BERITA MALAYSIA KINI

Pilihan Terbaik Setiap Detik

MBI roboh plak pokok demokrasi – Utusan Malaysia

 

15/03/2009 2:32pm

IPOH 15 Mac — Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hari ini merobohkan plak peringatan ’Pokok Demokrasi’ yang dibina oleh Pakatan Rakyat untuk memperingati peristiwa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pokok pada 3 Mac lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan negeri Dr Mah Hang Soon berkata tindakan meroboh plak itu adalah mengikut undang-undang kerana pembinaannya merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 46 (1) (a) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 iaitu menyebabkan halangan di tempat awam.

“Saya tidak anggap kes ini sebagai satu kes yang istimewa kerana sebarang pembinaan secara haram tanpa kebenaran MBI akan diambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang,” katanya mengulas mengenai tindakan pekerja MBI membersihkan kawasan berkenaan pagi ini.

Semalam, MBI mengeluarkan notis mengarahkan pemilik plak ’pokok demokrasi’ yang terletak di Medan Istana di sini supaya merobohkan tugu berkenaan dalam tempoh 24 jam.

Notis itu ditampal pada pokok hujan berkenaan yang terletak kira-kira 200 meter dari Bangunan Perak Darul Ridzuan dan menjadi tempat persidangan 27 Anggota Dewan Undangan Negeri pembangkang yang gagal memasuki Dewan. Persidangan yang dikatakan tidak sah itu meluluskan tiga usul termasuk pembubaran DUN.

Notis yang ditandatangani Pegawai Undang-undang MBI, Syahrul Azrin Ghazali bagi pihak Datuk Bandar Ipoh menyatakan pembinaan tugu itu menyalahi Seksyen 46 (1) (a) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 kerana menyebabkan halangan di tempat awam.

Dua hari berturut-turut sebelum ini, plak berkenaan telah dipecah dan disimbah cat oleh pihak yang tidak diketahui.

Sejak dibina dan penanaman lima anak pokok hujan oleh bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin minggu lepas, kawasan berkenan menjadi tumpuan ramai pelawat.

— BERNAMA

 

http://www.utusan.com.my

1 Komen»

  PARPUKARI wrote @

INI SEMUA ADALAH WAYANG FUCKATAN RIOT!!! NAK CARI SIMPATI….MACAM NI LA MEREKA BUAT..

SAYA MENJEMPUT ANDA UNTUK KE BLOG SAYA DAN BACA MENGENAI ISU PANAS DI NEGERI PERAK.

http://parpukari.blogspot.com/2009/03/wira-sejati-dari-perak-malaysiakini.html


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.