BERITA MALAYSIA KINI
Pilihan Terbaik Setiap DetikArkib untuk November, 2010
Sultan Selangor Batal Hadiri Sambutan Yayasan Selangor
Oleh A.RUBAN
SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah rasa tidak senang baginda berhubung cara Yayasan Selangor menyambut ulang tahunnya yang ke-40 yang disifatkan baginda sebagai terlalu mahal.
Setiausaha kerajaan negeri, Datuk Ramli Mahmud yang bercakap bagi pihak baginda berkata, sambutan yang menelan belanja sebanyak RM300,000 itu boleh digunakan untuk tujuan yang lebih berfaedah.
Baginda bertitah, wang tersebut sepatutnya digunakan untuk menanggung kos pengajian bagi pelajar dari kampung dan untuk kegunaan kebajikan.
Ramli berkata demikian pada satu sidang media semasa persidangan Dewan Undangan Negeri, petang Jumaat.
Menurut Ramli, Sultan Sharafuddin bertitah, kos untuk mengadakan sambutan itu adalah satu pembaziran dan tidak mendatangkan sebarang pulangan.
Kata Ramli, baginda pada mulanya teruja untuk menghadiri sambutan itu dengan tujuan untuk menghabiskan masa dengan kanak-kanak.
Bagaimanapun apabila mendapati kos untuk sambutan itu terlalu tinggi, baginda membatalkan hasrat untuk mencemar duli menghadirinya.
Dalam pada itu, Ramli berkata, Sultan Sharafuddin juga bertitah, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga presiden yayasan itu turut tidak mengetahui mengenai kos majlis itu.
Ramli memberitahu majlis itu dijadualkan berlangsung pada Isnin depan di Asrama Tun Dr Ismail di Kampung Pandan.
Sultan Selangor batal hadiri ulang tahun Yayasan Selangor
SHAH ALAM 12 Nov. – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan hasrat untuk berangkat ke Majlis Sambutan Ulang Tahun ke 40 Yayasan Selangor pada 15 November ini.
Bercakap pada sidang akhbar di luar sidang dewan undangan negeri di sini hari ini, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ramli Mahmud berkata, keputusan itu dibuat kerana baginda dukacita dengan kos terlalu tinggi mengadakan majlis itu.
Ramli berkata, pada asalnya majlis di Asrama Tun Dr. Ismail, Kampung Pandan itu adalah Majlis Makan Malam, baginda kemudian mencadangkan Majlis Makan Tengah Hari.
Kepada satu soalan, Ramli berkata: “Kosnya (makan tengah hari) lebih daripada RM300,000. Baginda berpendapat ia amat tinggi dan membazir,” katanya – Bernama
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1112&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_26.htm
SPR sifatkan pemberian wang Nik Aziz sebagai rasuah
GUA MUSANG 3 Nov. – Tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi sejumlah wang kepada penduduk Orang Asli di Lojing Isnin lepas boleh disifatkan sebagai cubaan membeli undi dan rasuah.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, mengikut Seksyen 10(a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 apa-apa pemberian wang kepada pengundi yang boleh mendorong pengundi itu mengundi ditafsirkan sebagai rasuah atau cuba membeli undi.
“Apa yang saya sebutkan itu di bawah konteks undang-undang. Itu hak masing-masing, tetapi dalam undang-undang wang diterima oleh pengundi berdaftar dalam kawasan pilihan raya akan berlaku, wang itu diberi oleh siapa juga atas nama parti ke atau calon, maksudnya jelas memang boleh dirujuk seksyen tersebut,” katanya pada persidangan media di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar hari ini mengenai tindakan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan memberikan sejumlah wang kepada penduduk Orang Asli di Lojing yang disifatkan sebagai tindakan terdesak membeli undi.
Katanya, badan yang bertindak menguruskan pilihan raya itu telah memberikan pandangannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menyerahkan perkara tersebut kepada agensi tersebut untuk diambil tindakan. – Bernama
PERKASA buat laporan polis terhadap Nik Aziz
Salhan K Ahmad | 3 Nov, 10 3:11pm
PERKASA membuat laporan polis terhadap Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung pemberian wang zakat kepada tiga mualaf Orang Asli semalam.
Laporan tersebut dibuat oleh naib ketua wira PERKASA, Irwan Fahmi Ideris (tengah, foto bawah) di balai polis Gua Musang.
Beliau masuk ke balai polis tersebut pada kira-kira jam 3.05 petang.
Bekas ADUN Tendong, Fauzi Muhammad (kiri) yang juga ketua PERKASA Kelantan, turut membuat laporan polis yang sama terhadap Nik Aziz.
Beliau juga dilihat masuk ke dalam balai polis tersebut pada masa yang sama.
http://m.malaysiakini.com/news/147223
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.