BERITA MALAYSIA KINI

Pilihan Terbaik Setiap Detik

Nurul Izzah muak dengan tuduhan liwat ke atas bapanya – Utusan

05/07/2008 4:33pm

KUALA LUMPUR 5 Julai — Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, beliau sudah muak dengan tuduhan liwat yang dilemparkan ke atas bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan akan menumpukan perhatian terhadap tugas dan tanggungjawabnya sebagai seorang wakil rakyat.

“Saya sudah muak (dakwaan liwat melibatkan Anwar). Sepuluh tahun (keluarga) terpaksa menghadapi fitnah-fitnah sedemikian,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan ulang tahun ke-25 Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq di sini hari ini.

Beliau berkata, sungguhpun bapa serta keluarganya terpaksa sekali lagi mengharungi kemelut yang sama seperti 10 tahun lepas, namun ini tidak akan mematahkan semangatnya untuk menjalankan tugas serta tanggungjawabnya sebagai seorang wakil rakyat.

Nurul Izzah berkata demikian ketika diminta mengulas tuduhan liwat yang didakwa dilakukan oleh Anwar, yang merupakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat.

Pada 28 Jun lepas, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, iaitu pembantu Anwar, membuat laporan di pondok polis Hospital Kuala Lumpur mendakwa diliwat beberapa kali oleh Anwar dengan kali terakhir pada 26 Jun lepas di sebuah kondominium di Damansara, di sini.

Nurul Izzah berkata, beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan itu dan berharap ia akan dilakukan secara terperinci serta adil kepada semua pihak. — Bernama

1 Komen »

  faizal wrote @

nurul izzah cantik pa dah la baik pulak tu eh lupe plk asslmk nurul izzah dan juga ayahnye kalau nak jumpa kita jumpa di luar masjid kalau nak kenal saye saye sokong pas kalau tak mahu tak pa laaaaaa.ingat kalau terima di luar masjid putrajaya.


Komen anda

HTML-Tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>