BERITA MALAYSIA KINI

Pilihan Terbaik Setiap Detik

Makan durian, kambing: MP Sibuti dikejarkan ke hospital

Jul 7, 10 4:20pm
Anggota parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang dikejarkan ke hospital pada jam 2.15 petang ini selepas mengadu tidak sihat ketika menghadiri pesta durian dan promosi daging kambing anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di dewan serbaguna Parlimen.

Anggota parlimen Tangga Batu Datuk Idris Haron yang duduk semeja dengan Ahmad ketika majlis itu berkata pada mulanya Ahmad dari Barisan Nasional (BN) itu berborak dan ketawa dengan anggota parlimen yang lain.

“Tetapi tiba-tiba dia tidak selesa, dia longgarkan tali leher dan tiba-tiba diam, apabila melihat mata hitamnya pandang ke atas, anggota parlimen yang lain mula menggosok dahinya dan bertanya sama ada dia okey atau tidak,” katanya kepada pemberita.

Selepas melihat keadaan bertambah serius, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir yang duduk di sebelah Ahmad segera memanggil ambulan dari Persatuan Bulan Sabit Merah yang berada di luar dewan.

Idris berkata Ahmad tidak pengsan kerana masih boleh memberikan respon apabila beliau menasihatkan Ahmad agar tenang.

- Bernama

http://malaysiakini.com/news/136672

No comments yet»

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.