Tanah runtuh di KL, 11 kenderaan tertimbus

TERTIMBUS… Tebing di kawasan parkir antara Bangunan CIMB dan Bangunan Amanah Raya di Jalan Semantan, Kuala Lumpur runtuh petang semalam. – foto The Star oleh AZHAR MAHFOF

KUALA LUMPUR: Sebanyak 11 kenderaan di kawasan parkir antara Bangunan CIMB dan Bangunan Amanah Raya di Jalan Semantan di ibu negara, tidak jauh dari kawasan Parlimen dan Jalan Duta, tertimbus dalam kejadian tanah runtuh petang semalam.

Kejadian pada pukul 5.15 petang yang dipercayai akibat hujan lebat sejak pukul 2 petang itu meranapkan dinding konkrit setinggi 15 meter di kawasan parkir itu.

Setakat pagi ini, pasukan mencari dan penyelamat telah mengalihkan kenderaan-kenderaan yang tertimbus.

MUSNAH… Anggota Pertahanan Awam dan anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melihat tebing yang runtuh di kawasan parkir antara Bangunan CIMB dan Bangunan Amanah Raya di Jalan Semantan, Kuala Lumpur petang semalam. -fotoBERNAMA

Tinjauan mStar Online pagi tadi mendapati lokasi kejadian menjadi tumpuan orang ramai dan kesesakan di sepanjang Jalan Semantan menghala ke Jalan Duta dan Jalan Parlimen berterusan.

“Mungkin juga faktor hujan dan saliran air di dalam tanah menyebabkan runtuhan,” kata Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah Azizan Ismail ketika ditemui di tempat kejadian.

Bagaimanapun, katanya, punca sebenar kejadian masih disiasat.

Sebelas pemilik kenderaan kebanyakannya terdiri daripada kakitangan CIMB telah membuat laporan mengenai kenderaan mereka yang tertimbus dalam kejadian itu.

Sehingga awal pagi ini beberapa kenderaan telah dikeluarkan dari runtuhan itu menggunakan dua jentera berat.

Kejadian tanah runtuh itu turut mengakibatkan kesesakan lalu lintas sehingga tiga kilometer di kedua-dua arah laluan di Jalan Semantan dan polis trafik kini mengawal pergerakan lalu lintas di jalan terbabit.

Sementara itu, jalan di atas lereng bukit tanah runtuh itu ditutup kepada lalu lintas bagi mengelakkan kejadian lebih buruk.

Tiada kematian atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu, kata seorang anggota polis di tempat kejadian.

Kira-kira 300 kakitangan di keduadua bangunan terlibat telah diarah mengosongkan bangunan sebagai langkah keselamatan.

Dalam pada itu, Menteri Wilayah Persekutuan. Datuk Seri Zulhasnan Rafique yang melawat tempat kejadian berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Kerja Raya, Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) dan bomba sedang menyiasat punca kejadian.

Zulhasnan berkata, beliau dimaklumkan tiada mangsa yang terperangkap dalam kejadian itu dan kakitangan di keduadua bangunan terbabit dinasihat tidak memasuki premis sehingga disahkan selamat.

Kerugian akibat kejadian itu dianggar lebih RM300,000, katanya.

Dalam pada itu, seorang saksi kejadian memberitahu Bernama, beliau ternampak runtuhan kecil berlaku di lereng di kawasan letak kereta itu sebelum menyaksikan dinding konkrit berkenaan runtuh serta menghempap beberapa buah kenderaan.

“Mula-mula saya nampak runtuhan kecil dan saya larang orang daripada memasuki kawasan itu sebab saya takut berlaku runtuhan besar.

“Tiba-tiba sahaja dinding konkrit itu runtuh dan menghempap kereta-kereta yang ada di situ,” kata kakitangan CIMB itu.

Beliau yang enggan mendedahkan namanya itu kemudian memaklumkan kepada pihak pengurusan bangunan CIMB mengenai kejadian itu.

Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak berkata, jika bangunan CIMB itu tidak boleh diduduki, pihaknya akan beroperasi di bangunan lain milik CIMB.

http://www1.mstar.com.my/

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s