BERITA MALAYSIA KINI

Pilihan Terbaik Setiap Detik

Arkib untuk Oktober, 2010

Nampak kepala rakan tercabut di hadapan mata

 BENTONG – Nasib tidak menyebelahi 44 belia dari Persatuan Belia 4B Kampung Siong, Baling apabila terlibat dalam kemalangan yang berlaku lewat petang semalam.

Kejadian berlaku di Kilometer 38 Lebuhraya Karak – Kuala Lumpur apabila rombongan terbabit bersama seorang pemandu bas dan pemandu kedua dalam perjalanan turun dari Genting Highlands.

Seorang mangsa yang cedera ringan, Abdul Hafiy Suhaimi, 20, berkata, mereka semua dalam rangka lawatan 3 hari 2 malam melibatkan lawatan ke Genting Highlands dan Kuala Lumpur.

Menurutnya, mereka bertolak dari Baling kira-kira jam 11 malam dan sampai di Genting Highlands kira-kira jam 4.00 pagi kelmarin.

“Selepas seharian bermain dan bergembira di sana, kami semua menaiki bas turun kira-kira jam 7.00 petang di mana menurut perancangannya kami akan singgah bersembahyang di Gombak.

“Semasa menuruni bukit, bas berada dalam keadaan laju dan secara tiba-tiba, pemandu bas memaklumkan, terdapat masalah brek,” katanya kepada Sinar Harian.

Abdul Hafiy berkata, selepas dimaklumkan mereka semua diminta berjaga-jaga dan dalam masa sama mengejutkan rakan-rakan yang tidur.

Menurutnya, keadaan bas yang laju menyebabkan keadaan terumbang-ambing sebelum merempuh pembahagi jalan lalu terbalik.

“Pada masa itu saya hanya mampu beristighfar dan dalam keadaan cemas itu, rakan-rakan cuba membantu antara satu sama lain.

“Ketika menyelamatkan diri saya nampak ada rakan-rakan yang tidak bernyawa dan saya ternampak salah seorang rakan tercabut kepalanya,” katanya.

Abdul Hafiy berkata, walaupun sedih melihat rakan-rakan yang tidak terselamat namun dia bersyukur kerana terselamat dan hanya cedera ringan.

Sementara itu, Saiful Idham, 14, berkata, ini merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan seumur hidup kerana melihat enam rakan meninggal dunia dalam kemalangan yang berlaku di hadapan mata.

Menurutnya, walaupun pertama kali mengunjungi pusat peranginan Genting Highlands namun ia menjadikan dia fobia untuk berkunjung ke situ lagi akibat nahas yang berlaku.

“Rakan-rakan yang meninggal dunia tidak menunjukkan perubahan ketara semasa kami semua bergembira di Genting Highlands.

“Walaupun ketika kejadian saya cuba membantu rakan-rakan lain namun ada juga yang tidak dapat diselamatkan,” katanya sedih.

Saiful yang cedera di bahagian kaki berkata, dia sudah memaklumkan kejadian itu kepada keluarga di Baling.


http://www.sinarharian.com.my/com/
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Berita Terkini Tsunami Indonesia

RM0.UM.29/10: Tsunami Kepulauan Mentawai, Indonesia: Angka kematian terkini – 394; pasukan penyelamat kesuntukan masa untuk cari mangsa yang hilang – Utusan Malaysia Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Zulkifli Dedah Perjanjian Sulit DAP-PKR

Seorang anggota Parlimen Bebas hari ini mendakwa DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat perjanjian sulit di luar pengetahuan PAS untuk memberi kuasa kepada DAP memerintah di tiga negeri sekiranya pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13.

Zulkifli Nordin (Bebas-Kulim Bandar Baharu) berkata hubungan rapat antara DAP dan PKR adalah didorong oleh perjanjian kuasa tersebut.

“Saya rasa perkara ini kawan-kawan saya dalam PAS juga tak tahu. Sebenarnya ada perjanjian sulit antara mereka iaitu jika PKR menang di peringkat Persekutuan, kuasa autonomi akan diberikan kepada Pulau Pinang.

“Calon Melayu akan diletakkan di Perak dan Negeri Sembilan, kalau menang, Menteri Besar akan dilantik dari kalangan DAP… saya mohon perkara ini dipandang berat,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 (Bajet 2011) di Dewan Rakyat.

Beliau yang merupakan anggota ke-100 mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang tersebut juga menyarankan lebih banyak bahan bacaan berhubung peristiwa 13 Mei diterbitkan untuk membolehkan rakyat mengetahui fakta sebenar di sebalik peristiwa hitam berkenaan.

“Saya cadangkan salah satu sejarah penting negara yang perlu didedahkan ialah peristiwa 13 Mei 1969,” katanya merujuk kepada cadangan kerajaan mewajibkan mata pelajaran sejarah dalam sistem pendidikan negara.

Beliau juga menyarankan supaya kerajaan menubuhkan sebuah suruhanjaya bagi membuat siasatan rapi dan mendalam ke atas peristiwa hitam itu dan menerbitkan satu kertas putih agar rakyat dapat mengambil pengajaran daripada tragedi itu.

Menyentuh tentang Gagasan 1Malaysia, Zulkifli mahu kerajaan terus member penerangan lanjut mengenai konsep tersebut supaya ia tidak disalah tafsir oleh mana-mana pihak.

Beliau berkata konsep tersebut juga harus meliputi prinsip mendahulukan negara agar tiada pihak yang sanggup mencemuh negara semasa berada di seberang laut.

Beliau juga membidas anggota-anggota Parlimen pembangkang kerana gemar melabel Bajet 2011 dengan nama-nama yang menghina.

“Kita perlu ingat, hendak kritik jangan terlalu melampau, biar berpada-pada, hendak puji juga jangan melampau. Itu yang Islam ajar pada kita,” kata beliau.

www.sahabat-gunung.com
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

‎​PKR: Tak adil calonkan suri rumah

PKR hari ini membidas BN kerana mengemukakan Datin Linda Tsen sebagai calon pada pilihan raya di Batu Sapi ketika beliau masih lagi berkabung atas kematian suaminya, Datuk Edmund Chung, bekas ahli parlimen Batu Sapi.

Ketika sidang media di Bandar Ramai-ramai hari ini, pengarah pilihan raya PKR, Fuziah berkata adalah tidak bertanggungjawab bagi BN untuk mencalonkan Tsen yang masih bersedih dan terpaksa membesarkan empat orang anaknya.

Saya rasa begitu sedih. Saya tahu bagaimana susahnya jadi seorang ahli parlimen wanita. Dalam keadaan suami baru meninggal, seorang wanita masih lagi berkabung, saya rasa cukup sedih kerana beliau dipergunakan sedemikian.

Kalau saya jadi beliau, saya rasa cukup cukup tertekan kerana dipergunakan untuk jadi calon sedangkan tanggungjawab untuk mengantikan MP Batu Sapi adalah tanggungjawab parti, bukan tanggungjawap isterinya, katanya.

Menurut Fuziah, sebagai seorang balu, Tsen bukan sahaja terpaksa memikirkan tentang dirinya tetapi juga kepentingan anak-anaknya.

Seorang balu perlu memikirkan tentang anaknya yang perlu menerima kematian seorang ayah yang mati secara mengejut, anak-anak yang masih dalam trauma, beliau yang masih dalam trauma, perlu berhadapan dengan pilihan raya yang begitu sengit, katanya.

Sambil menyifatkan tindakan BN itu sebagai tidak adil, Fuziah berkata ia juga membuktikan mereka tidak sensitif terhadap keperluan seorang balu dan seorang wanita.

Tsen seorang suri rumah adalah juga guru piano sementara dipilih sebagai calon berdasarkan sentimen bahawa belai mampu meneruskan legasi suaminya.

Dari segi politik, Tsen adalah ahli exco Wanita PBS. Beliau juga adalah timbalan pengerusi Wanita PBS bahagian Elopura.

Dari segi kerjaya, beliau adalah pemain piano yang berbakat dan fello Kolej Muzik Trinitydan mengajar piano secara separuh masa.

Mengulas kelayakan Tsen, Fuziah berkata balu itu tidak layak menjadi perwakilan di Dewan Rakyat

Sumber : Malaysiakini
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

28 October, 2010 14:27

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Perang Kempen Bermula

 GUA MUSANG – Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 4 November ini menyaksikan saingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dan Pas.

BN diwakili Setiausaha UMNO Bahagian Gua Musang Abdul Aziz Yusof, 49, manakala calon Pas ialah Dr Zulkefli Mohamad, 44, ialah Pemangku Yang Dipertua Pas kawasan Gua Musang.

Selepas tamat tempoh bantahan di akhir proses penamaan calon di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang, semalam, Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Wan Mustapha Wan Abdul Hamid mengumumkan nama kedua-dua calon itu pada jam 11 pagi.

Pengumuman disambut sorakan bergemuruh penyokong kedua-dua parti itu.

Terdahulu, Abdul Aziz tiba di pekarangan pusat penamaan calon pada jam 9.05 pagi diiringi Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai; dan Naib Presiden MIC, Datuk Dr S Subramaniam.

Bagaimanapun, Pengarah Pilihan Raya BN, Tengku Razaleigh Hamzah tidak kelihatan di pusat penamaan calon dan hanya berada seketika di luar pekarangan kawasan pusat itu.

Zulkifli tiba jam 9.30 pagi diiringi Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; dan Naib Presiden PKR, Azmin Ali.

Seperti kebiasaan, penyokong Pakatan Rakyat (PR) mendominasi pekarangan pusat penamaan calon dengan kehadiran kira-kira 8,000 penyokong manakala 4,000 dari BN.

Tiada sebarang kekecohan melibatkan penyokong kedua-dua parti yang dipisahkan lebih 100 meter antara kedua-duanya, namun sedikit kekalutan berlaku di pintu masuk bagi penyokong PR apabila penyokong saling tolak-menolak semasa ketibaan calon dan pemimpin PR.

Bagaimanapun, Parti Angkatan Keadilan Islam Malaysia (Akim) yang sebelum ini menyatakan kesediaan meletakkan calon pada pilihan raya kecil ini, bagaimanapun tidak muncul sehingga tamat tempoh masa penamaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya: (SPR) menetapkan 4 November sebagai tarikh pengundian.

DUN Galas adalah yang kedua di Kelantan selepas DUN Manik Urai pada 14 Julai 2009 serta pilihan raya kecil ke-12 selepas pilihan raya umum 2008.

Sumber: Sinar Harian

Pengecualian Duti Import, Eksais Kereta Hibrid Galak Teknologi Hijau

KUALA LUMPUR: Pengecualian duti import dan duti eksais untuk pemilikan kereta hibrid serta pelbagai insentif lain yang diberikan menerusi Bajet 2011 akan menggalakkan penggunaan teknologi hijau di negara ini, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Beliau berkata ia juga akan menggalakkan lebih ramai pengguna memiliki kereta hibrid.

“Ini sekaligus akan mengurangkan penggunaan bahan api fosil dan mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida. Langkah-langkah seperti ini memang saya terima baik dan gembira apabila Perdana Menteri mengumumkan bajet yang begitu prihatin tentang teknologi hijau,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan buku bertajuk “Energy Efficiency Management and Audit” sempena Persidangan dan Pameran Greentech dan Produk Eko Antarabangsa Malaysia (IGEM 2010) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Ahad.Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pengecualian duti import sepenuhnya dan duti eksais 50 peratus kepada pemegang francais kereta hibrid sehingga 31 Dis 2010.

Bagi terus menggalakkan pemilikan kereta hibrid pula, pengecualian duti import dan duti eksais dilanjutkan sehingga 31 Dis 2011.

Dalam pada itu Chin berkata beliau akan berbincang dengan Kementerian Kewangan mengenai kaedah untuk menggalakkan pihak industri menjimatkan bekalan tenaga elektrik sama ada melalui mesin atau sistem yang mereka gunakan.

“Jika hari ini pihak industri sukarela menggunakan penjimatan kegunaan tenaga, maka ini kaedah yang akan menguntungkan industri dan juga negara,” katanya.

Mengenai buku yang diterbitkan oleh Bell Group of Companies itu yang terlibat dalam projek tenaga diperbaharui, Chin berkata ia bertujuan mengubah persepsi salah bahawa pengurusan tenaga hijau adalah sukar dan menelan kos.-BERNAMA

 

http://www.mstar.com.my

 

Pelbagai Perubahan Menanti Perhimpunan UMNO Ke-61

KUALA LUMPUR: Pelbagai perubahan menanti Perhimpunan Agung Umno ke-61 yang akan bermula Selasa ini, bukan sahaja dari segi dekorasi Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang serba baru, malah suasana ruang legar kini bagaikan lobi hotel. Sebelum ini, ruang legar tingkat bawah PWTC di sini dipenuhi dengan gerai-gerai jualan pelbagai barangan bagaikan ekspo perdagangan, tetapi kini ia bertukar wajah dengan hanya beberapa gerai korporat diadakan di ruang tersebut.

Malah susun atur yang baru ini akan memudahkan aliran lalu lintas anggota perwakilan yang dijangka seramai 4,907 orang, berserta pemerhati yang kadang kala melebihi 1,000 orang.

Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh berkata perubahan itu juga dibuat selaras dengan kehendak semasa dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada Umno sebagai parti yang telah lama berkhidmat untuk rakyat, selain membuktikan bahawa parti itu juga mampu berubah.

“Perhimpunan agung kali ini kita akan dapat lihat imej baru dengan hiasan logo-logo 1Malaysia, 1BN dan 1Umno dan pelbagai hiasan lain seperti billboard yang besar dan sebagainya, kedudukan bendera Umno juga diubah supaya orang ramai dapat lihat lebih banyak imej Umno,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan raptai upacara menaikkan bendera Umno serta persiapan perhimpunan itu di PWTC, Ahad.

Ab Rauf berkata kedudukan gerai-gerai jualan yang lazimnya terletak di pintu masuk utama tingkat dua PWTC hanya dikhaskan untuk gerai-gerai butik dan korporat manakala gerai-gerai lain pula dipindah ke tingkat tiga.

Beliau berkata ia bagi mengelakkan kesesakan para perwakilan dan orang ramai yang ingin menghadiri perhimpunan dan membeli belah, selain itu aliran keluar masuk perwakilan, pemerhati dan pelawat akan dijadikan laluan sehala.

Tinjauan mendapati para pekerja PWTC sedang giat melakukan persiapan terakhir menjelang perhimpunan di mana bangunan Umno mengalami transformasi wajah apabila ia dihiasi dengan pelbagai poster dan banner para pemimpin Umno terdahulu hingga kini. Suasana dalam PWTC pula tampak eksklusif apabila sofa-sofa diletakkan di sekitar ruang legar bangunan itu bagi memudahkan perwakilan dan pemerhati bersantai dan merehatkan minda.

Sementara tempat jamuan dihiasi dengan bunga-bunga segar menarik.

Mengenai Forum Antarabangsa yang julung kali diadakan selama dua hari bermula esok sempena perhimpunan itu, Ab Rauf berkata ia merupakan platform bagaimana Umno mendepani media maya memandangkan pembangkang sering menggunakan medium tersebut untuk membangkitkan isu.

“Menerusi forum ini juga, kita dapat berkongsi pengalaman dengan negara-negara lain yang turut berhadapan dengan parti politik yang sering menimbulkan masalah bagi mengukuhkan lagi kedudukan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Beliau berkata Umno juga akan menonjolkan imej kepimpinan yang menjurus kepada Model Politik Baru seperti yang disebut Presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, untuk dijadikan contoh atau role model kepada negara lain.

Forum tiga sesi bertajuk “Pembentukan Masyarakat Global: Liberalisasi Media dan Realiti Politik Baru” akan dipengerusikan oleh bekas wakil tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Tan Sri Razali Ismail, bekas Menteri Luar Tan Sri Syed Hamid Albar dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar Tan Sri Rastam Mohd Isa.

Lebih 400 peserta dari dalam dan luar negara termasuk 63 peserta dari 22 parti politik dari 20 buah negara luar bersama 54 peserta dari Kelab Umno Luar Negara dijangka menghadiri forum tersebut.

Seramai 4,907 perwakilan akan menghadiri Perhimpunan Agung Umno kali ini iaitu Wanita (793), Pemuda (795), Puteri (776) dan Perhimpunan Agung (2,543). -BERNAMA

 

http://www.mstar.com.my/

Kereta Mercedes buatan Pekan tiada masalah – Kosmo

Oleh IKHWAN IDERIS

ikhwan.ideris@kosmo.com.my

 

KUALA LUMPUR – Pemilik kereta Mercedes Benz model C-Class dan E-Class di negara ini boleh menarik nafas lega apabila Mercedes-Benz (Malaysia) semalam mengesahkan hampir kesemua kenderaan bagi kedua-dua model itu tidak terlibat dalam masalah stereng.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz (Malaysia), Peter Honegg berkata, semua kereta model C-Class dan E-Class yang dipasang di kilang DRB-Hicom di Pekan, Pahang tidak mempunyai masalah tersebut.

“Di Malaysia, kenderaan yang terlibat hanya 38 buah kereta model E-Class Cabriolet yang dipasang dan diimport dari Jerman.

“Bagaimanapun, semua pemilik kenderaan tersebut telah dikenal pasti dan dimaklumkan mengenai masalah ini serta diminta menghantar kereta masing-masing ke pusat servis,’’ katanya ketika dihubungi semalam.

Kosmo! kelmarin melaporkan Mercedes-Benz mengumumkan penarikan semula 85,000 unit model C-Class 2010 dan model E-Class Coupe serta Cabriolet ekoran masalah stereng.

http://utusan.com.my

 

Penjelasan penuh Rahimi

SHAH ALAM 8 Okt. – Selepas membuat laporan polis Rabu lalu berkaitan dakwaan dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah pada 2008 termasuk membabitkan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas setiausaha sulit Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut, Muhamad Rahimi Osman hari ini tampil menjelaskan mengenai tindakannya itu.

Satu lagi akuan bersumpah yang didakwanya telah dipaksa ditandatangani adalah melibatkan kes fitnah terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Berikut adalah teks penuh penjelasan beliau yang dihantar menerusi e-mel kepada media di sini:

1. Mengapa perlu ada gangguan ketika saya hendak bercakap di sidang media? Kenapa ada pihak yang takut dengan apa yang saya nak cakap? Mereka boleh buat sidang akhbar, tiada siapa yang nak ganggu. Kalau saya diberi peluang pun saya tak akan ganggu, itu hak mereka untuk mengatakan apa yang mereka mahu. Tapi bila saya nak buat sidang akhbar, saya telah diganggu? Mana kebebasan bersuara yang diperjuangkan oleh PKR selama ini? Walau bagaimanapun, saya tidak ingin menuduh mana-mana pihak sebagai dalang insiden buruk yang berlaku kelmarin.

2. Saya juga amat gembira dan berbangga, masih ada lagi pemimpin PKR seperti Datuk Zaid Ibrahim yang benar-benar mendokong perjuangan parti. Zaid bersikap lebih terbuka dan menghormati undang-undang dan hak saya sebagai rakyat Malaysia. Sikap inilah yang harus dipegang oleh pemimpin PKR dan juga ahli jika mahu PKR maju ke hadapan dan digeruni. Bukannya tak habis-habis menuduh orang yang tidak bersetuju dengan mereka, dibayar dan dibeli. Setiap manusia mempunyai maruah diri, bukan mudah semua orang nak dibayar dan dibeli. Anwar bukan maksum, begitu juga dengan pemimpin yang lain. Maka, sesiapa sahaja berhak untuk mengkritik atau menegakkan kebenaran. Saya tidak mempunyai sebarang niat jahat atau dendam kepada PKR dan ahli-ahlinya. Dan saya masih lagi memegang kuat dan menghormati perjuangan parti.

3. Saya juga berpendapat, jika benar dakwaan mereka bahawa orang yang membuat kacau sewaktu sidang media itu bukan dihantar oleh mereka, maka PKR sebagai sebuah parti yang mendokong kebenaran, hak asasi, kebebasan bersuara dan keadilan harus mengambil tindakan kepada ahli-ahli parti yang bertindak seperti itu. Ini memandangkan ada pihak yang melaporkan salah seorang dari mereka yang membuat kacau adalah calon Naib Presiden PKR.

4. Saya tidak boleh mendedahkan kandungan SD (akuan bersumpah) terbaru yang saya buat, saya tidak mahu menganggu perjalanan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah. Cuma yang saya nak tekankan di sini, saya langsung tidak mempunyai hak untuk mengatakan sama ada Anwar bersalah atau Saiful membuat tuduhan palsu. Bagi saya, sehingga keputusan mahkamah dibuat, masih tiada pihak yang boleh dituduh bersalah.

5. Saya tidak berminat untuk sebarang permainan atau percaturan politik mana-mana pihak. Saya cuma membuat laporan ini bagi membetulkan kesilapan yang pernah berlaku dahulu. Saya juga risau jika akuan bersumpah yang saya buat sebelum ini akan digunakan untuk memfitnah Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri. Baik atau buruk Perdana Menteri, kita tidak boleh menuduh apa yang dia tidak lakukan. Kita tidak boleh menuduh seorang yang baik seperti imam contohnya, melakukan sesuatu yang tidak dilakukan, begitu juga kalau seorang pencuri, walaupun dia pencuri, tetapi dia tidak merogol, maka kita tidak boleh menuduh dia merogol.

6. Saya mengaku bahawa saya mengambil masa yang lama untuk membuat laporan. Ini kerana pertamanya, saya menunggu keputusan kes rayuan Anwar bagi menggugurkan kes beliau yang mana keputusannya baru sahaja dapat baru-baru ini. Keduanya, saya mengambil masa yang lama untuk memikirkan perkara ini memandangkan keadaan huru-hara dan ancaman yang akan saya terima daripada pelbagai pihak. Ketiganya, apabila saya diberitahu oleh Latheefa Koya (peguam) pada beberapa bulan lalu bahawa SD sebelum ini telah hilang dan dia meminta saya untuk menandatangani SD yang baru, saya mengambil peluang ini untuk tidak mengulangi perkara dahulu.

7. Saya juga menghormati hak mana-mana pihak yang ingin mengemukakan saman kepada saya. Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi, maka setiap rakyat mempunyai hak itu. Saya bersedia untuk memberi kerjasama dan bercakap benar.

8. Saya harap, apa yang saya lakukan boleh memberikan keadilan kepada semua pihak. Dan saya tidak mahu isu ini terus menjadi alat politik mana-mana pihak.

 

http://utusan.com.my/

 

Older entries »
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.