BERITA MALAYSIA KINI

Pilihan Terbaik Setiap Detik

Arkib bagi Julai, 2008

PAS-Umno ‘pengkhianatan terbuka’-Malaysiakini

Jul 31, 08 2:16pm
DAP Selangor menyifatkan penggabungan PAS dengan Umno, jika menjadi kenyataan, sebagai “pengkhianatan terbuka terhadap para pengundi bukan Muslim”.

Setiausahanya Lau Weng San juga berkata tidak wajar pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Seri Azizan Abd Razak menghalang DAP “campur tangan” dalam rundingan rakan kongsinya itu dalam Pakatan Rakyat dengan Umno.

dap graftbuster pc 230409 lau weng san“Biarpun DAP tidak berhak untuk campur tangan dalam urusan dalaman parti rakan (PAS), tetapi DAP mempunyai hak untuk bersuara jikalau sesuatu perkara yang berlaku di dalam parti itu akan memberi impak terhadap sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat,” katanya.

“Tindakan beberapa orang pemimpin kanan PAS ini bukan sahaja telah menimbulkan kerisauan dan kemarahan ahli-ahli akar umbi serta penyokong-penyokong bukan Muslimnya, malahan mereka pula mempermainkan perkataan-perkataan seperti ‘muzakarah’ dan ‘muqabalah’.”

Lau berkata perbincangan sulit antara beberapa pemimpin kanan PAS dan Umno bukan sahaja tidak dimaklumkan kepada rakan-rakan yang lain di dalam Pakatan Rakyat, malahan kebanyakan ahli akar umbi PAS, termasuk ahli-ahli parlimen dan wakil-wakil rakyat PAS yang turut tidak dimaklumkan terhadap pertemuan ini.

Beliau, yang juga wakil rakyat Kampung Tunku, berkata tindakan PAS itu “membelakangi konsep PAS untuk semua” yang selama ini dilaung-laungkan oleh PAS dan “satu pengkhianatan terbuka kepada pengundi-pengundi bukan Muslim dan pengundi-pengundi Muslim yang tidak menyokong dasar-dasar perkauman Umno.”

Wan Azizah kosongkan kerusi Permatang Pauh – Malaysiakini

Jul 31, 08 3:18pm
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk membuka laluan kepada suaminya, yang juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihanraya kecil untuk kerusi tersebut.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibupejabat PKR di Petaling Jaya, Wan Azizah berkata, beliau bagaimanapun kekal sebagai presiden PKR.

Wan Azizah berkata, beliau telah menghantar surat peletakan jawatan tersebut kepada Speaker Dewan Rakyat hari ini.

Permatang dianggap sebagai kerusi yang selamat berdasarkan kepada keputusan pilihanraya umum lalu, Wan Azizah menang besar dengan majroti 13,388.

Beliau mendapatkan 30,348 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari Umno, Datuk Pirdaus Ismail yang memperolehi 16,950 undi.

Wan Azizah mewakili kerusi Permatang Pauh selama tiga penggal. Dalam pilihanraya 2004, beliau menang tipis dengan majoriti 590 undi, juga menewaskan Pirdaus.

Pas tolak sebarang kerjasama dengan BN-Utusan

31/07/2008 3:28pm

KUALA LUMPUR 31 Julai – Pas menolak sebarang kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) untuk mewujudkan kerajaan campuran sama ada di peringkat Pusat ataupun negeri.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagaimanapun berkata, Pas bersedia menemui mana-mana pihak termasuk UMNO untuk mengadakan perbincangan demi kepentingan negara.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan mesyuarat Jawatankuasa Pas pusat di sini hari ini. – Utusan.

‘Saiful tidak diperiksa berkaitan liwat’ – Malaysiakini

Abdul Rahim Sabri | Jul 30, 08 3:56pm
kemaskini 9:45pm Hospital Pusrawi hari ini menjelaskan pegawai perubatannya Dr Mohamed Osman Abdul Hamid “tidak memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan berkaitan dengan liwat”.

“Dr Mohamed Osman pegawai perubatan Hospital Pusrawi tidak memeriksa pesakit berkenaan berkaitan dengan sodomi,” kenyataan hospital itu dipetik.

Dalam kenyataan lima perenggannya, hospital itu juga berkata ia tidak pernah mengeluarkan secara rasmi dokumen pesakit berkenaan seperti yang diedarkan dengan meluas di internet sejak kelmarin.

Ia juga menyatakan Dr Mohamed Osman juga bukan seorang doktor pakar, tetapi seorang pegawai perubatan di klinik kemalangan dan kecemasan Hospital Pusrawi.

“Dr Mohamed Osman telah menasihatkan pesakit itu Mohd Saiful supaya diperiksa lanjut oleh doktor pakar di hospital kerajaan,” kata hospital itu.

hospital pusrawi saiful bukhari sodomy allegations pc 300708 01“Tidak ada pemeriksaan dilakukan selanjutnya berkaitan dengan aduan sodomi.”

Kebocoran laporan pemeriksaan tersebut dianggap oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam sebagai “bukti” bahawa dakwaan terhadapnya “tiada asas” dan “bermotifkan politik.”

Dalam sidang media di hospital itu, pengurus besarnya Wan Mahmood Wan Yaacob (foto, kanan) tidak menolak kemungkinan salinan laporan itu sahih dengan berkata “ia kelihatan sama (dengan salinan asal).”

“Salinan asal ada dengan saya,” katanya apabila ditanya beberapa kali kesahihan salinan yang kini disebarkan di internet sejak kelmarin. “Nampak sama tapi tidak sama.”

Beliau menambah, Hospital Pusrawi sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung kebocoran laporan tersebut.

“Tujuan siasatan dalaman, pertama sekali kita mahu sahkan apa yang yang dikeluarkan itu sama dengan apa yang ada pada kita.

“Kedua, kalau betul, kita hendak tengok siapa yang berkemungkinan membocorkan laporan sehingga menyebabkan maklumat tersebut dapat kepada pihak ketiga

saiful bukhari pusrawi hospitalWan Mahmood menjelaskan, doktor yang memeriksa Mohd Saiful kini sedang bercuti selama dua minggu dan dijangka kembali bertugas pada Isnin depan.

Dr Mohamed Osman, tambahnya, mula berkhidmat di Hospital Pusrawi awal tahun ini.

Pengarah perubatan Dr Kamaruddin Ahmad (foto, berbaju putih) di sidang media yang sama berkata Dr Mohamed Osman “seorang doktor yang baik” dan “kewibawaannya tidak dipertikaikan.”

Jelasnya, Mohd Saiful pada mulanya mengadu mengalami masalah perut dan kesukaran membuang air besar.

Selepas diperiksa oleh seorang doktor wanita, kata Dr Kamaruddin lagi, pemuda itu diperiksa oleh Dr Mohamed Osman dan kemudian mengadu diliwat.

Menjelas lanjut isu tersebut, Wan Mahmood berkata terdapat dua gaya tulisan tangan di laporan pemeriksaan kesihatan Mohd Saiful kerana dua doktor terlibat.

“Memang ada dua tulisan. Dua tulisan ini saya difahamkan, tulisan pertama, pesakit datang dan hendak berjumpa dengan doktor. Dia dirujuk kepada doktor perempuan yang bertugas pada hari itu.

“Tetapi apabila doktor perempuan ambil kenyataannya (Mohd Saiful) sedikit, sudah tiba waktu untuk pemeriksaan selanjutnya, beliau serahkan kepada doktor lelaki (Dr Mohamed Osman),” katanya.

Pusrawi nafi laporan – utusan

KUALA LUMPUR 30 Julai – Hospital Pusrawi hari ini menafikan terdapat seorang doktor pakarnya telah menjalankan pemeriksaan berkaitan liwat ke atas Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun lalu.

Sebaliknya, pihak hospital itu menegaskan, Dr. Muhamad Osman Abdul Hamid yang ditemui oleh Mohd. Saiful hanya seorang doktor biasa malah beliau tidak pernah menjalankan pemeriksaan aduan sodomi (liwat) ke atas Mohd. Saiful.

Hospital Pusrawi juga menafikan bahawa ia pernah mengeluarkan sebarang maklumat rasmi kepada sesiapa berhubung laporan perubatan terhadap Mohd. Saiful.

Pada masa sama, pihak hospital itu akan menyiasat ketulenan dan kesahihan satu salinan dokumen yang didakwa sebagai laporan perubatan Mohd. Saiful. Dokumen itu disiarkan dalam Internet serta dimuatkan dalam blog Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengarah Perubatan Hospital Pusrawi, Dr. Kamaruddin Ahmad pada sidang akhbarnya di sini petang ini memberitahu, Dr. Muhamad Osman hanya merupakan pegawai perubatan yang bertugas di Klinik Kemalangan dan Kecemasan pada hari Mohd. Saiful datang ke hospital itu yang terletak di Jalan Tun Razak di sini.

“Beliau (Dr. Muhamad Osman) bukan seorang doktor pakar… dia menasihatkan pesakit, Mohd. Saiful Bukhari Azlan supaya diperiksa lanjut oleh doktor hospital kerajaan.

“Tidak ada pemeriksaan dilakukan selanjutnya berkaitan dengan aduan sodomi (ke atas Mohd. Saiful),” tegasnya.

Sebelum ini, sebuah portal Internet mendedahkan satu laporan perubatan yang kononnya dikeluarkan Hospital Pusrawi menyatakan bahawa tiada kesan liwat ke atas Mohd. Saiful, 23, ketika dia datang ke hospital itu kira-kira empat jam sebelum membuat laporan polis di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 28 Jun lalu.

Menurut laporan portal berita itu, Mohd. Saiful ke Hospital Pusrawi kerana mengadu mengalami ‘tenesmus’ iaitu kesukaran dan kesakitan ketika membuang air besar tetapi dia kemudian diminta oleh Dr. Muhamad Osman pergi ke hospital kerajaan untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

Laporan sebelum ini menyebut, Dr. Muhamad Osman merupakan seorang doktor yang berasal dari Myanmar dan baru bertugas di hospital itu tahun lalu.

Dr. Muhamad Osman dikatakan pernah berkhidmat dengan Majlis Dakwah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) selama tiga tahun antara 1993 dan 1995. Anwar pernah terlibat dengan RISEAP.

Ekoran ‘kebocoran laporan perubatan’ itu, Anwar dalam satu sidang akhbarnya kelmarin menggesa supaya semua siasatan dakwaan liwat ke atas dirinya digugurkan memandangkan laporan perubatan Hospital Pusrawi memperlihatkan Mohd. Saiful tidak pernah diliwat.

Pada 28 Jun lalu, Mohd. Saiful membuat laporan di pondok polis HKL mendakwa Anwar meliwatnya beberapa kali, termasuk kali terakhir di sebuah kondominium di Damansara dua hari sebelumnya.

Berikutan itu, selepas polis menyoal siasat lebih 20 orang saksi, pada 16 Julai lalu, Anwar telah ditahan tidak jauh dari rumahnya untuk disoal siasat sebagai suspek dalam kes tersebut. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan, iaitu berhubung jenayah seks luar tabii.

Menjelaskan lebih lanjut, Dr. Kamaruddin berkata, Mohd. Saiful datang ke Hospital Pusrawi pada 28 Jun mengadu sakit perut lalu diperiksa oleh seorang doktor wanita.

Katanya, selepas dia mengadu mengalami kesakitan di duburnya ketika membuang air besar, dia kemudian dirujuk pula kepada Dr. Muhamad Osman.

“Semasa pemeriksaan dijalankan (oleh Dr. Muhamad Osman) terhadap Mohd. Saiful di bahagian tertentu (dubur), pesakit mengadu pula bahawa dia telah diliwat.

“Oleh itu, doktor berkenaan terus memintanya merujuk kes itu kepada hospital kerajaan kerana ia berkaitan kes jenayah dan (siasatan) polis,” katanya.

Dr. Kamaruddin menjelaskan, dari segi amalan kedoktoran, pemeriksaan mana-mana kes berkaitan liwat perlu dijalankan oleh doktor pakar kerana ia tidak boleh ditentukan melalui kesan luaran saja.

“Kalau tiada kesan pendarahan, koyak atau nanah dan sebagainya pada dubur, bukan semestinya tidak berlaku liwat.

“Pun begitu, jika terjadi sebaliknya (pendarahan), ia juga tidak bermakna berlaku liwat kerana mungkin disebabkan kanser atau pendarahan dalaman.

“Kes liwat perlu menjalani pemeriksaan lanjut oleh doktor pakar termasuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA) agar ditentusahkan,” katanya.

Ditanya mengenai salinan laporan perubatan Hospital Pusrawi yang kini disiarkan dalam Internet, Dr. Kamaruddin enggan mengesahkan laporan tersebut sebagai tulen tetapi berkata, “laporan itu seakan-akan asli.”

Terdahulu, dalam sidang akhbar yang sama, Pengurus Besar Hospital Pusrawi, Wan Mahmood Wan Yaacob berkata, pihaknya akan menyiasat mengenai kesahihan laporan perubatan Mohd. Saiful yang kini tersiar dalam Internet.

Sambil menegaskan bahawa laporan perubatan asal ada dalam simpanannya, beliau tidak menolak kemungkinan apa yang disiarkan itu adalah salinan fotostat yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Katanya, sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi menyiasat kes itu yang akan diketuai oleh pengurus perjawatan hospital berkenaan.

“Kita jangka siasatan selesai seminggu lagi dan selepas itu baru kita fikir tindakan yang sesuai,” ujarnya.

Beliau juga menafikan dakwaan bahawa Dr. Muhamad Osman yang bertugas di hospital itu sejak Januari lalu kini telah digantung tugas.

Sebaliknya, jelas beliau, doktor itu memohon bercuti selama seminggu sejak Jumaat lalu dan menyambung cutinya seminggu lagi.

Syor Tajol Rosli positif- BH-30.7.08

Usah putar belit – Mukhriz – BH – 30.7.08

Anwar minta dakwaan liwat dihentikan – BH – 30.7.08

kEDAH MAHU MUQABALAH DITERUSKAN – BH – 30.7.08

Polis nafi lengahkan siasatan – BH – 30.7.08

Older entries »