BERITA MALAYSIA KINI

Pilihan Terbaik Setiap Detik

Kes Karpal Singh: Terdapat unsur menghasut

KUALA LUMPUR 17 Mac – Seorang pegawai polis memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa terdapat unsur menghasut dalam kes yang membabitkan Karpal Singh berdasarkan 103 laporan polis yang dibuat terhadap Pengerusi DAP tersebut.

Pegawai penyiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Asisten Supritendan Suhaimi Muhammad memberitahu, kesemua laporan polis itu diterima dalam tempoh antara 17 hingga 24 Februari tahun lalu dari balai-balai polis di Semenanjung Malaysia.

Berdasarkan laporan-laporan itu juga, katanya, siasatan dibuat di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan bukannya Seksyen 3 akta tersebut iaitu kesalahan kecenderungan menghasut.

”Pada pendapat saya, siasatan dibuat berdasarkan laporan yang dibuat dan pada penilaian awal, tindakan menghasut telah wujud. Oleh itu, saya merasakan siasatan mengikut Sesyen 4(1)(b) adalah bersesuaian,” kata Suhaimi.

Sementara itu, berhubung transkrip yang disifatkan ‘tidak boleh dikatakan lengkap dan betul sepenuhnya’, saksi itu menyatakan, dia melihat pada keseluruhan transkrip.

”Secara keseluruhan, pada pandangan saya, ia (transkrip) adalah berkenaan Yang Berhormat (YB) Karpal beritahu hendak saman Sultan Perak.

”Jadi sebagai pegawai penyiasat dan individu, perkara tersebut adalah salah,” ujarnya.

Suhaimi, 36, yang juga merupakan saksi pendakwaan terakhir berkata demikian ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya, Melissa Mohd. Akhir.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu dibicarakan selepas mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyebut kata-kata menghasut berkaitan Sultan Perak pada satu sidang akhbar di pejabatnya di Tetuan Karpal Singh & Co., Jalan Pudu Lama di sini antara pukul 12 dan 12.30 tengah hari, 6 Februari tahun lalu.

Terdahulu ketika disoal balas oleh Karpal, saksi pendakwa ke-19 itu menyatakan, sekiranya siasatan hendak dibuat mengikut Seksyen 3 akta yang sama maka Seksyen 3(1)(e) adalah lebih tepat.

Seksyen tersebut menyatakan bahawa ‘sesuatu kecenderungan menghasut bagi mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia’.

Pegawai penyiasat tersebut bagaimanapun pada satu ketika dilihat ‘keliru’ apabila diasak bertubi-tubi oleh Karpal yang mewakili dirinya sendiri.

Sehingga sampai pada satu tahap, Suhaimi ‘bersetuju’ dengan cadangan Karpal bahawa tiada kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh sekiranya mengikut Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan.

Namun apabila disoal semula oleh Melissa, saksi itu menjelaskan sekali lagi bahawa dia tidak begitu arif mengenai Perlembagaan Persekutuan mahupun Undang-Undang Negeri Perak yang sering diulangi Karpal.

”Sekiranya mengikut Perkara 160 Perlembagaan, tidak berlaku kesalahan tetapi untuk kes ini, saya tidak dapat pastikan telah berlaku kesalahan atau tidak,” katanya.

Kes akan bersambung pada 7 Mei ini di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Azman Abdullah bagi membolehkan pihak pendakwaan memanggil semula beberapa saksi bagi melengkapkan kemasukan barang bukti.

Pada tarikh tersebut, pendakwa raya juga dijangka mengakhiri kes pendakwaan sebelum kedua-dua pihak membentangkan penggulungan hujah masing-masing.

http://utusan.com.my/

2 Komen»

  dino wrote @

nak saman kapal…org putau belit (expert in court) aku rasa panjangkan kes jelah..
macam anuar buat tu …

  dino wrote @

aku dah rasa dah …dlm penghujah dia..dia selitkan ‘agree my statement’ .

dia akan berputau kat mana2 agar org yg disoal tu agree dgn statement dia…then dia boleh belasah balik later on,..


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.