BERITA MALAYSIA KINI

Pilihan Terbaik Setiap Detik

Najib sah angkat sumpah Perdana Menteri Jumaat ini ~ Utusan Malaysia

 

KUALA LUMPUR 31 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang keenam di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin Jumaat ini.

Semua anggota Jemaah Kabinet telah menerima surat jemputan menghadiri istiadat pengurniaan suratcara pelantikan dan istiadat mengangkat sumpah serta menyimpan rahsia Najib yang akan berlangsung di Istana Negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang mengesahkan perkara itu memberitahu bahawa beliau telah menerima surat berkenaan pagi ini.

“Saya telah menerima surat jemputan menghadiri Majlis berkenaan daripada urus setia Jemaah Menteri pagi ini.

“Ia akan berlangsung pada pukul 9 pagi Jumaat ini bertempat di Balai Rong Seri Istana Negara,” katanya sewaktu dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini turut memetik sumber Istana Negara bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menghadap Tuanku Mizan secara rasmi pada Khamis ini bagi memaklumkan hasratnya melepaskan jawatan.

 

http://www.utusan.com.my

1 Komen»

  shazlina suhada wrote @

Terima kasih Paklah diatas segala usaha yang telah anda lakukan.Secara peribadi, saya sangat menghormati dan menyanjungi anda. Dengan segala dugaan kehilangan isteri dan masalah lain,anda masih mampu mentadbir negara dengan jayanya. Semoga Allah swt merahmati hidup anda sepanjang masa. Kami sayang Paklah. Hidup Paklah!


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.