| Babi: Bumiputera, wakil Umno terlibat |
| Apr 14, 08 12:35pm |
| kemaskini 2:19pm Syarikat bumiputera turut terlibat dalam projek penternakan babi di Selangor yang menimbulkan kontroversi minggu lepas dan seorang wakil rakyat Umno “di belakangnya”, kata seorang pemimpin MCA.
Syarikat tersebut, yang terlibat dalam satu usahasama, bercadang menggunakan wang – dilaporkan menelan belanja RM100 juta – daripada sumber-sumber dana program alam sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Mendedahkan perkara itu kepada satu sidang media hujung minggu lalu, ketua biro pertanian tradisi MCA Datuk Dr Lee Chong Meng berkata syarikat bumiputera itu berhasrat membawa masuk teknologi Jerman untuk projek tersebut. Akhbar The Sun hari ini yang mengutip laporan The Oriental Daily kelmarin menyebut, wakil rakyat BN-Umno bagi kerusi Tajung Sepat, Datuk Karim Mansor, bersama seorang ketua kampung di situ turut bersama dalam rombongan ke luar negara untuk melihat teknologi tersebut. Karim antara pemimpin Umno yang lantang membantah isu itu di akhbar-akhbar berbahasa Melayu minggu lepas. Sementara ketua kampung di Ladang Tumbuk – tempat projek itu diadakan – turut menyertai bantahan projek tersebut di depan bangunan kerajaan negeri Selangor di Shah Alam. Dr Lee berkata beliau mengetahui segala-galanya tentang projek tersebut “seperti tapak tangannya sendiri” kerana terlibat sendiri dengan semua mesyuarat berhubung perkara tersebut. Menteri besar Selangor waktu itu Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo sendiri telah meluluskan projek pemindahan 132 ladang babi ke projek tersebut, kata Dr Lee, melalui dua ahli exco kerajaan negeri Datuk Ch’ng Toh Eng dan Datuk Tang See Hang. Dr Lee menambah, sebelum pembubaran parlimen, kerajaan Selangor bawah pentadbiran BN meluluskan projek tersebut dan Karim sendiri menyokong projek tersebut. Ketua biro MCA itu kesal kerana Karim dan ketua kampung itu sanggup membantah projek tersebut semata-mata kerana kepentingan politik. Karim, dihubungi Malaysiakini hari ini, menafikan beliau membantah projek tersebut. Sementara itu sumber-sumber PKR memberitahu, risalah-risalah penerangan tentang isu tersebut – termasuk maklumat yang didedahkan oleh MCA ini – akan diedarkan kepada penduduk Selangor. PAS sebelum ini dilaporkan akan menemui rakyat Selangor untuk menjelaskan isu tersebut yang mendapat liputan meluas – yang membawa kesan negatif kepada pentadbiran Pakatan Rakyat – di akhbar-akhbar berbahasa Melayu selama beberapa hari minggu lepas. |
BERITA MALAYSIA KINI
Pilihan Terbaik Setiap DetikBabi: Bumiputera, wakil Umno terlibat – MalaysiaKini
11 komen »
Isu ini terkeluar semasa selepas PKR mengambil alih tampuk kerajaan negeri, TETAPI, jangan kita terlupa mangambil kira~perbincangan, perincian dan “provisional approval” itu telah dibuat semasa kerajaan BN. Mana boleh kerajaan baru tiba-tiba aja melancarkan projek ini?? Rakyat harus matang menilai perkara ini. Jadi apa yg dinyatakan di sini ada kebenarannya.
Theresa Cock gusar kerana imejnya kerana isu babi marah-marah dengan utusan, tetapi beliau tidak bimbang dengan imej video perempuan maleyu beliau katakan cina dan ditayangkan diLobi parliament.
cerita umno melayu terlibat kita tunggu dulu buktinya.
kalau projek babi RM100 sebenarnya diluluskan oleh kerajaan terdahulu, yang senang sekali dedah surat kelulusan yang ditandatangani oleh MB dahulu. kalau itu tidak dapat dilakukan maknanya PR cakap bohong. kami nak tengok bukti tak perlu tuding jari sana-sini—meluat dengan melayu tak sedar diri tiba-tiba naik junjung.
Ladang GUTHRIE ada babi kah? jadi bekas CEO hanya jaya sawit dan getah kalau dia kata ada pengalaman maknanya dia biasa ternak babilah.
kerajaan selangor tak boleh senang-senang nak dedah surat-surat kerajaan – undang-undang Tun Mahathir namanya “Official Secrets Act” (OSA) yang mempunyai definisi luas tentang dokumen2 yang dirangkum dalam akta ini. Sebab tu Tan Sri Khalid sedang kaji inisiatif sama ada DUN Selangor boleh buat undang2 “Freedom of Information Act” supaya kerajaan selangor adalah jalan nak buka semua fail2 lama tu dan tunjuk pada rakyat…kalau berjaya, baru rakyat tau siapa bohong sapa benar….
wahai orang melayu … tolong berkelakuan orang yang kedudukan tinggi dan matang… jangan bertindak macam orang kampung baru keluar ke bandar ,dahlah reti kata nak menuju ke wawasan 2020 … kita kena tenang dan lihat dengan kebuktikan hasil oleh kerajaan baru…. lihat & dengar dulu jangan gopoh gopoh dan beremosi..k….
wahai kawan yang betul betul makan duit adalah keseluruhan orang orang UMNO ,tak payah kata lagi …tengok dah tahu dah…………apa benda lagi yang mereka tak berani buat?? apa kata tnaya khairy jamaluddin dan Pak lah tentang monsoon cup di terrengganu yang menggunakan duit tabung ehsan dari sumbangan 5% keluaran minyak oleh petronas….rm 12 billion…. sebab itu tuanku amat murka dan sengaja memilih menteri besar untuk menghapuskan syaitan syaitan UMNO yang makan kuat…..ini adalah cerita benar ,anda boleh buat siasatan sendiri ………..saya salah seorang yang terlibat dalam projek tersebut……bukan ini sahaja malah boleh dikatakan projek kerajaan 70% diambil Khairy dan anak angkat pak lah patrik badwi dan tentang isu tanah di penang memang melampui batas…………….saya sokong dengan perubahan puncak pemimpin UMNO dan kerajaan ini……………………sekian
Kita tunggu allah swt turunkan NIPAH 2, BR baik, BN baik sama ja… bela babi. mana tak sekali beranak 20 ekor , untung !.
Komen anda
HTML-Tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>



jika benar berita ini, macam mana melayu umno boleh turut sama mengambil bahagian dalam ternakan babi sedangkan mereka juga yang berdemonstrasi baru baru ini..
tapi, terlibat macam mana belum dipastikan lagi…kita tunggu berita terbaru untuk melihat kebenaran atau kepalsuannya .