BERITA MALAYSIA KINI

Pilihan Terbaik Setiap Detik

Cawangan Universiti al-Azhar di Rembau- KOSMO

REMBAU – Majlis Senat Universiti Al-Azhar, Mesir buat pertama kalinya meluluskan penubuhan cawangan universiti itu di Rembau, satu-satunya di luar Mesir selepas lebih 1,000 tahun ia ditubuhkan.

Cawangan universiti itu akan ditempatkan di Yayasan Sofa Negeri Sembilan (YSNS) dan ia dianggap membuka lembaran baru dalam pendidikan berteraskan Islam di negara ini.

Dekan Kuliyyah Usuluddin Universiti Al-Azhar Kampus Malaysia, Profesor Dr. Muhammad Abd. Sattar Nasar berkata, pembukaan cawangan universiti itu merupakan satu usaha mengembangkan ilmu selaras dengan ajaran Islam yang mahukan pendidikan dijadikan sebagai senjata pada masa kini.

“Ini kerana Al-Azhar merupakan jantung kepada pegangan umat Islam di seluruh dunia dan benteng terakhir bagi golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menghadapi cabaran tanpa sempadan,” katanya selepas majlis peletakan batu asas projek kampus itu oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan di sini semalam.

1 Komen »

  Affan Ruslan wrote @

Sesungguhnya dengan penubuhan Universiti Al-Azhar Kampus Malaysia ini, diharapkan akan dapat memperkembangkan lagi sayap dan peranan Universiti AI-Azhar sebagai sebuahinstitusi pendidikan Islam yang bertaraf antarabangsa dan amat dikenali serta disegani oleh dunia, malah menjadi tempat rujukan kepada umat Islam khususnya di Asia, sekali gus sebagai benteng yang ampuh daripada dipengaruhi oleh fahaman-fahaman bertentangan dengan prinsip yang disepakati Oleh Ahli Sunnah wa al Jama’ah. – YayasanSofa


Komen anda

HTML-Tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>