pelantikan bagi mengisi kekosongan jawatan tiga timbalan menteri. |
Selangor.FM: Menteri Penerangan didakwa tak reti bahasa – HARAKAHDAILY
| Saidah Hairan Mon | Apr 14, 08 | 11:48:53 am MYT |
|
| KUALA LUMPUR, 14 April (Hrkh) – Menteri Penerangan, Dato’ Ahmad Shabery Chik perlu mendalami bahasa Melayu supaya dapat membezakan istilah ‘ugutan’ dengan kuasa yang ada pada seorang Menteri Besar sebelum menuduh pemimpin Pakatan Rakyat sebagai ‘gila kuasa’.
Sebelum ini permohonan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim terhadap Radio Selangor.FM� supaya menyediakan ruang kepada MB dan exco Selangor selama sejam seminggu untuk berinteraksi dengan rakyat dianggap satu ugutan oleh Shabery. Melalui siaran berkenaan Menteri Besar berhasrat menerangkan dasar-dasar kerajaan negeri serta isu semasa yang tidak diberikan respons sewajarnya. Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor, Ustaz Sallehen Mokhyi dalam mengulas perkembangan itu berkata, jika selama ini Radio Selangor.FM boleh memberi kerjasama kepada kerajaan negeri dan menjadi suara kepada kerajaan Umno-BN apa salahnya jika diteruskan kaedah tersebut dengan kerajaan baru Pakatan Rakyat. Menurut beliau, kerajaan sekarang adalah pilihan rakyat yang lebih demokratik untuk memberi layanan adil kepada semua rakyat tanpa mengira fahaman politik. “Shabery sebagai Menteri Penerangan perlu membuktikan betapa demokrasi kementeriannya sebelum melemparkan tuduhan bahawa Khalid Ibrahim gila kuasa,” tegas beliau. Katanya, tindakan Radio Selangor.FM tidak memberi ruang kepada kerajaan Pakatan Rakyat itu mengundang kebencian rakyat terhadap media Penerangan yang dikuasai Umno-BN. Beliau berkata, dalam suasana BN-Umno ‘nyawa-nyawa ikan’ sepatutnya pimpinan mereka memberi khidmat terbaik kepada rakyat tetapi perkara itu tidak berlaku. Tambah beliau, Menteri Besar membuat tindakan tersebut bukan mahu menunjukkan keangkuhan tetapi kapasiti sebagai MB terhadap premis yang ada di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK). Beliau bertanya apakah wajar Radio Selangor.FM berada di SUK tetapi tidak boleh bekerjasama dengan kerajaan negeri. “Jadi apa guna dia (Radio Selangor.FM) tinggal di SUK. Itu pun sudah baik MB memberi tempoh selama dua minggu. Sepatutnya dalam tempoh tersebut Shabery boleh membuat rundingan dengan MB tetapi melakukan tindakan tanpa kematangan,” tegasnya. – lanh |
“Dr Mahathir semakin letih dan keliru” Anwar – kl pos
| Oleh Malaysiakini | |
| Ahad, 13 April 2008 | |
| KETUA Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kritikan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengaitkan beliau dengan Yahudi, sebagai “tidak masuk akal”.
Bercakap kepada pemberita pada forum kepimpinan Melayu di Kajang semalam, Dr Mahathir berkata hanya orang Israel yang akan mengundi Anwar jika beliau mahukan jawatan Perdana Menteri. “Beliau (Dr Mahathir) nampaknya semakin letih dan keliru. Saya tidak pernah bertemu mana-mana pemimpin Israel, tetapi beliau ada berjumpa… secara diam-diam, ketika beliau menjadi perdana menteri,” katanya. “Saya tidak pernah bertemu mana-mana pemimpin Israel, tetapi beliau ada berjumpa… secara diam-diam, ketika beliau menjadi perdana menteri,”
Anwar berkata, Dr Mahathir berurusan dengan pihak Yahudi, membabitkan AS$1.2 juta yang didakwa telah dibayar kepada pelobi Amerika Syarikat, Abramoff untuk mengatur pertemuan beliau (Dr Mahathir) dengan presiden negara kuasa besar itu George W Bush pada 2002. Anwar menasihati Dr Mahathir supaya memberikan tumpuan menjaga kesihatan dirinya dan memohon maaf kepada rakyat atas kezaliman yang telah dilakukannya. Dr Mahathir juga, tambah Anwar, perlu menjelaskan tentang bagaimana beliau telah memusnahkan badan kehakiman, mengawal media, bagaimana beliau menahan beratus-ratus orang bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), termasuk ketika Operasi Lalang 1987. Di samping itu, katanya, Dr Mahathir juga perlu menjelaskan pembabitannya dalam pelbagai amalan rasuah, salah urus, mencuri dana kerajaan melalui banyak syarikat milik kerajaan yang mengalami kerugian seperti Perwaja Steel. “Saya fikir lebih baik beliau menjawab isu-isu berkenaan,” tegas Anwar. Mengenai desakan Dr Mahathir supaya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur, Anwar berkata: “Sejak dulu lagi saya tidak pernah mengambil serius pandangan Dr Mahathir.” “Sudah tentulah perdana menteri tidak boleh mengelak daripada bertanggungjawab terhadap kekalahan BN, tetapi beliau mengetuai kempen pilihanraya bersama dengan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak),” kata Anwar. “Najib yang menerajui kempen dan Abdullah adalah perdana menteri, jadi kedua-dua mereka perlu bertanggungjawab terhadap kekalahan teruk mereka,” katanya. |
“Syor kerajaan ‘Hadhari’ isytihar sebelum masuk Islam tidak betul” Nik Aziz
| kl pos.com |
| Oleh Utusan | |
| Ahad, 13 April 2008 | |
| KB: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan langkah kerajaan memperkenalkan satu peraturan mewajibkan mereka yang mahu memeluk Islam mengisytiharkan perkara itu secara terbuka sebagai tidak betul.
“Dia nak masuk masuk Islam tidak payah bagi tahu, tetapi untuk jaga harmoni keluarga perlu beri tahu mereka. Tetapi beri tahu dulu sebelum masuk Islam tidak betul kerana Islam datang dari kalbu sendiri”
Beliau berkata, sesiapa sahaja yang ingin memeluk Islam tidak perlu mengisytiharkannya tetapi untuk menjaga keharmonian keluarga ia boleh dilakukan.”Dia nak masuk masuk Islam tidak payah bagi tahu, tetapi untuk jaga harmoni keluarga perlu beri tahu mereka. “Tetapi beri tahu dulu sebelum masuk Islam tidak betul kerana Islam datang dari kalbu sendiri. “Bila manusia hendak pada sesuatu benda perlu apa lagi cakap pada orang lain, cuma untuk jaga keharmonian elak daripada kecil hati,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Muhibah Antara Kaum di Taman Hijau di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan kerajaan memperkenalkan satu peraturan baru mewajibkan mereka yang ingin memeluk Islam perlu mengisytiharkan perkara itu secara terbuka bagi mengelak masalah di kemudian hari. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tindakan memeluk Islam secara senyap-senyap seperti yang diamalkan sebelum ini, mengundang banyak masalah sehingga menyebabkan berlaku ketegangan kaum. Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, ia juga bagi mengelakkan seseorang itu tidak jadi memeluk Islam disebabkan dimarahi oleh ibu bapa. “Ini semua masalah teknikal saja, jangan sampai tidak jadi masuk Islam kerana orang tua marah, tidak betul. “Islam datang dari iman dari hati kalbu kita, mana boleh manusia sekat cetusan hati, bila kita yakin dia akan datang sendiri,” katanya. |
Dalam wawancara dengan Malaysiakini Jumaat lalu – empat bulan selepas tersebarkan video tersebut – Ong menafikan dakwaan bahawa beliau adalah orang di sebalik pita video tersebut, bagi membunuh karier politik Chua.
“Tiada sebab langsung untuk saya melakukan perkara tersebut. Jika beliau (Chua) kuat, ia lebih baik bagi saya kerana Johor berada dalam tangan yang selamat. Sepanjang masa, saya menganggap beliau seorang pemimpin yang cekap – ia datang dari lubuk hati saya,” katanya dalam wawancara selama 90 minit tersebut.
Beliau mempunyai pengaruh kuat di kalangan akar umbi MCA di beberapa negeri, termasuk di Johor yang mempunyai jumlah perwakilan teramai dalam perhimpunan agung parti tersebut.