BERITA MALAYSIA KINI

Pilihan Terbaik Setiap Detik

Arkib untuk Mei, 2009

Husam tanding timbalan Presiden Pas ~ Utusan Malaysia

25/05/2009 1:07pm
Oleh Nizam Yatim

KUALA LUMPUR 25 Mei – Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa hari ini mengesahkan akan bertanding merebut jawatan timbalan presiden parti itu pada Muktamar Pas bulan depan.

Beliau berkata, keputusan itu adalah muktamad walaupun terdapat desakan supaya beliau mengkaji semula pendiriannya itu.

Keputusan itu yang diumumkan di ibu pejabat Pas di sini hari bermakna, persaingan bagi jawatan tersebut akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara penyandang, Nasharuddin Mat Isa, Husam dan seorang lagi naib presiden, Mohamad Sabu. – Utusan

http://utusan.com.my/

Terkini : EGM PPP lantik Murugiah Presiden baru lucut Kayveas

PUTRAJAYA: Krisis Parti Progresif Penduduk (PPP) semakin serius dengan kumpulan Senator T. Murugiah yang dipecat minggu lalu memilih beliau sebagai Presiden baru parti itu.

Pelantikan Murugiah yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu diputuskan oleh Mesyuarat Agung Tergempar (EGM) di sini.

Malah EGM itu juga melucutkan M. Kayveas sebagai Presiden. EGM yang bermula 12 tengah hari kini sedang berlangsung.

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/5/24/mstar_berita/20090524133442&sec=mstar_berita

Terkini : Zambry MB Perak yang sah ~ Mstar


PUTRAJAYA: Datuk Seri Zambry Abdul Kadir ialah Menteri Besar Perak yang sah, Mahkamah Rayuan membuat keputusan hari ini.

ADUN PAS Manek Urai meninggal dunia ~ Mstar

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manek Urai, Kelantan, Ismail Yaacob dari PAS meninggal dunia awal pagi tadi kerana sakit.

Ismail, 60, meninggal dunia kira-kira pukul 5.55 pagi tadi.

Ketika dihubungi sebentar tadi, Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali mengesahkan Allahyarham Ismail meninggal dunia kerana sakit.

“Beliau dah lama sakit dan meninggal dunia awal pagi… kita akan adakan sidang media pagi ini,” kata beliau. Ismail telah dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu akhir bulan lalu kerana masalah di bahagian kaki dan difahamkan turut menghadapi masalah jantung.

Dalam pilihan raya umum lalu beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Mohamed Zulkepli Omar dengan majoriti 1,352 undi.

Dalam pada itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS II Kelantan, Datuk Nik Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, Allahyarham akan dikebumikan selepas solat Jumaat.
http://mstar.com.my

Gerakan harap Chin Peng dibenar kembali ke Malaysia ~ Mstar

PULAU PINANG: Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan meminta kerajaan membenarkan bekas pemimpin komunis, Chin Peng, kembali ke Malaysia atas sebab-sebab kemanusiaan kerana beliau tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

“Keganasan komunis yang melampau seperti pada tahun-tahun 50an tidak lagi diamalkan (dan) komunisme di seluruh dunia termasuk di China dan Rusia telah mengalami transformasi dan kini menuju ke arah perjuangan berasaskan ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan.

Chin Peng, yang dilahirkan di Sitiawan, Perak, kini tinggal di Bangkok selepas permohonan terakhirnya menerusi saluran undang-undang untuk menetap di Malaysia ditolak oleh mahkamah pada 30 April lepas.

Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya itu dipercayai mempunyai saudara mara khususnya di Perak dan di Butterworth.

“Beliau sudah berusia 85 tahun, dan ingin kembali ke negara kelahirannya tetapi rayuannya telah ditolak,” kata Teng. BERNAMA

 

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/5/20/mstar_berita/20090520190026&sec=mstar_berita                                                                                        

Politik wang mungkin ada – Nik Aziz

KOTA BHARU 17 Mei – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menolak kemungkinan wujudnya ‘politik wang’ dalam parti itu menjelang pemilihan agung bulan depan.

Justeru, beliau meminta para perwakilan pada Muktamar Tahunan Pas itu menolak calon yang mengamalkan perbuatan sedemikian bagi meraih sokongan.

Namun Nik Aziz mengingatkan, sebarang tuduhan mengenai gejala itu perlu dibuat berlandaskan fakta dan wajar tindakan diambil sekiranya gagal dibuktikan.

“Boleh jadi ada sungguh (politik wang). Kalau ada sungguh, saya berasa sangat dukacita. Kita hendak berjuang dalam Pas, sedangkan Pas hanya wadah untuk perjuangkan Islam.

“Macam saya sebut hari itu, bagi duit ambil, bagi gula kacau. Saya setuju benar orang beri ambil tetapi jangan undi orang macam ini. Jangan beri peluang orang begini wujud dalam Pas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan Ketua Dewan Ulama, Datuk Mohamed Daud Iraqi bahawa budaya memberi ‘hadiah’ mula menular ke dalam parti tersebut menjelang pemilihan parti tidak lama lagi.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan meminta calon yang bertanding pada pemilihan akan datang supaya tidak melakukan perkara yang boleh menimbulkan syak.

“Dalam suasana begini, jangan kita beri macam-macam dekat orang sebab mereka akan tuduh kita. Orang tidak tuduh kita kalau kita ini bersih, jadi jangan buat benda yang boleh membuatkan orang tuduh kita.

“Perwakilan jangan terpedaya, jangan jadi hamba duit dan Alhamdulillah, Pas berjaya menyekat nafsu daripada terperangkap dengan duit,” katanya.

Mengulas tindakan ke atas Mohamed sekiranya gagal mengemukakan bukti atas dakwaan tersebut, beliau berkata, ia memang perlu dilakukan bagi memastikan setiap pemimpin bercakap berlandaskan fakta.

“Saya setuju, kita hendak sebut depan orang ramai mesti kena ada fakta. Jangan mengada-ada sebut kalau tak ada fakta,” katanya.

Mohamed telah diarah memberi penjelasan kepada Dewan Harian Pas Pusat dan sekiranya gagal mengemukakan bukti, beliau akan dihadapkan ke jawatankuasa disiplin.

http://www.utusan.com.my/

Kes pertama H1N1 ~ Utusan Malaysia

Oleh THOMAS CHONG
pengarang@utusan.com.my

 

Seorang petugas Hospital Sungai Buloh yang berpakaian khas memeriksa ambulans dipercayai membawa mangsa disyaki menghidap influenza A (H1N1). – UTUSAN\Mohd. Saifudin Rashid

 

 

PUTRAJAYA 15 Mei – Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan seorang pelajar menjadi penghidap pertama virus influenza A (H1N1) di negara ini.

Pelajar lelaki berusia 21 tahun yang berasal dari Lembah Klang itu dimasukkan ke wad pengasingan di Hospital Sungai Buloh, manakala lima ahli keluarganya dikuarantin di rumah.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang memangku tugas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Kong Cho Ha (gambar) berkata, pelajar itu baru pulang dari Amerika Syarikat pada 13 Mei lalu.

Beliau berkata, pelajar terbabit mengalami demam, sakit tekak dan sakit badan semalam serta dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada pukul 6.45 petang hari yang sama.

‘‘Pelajar itu telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan telah disahkan positif influenza A (H1N1) melalui ujian makmal yang dilakukan pada hari ini.

‘‘Dia telah diberi rawatan antiviral dan berada dalam keadaan yang baik dan stabil,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau seterusnya memberitahu, pelajar tersebut tidak mengalami demam atau kepanasan badan semasa saringan kesihatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

‘‘Seseorang pesakit yang dijangkiti selesema mungkin tidak mengalami tanda-tanda demam pada peringkat awal,” katanya.

Mengenai lima ahli keluarga pelajar yang dikuarantin di rumah, Cho Ha berkata, mereka akan dibenarkan keluar dari rumah jika tidak mempunyai tanda-tanda penyakit itu dalam tempoh tujuh hari.

‘‘Kuarantin di rumah bertujuan melihat sama ada mereka mengalami tanda-tanda penyakit itu atau dijangkiti virus influenza A,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican dalam kenyataannya hari ini berkata, selain satu kes yang disahkan sebagai H1N1, Kementerian Kesihatan turut menerima 11 pemberitahuan mengenai kes itu semalam.

Beliau berkata, enam pesakit telah diasingkan di Hospital Sungai Buloh, dua di Hospital Tuanku Ja‘afar, Seremban dan masing-masing satu kes di Hospital Raja Permaisuri Bainon, Ipoh; Hospital Pulau Pinang dan Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bahru.

‘‘Kesemua kes menunjukkan tanda jangkitan virus influenza A dan mempunyai sejarah melawat negara yang dilanda wabak, manakala sampel klinikal mereka telah dihantar untuk ujian makmal,” katanya.

http://www.utusan.com.my/ 


BN akan buat rayuan – Najib ~ Utusan Terkini

11/05/2009 7:11pm

PUTRAJAYA 11 Mei – Barisan Nasional (BN) akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah, kemungkinan esok, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

“Kami berpendapat kami mempunyai kes yang kukuh,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) di pejabatnya di sini. – Bernama

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0511&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_15.htm

ISA: 13 lagi dibebas ~ Utusan Malaysia

Oleh THOMAS CHONG
pengarang@utusan.com.my

 

PUTRAJAYA 8 Mei – Selepas 36 hari Datuk Seri Najib Tun Razak dilantik Perdana Menteri dan ketika kajian terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sedang giat dijalankan, 13 lagi tahanan akta itu akan dibebaskan.

Ia termasuk tiga baki pemimpin pertubuhan haram Hindraf. Alasan kerajaan hanya satu – kesemua tahanan itu didapati tidak lagi memberi ancaman kepada keselamatan negara.

Pembebasan mereka adalah yang kedua dibuat oleh kerajaan pimpinan Najib selepas pada 3 April lepas, sebaik saja mengambil alih jawatan Perdana Menteri, beliau mengumumkan pembebasan 13 tahanan termasuk dua pemimpin Hindraf.

Langkah pembebasan terbaru itu diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tiga baki pemimpin Hindraf yang dibebaskan ialah K. Vasantha Kumar, 36, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan, 48, penasihat undang-undang pertubuhan itu, P. Uthayakumar, 47.

Turut dibebaskan tiga warganegara Malaysia iaitu suspek pemimpin gerakan militan Jemaah Islamiah (JI), Zulkepli Marzuki serta dua orang yang disyaki penyokong Darul Islam (DI), Jeknal Adil dan Adzmi Pindatun.

Dua rakyat Indonesia iaitu Zainun Rasyid yang dipercayai penyokong JI dan Aboud Ghafar Shahril yang disyaki ahli DI juga dibebaskan.

Dalam pada itu, rakyat Filipina yang dibebaskan ialah Sufian Salih (JI), Hasim Talib (JI), Abdul Jamal Azahari (DI), Yusof Mohd. Salam (DI) dan Husin Alih (DI).

http://www.utusan.com.my

Speaker DUN Perak diseret keluar ~ Malaysiakini

 

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), V Sivakumar dibawa oleh kumpulan polis dari dalam dewan ke satu tempat yang tidak didedahkan pada petang ini.Tindakan Hanya isteri beliau dibenarkan berjumpa ADUN DAP itu.

 

sivakumar being dragged abused manhandled by security unknown individual out perak state assembly chaos 070509 02Tidak lama kemudiannya, kenderaan rasmi Speaker DUN V Sivakumar jenis Toyota Camry dengan nombor pendaftaran AFD 999 kelihatan keluar dengan seorang penumpang wanita di dalamnya.

Tetapi Sivakumar yang juga ADUN DAP itu tidak kelihatan di dalamnya.

Sementara itu, Datuk R Ganesan, speaker baru lantikan BN, memulakan persidangan dewan dengan meminta seorang pegawai DUN membacakan doa. 

Beliau juga mengarah keluar dua ADUN Pakatan – Chan Ming Kai (PKR-Simpang Pulai) dan Chang Lih Kang (PKR-Teja) – tetapi mereka enggan berbuat demikian. 

sivakumar being dragged abused manhandled by security unknown individual out perak state assembly chaos 070509 the bestSpeaker itu menangguhkan dewan bagi menunggu keberangkatan tiba Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah.

Raja Nazrin Shah kemudiannya berangkat masuk ke dewan untuk majlis rasmi pembukaan persidangan DUN.

Baginda kemudian kelihatan bertitah kepada Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin (PAS-Pasir Panjang) dan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan). 

Mohd Nizar kemudian menyeru semua ADUN Pakatan agar duduk dan mereka semua kembali di tempat masing-masing.

Raja Nazrin berangkat pulang selepas menyampai titah dan merasmikan sidang DUN dan kelihatan diiringi oleh Mohd Nizar.

http://www.malaysiakini.com/news/103800

Older entries »
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.