PULAU PINANG: Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan meminta kerajaan membenarkan bekas pemimpin komunis, Chin Peng, kembali ke Malaysia atas sebab-sebab kemanusiaan kerana beliau tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan negara.
“Keganasan komunis yang melampau seperti pada tahun-tahun 50an tidak lagi diamalkan (dan) komunisme di seluruh dunia termasuk di China dan Rusia telah mengalami transformasi dan kini menuju ke arah perjuangan berasaskan ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan.
Chin Peng, yang dilahirkan di Sitiawan, Perak, kini tinggal di Bangkok selepas permohonan terakhirnya menerusi saluran undang-undang untuk menetap di Malaysia ditolak oleh mahkamah pada 30 April lepas.
Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya itu dipercayai mempunyai saudara mara khususnya di Perak dan di Butterworth.
“Beliau sudah berusia 85 tahun, dan ingin kembali ke negara kelahirannya tetapi rayuannya telah ditolak,” kata Teng. BERNAMA
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/5/20/mstar_berita/20090520190026&sec=mstar_berita
SALAM HORMAT DAN SALAM SEJAHTERA.
PD PENDPT SY, TAK PAYAH LE CHIN PENG TU BALIK KRN BELIAU MERUPAKAN PEMIMPIN YG PERNAH MEROSAKKAN KEAMANAN TANAH MELAYU SUATU KETIKA DULU.BIAR DIA TERIMA PENGAJARAN APA YG TLH DI LAKUKANNYA PD SUATU MASA DULU.
BAGI KAMI TERUTAMA ORG MELAYU MERASAKAN SATU KEAIBAN ANDAIKATA CHIN PENG DI BERI PELUANG PULANG KE MALAYSIA.MESKIPUN SY DLM PKR, BAGI SYA IANYA AMAT SENSITIF TAK PAYAH NAK SEBUT NAMA CHIN PENG LAGI KRN IANYA DAH JADI SEJARAH.MCM MANA PENDAPAT SY SAMA JUGA PENDAPAT ORG MELAYU DI DLM UMNO DAN PAS.INGATTTT…INGAT WOOOIIIII… CAKAP BOLEH SEBARANG CAKAP1?
HITAM EMPAT BELAS 1999