BERITA MALAYSIA KINI

Pilihan Terbaik Setiap Detik

Arkib untuk Mac, 2010

Ahli Parlimen Hulu Selangor meninggal – Utusan

KAJANG 25 Mac – Ahli Parlimen Hulu Selangor daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad, 71, meninggal dunia akibat barah otak di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras di sini malam ini.

Bernama dalam laporan awalnya menyebut, adik Allahyarham, Md. Hambali mengesahkan Zainal Abidin menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.27 malam.

Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Siti Zaharah Mohd. Zin dan empat orang anak.

Zainal Abidin merupakan bekas Timbalan Menteri Besar Selangor dari 1999 hingga awal 2004 ketika dalam UMNO dan pernah menjadi Exco kerajaan negeri selama lapan tahun selain Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun.

Pada Mac 2005, beliau mengambil keputusan meninggalkan UMNO dan menyertai PKR.

Allahyarham kemudian memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor di bawah tiket PKR dengan mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) daripada MIC, Datuk G. Palanivel pada Pilihan Raya Umum 2008.

Beliau hanya memenangi kerusi itu dengan majoriti 198 undi. Zainal mendapat 23,177 undi manakala Palanivel mendapat 22,979 undi.

Antara jawatan Exco kerajaan negeri yang pernah dipegangnya ialah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Penyelidikan dan Pengerusi Jawatankuasa Perjawatan, Pendidikan dan Sumber Manusia.

Allahyarham memulakan kerjaya sebagai guru di Sekolah Tinggi Kajang (1961-1968) dan Pengetua Sekolah Menengah Kuala Kubu Baru (1972-1973) sebelum dilantik sebagai pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1974.

Beliau memperoleh Doktor Falsafah (PhD) Sains Politik dari University of California, Los Angeles pada 1980 dan pernah menjadi Dekan Fakulti Pendidikan UKM sebelum meninggalkan dunia akademik dan menyertai politik pada 1989.

http://utusan.com.my/

Dewan Rakyat: Zulkifli Dedah Tawaran “Menggoyahkan Iman” Untuk Fitnah Najib, Rosmah



KUALA LUMPUR, 24 Mac – Anggota Parlimen Bebas Zulkifli Noordin Rabu mendedahkan beliau ditawarkan ganjaran besar untuk memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor untuk mengaitkan mereka dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Zulkifli (Kulim-Bandar Baharu) semasa memberitahu Dewan Rakyat demikian bagaimanapun tidak menyatakan pihak yang membuat tawaran itu tetapi menyifatkannya sebagai tawaran yang “boleh menggoyahkan iman” daripada pihak yang terbabit dengan “pakatan fitnah” tersebut.

Zulkifli yang dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini berkata beliau bersyukur kepada Allah kerana melindunginya daripada terbabit dengan pakatan fitnah tersebut.

Pada pertengahan tahun lalu, Zulkifli menarik diri sebagai peguam bela tertuduh dalam kes pembunuhan itu, Cif Inspektor Azilah Hadri, kerana mendakwa terdapat campurtangan serius pihak ketiga dalam persediaannya membuat pembelaan.

“Sebab itulah saya menarik diri daripada terus mengendalikan kes tersebut kerana adanya gangguan daripada pihak ketiga yang menyebabkan mustahil untuk saya terus bertindak secara profesional sebagai peguam bela kes tersebut,” katanya ketika membahas usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini.

Zulkifli berkata beliau pernah diminta mendapatkan pengakuan bersumpah mengaitkan Najib dan Rosmah dengan kes pembunuhan itu.

“Sebagai seorang Islam, kita patut ambil sikap bersangka baik…setahu saya YAB Perdana Menteri telah melakukan sumpah menafikan pembabitan beliau dan setakat ini, tidak ada di antara kita yang berani bersumpah menafikan (apa-apa tuduhan terhadap pihak berkenaan).

“Oleh itu, bersangka baiklah kita sesama Islam dan berpeganglah kepada al-Quran sebagai petunjuk kita, bagaimana kita tidak suka difitnah orang, begitu jugalah kita tidak sepatutnya memfitnah orang lain,” katanya lagi.

Zulkifli juga berkata fitnah yang tidak berkesudahan juga dilemparkan terhadap Perdana Menteri tanpa sebarang bukti dan keterangan, serta sekadar bersandarkan surat akuan sumpah daripada bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam.

Sedangkan, katanya, apa yang difitnah dan ditohmah dalam akuan sumpah tersebut tidak pernah dinyatakan oleh penyiasat persendirian itu semasa dia memberi keterangan di mahkamah.

Zulkifli turut menyifatkan Balasubramaniam sebagai seorang “opportunist yang mengambil kesempatan daripada kerakusan syaitan yang bertopengkan manusia.”

Katanya, beliau juga tidak lupa pada sekitar tahun 2004, apabila diminta mengaibkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (BN-Padang Rengas) dengan mengaitkan anak beliau (Nazri), Nadim dengan kes pembunuhan Darren Kang hanya kerana Nadim secara kebetulan berada di lokasi pembunuhan di Sri Hartamas.

Dalam kes itu, katanya, lima orang warga Thai pekerja restoran Uncle Don di Sri Hartamas telah didakwa dan dibicarakan serta membuat pengakuan bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

“Alhamdulillah, sekali lagi Allah telah menyelamatkan saya daripada terlibat dengan fitnah,” katanya.

“Saya berharap tidak ada pihak yang meletakkan saya dalam keadaan terpaksa mendedahkan semua perkara mungkar yang berlaku…kalau saya berbuat demikian, letupan besar yang dibuat oleh YB Bayan Baru (rancangan pengambilalihan kuasa 16 Sept oleh pihak pembangkang) akan hanya menjadi sekadar ‘kentut yang sepi’,” kata beliau.

Minggu lepas, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang menjadi wakil Bebas selepas keluar daripada PKR membuat pendedahan yang mendakwa Anwar berbohong kononnya Yang di-Pertuan Agong dan Panglima Angkatan Tentera merestui rancangan 16 Sept 2008 untuk Anwar mengambil alih kuasa pemerintahan negara.

Zulkifli berkata terlalu banyak perkara yang tidak betul yang beliau telah diminta melakukan.

“Begitulah kotornya mainan politik negara masa kini…ada antaranya yang telah saya laksanakan dan ada antaranya tidak saya laksanakan. Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan kepada mereka yang telah menjadi mangsa kepada percaturan politik kotor ini, dan saya berjanji akan berjumpa dengan mereka secara peribadi untuk perbetulkan keadaan,” katanya.

Zulkifli berkata tujuan beliau membuat pendedahan itu kerana bersetuju dengan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin yang melahirkan kekhuatiran tentang gejala fitnah yang sampai ke peringkat yang membimbangkan semasa merasmikan mesyuarat Parlimen Isnin lepas.

“Saya sendiri khuatir dengan cara berpolitik bangsa Melayu beragama Islam yang jauh daripada perintah Allah dan sunnah Rasulullah. Saya juga takut jika kita mengambil sikap mendiamkan diri, laknat Allah akan menimpa kita,” katanya.

bernama

Sambutan Hari Keputeraan Sultan Kelantan 30 Mac

21/03/2010 7:40pm

KOTA BAHARU 21 Mac – Sambutan Hari Keputeraan ke-60 Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra diteruskan dengan acara penganugerahan diadakan pada 30 Mac ini.

Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata, penganugerahan itu akan diteruskan sempena sambutan tersebut tetapi acara perayaan tidak dijalankan dan ia digantikan dengan solat hajat dan doa selamat di semua masjid di negeri berkenaan.

“Penganugerahan akan diteruskan dan Pemangku Raja, Tuanku Tengku Muhammad Faris Petra Ismail Petra akan menentukan siapa yang berhak menerima anugerah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, selain acara penganugerahan, acara solat hajat dan majlis hari hol Almarhum Sultan Yahya Petra diadakan pada 25 Mac ini.

Sebelum ini, Datuk Wan Hashim Wan Daud yang mendakwa dirinya, Setiausaha Sulit Sultan Kelantan dalam satu kenyataan menyatakan bahawa Tuanku Ismail Petra menitahkan semua perayaan dan penganugerahan sempena Hari Keputeraan Baginda yang ke-60 pada 30 Mac ini tidak dilangsungkan.

Berikutan itu, Abdul Halim telah membuat laporan polis dua hari lepas kerana mempertikaikan kesahihan kenyataan dan pelantikan Wan Hashim kerana pelantikan itu tidak melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN).

Akhbar hari ini melaporkan Wan Hashim mendakwa pelantikannya tidak tertakluk di bawah SPN kerana pelantikannya di bawah bidang kuasa Sultan Ismail Petra. – Bernama

http://utusan.com.my/utusan/

Pindaan akta ambil kira hak Orang Asli

2010/03/18

PUTRAJAYA: Kerajaan sedia menerima pandangan dan cadangan daripada masyarakat Orang Asli berhubung pindaan Akta Orang Asli 1954 dan pelaksanaan Dasar Pemberimilikan Tanah Orang Asli yang diluluskan Majlis Tanah Negara, pada 4 Disember lalu.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata pandangan itu boleh dikemukakan dalam sesi taklimat ke seluruh negara yang sedang berlangsung ketika ini, bertujuan mendapat maklumat Orang Asli berhubungan pindaan akta dan pelaksanaan dasar berkenaan.

Justeru, beliau memberi jaminan sebarang pindaan akta bakal dibentangkan di Parlimen pada Jun depan, tidak akan menjejaskan hak Orang Asli kerana kerajaan sentiasa melindungi hak masyarakat pribumi itu. “Sebenarnya, Orang Asli bukan saja berhak mendapatkan tanah diwartakan kerajaan untuk masyarakat Orang Asli tetapi juga layak memohon mendapatkan tanah seperti kaum Bumiputera lain.

“Masyarakat Orang Asli juga perlu sedar bahawa hak mereka bukan hanya terhad ke atas tanah seluas dua hektar atau empat hektar kerana mereka boleh memohon untuk memiliki rumah seperti di Pulau Pinang dan Selangor.

“Malah, ia juga bukan terhad kepada kawasan penempatan disediakan kerajaan menerusi Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) atau rumah kos rendah saja,” katanya selepas menghadiri sesi dialog bersama pemimpin masyarakat Orang Asli di sini, semalam.

Sementara itu, kira-kira 2,000 ahli Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) dan gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Orang Asli Semenanjung Malaysia berkumpul di Dataran Putra sejak jam 1 tengah hari, bagi menyertai program penyerahan memorandum bantahan Dasar Pemberimilikan Tanah Orang Asli oleh Majlis Tanah Negara kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Memorandum setebal lapan muka surat itu diserahkan oleh Presiden POASM, Majid Suhut kepada Pegawai Tugas-Tugas Khas Perdana Menteri, Datuk Ghazali Ibrahim.

Berita Harian

Zahrain attacks PKR MP – The Star Online

A FIERY verbal war took place as ex-PKR MP Datuk Zahrain Mohd Hashim turned against his former party, telling the Dewan Rakyat he was disappointed by the Opposition that had become engulfed with greed and self-interest and exposed its plan to take over the Government on Sept 16, 2008.

Zahrain, who spoke as an independent MP for the first time, was interrupted again and again by shouts and jeers from angry Pakatan Rakyat MPs with loud retaliation from the backbenchers. At one point, Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim and several other PKR leaders walked out of the Dewan in a show of protest.

The Bayan Baru MP called Penang Chief Minister Lim Guan Eng a dictator and communist, saying he (Zahrain) had to get out of PKR and become an independent MP on Feb 12 as he now doubted the party’s struggle.

“I didn’t plan to bring up the issue but due to the character assassination against me, my family and friends who decided to move out of PKR, I have no choice but to tell you why I decided to leave,” he said when debating the motion of thanks on the Royal Address.

Man of the hour: Zahrain being mobbed by reporters after the debate at Parliament.

He said his doubts stemmed from changes in the PKR struggle which went through a reformation and turned into an agenda of self-interest.

The Sept 16 agenda was manipulated, he said.

“We were used and lied to when they said the number of those waiting to jump over to PKR was more than enough,” Zahrain said.

He said that they were deceived with the story that the Yang di-Pertuan Agong was waiting for them at the palace to approve the number of Barisan MPs who were going to join their party.

“We were told that the King had agreed that (Opposition Leader Datuk Seri) Anwar Ibrahim would be the sixth Prime Minister,” he said.

Anwar, who was present in the Dewan, told Zahrain to correct his statement and the latter rebutted by saying: “You don’t lie.”

At this juncture, N. Gobalakrishnan (PKR–Padang Serai) pressed the ex-PKR man to retract the remark.

Zahrain also claimed that he and his former coalition mates were told to go to Parliament for the takeover of power.

An irate Tian Chua (PKR–Batu) demanded to know why it had taken Zahrain more than a year to talk about the planned September takeover.

When Anwar and several PKR MPs walked out, Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) chided them, asking them why they could not take criticism from Zahrain when Anwar himself had hit out against Barisan Nasional in the last three hours in his speech.

Replying to accusations against Lim, Gobalakrishnan pointed out to Zahrain that it was he who became power crazy after two years.

When he alleged that Zahrain had wanted a particular project to be given to him, the Bayan Baru MP challenged him to make the statement out of the House.

Just after 5.30pm, Deputy Speaker Datuk Ronald Kiandee postponed the debate.

http://thestar.com.my/

Kes Karpal Singh: Terdapat unsur menghasut

KUALA LUMPUR 17 Mac – Seorang pegawai polis memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa terdapat unsur menghasut dalam kes yang membabitkan Karpal Singh berdasarkan 103 laporan polis yang dibuat terhadap Pengerusi DAP tersebut.

Pegawai penyiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Asisten Supritendan Suhaimi Muhammad memberitahu, kesemua laporan polis itu diterima dalam tempoh antara 17 hingga 24 Februari tahun lalu dari balai-balai polis di Semenanjung Malaysia.

Berdasarkan laporan-laporan itu juga, katanya, siasatan dibuat di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan bukannya Seksyen 3 akta tersebut iaitu kesalahan kecenderungan menghasut.

”Pada pendapat saya, siasatan dibuat berdasarkan laporan yang dibuat dan pada penilaian awal, tindakan menghasut telah wujud. Oleh itu, saya merasakan siasatan mengikut Sesyen 4(1)(b) adalah bersesuaian,” kata Suhaimi.

Sementara itu, berhubung transkrip yang disifatkan ‘tidak boleh dikatakan lengkap dan betul sepenuhnya’, saksi itu menyatakan, dia melihat pada keseluruhan transkrip.

”Secara keseluruhan, pada pandangan saya, ia (transkrip) adalah berkenaan Yang Berhormat (YB) Karpal beritahu hendak saman Sultan Perak.

”Jadi sebagai pegawai penyiasat dan individu, perkara tersebut adalah salah,” ujarnya.

Suhaimi, 36, yang juga merupakan saksi pendakwaan terakhir berkata demikian ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya, Melissa Mohd. Akhir.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu dibicarakan selepas mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyebut kata-kata menghasut berkaitan Sultan Perak pada satu sidang akhbar di pejabatnya di Tetuan Karpal Singh & Co., Jalan Pudu Lama di sini antara pukul 12 dan 12.30 tengah hari, 6 Februari tahun lalu.

Terdahulu ketika disoal balas oleh Karpal, saksi pendakwa ke-19 itu menyatakan, sekiranya siasatan hendak dibuat mengikut Seksyen 3 akta yang sama maka Seksyen 3(1)(e) adalah lebih tepat.

Seksyen tersebut menyatakan bahawa ‘sesuatu kecenderungan menghasut bagi mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia’.

Pegawai penyiasat tersebut bagaimanapun pada satu ketika dilihat ‘keliru’ apabila diasak bertubi-tubi oleh Karpal yang mewakili dirinya sendiri.

Sehingga sampai pada satu tahap, Suhaimi ‘bersetuju’ dengan cadangan Karpal bahawa tiada kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh sekiranya mengikut Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan.

Namun apabila disoal semula oleh Melissa, saksi itu menjelaskan sekali lagi bahawa dia tidak begitu arif mengenai Perlembagaan Persekutuan mahupun Undang-Undang Negeri Perak yang sering diulangi Karpal.

”Sekiranya mengikut Perkara 160 Perlembagaan, tidak berlaku kesalahan tetapi untuk kes ini, saya tidak dapat pastikan telah berlaku kesalahan atau tidak,” katanya.

Kes akan bersambung pada 7 Mei ini di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Azman Abdullah bagi membolehkan pihak pendakwaan memanggil semula beberapa saksi bagi melengkapkan kemasukan barang bukti.

Pada tarikh tersebut, pendakwa raya juga dijangka mengakhiri kes pendakwaan sebelum kedua-dua pihak membentangkan penggulungan hujah masing-masing.

http://utusan.com.my/

Bapa Haresvarran buat laporan polis terhadap Manikavasagam

11/03/2010 8:01pm

PETALING JAYA 11 Mac – S. Karigalan, bapa kepada K. Haresvarran kanak-kanak berusia 18 bulan yang mati akibat didera pada Rabu lepas, hari ini membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen (MP) Kapar, S. Manikavasagam selepas mendakwa beliau dan isterinya difitnah.

Karigalan membuat laporan polis itu di Balai Polis Damansara di sini pukul 2.30 petang ini berhubung memorandum yang dihantar Manikavasagam kepada Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan semalam.

“Saya kesal dengan sikap MP Kapar kerana mempolitikkan kes ini serta mencampuri siasatan polis dan mahkamah. Sebagai MP dia perlu menjaga kawasan dia bukan mengganggu siasatan kes ini,” katanya ketika ditemui di sini.

Beliau berkata, Manikavasagam hanya mendengar sebelah pihak sahaja dan mencari publisiti murahan dengan menghantar memorandum kepada Ketua Polis Negara tanpa menyelidik terlebih dahulu kejadian sebenar.

Beliau yang juga Pengerusi MIC Seksyen 19 Petaling Jaya Utara berkata, sekiranya Manikavasagam atau mana-mana pihak ketiga meneruskan fitnah itu, beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.

K. Haresvarran disahkan meninggal dunia pada pukul 12 tengah malam, Khamis lepas akibat retak tulang rusuk selain hatinya pecah serta terdapat banyak kesan lebam pada badan mangsa dipercayai akibat didera oleh suami bekas penjaganya, seorang kelindan lori yang berusia 33 tahun, di sebuah taman di Pangsapuri Seri Ara, Damansara di sini.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi berkata, suspek dan isterinya disambung reman selama lima hari lagi sehingga 15 Mac depan untuk siasatan lanjut. – Bernama

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0311&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_27.htm

Zulkifli tarik diri wakili Anwar

Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM
saiful.hasam@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 9 Mac – Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin hari ini menarik diri daripada mewakili Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam permohonan qazaf beliau berkuat kuasa serta-merta.

Pendirian Zulkifli itu dibuat sehari selepas beliau mengkritik isteri Anwar yang juga Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail kerana tidak mempertahankan beliau dalam isu kalimah Allah sehingga dipecat daripada parti pada Sabtu lalu.

Zulkifli memaklumkan penarikan diri itu dalam sepucuk surat yang dialamatkan kepada Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan dan telah dimuat naik dalam blognya http://zul4kulim.blogspot.com/, petang ini.

“Dimaklumkan bahawa berdasarkan kedudukan mutakhir yang sedia dimaklumi, saya tidak bersedia mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi kes permohonan di atas (qazaf).

“Saya dengan ini memaklumkan menarik diri dan terhenti daripada mewakili dan/atau bertindak sebagai peguam syarie Datuk Seri Anwar Ibrahim berkuat kuasa serta merta,” tulisnya dalam surat berkenaan.

Dalam surat berkenaan, Zulkifli turut memohon kebenaran dan kemaafan pihak Pendaftar Mahkamah itu untuk tidak hadir pada sebutan kes yang dijadualkan esok.

Salinan surat berkenaan turut dihantar kepada peguam syarie Anwar, Tetuan Kamar Ainiah, Raziff & Zashidi, peguam syarie responden, Tetuan Zainul Rijal & Associates dan Anwar sendiri.

Pada 7 Januari lalu, Anwar memfailkan permohonan qazaf bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk mengarahkan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain supaya mendakwa Mohd. Saiful Bukhari Azlan dengan tuduhan qazaf kerana mendakwa diliwat Penasihat PKR itu.

Beliau menamakan Shamsuddin, Pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Jamil Khir Baharom sebagai responden pertama hingga ketiga.

Mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, qazaf ialah tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi lelaki.

Seksyen ini adalah bagi mengelak seseorang menuduh orang lain berzina.

http://utusan.com.my/utusan/

Dipecat daripada Kabinet: Rayuan terakhir Anwar ditolak

08/03/2010 12:02pm

PUTRAJAYA 8 Mac – Pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan 11 tahun lalu adalah sah di sisi undang-undang, kata Mahkamah Persekutuan.

Panel terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff dan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Wira Mohd. Ghazali Mohd. Yusof dan Datuk Abdull Hamid Embong sebulat suara mengetepikan rayuan terakhir Anwar untuk mendapatkan perintah bahawa pemecatannya daripada jawatan Kabinet pada 2 September 1998 melanggar Perlembagaan.

Hakim Alauddin berkata, Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad, mempunyai kuasa mengikut Perlembagaan Persekutuan untuk memecat anggota Kabinetnya.

Katanya, Yang di-Pertuan Agong selaku raja berperlembagaan, dikehendaki bertindak selaras dengan nasihat Perdana Menteri.

Sebelum ini, Anwar gagal dalam permohonannya di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang masing-masingnya memutuskan bahawa Dr. Mahathir mempunyai kuasa memecat anggota kabinetnya dan telah bertindak mengikut Perlembagaan dengan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong mengenai pemecatan itu. – Bernama

http://utusan.com.my/

Keluar parti: Anwar akui PKR sedang hadapi masalah

06/03/2010 11:19am

MELAKA 6 Mac – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui parti itu sedang menghadapi masalah apabila beberapa wakil rakyatnya keluar parti baru-baru ini.

Beliau menyifatkan masalah berkenaan sebagai pengajaran yang baik dalam memilih calon wakil rakyat yang taat dan setia kepada parti pada masa depan.

“Ini masalah kita, ada pengajaran juga… sekarang ini Keadilan menghadapi masalah sedikit tetapi pengajaran yang baik,” katanya ketika menyampaikan ceramah politik di Pulau Gadong dekat sini, malam tadi.

Baru-baru ini, PKR menerima tamparan apabila tiga Ahli Parlimennya iaitu Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzil Samsuri (Bagan Serai) mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Anwar berkata, semua wakil rakyat PKR dan pemimpin parti itu akan dikenakan mengikuti program tarbiah supaya mereka betul-betul bersemangat kental bagi menghadapi cabaran dan setia kepada parti. – Bernama

http://utusan.com.my/

Older entries »
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.