BERITA MALAYSIA KINI
Pilihan Terbaik Setiap DetikArkib untuk Februari, 2009
PM terperangkap dalam lif-Malaysiakini
| PM terperangkap dalam lif |
| Feb 12, 09 5:16pm |
| Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terperangkap dalam lif selama kira-kira 30 minit di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.
Ekoran itu, Abdullah terpaksa membatalkan sidang akhbarnya yang dijadual diadakan selepas beliau merasmikan majlis pelancaran sambutan Jubli Perkhidmatan Awam (JPA) di pusat tersebut. Insiden tersebut juga menyebabkan majlis pelancaran itu turut tertangguh. Menurut sumber, majlis tersebut sepatutnya bermula jam 10.30 pagi tetapi telah tertangguh sehingga jam 11 pagi. Menurutnya, beberapa anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dikejar ke pusat untuk membawa keluar kesemua mereka yang terperangkap dalam lif tersebut. “Datuk Seri Abdullah kelihatan tenang sahaja, malah beliau sempat tersenyum kepada ke arah orang ramai yang berada di luar lif tersebut,” katanya. Bagaimanapun, katanya, Abdullah kelihatan terbatuk-batuk ketika menyampai ucapannya di majlis tersebut. Sementara itu, difahamkan seorang pembantu perdana menteri telah meminta wakil-wakil media supaya tidak melapor atau menyiarkan gambar insiden tersebut. Sumber itu berkata ketua pengarah JPA, dalam ucapannya, memohon maaf kepada Abdullah berhubung insiden terperangkap dalam lif tersebut.
|
Nizar terus ‘berdegil’ jadi MB
![]() |
|
MOHAMMAD Nizar Jamaluddin yang masih mahu melaksanakan tugas Menteri Besar dihalang dari memasuki bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Ipoh, semalam. – UTUSAN / MOHD. NAJIB MOHD. NOR
|
IPOH 10 Feb. – Hasrat bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin untuk menjalankan ‘tugas’ seperti biasa tidak kesampaian apabila dihalang memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.
Mohammad Nizar diiringi beberapa bekas Exco yang menaiki kenderaan rasmi kerajaan negeri tiba di hadapan bangunan berkenaan pada pukul 11.03 pagi.
Pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang berkawal di kawasan itu sejak awal pagi, tidak membenarkan mereka memasuki bangunan pentadbiran kerajaan negeri itu.
Walaupun dihalang, Mohammad Nizar dan ‘barisan Exconya’ tetap berdegil dan berusaha menembusi benteng FRU.
Malah, puluhan penyokong pembangkang turut mengiringi Muhammad Nizar dalam usaha untuk masuk ke bangunan pentadbiran kerajaan negeri.
Keadaan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Ketua Polis Ipoh, Asisten Azisman Alias kemudian meminta agar para pemimpin parti dan penyokong pembangkang supaya tidak menghalang lalu lintas.
Bercakap kepada pemberita, Mohammad Nizar berkata, kedatangan beliau adalah untuk menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar.
“Hari Selasa ialah hari bertemu pelanggan, kita telah buat temu janji dengan orang ramai serta pelabur dan sebab itu kita datang untuk menjalankan tugas.
“Bagaimanapun, saya sebagai Menteri Besar dihalang memasuki pejabat. Oleh itu, kami akan menjalankan tugas dari rumah rasmi Menteri Besar,” katanya.
Beliau kemudian menuju ke kediaman rasmi Menteri Besar dan mengadakan satu lagi sidang akhbar pada pukul 12.30 tengah hari.
Dalam sidang akhbar itu, Mohammad Nizar mengumumkan pihaknya akan mendapatkan perisytiharan Mahkamah Tinggi Ipoh, Khamis ini bagi menyatakan kerajaan pakatan pembangkang adalah kerajaan yang sah.
Ditanya mengenai saman yang akan difailkan itu turut melibatkan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, Mohammad Nizar enggan mengulas lanjut.
Bagaimanapun beliau menegaskan, pihaknya akan terus menggunakan kediaman rasmi Menteri Besar sebagai pejabat dan tempat mesyuarat Exco selagi Mahkamah Tinggi tidak membuat pengisytiharan.
“Kami akan teruskan kerja harian kami kerana tiada dokumen atau bukti bahawa kami bukan lagi kerajaan negeri.
“Apa juga ketetapan yang telah dibuat oleh ‘mesyuarat Exco’ juga akan diteruskan kerana kami masih kerajaan negeri yang sah,” katanya.
Dalam sidang akhbar sama, bekas Exco kanan yang juga Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham menuduh UMNO mempermainkan isu derhaka terhadap Sultan bagi mendorong rakyat melanggar undang-undang.
“Kita tidak lagi berada di bawah sistem monarki mutlak sebab sekarang kita mengamalkan sistem raja berperlembagaan iaitu undang-undang adalah yang tertinggi.
“Malah dalam perlembagaan negeri di bawah Artikel 18 menyatakan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan hendaklah mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam pelbagai perkara,” jelasnya.
SEBARAN BPN : PANDANGAN PENSYARAH UNDANG-UNDANG BERKAITAN KRISIS DI PERAK
Artikel 10(1) (c) menyatakan hak warganegara untuk menyertai mana-mana persatuan, selagi ia berdaftar dan sah. Namun artikel 10(2)(c) menyatakan “parliament may by law impose on the right conferred by paragraph (c) of clause (1), such restriction as it deems necessary or expedient in the interest of the security of the Federation or any part thereof, public order or morality.”
Nizar dihalang masuk bangunan SUK, mahu terus jalankan tugas-Mstar
Selasa Februari 10, 2009
[DIKEMAS KINI] IPOH: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dihalang daripada memasuki bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) kira-kira pukul 11 pagi tadi.
Beliau hadir bersama-sama dengan bekas Exco kerajaan negeri dari Pakatan Rakyat, termasuk Datuk Ngeh Koo Ham dari DAP, tiba dengan beberapa buah kereta pada 11 pagi dan disambut oleh kira-kira 40 penyokong.
Kemudiannya, Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias menasihatkan Mohammad Nizar dan kumpulannya supaya bersurai kerana kehadiran mereka akan menyebabkan kesesakan trafik.
Beliau bagaimanapun meninggalkan pintu masuk utama bangunan SUK 15 minit kemudian.
Nizar berkata beliau akan tetap menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar dari kediaman rasminya.
Beliau mendakwa yang beliau dijadual mengadakan perjumpaan dengan pelabur di pejabatnya pada setiap Selasa dan kini beliau terpaksa menyusun semula jadual temu janji itu.
“Kami akan menjalankan tugas dari kediaman menteri besar dan cuba menyusun semula sesetengah temu janji itu,” katanya.
Ditanya sama ada beliau akan cuba datang balik esok untuk masuk ke pejabat, Mohammad Nizar berkata beliau tidak akan berbuat demikian.
Minggu lalu Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak berkenan untuk membubarkan DUN seperti yang dipohon Pakatan Rakyat dan menitahkan Nizar meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar.
Sultan Azlan Shah telah menitahkan Nizar meletak jawatan setelah baginda berpuas hati Menteri Besar itu tidak lagi mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ekoran tindakan empat wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat keluar daripada parti masing-masing untuk menyokong Barisan Nasional (BN).
Bangunan SUK dikawal ketat ketat pihak polis termasuk anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU).
Dua trak FRU turut ditempatkan di hadapan bangunan SUK.
Ahli Parlimen Bukit Gantang meninggal dunia-Malaysiakini
Feb 9, 09 1:07pm
Ahli Parlimen Bukit Gantang Perak, Roslan Shaharum dari PAS meninggal dunia hari ini.
Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaffar dan ketua penerangan PAS, Mahfuz Omar.
Allahyarham diserang sakit jantung ketika sedang berbasikal dekat rumahnya di Changkat Lallang, Batu Gajah pagi tadi.
Ini disahkan oleh PAS pada kira-kira jam 1.30 tengahari tadi.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Safiah Harun bersama 10 orang anak.
Ini bermakna, pilihanraya kecil akan diadakan dalam tempoh 60 hari.
Antara kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Bukit Gantang ialah DUN Changkat Jering yang diwakili Mohd Osman Mohd Jailu yang keluar PKR dan menyokong Barisan Nasional (BN) Perak.
Dalam pilihanraya umum lalu, Roslan mengalahkan bendahari Umno, Datuk Azim Mohd Zabidi dengan majoriti 1,566 undi.
Roslan mendapat 20,015 undi manakala Abdul Azim menerima 18,449 undi. Manakala calon bebas, M Morgan mendapat 872 undi.
Bukit Gantang merupakan kerusi Parlimen majoriti Melayu, dengan 27 peratus pengundi Cina dan 10 peratus pengundi India.
Menurut Harakahdaily, Roslan meninggal dunia kira-kira jam 12 tengah hari ketika dalam perjalanan ke Hospital Batu Gajah.
Pegawai Khas Allahyarham, Shaharudin Ahmad Sani berkata allahyarham yang tinggal di Changkat Larang, Batu Gajah menghadapi masalah kesihatan sekembalinya dari luar negara.
“Dalam lawatan beliau ke Taiwan sebelum ini, beliau pernah dimasukkan ke hospital Taiwan atas masalah gula yang tinggi.
http://www.malaysiakini.com/news/97918
Anak pemandu bekas MB Perak lemas di tasik
IPOH: Anak pemandu bekas Menteri Besar Perak ditemui lemas di Tasik Temoh, Tapah, kira-kira 65 kilometer dari sini, semalam.
Mayat Mohd Fadli Othman, 27, ditemui di dasar tasik berkenaan pada jam 10.35 malam oleh pasukan penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Roslan Bek Ahmad, berkata Mohd Fadli bersama keluarga, termasuk bapanya, berehat di tasik berkenaan kira-kira jam 6 petang semalam.
“Fadli yang bermain bot kawalan jauh bersendirian dikatakan lemas ketika cuba mengambil bot mainan itu yang rosak di tengah tasik,” katanya.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat.
Mohd Fadli bekerja sebagai pelayan pejabat di Pejabat Daerah Tapah manakala bapanya ialah pemandu Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin. – Bernama
Timbalan Presiden PKR persoal telatah Karpal
PETALING JAYA: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Syed Husin Ali berkata, Karpal Singh harus mengemukakan undi tidak percaya terhadap Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika tidak mahu Anwar terus memimpin pakatan itu.
Syed Husin berkata, sebagai seorang ahli Majlis Tertinggi Pakatan, Pengerusi Kebangaan DAP itu mesti mengemukakan cadangan atau undi tidak percaya dalam majlis tersebut jika beliau mahu Anwar berhenti daripada memimpinnya.
“Beliau tidak harus bertindak begini. Beliau sepatutnya mengemukakan cadangan atau undi tidak percaya dalam Majlis Tertinggi terhadap Anwar tapi malangnya beliau jarang menghadiri mesyuarat yang kita adakan,” katanya ketika dihubungi mStar Online hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Karpal hari ini yang menggesa Anwar supaya berhenti daripada memimpin Pakatan.
Karpal mendakwa, Anwar yang juga Penasihat PKR telah mencetuskan budaya melompat parti selain menjejaskan ‘keharmonian’ dalam Pakatan Rakyat.
Mengulas lanjut, Syed Husin berkata, beliau percaya Karpal berasa marah terhadap keputusan Pakatan berhubung tindakan undang-undang yang patut diambil mengenai kejatuhan kerajaan Pakatan di Perak Khamis lalu.
Katanya, Pakatan dalam mesyuarat Jumaat lalu memutuskan untuk melantik panel peguam bagi memikirkan pelbagai tindakan yang wajar diambil berhubung perkara itu dan pada masa yang sama tidak menyekat Karpal yang bercadang untuk menyaman Sultan Perak.
“Pakatan tidak sekat Karpal tapi Pakatan secara sebulat suara setuju supaya panel peguam dibentuk untuk memikirkan langkah-langkah yang boleh diambil.
“Apa yang dinyatakan oleh Anwar adalah keputusan Majlis Tertinggi Pakatan, bukan keputusan beliau sendiri. Jadi, beliau tidak boleh dipersalahkan.
“Dalam hal ini saya rasa, beliau merasakan yang beliau tidak disokong dalam isu menyaman Sultan Perak. Dalam kenyataannya itu, beliau bukan hanya menyalahkan Anwar malah turut kecewa dengan Lim Kit Siang (Penasihat DAP) dan Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) yang tidak menyokong tindakannya itu ,” katanya.
Husin berkata, beliau kadangkala tertanya-tanya sendiri apabila melihatkan tindakan yang dilakukan Karpal sejak akhir-akhir ini.
“Bila melihat kenyataan dan telatah beliau sejak akhir-akhir ini, hati kecil saya tertanya-tanya, untuk siapa dan untuk apa beliau berkhidmat… untuk apa dan untuk kepentingan siapa,” katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai hal itu.
Syed Husin berkata, beliau percaya Anwar akan menghubungi Karpal dalam masa terdekat bagi mendapatkan gambaran sebenar dan menyelesaikan isu ini.
Contohi Bendahara Perak, Letak Jawatan Secara Terhormat
08 Februari, 2009 23:05 PM
KUALA LUMPUR, 8 Feb (Bernama) — Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin digesa mencontohi tindakan Orang Kaya Bendahara pada zaman pemerintahan Sultan Perak ke-15, yang meletakkan jawatan secara terhormat bersama pembesar kanannya tanpa menderhaka kepada Sultan.
Setiausaha Persatuan Keturunan Megat Terawis Malaysia, Megat Iskandar Megat Zaharuddin berkata ketika zaman pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain pada abad ke-18, Orang Kaya Bendahara Perak Megat Abu Kassim telah meletakkan jawatan bersama Orang-Orang Besar kanan secara terhormat akibat salah faham antara baginda Sultan dengan kerajaan pimpinannya.
Megat Iskandar berkata peranan Orang Kaya Bendahara pada ketika itu adalah sama dengan peranan Menteri Besar pada hari ini.
“Demi kepentingan rakyat dan kestabilan negeri Perak, kami mendesak Datuk Seri Nizar mencontohi tindakan Bendahara Megat Abu Kassim dan pembesar kanannya yang meletakkan jawatan tanpa menderhaka kepada Sultan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.
Beliau juga menyifatkan keengganan Mohammad Nizar meletak jawatan sebagai Menteri Besar walaupun dititahkan oleh Sultan sebagai satu penderhakaan.
“Kami juga berpendapat orang awam yang menderhaka kepada Sultan dengan mengadakan tunjuk perasaan di jalanan juga tidak layak menjadi warganegara Malaysia, dan khususnya, tidak layak bermastautin di Perak,” katanya lagi.
Persatuan Keturunan Megat Terawis Malaysia dianggotai ahli keluarga dan waris keturunan Megat Terawis iaitu Orang Kaya Bendahara Perak yang pertama sejak zaman pemerintahan Sultan Perak yang pertama, Paduka Seri Sultan Muzaffar Shah I.
– BERNAMA
Pengerusi DAP: Penasihat PKR galakkan budaya lompat parti, rosakkan Pakatan
ANGGOTA Persatuan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) ketika membuat bantahan terhadap Pengerusi DAP Karpal Singh di luar ibu pejabat DAP Perak di Ipoh hari ini. Bantahan ini adalah untuk menyatakan rasa tidak puas hati anggota Pekida terhadap tindakan pemimpin parti itu yang bertindak menderhaka Sultan Perak. -fotoBERNAMA
KARPAL Singh menjawab soalan wartawan pada sidang akhbar di pejabatnya di George Town. Bersama beliau ialah anak perempuannya. foto The Star oleh RONNIE CHIN
[DIKEMAS KINI] GEORGE TOWN: Ketika krisis politik di Perak masih belum menemui penyelesaian muktamad, Pengerusi DAP, Karpal Singh pula menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya berhenti daripada memimpin ikatan pembangkang.
Ia merupakan kenyataan seumpama itu sejak Pakatan Rakyat ditubuhkan April lalu.
Karpal mendakwa Ketua Umum itu yang mencetuskan budaya melompat parti selain menjejaskan ‘keharmonian’ dalam Pakatan Rakyat.
“Beliau (Anwar) telah menyebabkan cukup masalah dan sudah tiba masa bagi Anwar bertaubat.
“Kini masa untuk Pakatan Rakyat memerlukan seorang lagi pemimpin,” kata Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor menyatakan demikian pada sidang media di sini sebentar tadi.
Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabatnya di sini bagi mengulas laporan polis oleh Pemuda Umno berhubung kenyataannya untuk mengemukakan saman terhadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah berhubung peralihan kuasa di negeri itu.
Karpal turut menegaskan bahawa Anwar harus menjawab banyak persoalan terhadap kekecohan yang berlaku dalam PR hari ini.
Karpal menambah, anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP telah terperangkap dengan retorik Anwar yang menyokong perbuatan wakil rakyat melompat parti.
Kenyataan itu dikeluarkan dua hari selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih kepimpinan kerajaan negeri Perak yang sebelum ini diterajui Pakatan.
Pakatan kehilangan Perak selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka bertindak keluar.
Tiga daripada mereka kini bertindak sebagai wakil rakyat Bebas manakala seorang lagi iaitu ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang menyertai PKR, kembali ke Umno dalam tempoh tidak sampai 10 hari.
Pakatan Rakyat ditubuhkan April lalu selepas pilihan raya umum ke-12 Mac lalu dengan dianggotai DAP, PAS dan PKR.
Anwar telah dilantik sebagai Ketua Umum.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipilih sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan kemudian sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.
Sejak pembentukan Pakatan Rakyat, Anwar mengumumkan sasaran membentuk kerajaan persekutuan yang baru menjelang 16 September.
Bagaimanapun sasaran itu tidak menjadi kenyataan.
Sebaliknya beliau terus meyakinkan penyokong Pakatan Rakyat bahawa beliau mempunyai sejumlah wakil rakyat BN yang secukupnya untuk tujuan tersebut.
Karpal turut melahirkan rasa kecewa terhadap segelintir pemimpin PKR dan DAP yang memberi sokongan terhadap tindakan lompat parti.
Katanya, sebagai Pengerusi kebangsaan DAP, para pemimpin dalam parti itu seharusnya memberikan sokongan terhadapnya dan bukan menyokong Anwar.
“Saya kesal kerana saya tidak berupaya mendapat sokongan malah daripada pemimpin parti saya sendiri. Lim Kit Siang, Lim Guan Eng sepatutnya menyokong saya, bukan mengeluarkan kenyataan untuk menyokong Anwar Ibrahim.
“Saya mohon sokongan… saya adalah Pengerusi DAP hingga sekarang. Saya memberi amaran kepada pemimpin parti saya jangan keterlaluan mendesak saya… saya telah banyak bersabar selama ini.
“Janganlah jadikan perkara ini semakin meruncing demi kepentingan Pakatan dan demi kepentingan DAP,” katanya.
Karpal menegaskan bahawa Pakatan seharusnya terus memastikan kekukuhan parti dan mendapatkan sokongan rakyat sepenuhnya pada pilihan raya umum akan datang untuk membentuk sebuah kerajaan bagi mengambil alih pemerintahan daripada Barisan Nasional.
“Jangan ambil mudah kepercayaan yang diberikan oleh rakyat, mandat untuk pembentukan sebuah kerajaan harus datang daripada rakyat,” katanya.
JANGAN UGUT
Malah, Pengerusi Kebangsaan DAP itu mengingatkan mana-mana pihak yang membuat laporan polis terhadapnya berhubung tindakannya mahu memfailkan saman terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah supaya bersedia dengan apa juga akibatnya.
Karpal menyifatkan saman-saman itu sebagai suatu ugutan.
“Jangan main-main dengan saya,” katanya.
Karpal dilaporkan akan memfailkan saman terhadap Sultan Azlan Shah dan kerajaan negeri yang baru berikutan pelucutan jawatan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar dan menubuhkan kerajaan Barisan Nasional di negeri itu yang didakwa tidak mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.
Beliau juga berkata Sultan Azlan Shah adalah raja di negeri Perak dan harus mengikut undang-undang negeri Perak kerana undang-undang itu yang memberi status kepada baginda untuk menjadi raja di negeri tersebut.
Mengenai laporan polis terhadapnya yang dibuat oleh dua pergerakan Pemuda Umno di negeri ini Karpal berkata: “Umno tidak boleh ugut saya kerana sudah tidak mendapat kepercayaan dari rakyat pada pilihan raya umum yang lepas.”
Ditanya sama ada pihak polis telah menemuinya bagi mengambil keterangan berhubung laporan polis terhadapnya, Karpal menjelaskan bahawa tiada polis yang datang bertemu dengannya setakat ini.
BN bagai lanun rampas kerajaan Perak, tidak hormati perlembagaan negeri-Harakahdaily
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=019267&Itemid=85
Turut terperangkap bersama beliau di dalam lif tersebut ialah Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Datuk Ismail Adam.


