BERITA MALAYSIA KINI

Pilihan Terbaik Setiap Detik

Arkib untuk April, 2009

GPMS, BBPM kutuk Kor Ming persenda al-Quran ~ Utusan Malaysia

GPMS, BBPM kutuk Kor Ming persenda al-Quran

KUALA LUMPUR 5 April – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mengutuk tindakan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming mempersendakan ayat suci al-Quran semasa mengadakan ceramah di Bukit Gantang, Perak, malam tadi.

Presidennya, Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata, Kor Ming wajib meminta maaf secara terbuka terhadap perbuatannya itu yang merupakan penghinaan terbesar kepada umat Islam bukan sahaja di negara ini tetapi di seluruh dunia.

Beliau menegaskan, bagaimana mungkin Kor Ming yang langsung tidak beriman dan mempercayai Allah adalah tuhannya dengan sewenang-wenangnya membaca al-Quran demi agenda politiknya.

“Perbuatan ini cukup melampau, satu penghinaan kepada umat Islam, GPMS mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya, kami mahu beliau meminta maaf kepada seluruh umat Islam,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Reezal Merican mengulas tindakan Kor Ming yang membaca al-Quran dalam ceramahnya dengan tujuan bagi meraih sokongan orang Melayu.

Difahamkan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis dan Ahli Parlimen Taiping itu mempersendakan ayat-ayat suci al-Quran telah banyak kali dilakukan dalam sesi ceramahnya sebelum ini.

Sementara itu di Taiping, Perak, Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) membuat laporan polis terhadap Kor Ming.

Laporan tersebut dibuat oleh Presiden BBPM, Osman Abu Bakar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping pada pukul 6.30 petang ini.

Beliau berkata, ini bukan kali pertama ADUN berkenaan mempersendakan ayat-ayat suci al-Quran tetapi sudah banyak kali dilakukannya bagi meraih sokongan orang Melayu.

“Ini satu penghinaan kepada orang Islam dan kami menuntut Kor Ming meminta maaf kepada seluruh umat Islam.

“Kami juga minta beliau berhenti berkempen menggunakan ayat al-Quran kerana bacaannya bukan sahaja tidak betul malah beliau menyebut ayat yang dibacanya dari ‘Surah Aura’ yang tidak wujud dalam al-Quran, tetapi yang ada surah al-A’raf,” katanya kepada pemberita di pekarangan IPD Taiping di sini hari ini.

“Kalau orang bukan Islam boleh mempersendakan ayat suci al-Quran, hina sangatlah kita kerana bertolak-ansur selepas Raja Melayu dan hak-hak istimewa orang Melayu dipermainkan.

“Lebih dikesalkan, ada orang Islam yang hadir pada ceramah itu bertepuk tangan dan bersorak gembira selepas Kor Ming membaca ayat al-Quran walaupun salah,” ujarnya.

Katanya, Kor Ming boleh membaca al-Quran kalau dia memeluk Islam atau pun untuk tujuan pembelajaran perbandingan agama.

http://www.utusan.com.my/

Kementerian Pertahanan adakan majlis perpisahan Abdullah ~ Mstar

 

 

SELAMAT TINGGAL… Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika diarak keluar selepas menghadiri majlis perpisahan di kementerian. Perarakan itu, yang diadakan di perkarangan Kementerian Pertahanan, dihadiri kebanyakan pegawai-pegawai atasan tentera dengan lintasan hormat oleh anggota-anggota pengawal kehormat Regimen Pertama Askar Melayu Diraja.

 

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadiri majlis perpisahan yang diadakan di Kementerian Pertahanan di sini petang ini.

Abdullah, yang juga Menteri Pertahanan, memeriksa barisan kawalan kehormat Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Mejar Norhisyam Kamar dan dianggotai 103 pegawai serta anggota pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia dan Tentera Darat Malaysia.

Beliau kemudiannya mengucapkan selamat tinggal kepada kira-kira 1,000 kakitangan dan pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia sebelum meninggalkan kementerian itu.

Terdahulu, Abdullah mempengerusikan Majlis Angkatan Tentera buat kali terakhir.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Wira Abu Seman Yusop dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Abdul Aziz Zainal.

Pagi tadi, Abdullah menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk menyerahkan surat melepaskan jawatan Perdana Menteri.

Abdullah mengambil alih portfolio Menteri Pertahanan pada 17 September 2008 daripada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

 

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/4/2/mstar_berita/20090402213455&sec=mstar_berita

Yang di-Pertuan Agong perkenan Najib sebagai Perdana Menteri ~ Mstar

 

PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin telah memperkenankan pelantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri keenam, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan hari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia oleh Najib di hadapan Seri Paduka Baginda akan diadakan di Istana Negara 10 pagi esok.

Pagi tadi, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadap Tuanku Mizan untuk menyerahkan surat melepaskan jawatan Perdana Menteri, selaras dengan proses peralihan kuasa antara beliau dan Najib yang dirancang sebelum ini.

Najib, yang mengambil alih jawatan Presiden Umno daripada Abdullah pada Perhimpunan Agung Umno minggu lepas, turut menghadap Seri Paduka di Istana Negara, selepas istiadat menghadap oleh Abdullah pagi tadi.

Abdullah dilantik sebagai Perdana Menteri kelima menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 30 Okt 2003. BERNAMA

http://www.mstar.com.my/ 

PM hadiri jamuan perpisahan di JPM ~ Malaysiakini

 
Muda Mohd Noor | Apr 2, 09 3:31pm
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengadakan jamuan majlis perpisahan untuk kakitangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di kediaman rasminya di Seri Perdana di Putrajaya hari ini.

Kira-kira 100 kakitangan dari tingkat satu hingga tingkat lima bangunan JPM menghadiri jamuan tersebut.

Abdullah dan isterinya Datin Seri Jeanne Abdullah tiba di dewan jamuan kira-kira jam 1.15 tengahari dan menerima tepukan kakitangan berkenaan.

Hadir sama ialah penasihat agama Abdullah, Datuk Abdullah Mohd Zain yang turut membacakan doa selamat di majlis tersebut.

Berucap di majlis tersebut, Abdullah berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada kakitangan JPM yang bekerja sepanjang beliau menjadi perdana menteri.

“Saya bagi pihak Jeanne dan Datin Seri Endon Abdullah mengucapkan terima kasih kepada kakitangan.

“Kalau ada apa-apa salah dan silap, saya memohon maaf.

“Saya juga mengucapkan selamat jalan kepada kakitangan yang sudah habis bekerja,” katanya.

Kepada kakitangan lain, Abdullah mahu mereka bekerja dengan cekap, bersungguh-sungguh dan cekap.

Perdana menteri dijadualkan mengadakan majlis perpisahan dengan kakitangan Kementerian Pertahanan petang ini.

Beliau dijadual menyerahkan tugas sebagai perdana menteri kepada penggantinya Datuk Seri Najib Tun Razak esok.

http://www.malaysiakini.com/news/101514

MESYUARAT TERAKHIR ~ Utusan Malaysia

 

ABDULLAH Ahmad Badawi menandatangani pengesahan dokumen minit mesyuarat Kabinet sambil disaksikan Jemaah Menteri sebelum mempengerusikan mesyuarat yang terakhir dihadirinya di Bangunan Perdana Putra, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya semalam. – BERNAMA



Semalam adalah mesyuarat Kabinet yang terakhir dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum menyerahkan jawatan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak esok.

Sebelum mempengerusikan mesyuarat di Bangunan Perdana Putra, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya itu, Abdullah turut menandatangani dokumen minit mesyuarat Kabinet minggu lalu.

Upacara itu yang merupakan simbolik tanda bertukarnya pengerusi untuk mesyuarat Kabinet selepas ini, turut disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Najib dan menteri-menteri Kabinet. Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

 

http://www.utusan.com.my 

Najib sah angkat sumpah Perdana Menteri Jumaat ini ~ Utusan Malaysia

 

KUALA LUMPUR 31 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang keenam di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin Jumaat ini.

Semua anggota Jemaah Kabinet telah menerima surat jemputan menghadiri istiadat pengurniaan suratcara pelantikan dan istiadat mengangkat sumpah serta menyimpan rahsia Najib yang akan berlangsung di Istana Negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang mengesahkan perkara itu memberitahu bahawa beliau telah menerima surat berkenaan pagi ini.

“Saya telah menerima surat jemputan menghadiri Majlis berkenaan daripada urus setia Jemaah Menteri pagi ini.

“Ia akan berlangsung pada pukul 9 pagi Jumaat ini bertempat di Balai Rong Seri Istana Negara,” katanya sewaktu dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini turut memetik sumber Istana Negara bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menghadap Tuanku Mizan secara rasmi pada Khamis ini bagi memaklumkan hasratnya melepaskan jawatan.

 

http://www.utusan.com.my

« Newer entries
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.