BERITA MALAYSIA KINI
Pilihan Terbaik Setiap DetikArkib untuk Mac, 2009
Angkat sumpah Perdana Menteri baru 3 April? ~ Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 30 Mac – Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah serta Menyimpan Rahsia sebagai Perdana Menteri yang baru dijadual berlangsung di Istana Negara pagi Jumaat ini.
Sumber Istana Negara memberitahu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin secara rasmi Khamis ini bagi memaklumkan hasratnya melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.
“Istiadat penyerahan watikah pelantikan Perdana Menteri yang baru akan dilangsungkan pada pagi Jumaat.
“Sehari sebelumnya, Abdullah dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memaklumkan secara rasmi pelepasan jawatannya,” kata sumber ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Abdullah berkata, proses peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri kepada Najib akan berlaku apabila tiba masanya.
Sebelum ini, Najib yang dipilih sebagai Presiden baru UMNO sekali gus bakal mengambil alih jawatan Perdana Menteri tidak lama lagi berkata, kesanggupan Abdullah melepaskan jawatan melambangkan proses peralihan kuasa berjalan dengan amat tersusun, tertib dan harmoni.
Kecewa dengan Anwar: Ketua PKR Jerai, 400 keluar parti

SUNGAI PETANI: Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Jerai, B Kalaivanar hari ini mengumumkan beliau keluar parti itu bersama-sama 400 ahli yang lain.
Beliau berkata, keputusan itu diambil disebabkan mereka berasa kecewa dengan kepimpinan parti yang tidak mempedulikan suara mereka yang berjuang dalam parti.
“Saya telah membubarkan Bahagian PKR Jerai yang mempunyai 100 ahli dan juga Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat India Kedah yang mana saya adalah pengerusinya.
“Jawatankuasa itu mempunyai 357 ahli yang turut meninggalkan parti,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Kalaivanar yang telah menjadi ahli PKR sejak 1998 dan pernah ditahan oleh polis sebanyak 29 kali kerana terlibat dalam demonstrasi turut menyifatkan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang firaun dan diktator yang hanya melakukan apa yang diingininya serta tidak mempedulikan ahli-ahli yang berjuang untuk beliau dan parti.
“Saya bosan. Saya tidak mahu membazirkan masa lagi dan memperdaya orang lain.
“PKR telah memperdaya orang India hanya untuk mendapatkan sokongan.
“Mereka memainkan sentimen kita bila mereka naik ke pentas, bercakap tentang lima tahanan Hindraf dan melaungkan Makkal Sakthi (kuasa rakyat).
“Bila saya cadangkan semua ahli Parlimen pembangkang mengadakan mogok di Parlimen bagi pembebasan lima pemimpin itu (daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri), tiada seorang pun yang mendengarnya,” katanya.
Antara yang turut keluar PKR bersama beliau adalah isterinya iaitu Ahli Jawatankuasa Majlis Perbandaran Sungai Petani, K Deivanai yang juga Ketua Wanita PKR negeri dan Ketua Wanita Bahagian Jerai serta ahli Majlis Daerah Jerai, S Poobalan yang juga timbalan kepada Kalaivanar.
Ditanya sama ada beliau akan mengajak ahli-ahli PKR di bahagian lain supaya ikut serta keluar parti, Kalaivanar berkata, beliau tidak boleh bercakap bagi pihak mereka.
Ketika ditanya sama ada beliau meninggalkan PKR disebabkan tidak terpilih sebagai calon parti itu bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kalaivanar berkata, itu adalah isu sampingan.
Perlu berani berubah – Abdullah ~ Utusan Malaysia
![]() |
|
n ABDULLAH Ahmad Badawi dan Najib Tun Razak berpelukan selepas Presiden UMNO itu selesai menyampaikan ucapan dasarnya yang terakhir pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-59 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur semalam.
|
KUALA LUMPUR 26 Mac – Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta ahli- ahli parti itu menanam keazaman ‘untuk berubah’ sambil disusuli dengan langkah berani melakukan perubahan dalam diri sendiri jika mahu melihat UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus berkuasa pada pilihan raya umum akan datang.
Dalam ucapan dasarnya yang terakhir sebagai Presiden UMNO, beliau menegaskan, betapa malangnya jika ramai ahli parti itu masih gagal memahami bahawa UMNO itu adalah ahli-ahlinya sendiri dan selagi mereka tidak berubah, UMNO tidak mungkin dapat berubah.
‘‘Di kalangan kita juga, malah di kalangan yang duduk di atas pentas ini, turut menyuarakan bahawa UMNO wajib melakukan perubahan.
‘‘Apa yang saya ingin dengar adalah suara yang menyatakan ‘aku akan berubah’ lalu disusuli dengan langkah berani melakukan perubahan itu dalam diri sendiri.
‘‘Sedarilah, di luar Dewan Merdeka ini, ramai yang berpandangan bahawa jika UMNO, jika BN tidak berubah, maka pilihan raya ke-12 8 Mac 2008 merupakan kemenangan terakhir kepada BN menubuhkan kerajaan.
‘‘Selepas ini, rakyat di luar dewan ini, tidak akan mengundi kita lagi,’’ tegasnya di Perhimpunan Agung UMNO 2008, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.
Dalam ucapan kira-kira sejam itu Presiden UMNO turut meminta UMNO melakukan perubahan berani selaras dengan transformasi masyarakat yang begitu dinamik dan perkembangan global yang begitu radikal jika tidak mahu menyaksikan hayat parti itu berakhir.
Menurut Abdullah, UMNO kini berada di persimpangan jalan dan laluan yang dipilih nanti akan menentukan sama ada UMNO kekal relevan sepanjang masa atau akan hanya menjadi satu sejarah masa lalu.
Beliau berkata, ada juga yang masih berpendirian bahawa UMNO tidak perlu melakukan perubahan dan percaya UMNO akan kembali mencapai kemenangan jika kita kembali kepada cara lama.
Orde lama itu, kata beliau, ialah dengan menyekat dan menghalang kebebasan warganya daripada menyuarakan kritikan.
Mereka, tegas Abdullah, berpandangan UMNO boleh terus berkuasa dan kekal kuat dengan kaedah menjaga kepentingan beberapa individu tertentu dan memenuhi tuntutan-tuntutan kumpulan tertentu.
‘‘Masih terdapat di kalangan kita yang lebih tertarik dengan cerita-cerita yang menyeronokkan hingga kita menjadi leka, lena dalam ulitan mimpi bahagia,’’ katanya.
Abdullah bimbang, jika laluan lama dipilih ia bukan sahaja membawa UMNO ke belakang malah akan mempercepatkan berakhirnya talian hayat UMNO.
Sehubungan itu, kata beliau, untuk terus relevan, UMNO perlu berusaha mencantumkan kekuatan lama yang telah hilang dengan elemen baru yang perlu diterokai.
Tegasnya, kekuatan lama yang telah hilang adalah semangat asal dan komitmen asal kepada perjuangan bangsa dan perjuangan parti.
Justeru, katanya, setiap ahli UMNO perlu menghidupkan kembali semangat berkorban, semangat dedikasi, semangat kesederhanaan, semangat berkhidmat, semangat kemanusiaan dan mempamerkan integriti yang tinggi lagi dihormati.
‘‘Gugurkanlah sifat angkuh yang merasakan diri kita sahaja yang betul, yang merasakan diri kita sahaja yang pandai. Jauhilah amalan rasuah, imbangkan perhatian di kalangan warga keseluruhannya baik yang Melayu dan bukan Melayu demikian juga kepada ahli-ahli parti baik yang menyokong kita atau saingan kita,’’ tegas beliau.
Perdana Menteri turut meminta seluruh ahli UMNO mengambil iktibar daripada loceng amaran yang berdering kuat, yang menuntut setiap ahlinya bertanya ‘apa yang tersilap’ atau ‘kenapa dan bagaimana kita tersilap.
‘‘Jawapan spontan saya terhadap persoalan tersebut ialah ‘kita telah gagal mengurus kejayaan kita sendiri’.
‘‘Bahawa kita terlalu mabuk dilambung ombak kejayaan. Bahawa kita menjadi leka diulit gurindam kejayaan. Bahawa kita merasakan diri kita sudah menjadi terlalu kuat. Bahawa kita lebih mementingkan kedudukan kita di dalam UMNO daripada memikirkan kedudukan UMNO di kalangan warga dan di dalam negara,’’ tegasnya.
Keadaan sedemikian, kata Abdullah menuntut ahli-ahli UMNO bermuhasabah, melihat ke dalam diri, meninjau kembali sumber kekuatan selama ini selain memeriksa kelemahan dan kesilapan semenjak akhir-akhir ini.
‘Sekat rakyat cepatkan Umno berkubur’ ~ Malaysiakini
| Mar 26, 09 9:25am |
| kemaskini 11.47pm Umno tidak akan berjaya melakukan perubahan dalaman jika mengambil pendekatan “order lama” yang tidak disenangi masyarakat, termasuk menyekat kebebasan rakyat, kata presidennya.
“Mereka mempercayai bahawa Umno akan kembali mencapai kemenangan jika kita kembali kepada cara lama – kepada “Mereka berpandangan bahawa Umno itu boleh terus berkuasa dan kekal kuat dengan kaedah menjaga kepentingan beberapa individu tertentu, dan memenuhi tuntutan-tuntutan kumpulan tertentu,” kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. “Jika laluan lama itu yang dipilih, saya berpandangan bahawa kita telah memilih laluan yang salah; laluan yang membawa kita ke belakang. “Saya bimbang laluan tersebut akan lebih mempercepatkan berakhirnya talian hayat Umno. “Jika kita tidak melakukan perubahan berani, selaras dengan transformasi masyarakat yang begitu dinamik dan perkembangan global yang begitu radikal, kita akan menyaksikan hari-hari berakhirnya parti Umno yang kita kasihi ini.” Ucapan dasar terakhirnya bertema “Masa Depan dan Survival Parti”, kedengaran bernada cemas seperti juga beberapa pemimpin kanan parti, imbas kembali penglibatan lamanya dalam Umno dan ramuan untuk parti itu mengorak langkah kedepan. Abdullah juga menyatakan dukungan terbuka kepada penggantinya Datuk Seri Najib Razak, selain mengucapkan terima kasih kepada mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan memohon maaf atas kegagalan janji reformasinya. “Saya percaya, saya menyerahkan tanggung jawab negara kepada nakhoda lebih muda yang memiliki kematangan dan pengalaman untuk mengemudikan bahtera negara. “Saya menyeru supaya beliau diberikan sokongan yang padu untuk membolehkan beliau membawa negara ke mercu kejayaan yang lebih gemilang. “Saya sendiri berikrar untuk memberikan sokongan padu kepada presiden Umno yang baru, kepada perdana menteri Malaysia yang baru,” katanya. “Saya berterima kasih kepada Tun Dr Mahathir kerana melantik saya menganggotai jemaah menteri, melantik saya sebagai timbalan perdana menteri dan akhirnya memberikan laluan kepada saya menggantikan beliau sebagai perdana menteri.” Abdullah bagaimanapun tidak menyentuh isu atau tanggal rasmi peralihan kuasa kepada timbalannya. Dalam ucapan dasar lebih sejam – yang bertukar ucapan perpisahan – bermula kira-kira jam 10 pagi, beliau menyebut lima faktor yang menjadi punca penolakan rakyat terhadap Umno:
“Faktor-faktor dalaman tersebut telah memberikan modal besar kepada musuh-musuh Umno untuk memburukkan Umno. Ditambah pula dengan sikap dan gelagat watak-watak Melayu tertentu yang mengangkat bola tanggung hingga memberi ruang seluas-luasnya untuk orang-orang Melayu dan bumiputera boleh dilibas atau dicerca sewenang-wenangnya. “Akhirnya susulan dari gerakan tersusun menyerang dan mencalarkan Umno secara berterusan, minda warga berjaya diracun, hingga sampai ke tahap warga pada hari ini, tanpa penilaian rasional dan objektif begitu mudah mempercayai dan menerima setiap fitnah yang dilemparkan kepada Umno,” tambahnya. Kempen reformasi parti itu bagaimanapun diucapkan dalam nada amaran, bimbang Umno dan BN akan terkubur dalam pilihanraya umum akan datang. “Sedarilah! Di luar Dewan Merdeka ini, ramai yang berpandangan bahawa jika Umno, dan jika Barisan Nasional tidak berubah, maka pilihanraya ke-12 pada 8 Mac 2008 merupakan kemenangan terakhir kepada Barisan Nasional menubuhkan kerajaan. “Selepas ini, rakyat di luar dewan ini tidak akan mengundi kita lagi. “Di peringkat negeri, Barisan Nasional turut menghadapi cabaran yang sama. Di kalangan kita juga, malah di kalangan yang duduk di atas pentas ini, turut menyuarakan bahawa ‘Umno wajib melakukan perubahan’,” kata Abdullah. “Apa yang saya ingin dengar, adalah suara yang menyatakan ‘Aku akan berubah’, lalu disusuli dengan langkah berani melakukan perubahan itu dalam diri sendiri. “Betapa malangnya Umno jika ramai yang gagal memahami bahawa Umno itu adalah kita, selagi kita tidak berubah, Umno tidak mungkin dapat berubah.” Selain ucapan ini, sesi perbahasan usul-usul juga menarik perhatian ramai apabila perwakilan – secara tradisi – mengajukan kritikan dengan pantun atau seloka, nada keras dan lawak jenaka. Namun, ramai peminat politik lebih ternanti-nanti keputusan persaingan sengit dua penjuru jawatan timbalan presiden antara Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Tan Sri Muhammad Muhd Taib. Selain itu, perebutan lapan calon untuk tiga kerusi naib presiden dan 25 kerusi ahli Majlis Tertinggi (MT) mencuri fokus masyarakat. Selain jawatan-jawatan penting itu, turut dipertaruhkan adalah jawatan pengerusi tetap dan timbalannya. Keputusan rasmi dijangka dapat diketahui sekitar jam 10 malam.
|
Beri saya saf padu – Najib ~ Malaysiakini

KUALA LUMPUR 24 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak mahu barisan kepimpinan yang setia, berintegriti, berkebolehan dan berdedikasi untuk bersama-sama beliau meneruskan perjuangan UMNO sebagai pembela nasib rakyat.
Dalam ucapan yang ringkas tetapi sarat dengan pesanan dan peringatan, Timbalan Presiden UMNO itu juga mahu kepimpinan beliau sebagai Presiden parti kelak disokong oleh sekumpulan pemimpin yang ampuh dan padu.
Kata Najib, amanah yang dipikul oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan diserahkan kepadanya dalam suasana yang begitu mencabar kepada parti dan negara.
Oleh itu, katanya, tergalas di bahu beliau satu tugas besar bagi meneruskan tanggungjawab mulia UMNO membela untung nasib rakyat.
Justeru, beliau berharap permuafakatan yang terjalin antara tiga sayap parti – Pemuda, Wanita dan Puteri – dapat diteruskan sementara sokongan yang sama turut diberikan oleh ahli-ahli UMNO kepada bakal Timbalan Presiden yang baru kelak.
“Dengan penuh semangat saya yakin bahawa jika kita semua terus bersatu dan berganding bahu, yang berat akan tetap mampu dipikul, yang ringan dapat pula dijinjing bersama menakhoda zaman,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian serentak Persidangan Perwakilan wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Ucapan yang fokus kepada peranan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO itu dimulakan dengan menyentuh jatuh bangunnya ahli-ahli ketiga-tiga pergerakan itu untuk berfungsi sebagai nadi perjuangan parti.
Dalam ucapan tersebut, Najib yang juga Timbalan Perdana Menteri mengingatkan dirinya bahawa laluan kepimpinan yang bakal diwaris beliau itu telah dirintis oleh pemuka-pemuka bangsa yang agung.
Beliau menamakan satu persatu tokoh negara bermula dengan Datuk Onn Jaafar, diikuti oleh Tunku Abdul Rahman, seterusnya Tun Abdul Razak Hussein, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang disifatkan oleh beliau sebagai amat berbakti kepada negara.
Najib turut melahirkan rasa hiba kerana persidangan kali ini adalah yang terakhir bagi beliau sebagai Timbalan Presiden merasmikan persidangan tiga sayap parti itu selepas lebih 33 tahun bersama.
“Alangkah hiba rasanya malam ini saya berdiri di hadapan saudara-saudari buat kali terakhir sebagai Timbalan Presiden merasmikan persidangan serentak Wanita, Pemuda dan Puteri.
“Saya juga berasa terharu dan tawaduk kerana diri ini diamanahkan dengan kepercayaan padu akar umbi untuk memimpin parti dan seterusnya negara,” katanya.
KDN gantung akhbar PAS, PKR ~ Malaysiakini
| Mar 23, 09 5:42pm |
| kemaskini 6.59pm Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menggantung permit akhbar pembangkang berpengaruh Harakah danSuara Keadilan masing-masing selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta.
Malaysiakini difahamkan surat KDN kepada kedua-dua organisasi itu dikirim melalui faksimili selang beberapa minit menjelang jam 5 petang tadi. Surat penggantungan Harakah ditujukan kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Kamaruddin Jaffar, manakala surat untuk Suara Keadilan dialamatkan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
“Dukacita dimaklumkan bahawa kementerian ini telah membuat keputusan untuk menggantung permit penerbitan akhbar Suara Keadilan selama tempoh tiga (3) bulan berkuatkuasa serta-merta,” surat KDN itu dipetik. Bagaimanapun surat yang dikeluarkan oleh setiausaha Bahagian Unit Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Che Din Yusoh tidak memberi sebarang alasan tindakan tersebut. KDN merampas kedua-dua akhbar tersebut di seluruh negara sewaktu memuncak krisis politik di Perak pertengahan bulan lepas. Tindakan terhadap Suara Keadilan bermula sejak pilihanraya kecil Kuala Terengganu, pertengahan Januari lalu. Sejak Harakah dibenarkan beroperasi pada 1987, inilah kali pertama akhbar itu dikenakan tindakan penggantungan oleh KDN. Selepas pilihanraya umum Mac tahun lepas, kementerian itu mengizinkan PAS menerbitkan kembali akhbar itu sebanyak dua kali seminggu selepas dilarang sejak 2000.
|
Ali Rustam dilarang tanding No 2 Umno – Malaysiakini
| Abdul Rahim Sabri | Mar 17, 09 4:22pm |
| Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam dilarang bertanding jawatan timbalan presiden Umno hujung bulan ini selepas didapati melanggar peraturan pemilihan Umno.
Bagaimanapun, Mohd Ali tidak digantung keahliannya dalam Umno.
Calon Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin juga didapati bersalah melanggar peraturan pemilihan parti, tetapi hanya diberi amaran. Manakala seorang lagi calon Ketua Pemuda, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo pula didapati tidak bersalah. Perkara itu diumumkan oleh Lembaga Disiplin Umno dalam sidang akhbar khas yang sedang berlangsung di ibupejabat Umno di ibunegara petang ini. Mohd Ali dan Khairy didapati bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno yang membabitkan kesalahan pihak ketiga. Perkara 10.1 itu berbunyi: Bilamana seseorang ejen, pelobi, pengurus kempen atau perayu undi itu didapati bersalah mana-mana melanggar peruntukan Tataetika Ahli Umno, maka Lembaga Disiplin bolehlah menganggap, setelah berpuashati daripada keterangan-keterangan dan/atau bukti-bukti yang dikemukakan kepadanya, bahawa prinsipal kepada ejen, pengurus kempen atau perayu undi itu turut sekali melakukan kesalahan-kesalahan di bawah Tataetika Ahli ini dan/atau mempunyai pengetahuan mengenai perihal kesalahan-kesalahan tersebut dan boleh mengambil tindakan menghukum prinsipal tersebut seolah-olah dia yang melakukan kesalahan tersebut bersama-sama dengan ejen, pelobi, pengurus kempen atau perayu undi tersebut. Tiga ejen bersalah Ekoran itu, Mohd Ali bertanggungjawab terhadap tindakan tiga ejennya yang didapati bersalah melakukan rasuah dan sogokan politik. Mereka ialah Saadun Basirun, Rosli Hasan dan Zalina Ismail. Saadun dan Rosli adalah ahli jawatankuasa Umno bahagian Bukit Katil.Manakala Zalina adalah naib ketua Puteri Umno bahagian yang sama. Berikutan itu, ketiga-tiga mereka digantung keahlian selama satu penggal atau tiga tahun berkuatkuasa 12 Mac lalu. Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tengku Ahmad Rithauddeen berkata siasatan telah dijalankan terhadap 29 orang.
Yang lainnya terdiri daripada ketua bahagian dan cawangan. Manakala empat orang diberi amaran termasuk Khairy. Digantung keahlian Khairy pula bertanggungjawab terhadap tindakan ejennya, tetapi Tengku Ahmad Rithauddeen enggan mendedahkan identitinya. Bagaimanapun, katanya, kesalahan yang dilakukan oleh ejen Khairy itu tidak seberat kes yang membabitkan Mohd Ali. Bagaimanapun, Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau dibenarkan bertanding jawatan ketua Pemuda Umno hujung bulan ini. Siasatan lembaga itu juga mendapati 14 orang lagi tidak bersalah, termasuk Dr Mohd Khir. Beliau sebelum ini berdepan dengan dakwaan melakukan kesalahan rasuah/sogokan politik, tindak tanduk ejen dan dakwaan mengadakan majlis dan pertemuan. Manakala yang lainnya yang turut didapati bersalah dan digantung keahlian ialah Ketua Umno bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Mokhtar Samad dan Ketua Wanitanya, Salmah Pin. Mokhtar digantung keahlian selama setahun manakala Salmah digantung keahlian selama tiga tahun, berkuatkuasa 12 Mac lalu. Turut dikenakan tindakan ialah empat pemimpin dan ahli Umno Umno bahagian Paya Besar, Pahang. Mereka ialah ahli biasa Datuk Abdul Manan Ismail yang digantung keahlian selama setahun,kerana mengadakan majlis dan pertemuan serta membuat kenyataan akhbar. Manakala tiga lagi pemimpin bahagian tersebut diberi amaran atas kesalahan yang sama, iaitu Timbalan Ketuanya, Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah; Naib Ketua bahagian, Mohd Shohaimi Jusoh dan AJK bahagian, Mohd Zaili Besar. Turut digantung keahlian Ketua Pemuda bahagian Maran, Pahang, Mohamad Najuib Mohamad Shahaimi (digantung tiga tahun mulai 13 Mac); Timbalan Ketua bahagian Kuala Krai, Kelantan, Amran Mat (digantung setahun mulai 12 Mac) dan ketua cawangan di Gua Musang, Mohd Zuki Mohd Zain (digantung setahun mulai 12 Mac). Tidak bersalah Manakala mereka yang didapati tidak bersalah ialah:
Naib Ketua Pemuda bahagian Kubang Kerian, Bakri Yusoff.
Sementara itu, Tengku Ahmad Rithuaddeen enggan mengulas ketika ditanya mengenai kedudukan Menteri Pelancongan, Datuk Azalina Othman Said. Beliau juga tidak menyentuhkan tentang kedudukan Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Norza Zakaria yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan politik wang minggu lalu. http://www.malaysiakini.com/news/100373
|
MBI roboh plak pokok demokrasi – Utusan Malaysia
IPOH 15 Mac — Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hari ini merobohkan plak peringatan ’Pokok Demokrasi’ yang dibina oleh Pakatan Rakyat untuk memperingati peristiwa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pokok pada 3 Mac lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan negeri Dr Mah Hang Soon berkata tindakan meroboh plak itu adalah mengikut undang-undang kerana pembinaannya merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 46 (1) (a) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 iaitu menyebabkan halangan di tempat awam.
“Saya tidak anggap kes ini sebagai satu kes yang istimewa kerana sebarang pembinaan secara haram tanpa kebenaran MBI akan diambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang,” katanya mengulas mengenai tindakan pekerja MBI membersihkan kawasan berkenaan pagi ini.
Semalam, MBI mengeluarkan notis mengarahkan pemilik plak ’pokok demokrasi’ yang terletak di Medan Istana di sini supaya merobohkan tugu berkenaan dalam tempoh 24 jam.
Notis itu ditampal pada pokok hujan berkenaan yang terletak kira-kira 200 meter dari Bangunan Perak Darul Ridzuan dan menjadi tempat persidangan 27 Anggota Dewan Undangan Negeri pembangkang yang gagal memasuki Dewan. Persidangan yang dikatakan tidak sah itu meluluskan tiga usul termasuk pembubaran DUN.
Notis yang ditandatangani Pegawai Undang-undang MBI, Syahrul Azrin Ghazali bagi pihak Datuk Bandar Ipoh menyatakan pembinaan tugu itu menyalahi Seksyen 46 (1) (a) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 kerana menyebabkan halangan di tempat awam.
Dua hari berturut-turut sebelum ini, plak berkenaan telah dipecah dan disimbah cat oleh pihak yang tidak diketahui.
Sejak dibina dan penanaman lima anak pokok hujan oleh bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin minggu lepas, kawasan berkenan menjadi tumpuan ramai pelawat.
— BERNAMA
Musa, Gani tidak palsukan bukti mata lebam Anwar -Malaysiakini
| Mar 11, 09 10:47am |
| Ketua polis negara dan peguam negara didapati tidak terlibat dalam kesalahan jenayah berhubung isu memalsukan bukti dalam siasatan kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.
Keputusan siasatan terhadap Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Abdul Gani Patail dimaklumkan dalam sesi soal jawab di Parlimen hari ini oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz. Menjawab soalan Gobind Singh-Deo (DAP-Puchong) mengapa tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa selepas Anwar membuat laporan polis dan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu, terhadap Musa dan Abdul Gani Julai lalu. Berikutan itu, BPR – kini dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) – menubuhkan sebuah panel bebas untuk menyiasat kes tersebut. Anggota panel tersebut terdiri daripada Datuk Kadir Sulaiman, Datuk Wira Mohd Nor and Datuk Ahmad Nor Abdullah – kesemuanya bekas hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Rayuan. Menurut Nazri, siasatan panel tiga angota tersebut bermula pada 2 Julai tahun lalu. Panel tersebut, katanya, menyiapkan siasatan dua bulan kemudiannya kerana ia dianggap sebagai satu kes sensitif dan berprofil tinggi. Selepas siasatan terperinci dijalankan, kata beliau, mereka mendapat Musa dan Abdul Gani tidak melakukan sebarang jenayah berkaitan dengan kes yang didakwa oleh Anwar. Anwar membuat aduan polis terhadap kedua-dua pegawai tinggi kerajaan itu pada 1 Julai tahun lalu sewaktu mantan timbalan perdana menteri tersebut disiasat berhubung dakwaan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Dalam laporannya itu, Anwar berkata kedua-duanya memalsukan keterangan serta menyembunyikan fakta dalam siasatan serangan fizikal terhadapnya oleh bekas ketua polis negara Tan Sri Abdul Rahim Noor daripada pengetahuan umum sehingga matanya yang lebam didedahkan di mahkamah olehnya sendiri. Pada masa itu Musa seorang pegawai penyiasat, manakala Abdul Gani pula merupaka ketua pendakwaan terhadap kes rasuah Anwar. Dalam laporan polisnya, Anwar memohon supaya siasatan dijalankan terhadap Musa dan Abdul Gani atas dakwaan pemalsuan bukti apabila kedua-dua mereka dikatakan telah secara aktif terlibat dalam penyediaan laporan perubatan kedua yang menyimpulkan kecederaan yang dialami Anwar tidak konsisten dengan pukulan secara langsung, sebaliknya menyimpulkan kemungkinan kecederaan itu disebabkan oleh kemalangan. |
“Pokok demokrasi” tugu kemuncak derhaka Sultan Perak-mstar
IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir menyifatkan tindakan pembangkang membina tugu berbentuk plak di bawah pokok hujan di Medan Istana di sini serta menanam lima batang pokok “sebagai tanda dan kemuncak penderhakaan kepada institusi Raja”.
Beliau berkata, tanda penderhakaan mereka jelas apabila menentang pelantikan beliau sebagai menteri besar oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah serta mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) tanpa perkenan baginda.
“Tindakan yang dibuat itu adalah simbolik dan secara terang-terangan menunjukkan tindakan penderhakaan kepada Tuanku Sultan dan institusi Raja di Perak.
“Kita lihat mereka mengatakan itu adalah tempat dan pokok demokrasi, tetapi bagi saya ia adalah tempat ‘patik mohon sembah derhaka’ sebenarnya.
“Itulah punca dan kemuncak yang mereka lakukan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul dan pelancaran Bulan Dakwah peringkat negeri oleh Sultan Azlan Shah di sini semalam.
Mengenai penanaman lima pokok berkenaan, beliau berkata, pihak pembangkang mengetahui bahawa kawasan tanaman itu adalah kawasan rizab jalan dan terletak di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
“Soalnya mereka sudah mendapat kelulusan MBI atau belum (untuk menanam pokok dan tugu berkenaan). Mereka (pembangkang) juga memberi tafsiran kepada rakyat dengan manipulasi politik bahawa apa yang mereka lakukan itu benar,” katanya.
Semalam, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin merasmikan tugu berbentuk plak di bawah pokok hujan di Medan Istana di sini yang menjadi kawasan berlangsungnya persidangan DUN pada Selasa lepas.
Mohammad Nizar sebelum itu turut menanam lima anak pokok spesies yang sama sebagai simbolik kepada prinsip pakatan pembangkang di sebuah kawasan lapang berhampiran dan majlis itu turut disertai para pemimpin dan wakil rakyat DAP, PAS dan PKR.
Dalam perkembangan lain, Zambry berkata, kerajaan negeri akan mewujudkan Maahad Tahfiz AlQuran di setaip daerah di Perak dalam usaha memelihara dan meningkatkan lagi syiar Islam.
Beliau berkata setakat ini hanya ada beberapa daerah sahaja yang mempunyai Maahad Tahfiz dan jumlah itu perlu ditambah.
Selain itu, katanya kerajaan negeri juga bersedia untuk memberi sejumlah peruntukan bagi membaik pulih masjid dan surau di negeri ini.
Katanya, setakat ini beberapa masjid telah menerima peruntukan pembangunan kerajaan negeri seperti Masjid Trong sebanyak RM50,000, Masjid Sultan Yusuf di Rapat Setia (RM200,000) dan Masjid Parit Buntar (RM100,000). BERNAMA

Tindakan mengejut ini menghalang keberkesanan kempen kedua-dua parti bagi menghadapi tiga pilihanraya kecil kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak antara 29 Mac hingga 7 April ini.
Difahamkan kandungan kedua-dua surat tersebut hampir sama.
Dengan itu, pertandingan bagi jawatan tersebut kini menyaksikan persaingan satu lawan satu antara Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Tan Sri Muhammad Muhd Taib.
Hasil siasatan tersebut, seorang – Mohd Ali Rustam – dilarang daripada bertanding, 10 orang lagi digantung keahlian selama tiga tahun, mulai 12 Mac, termasuk seorang ketua Pemuda Sabah, Datuk Japlin Akim @ Abd Hamid, dari bahagian Kota Belut.