Pelajar sekolah agama buang bayi


PELAJAR sekolah agama (kanan) dipercayai membuang bayinya diiringi polis ke Mahkamah Majistret Alor Star semalam.


ALOR STAR – Seorang pelajar sekolah menengah agama di Pokok Sena di sini bertindak di luar batas kemanusiaan apabila membuang bayi perempuan yang baru dilahirkan danditemui mati di tempat pembuangan sampah belakang asrama sekolah itu.

Pelajar perempuan berusia 18 tahun dan berasal dari Hulu Langat, Selangor itu dipercayai melahirkan anak Isnin lalu di bilik asrama.

Bayi malang yang cukup bulan itu dipercayai dibunuh ibunya sendiri sebelum membungkusnya dengan kain batik dan menutupnya dengan timbunan sampah.

Ketika ditemui, bayi perempuan itu dalam keadaan hampir rentung bersama urinya yang masih berdarah.

Pelajar terbabit dikatakan menjadi mangsa rogol di ibu negara ketika pulang bercuti tetapi kejadian itu tidak dilaporkan kepada keluarganya dan polis.

Rahsia pelajar itu melahirkan anak luar nikah terbongkar apabila dia mengadu sakit perut dua hari selepas bersalin dan dibawa seorang ustazah sekolah itu ke hospital untuk pemeriksaan.

Doktor mendapati pelajar itu sebenarnya baru bersalin dan memaklumkannya kepada ustazah berkenaan. Selepas dipujuk, barulah pelajar itu mengaku melahirkan anak sebelum membuangnya di belakang asrama.

Menurut seorang kakitangan sekolah itu yang ditemui Kosmo! semalam, disebabkan badan pelajar itu yang agak gempal dan tinggi menyebabkan pelajar dan kakitangan sekolah tidak menyedari dia mengandung sehingga sembilan bulan.

“Pelajar itu selalu tidak sihat dan pernah berhenti belajar di sini dahulu dan sambung belajar semula, semua orang tak sangka dia mengandung, lagi pun dia tidak bergaul sangat dengan orang lain,” jelasnya yang enggan dikenali.

Katanya, sekolah terbabit gempar apabila melihat beberapa orang guru mencari mayat bayi di tempat buang sampah di belakang asrama sekolah.

“Mayat itu dijumpai dalam keadaan terbakar sebab kawasan itu tempat buang sampah. Tukang kebun bakar sampah lalu terkena mayat bayi, semua badan terbakar kecuali sedikit sahaja di bahagian muka,” ujarnya.

Sementara itu jurucakap polis memberitahu, guru sekolah agama berkenaan telah membuat laporan mengenai kejadian itu di Balai Polis Langgar di sini kelmarin.

About these ads

25 responses to “Pelajar sekolah agama buang bayi

  1. boleh tahan dak pompuan tu

  2. pe kes men buang2 anak….
    blajar skola agama….
    tapi ble da kne musibh lpe trs kat agama….
    tau x buang anak besar dosanya….
    kalo stakat buang je blet thn r lae tp ni cap bunuh lak 2 dlu………………………….

  3. BTOL2…SEKOLAH AGAME TAK DE ADAP BETUL…TAK MALU KEW?AWAK TU SEKOLAH AGAME…JAGE ADAP SIKIT….

  4. what is happening to our youths.? baby abandonment is becoming a norm >.<"
    it's shocking tho to know that the girl is from sma pokok sena. but she was raped; she might be traumatized and feared to let her family and public to know.
    and hence led her to 'kill' the unfortunate born child. if only she had a thought to tell a person she trusted abt the tragedy, perhaps this wouldn't be happen…

  5. ini sebab ramai ulama dlm pas sibuk main politik sampai lupa jaga isu sosial….musuh islam telah berjaya…

  6. dunia menghampiri kiamat

  7. tp kite hrs bsimpati pd die sbb die drogol oleh kaum adam yg tdk bperikemanusiaan..bkn slh islam tp slh umatnyr sdr..islam tdk mgajar umatnyr utk bbuat jht..stp yg blaku pasti ad hikmahnyr..ingtlah pd yg 1..

  8. ape kes nie bro?! buang anak suka ati wak je..da lah skola d skola agama sanggup wat pkara yg x baik langsung……len kli kan jgn diri baik2 da la pompuan langsung x pndai jga diri.aq pun pompuan jgak dri Sekolah asrama sains pun pndai jga diri.

  9. keciannya ank 2 dbuang….mmg x prasaan bha yg mmbuangnya…………sdahb skola kat skolah agama tpi ssnggup gak buang byi..!!!!mmg x prasaan …….ksi mlu skolahnya jak n ksih mlu kaum pompuan jgak>>.

  10. ape ney !!!! buang2 ank kecian bha baby 2 ….. org yg wat cam 2 bkan org nmanya…. i2 ermh 3 paham la bha ya!!!! x paye nk d gtau pun kankankan…….jan wat cam 2 ya D0sa 2…!!!!

  11. nielah orang melayu…tak malu ke

  12. apala perampuan tu kalau ya pun d rogol buat la laporan polis apa mauh takut kalau tak salah….nah dah ketahuan mcm ne tambahla masalah dia ne..napa tak fikir panjang.kena rogol ka boyfrend yg rogol..kalau tk salah napa takut buat laporan..kesian baby tu blm sempat buka mata dh jadi mcm tu……ingat semua pembaca jgn kita takut kalu tk salah………

  13. dasyat dak2 skola agma skrg…..
    jgn r buang dak 2,….tao r d rogl…
    patot gtau parents dlu….
    jgn r buang dak 2 bub dy ta salh…

  14. itulah kalau negara boneka, diatur oleh kaum yahudi dan nasrani di inggris..

    akhirnya para ulama pun terlena dengan urusan dunia dan kekuasaan.

  15. patutnye sblum buang anak patut pikir dlu wlaupon kite Xnak anak tu, n serahkan kpd tempat jagaan kanak2 n sbgai umat islam kite patut jage nme bek islam pastu ble dh jdi camnie sume slah ka islam kan malu tu…..dh lah bdak skolah agame MasyaAllah……

  16. macam ta percye je…. dah le pelajar sekolah agama… oh no!!!! mengejutkan seh… jahat,jahat aku ta pernah wat bende yg terkutuk uh…

  17. ap yg jadi..kte x mampu mgubh sejarah..yg pntg bgaimana kte mampu buat utk memastikn perkra ni x berulng…kes ni spatutny mnyedrkn kte sume..mnunjukkn klemhn kte mmbndng gejala ini…sbg warga sekeliling yg memerhati

  18. salam saudara seislam…jgnlah kita melemparkan kata2 yg keji..dia dirogol dan mungkin dia panik…kamu jgn putus asa..taubatlah kerana kemaafan allah melbhi kemurkaannya..

  19. xsmsti skolah agama jer kna jga imej…skolah biasapun kna jga imej bb kita smua beragama islm…negara kta bebas dr pergaduhan n bncana besar yg slalu blaku d negara2 luar..tp ngara kita terlalu byk kes buang bayi,rogol,bunuh,n byk g…bertaubatlah slagi pntu hati kita masih dtrima….

  20. mengutuk ade le kita org…cuba le bagi pandangan membina…saya cadangkan tiap2 bulan cikgu perempuan atau ustazah2 buat pemantauan berkala….periksa perut pelajar2 perempuan….buat laporan data ukur lilit pd setiap hujung bulan…data pusingan kedatangan haid pelajar2 dan serah kepada Pengetua sekolah atau Pentadbir utk rekod dan analisis….mana2 ada tanda2 seperti mengandung ambil tindakan segera….cari jln penyelesaian…pelajar2 masih mentah dan perlu perhatian ibubapa, guru2 dn masyarakat bagi menangani kes ini….menuding jari tanpa sebarang idea pencegahan adalah sikap yg kurang baik dan tidak wajar….

  21. nurul_jitra89

    awk ni sekolah agme,patot lebih bijak bt keputusan..tp mgkin ni takdir jln idup dia cam ni..pape pon..bertaubat la sblum trlambat…kne rogol atau rela di rogol,itu soaljawab awk dgn tuhan..byk la bertaubat n berserah padanya..kita semua jgn blame die sorg2..just bg dia peluang..biar dia sedar salahnya…ok cik adik sekolah agame,jgn bertindak mcm org xda otak lain kali tau…saya wanita,saya paham kamu malu dengan pandangan org..bertaubat ok….

  22. sy nak tanya pendapat, kawan sy amat memerlukan bantuan utk membuang bayi. sy sudah melarang dan mengharapkan dia tidak bertindak mahupun bpk nak buang. sy buntu n takut kalu sy turut menanggung dosa sbb tidak membetulkan tindakan dia. apa yg perlu sy lakukan?

  23. erm bdk zaman skrg…

  24. ade anak buang bila besar cari anak 2

  25. kalau dah skolah agama sepatutnya alim.cam binatang.zalimmm!

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s