Siti Fatimah dibenar murtad – Keputusan Mahkamah Tinggi Syariah P. Pinang itu adalah kes pertama di negara ini

Utusan

PULAU PINANG 8 Mei – Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini membenarkan permohonan Siti Fatimah Tan Abdullah @ Tan Abdullah, 39, untuk mendapatkan pengisytiharan keluar daripada agama Islam (murtad).

Ini merupakan kes pertama di negara ini melibatkan mualaf yang masih hidup semenjak Mahkamah Syariah diberi kuasa mengendali kes sebegini.

Bekas Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang yang mendengar kes itu dahulu, Othman Ibrahim, yang kini merupakan Ketua Hakim Syarie Perlis, memutuskan demikian setelah mendapati plaintif tidak mengamalkan ajaran Islam sejak memeluk agama itu pada 25 Julai 1998.

Sehubungan itu, Hakim Othman memerintahkan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) membatalkan sijil memeluk Islam wanita itu.

Untuk menukar status dalam kad pengenalan, Siti Fatimah diminta menguruskannya dengan Jabatan Pendaftaran Negara kerana itu di luar bidang kuasa mahkamah syariah.

Keputusan tersebut dilaksanakan menurut undang-undang yang mula terpakai sejak 1 Januari 2006 lanjutan kepada Seksyen 61(3)b(X) di bawah Enakmen Aturcara Mal 2004, Mahkamah Syariah Pulau Pinang.

Siti Fatimah yang dilihat berbaju merah jambu dan berskirt hitam diwakili oleh peguam syarie, Ahmad Jailani Abdul Ghani.

Pada 10 Julai 2006, wanita itu memfailkan permohonannya terhadap MAIPP selaku defendan.

Menurut pernyataan tuntutannya, beliau tidak pernah yakin dengan ajaran Islam dan hanya memeluk agama itu sekadar untuk mencukupkan syarat bagi membolehkannya berkahwin dengan seorang lelaki warga negara Iran bernama Ferdoun Ashanian pada 16 September 2004.

Siti Fatimah, yang pernah bekerja sebagai tukang masak, memfailkan permohonan itu selepas ditinggalkan suaminya yang menghilangkan diri tanpa sebarang sebab.

Dalam tuntutannya juga, beliau menyatakan bahawa sepanjang memeluk agama Islam, dia masih lagi menyembah berhala Tok Pek Kong, berhala Kuang Tin Ne dan berhala Ti Kong (Dewa Langit) mengikut ajaran agama asalnya, Buddha dan memakan daging khinzir.

Dalam pada itu, sebelum mengumumkan keputusan, Hakim Othman kesal dan mengkritik MAIPP kerana lalai dengan tanggungjawab mereka dalam menjaga kebajikan mualaf.

‘‘Sepatutnya MAIPP perlu menyelia dan membimbing golongan yang baru masuk Islam.

‘‘Kalau tidak buat macam itu, dikhuatiri akan wujud lebih banyak kes-kes sebegini,’’ katanya.

Tambahnya, murtad boleh berlaku berlandaskan tiga perkara iaitu melalui perbuatan, pertuturan dan iktikad yang menyimpang daripada ajaran Islam.

Peguam syarie yang mewakili MAIPP, Ahmad Munawir Abdul Aziz memaklumkan kepada hakim bahawa pihaknya akan memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah Pulau Pinang.

About these ads

10 responses to “Siti Fatimah dibenar murtad – Keputusan Mahkamah Tinggi Syariah P. Pinang itu adalah kes pertama di negara ini

  1. penulis_cyber

    Kita merasa sangat kecewa dan sedih dengan keputusan meskipun dalam masa yang sama kita sangat menghormati keputusan Hakim tersebut.Ia menjadi kes pertama kes keluar mualaf keluar Islam di Malaysia.

    Apa yang dirisaukan ialah kes kes ingin keluar Islam akan menjadi jadi dengan ‘pembukaan rasmi’ kemenangan semalam oleh mualaf yang telah diabaikan pendidikan dan kebajikannya oleh Majlis Agama Islam sendiri.

    Moralnya, kita perlu menggandakan usaha mengambil berat kebajikan mualaf dan menguatkuasakan undang undang melarang penukaran agama setelah memeluknya.

    Jika tidak ia akan menjadi satu peluang kepada mereka yang hanya ingin memiliki keistimewaan sebagai muslim dan keluar apabila mendapat apa yang diingin.

    Ini akan menjadikan maruah Islam akan jatuh dan direndahkan oleh mereka yang ingin mencemarkan nama baik Islam itu sendiri.

    Moga Islam akan terus membawa rahmat dan kasih sayang !

  2. Kes seperti wanita ini banyak berlaku. Ada sesetengah orang yang memeluk agama Islam bukan kerana keinginan tetapi mempunyai sebab-sebab yang lain seperti perkahwinan dan untuk keistemewaan lain. Saya mempunyai seorang abang yang memeluk agama Islam tetapi cara dan kehidupannya tidak mengikut tuntutan agama Islam.Dia masih mengamalkan cara keagaaman Kristian dan memakan Khinzir. Sekarang dia juga menunggu masa untuk membuat rayuan keluar daripada Islam. Saya bersetuju dengan tindakan hakim tersebut kerana seseorang itu sememangnya sudah murtad jika dia melanggar apa yang dituntut oleh agama Islam. Daripada membiarkan dia hidup dengan mencemarkan nama Islam, maka baik saja dia dilepaskan.

  3. Pingback: Mualaf Pertama yang keluar Islam di negara kita sejak merdeka. « Ustaz Moden’s Weblog

  4. Pemuda Islam

    Sedih bila mendengar hal seperti ini. Sepatutnya majlis agama islam di malaysia patut mencontohi apa yang dilakukan oleh majlis agama islam negara Brunei Darussalam. Sesiapa yang memeluk agama islam akan diberikan kursus untuk memastikan seseorang mualaf itu mendapat didikan yang betul mengenai agama islam. Setahu saya,mualaf akan diberikan kursus untuk memastikan seseorang itu mendapat tunjuk ajar dan didikan agama islam yang betul. Disamping itu,mualaf akan di ajar seperti orientasi baginya cara untuk berdepan dengan masyarakat setelah memeluk agama islam.
    Saya kini menetap di Miri Sarawak,sesekali ke Brunei apabila mendengar siaran radio negara Brunei kita akan mendengar pengumuman di radio bahawa seseorang individu telah memeluk agama islam. Jika difikirkan secara rasional,mungkin ini dapat dipraktikkan di malaysia agar kes-kes murtad atau keluar islam berkurangan. Insya-Allah

  5. kes ini memang amat unik, akan tetapi siapa kah yang perlu di salahkan, sepatutnya pihak tertentu perlu memberi bimbingan mengenai islam sebelum berkahwin, sekurang kurang nya diberi bimbingan 3 bulan sebelum bernikah, kerana banyak berlaku kes seperti ini memeluk islam hanya untuk berkahwin. saya pohon maaf jika kata kata saya menyinggung sesiapa, saya cuma ingin memberikan buah pikiran agar islam itu tidak dianggap seperti barang maianan bila nak masuk ,tak nak buang. semoga umat islam seluruh dunia akan kukuh dengan pegangan islam amin

  6. Mereka yg masuk Islam kerana kebenaran Islam dan telah mendapat petunjuk dari Allah SWT…alhamdulillah….mereka spt kain putih yg perlu dicorak dgn tinta keISlaman…. Amin…

  7. Undang2 Allah menetapkan, manusia yg telah melafazkan kalimah syahadat tetapi murtad yakni keluar dari Islam…maka HALAL darahnya untuk dibunuh…tetapi di negara ini manusia masih menganggap undang2 yg dicipta manusia lebih betul…wahai manusia jahil yg berfikir sedemikian,kamu tunggu balasan kamu di Akhirat di mahkamah Allah, itu sebab penghuni neraka untuk seorang hakim peratusnya tinggi…wallahualam…

  8. JANGAN PERSENDAKAN ISLAM

    bagi yg tak ikhlas menerima islam,tak paya masuk islam..jangan permainkan islam.
    Kalau orang lain buat agama wak macam tu,apa perasaan awak.

  9. MURTAD ITU ADALAH HAK INDIVIDU MASING MASING ORANG, KITA TIDAK BISA MELARANGNYA

  10. di zaman Demokrasi, orang bebas menerima dan menolak apa yang mereka percayai, jadi kita tidak bisa berbuat apa apa terhadap mereka yang berganti agama, ini termasuk Hak azasi manusia

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s