BERITA MALAYSIA KINI

Pilihan Terbaik Setiap Detik

Pengakuan bekas setiausaha sulit Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR 29 Mei – Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari menegaskan tindakannya menyertai UMNO bukan kerana hanya setakat hilang kepercayaan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi juga terhadap penasihat parti itu sendiri.

Beliau yang berkhidmat dengan Anwar ketika Penasihat PKR itu menjadi Menteri Kewangan, berkata, sebab itu apabila bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut kembali aktif dalam politik, beliau bertindak keluar daripada parti yang telah disertainya sejak dari awal penubuhannya lagi.

Bagaimanapun Anuar enggan mendedahkan sebab beliau hilang kepercayaan terhadap Anwar.

“Saya akan cuba mencari kepercayaan tersebut di dalam UMNO. Saya yakin dengan kepimpinan sekarang sebab itu saya masuk UMNO.

“Saya hanya mohon sebagai ahli biasa untuk berkhidmat kepada parti dan negara,” katanya pada sidang akhbar selepas menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabat Timbalan Perdana Menteri di sini hari ini.

Anuar juga pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua PKR Bahagian Permatang Pauh sebelum mengisytiharkan keluar PKR lebih setahun lalu.

Turut menyerahkan borang keahlian kepada Timbalan Presiden UMNO ialah bekas Ketua Angkatan Muda PKR Kedah, Khairul Anuar Ramli.

Ketika ditanya mengenai persepsi bahawa pola kemasukan bekas pemimpin PKR ke dalam UMNO adalah kerana adanya ganjaran tertentu, Anuar berkata: ”Itu hanya persepsi. Sama sekali tidak ada (ganjaran). Kita masuk atas dasar kesedaran dan keinsafan.”

Sementara itu, Khairul Anuar berkata, keyakinannya terhadap Anwar hilang selepas berpeluang melihat sendiri tindak-tanduk Penasihat PKR itu.

“Sikap Anwar bercakap dengan DAP lain, dengan Pas lain, itu yang membuatkan saya hilang kepercayaan pada parti ini.

“Saya ingat PKR ini satu wadah bagi rakyat tetapi apabila saya mengalami sendiri dalam situasi tersebut, itu membuatkan saya hilang keyakinan ke atas pemimpin yang sebegitu rupa,” jelasnya.

Sementara itu, kedua-dua bekas pemimpin PKR tersebut melahirkan keyakinan lebih ramai lagi ahli dan bekas ahli parti berkenaan akan menyertai UMNO.

Menurut Anuar, kemasukan itu akan berlaku sedikit demi sedikit sebelum ia bertukar sebagai gelombang tidak lama lagi.

”Saya lebih suka mereka masuk kerana kesedaran dan insaf, bukan kerana mengikut saya,” ujarnya.

16 komen »

  sumpittsauber wrote @

sudahlah…… semua boleh cakaplah anuar ko dasar cari kemewahan di bawah badawi..

  crazyfool wrote @

ohh

  mohd azmi wrote @

ye ke kau masuk umno tak ade udang sebalik batu…

  arjuna wrote @

ko ni mangkuk hayun ke hapa ha? ko p la jilat pungkoq najib tu

  zul wrote @

tahniah.

U yg rapat dgn mereka pun boleh berpatah balik, apalah yg nak dibandingkan dgn saya ni.

pengalaman 98-2003 mmg byk mengajar kita semua.

Cheers

Zul – UPM

  aliaishak wrote @

wahai arjuna p najib lebih baik daaaaa

  shafifah wrote @

Link menarik : http://pondokhabib.wordpress.com

  shafifah wrote @

Pengajian Hikam Ibn ‘Athoillah

Pengajian Hikam Ibn ‘Athoillah
Tarikh: 17 Dhulqaedah 1429 / 15 November 2008 (Sabtu)
Lokasi: Surau Tingkat 3, Anjung Rahmat, Batu 6, Jln Gombak 53100 KL
Masa: Selepas sholat Maghrib
Guru: al-Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari al-Maliki an-Nadwi
http://pondokhabib.wordpress.com

  DEMOKRASI wrote @

BOLEH PERCAYA KE LAGI SATU NIE
DULU SI ZAM….DAH MASUK TV KELUAR TV CARI GLAMOUR LEPAS TU MACAM MENYESAL JER
NAK JADI APA…..BUKA PEKONG SENDIRI…BUSUK TU

  tgku wrote @

Barisan pemimpin sekarang ramai hipokrit dan ikut gaya hidup proksi belum Islam. Mereka wajar tunjuk gaya hidup Islamik bukan sebaliknya. Semoga kita berdoa agar kita berjaya mengubah gaya hidup kita ke arah yang lebih Islamik supaya menjadi panduan dan teladan kepada orang belum Islam. UMNO jangan lindungi petualang bangsa perosak bangsa dan agama yang kononnya harapan bangsa. Kes khalwat dan bunuh biar telus.

  aiman wrote @

awat tak masuk saja PAS. kan parti islam. Nak berjuang berdasarkan islam jangan bangsa. nanti jadi seperti pelastin…

wallahualam

  saiful wrote @

Salam…..
Terlepas digigit kerengga, termasuk mulut buaya da………..

  shafifah wrote @

SEMINAR PEMBINAAN UMMAH DAN MEMBASMI MURTAD{ Februari 3, 2009 @ 12:02 pm } · { Majlis Ilmu }
{ Tags: SEMINAR PEMBINAAN UMMAH DAN MEMBASMI MURTAD } · { Komentar }

ANJURAN BERSAMA UIA (MAHALLAH REPRESENTATIVE COMMITTEE(MRC)ALL MAHALLAH IN PETALING JAYA AND NILAI CAMPUS AND FOUNDATION STUDENTS COORDINATION COUNCIL – FSCC), JAKIM, JAWI DAN YAYASAN SOFA
TARIKH: 11 SHAFAR 1430H / 7 FEBRUARI 2009M (SABTU)
MASA: 8.00 PAGI – 11.45 MALAM
TEMPAT: DEWAN MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, JALAN DUTA.

ATURCARA:
7.30 pagi : Ketibaan para peserta
7.45 pagi : Ketibaaan tetamu khas dan juga para penceramah. Tetamu kehormat: Dato’ Pengarah JAKIM, Dato’ Mufti Wilayah Persekutuan dan Penaung Yayasan Sofa

8.15 pagi : Majlis Perasmian Seminar dan ucapan para tetamu kehormat.

9.15 pagi : Minum pagi

9.45 pagi : Ceramah 1 oleh al-Fadhil Ustaz Zamihan bin Haji Mat Zin, Pen. Pengarah Pusat Pengajian al-Quran dan Ilmu Teras, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM).
Tajuk ceramah: Peranan Mahasiswa Dalam Memahami Serta Membenteras Penyelewengan Agama Dan Gejala Murtad

10.45 pagi : Rehat

11.00 pagi : Ceramah 2 oleh al-Fadhil Ustaz Haji Mahfuz bin Muhammad al-Khalil, Pendakwah Bebas.
Tajuk ceramah: Kesamaran yang Perlu Dijelaskan dalam Memahami Agama

12.45 t’hari : Makan tengahari dan shalat zohor

2.00 petang : Ceramah 3 oleh Ustaz Ahmad Faidzurrahim bin Haji Muhammad Alwi, Pen. Pengarah Institut Pengajian Darul Hijrah, Pahang.
Tajuk ceramah: Pegangan Jitu Seorang Muslim

3.15 petang : Rehat

4.30 petang : Suai kenal bersama Ulama. Tausiyah oleh al-Mukarram Syaikh ‘Afeefuddin al-Jailani; Tausiyah oleh al-Habib ‘Ali Zaenal Abidin al-Hamid dan persembahan Qasidah oleh Yayasan al-Jenderami.

*************
Ceramah Khas – مفاهيم يجب أن تصحح (Kefahaman Yang Wajib Diperbetulkan)

7.45 malam: Ketibaan Tetamu Kehormat, penceramah dan para peserta seminar

8.15 malam: Majlis bermula – bacaan al-Quran, bacaan Ratib al-Hadddad, Ceramah oleh Syaikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki, Soal-Jawab

11.15 malam: Bacaan Maulid Daiba’ie, Qasidah Nabawiyah oleh Kumpulan as-Sofa

11.45 malam: Jamuan ringan dan bersurai.

Untuk keterangan lanju, sila hubungi:
Syed Muhd Saufi: 013-628 0251
Ustaz Muhadir: 012 – 697 3893

http://pondokhabib.wordpress.com

  coys wrote @

apa yg PKR bagi kat korang semua……….. selain berpecahan dan bermusuhan sesama sendiri. perjuangan sama rata konon……korang yg pro PKR dah sedia ke itu semua! Lu pikir la sendiri……………..!

  coys wrote @

To arjuna, gua tau la lu baby boy anu…..ar! bodoh punya gay!

  zaim UUM wrote @

perjuangan sama rata??xsedar diri ke?puak2 gila kat atas singgahsana 2 bleh r ckp cam2 cz dh kaya raya…dulu masa dalam kerajaan dah kaut juta2 dah….buta ke bodoh?belajar malas keja malas nk berjuang sama rata?????


Komen anda

HTML-Tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>