BERITA MALAYSIA KINI

Pilihan Terbaik Setiap Detik

MIC yakin 70 peratus pengundi India kembali sokong BN

09/04/2010 5:44pm

HULU SELANGOR 9 April – MIC Hulu Selangor yakin kira-kira 70 peratus daripada 12,453 pengundi India akan kembali menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor 25 April ini.

Ketua Penerangannya, Raily Muniandy berkata MIC bahagian yakin sasaran itu akan dicapai bagi membaik pulih rekod kurang memberangsangkan parti komponen BN pada pilihan raya umum Mac 2008.

“Pada pilihan raya umum lepas cuma dapat sokongan 30 peratus. Kali ini kami yakin boleh dapat 70 peratus sokongan pengundi India untuk pastikan BN menang,” katanya ketika ditemui di Kuala Kubu Baru di sini.

Kerusi Parlimen Hulu Selangor dimiliki MIC menerusi Datuk G. Palanivel sejak 1990 sebelum Timbalan Presiden MIC itu tewas kepada Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada PKR dengan majoriti 198 undi pada Mac 2008.

Pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini diadakan ekoran kematian Zainal Abidin pada 25 Mac lepas.

Muniandy berkata, BN berpeluang merampas semula kawasan itu berdasarkan perubahan sentimen rakyat, terutama pengundi India, yang sebelum ini tidak menyokong MIC antara lain kerana terpengaruh dengan dakwaan Hindraf.

Selaku pencabar di kawasan parlimen itu, BN akan meletakkan calon daripada MIC yang akan diumumkan pada 15 April iaitu dua hari sebelum tarikh penamaan calon. – Bernama

http://utusan.com.my/

2 Komen»

  1 untuk engkau 1 untuk aku wrote @

Baguslah macam tu…..diucapkan selamat memenangi kerusi Hulu Selangor…cuma nak tanya sikit MIC Hulu Selangor, macamana dengan tuntutan orang India terhadap perkara berikut:

Kematian Kugan serta tuntutan Hindraf dan beberapa tuntutan yang dibuat, MIC dah selesai buat penyelesaiaannya.

  Hashim wrote @

Demi perpaduan kami mahu Tan Sri Dato Hj Muhd Taib sebagai calon MP Hulu Selangor……..jika setuju sila klik disini


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.