BERITA MALAYSIA KINI

Pilihan Terbaik Setiap Detik

Imam pun kena tipu- Kosmo


MURIDI (kiri) sedang menunjukkan telefon bimbitnya yang mengandungi SMS tipu kepada rakannya di Kangar semalam.


KANGAR – Imam Masjid Arau, Muridi Mohammad, 42, akhirnya kerugian RM240 akibat terlalu teruja dengan hadiah RM14,000 yang dimenangi melalui kad SIM telefonnya Isnin lalu.

Dia didakwa memenangi hadiah itu sempena pertandingan satu rancangan TV realiti tempatan anjuran sebuah stesen televisyen berbayar.

Menurut Muridi, dia menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) menerusi telefonnya yang mendakwa mewakili sebuah syarikat stesen televisyen berbayar itu memaklumkan mengenai hadiah yang dimenanginya itu pada pukul 1.15 petang sehari sebelumnya.

Katanya, dia kemudian menghubungi stesen televisyen berkenaan menerusi nombor telefon 0062817705397 yang dicatatkan dalam SMS berkenaan.

SMS yang diterima Muridi semalam.



“Seorang lelaki menjawab panggilan saya dan dia memperkenalkan diri sebagai wakil stesen televisyen berbayar itu dan lelaki yang bercakap dalam loghat Malaysia campur Indonesia meminta nombor akaunnya dengan alasan untuk memasukkan wang yang dimenangi itu,” katanya di sini semalam.

Muridi memberitahu, dia telah memberikan nombor akaunnya kepada lelaki berkenaan dan kemudian lelaki itu menyuruhnya memeriksa akaunnya kerana wang yang dimenanginya itu telah dimasukkan ke akaunnya.

3 komen »

  ayzat wrote @

apsal xley bce smpai abes ni??trstop tgh jln artikel ni.

  Mohammad wrote @

Kosmo, Sabtu 08/08/2009, muka surat 4, haaman di bawah.
Saya ingin melahirkan rasa ketidak puasan hati terhadap pihak Asto, yang mengenakan ‘charge’ tambahan RM12.00 kepada siaran sukan. Ini amatlah membebankan dan tidak adil terhadap pelanggan – pelanggan, kerana bagi saya pihak Astro telah membuat untung yang berlipat kali ganda untung dengan kenaikkan ini, sudah lah iklan di selitkan di setiap rancang, setiap 10 minit. dari iklan – iklan ini Astro sudah pun membuat untung, kenapa ingin di naikkan lagi bayaran tambahan, jangan lah Astro beri alasan yang kos rancangan telah naik, yang saya rasa ini adalah pembohongan semata – mata dengan niat ingin membuat keuntungan puluhan jutaan ringgit. Saya harap pihak Kosmo danpat dedahkan berita ini dengan meluas dan pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan tidak meluluskan niat pihak Astro yang tamak ini. Rakyat di dahululan, pencapaian di utamankan.

  Lily wrote @

salam teman semua…
minta tolong klik link dibawah….
dari klik tersebut dapat jugak saya 10 sen…
http://jutawanklik.com?a_aid=9420077a
tolong yer… terima kasih


Komen anda

HTML-Tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>