BERITA MALAYSIA KINI
Pilihan Terbaik Setiap DetikArkib untuk Februari, 2011
Pelajar MARA ditanggung pulang Mesir
RM0.UM.24/02: Mara akan tanggung tiket penerbangan kembali ke Mesir untuk 700 penuntut tajaannya yang pulang ke Malaysia menerusi Ops Piramid-Shafie Apdal
Utusan Malaysia
Konsert Mohsen Namjoo Dibatalkan – Rais Yatim
RM0.UM.14/02: Konsert Mohsen Namjoo, Jumaat ini, tidak dibenarkan kerana ia tidak sesuai dari segi agama, budaya dan kemasyarakatan pelbagai kaum. – Rais
Suruhanjaya Siasatan TBH Mulakan Sidang Esok
RM0.UM.13/02: Suruhanjaya siasatan kes kematian Teoh Beng Hock memulakan sidang pertamanya di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, esok.
PRK Tenang Bukti Mesir & Malaysia Tidak Sama !
Malaysia berharap peralihan kuasa Mesir berjalan lancar berikutan peletakan jawatan presidennya, Hosni Mubarak semalam, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini. Beliau berkata, kerajaan Malaysia juga akan mewujudkan hubungan yang baik dengan pimpinan kerajaan Mesir yang baru kelak.
“Saya berharap proses peralihan kuasa di Mesir berjalan dengan licin dan tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini seperti ketegangan dan keganasan yang serius.
“Saya yakin rakyat Mesir dapat menentukan nasib dan masa depan mereka dan saya berharap bahawa keadaan ini dapat diuruskan dengan baik sehingga tiba masa untuk mengadakan pilihan raya umum,” katanya pada sidang akhbar pertemuan Presiden UMNO dengan ketua-ketua bahagian UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Beliau berkata, semoga rakyat Mesir yang mengharapkan perubahan akan mendapat sebuah kerajaan baru yang akan memenuhi kehendak mereka, iaitu kepada perubahan yang akan memberi kepuasan kepada mereka.
Hosni Mubarak akhirnya tunduk kepada revolusi rakyat dan mengumumkan peletakan jawatannya selepas 30 tahun memerintah Mesir apabila mengambil alih daripada Anwar Sadat.
Pengumuman itu dibuat oleh Naib Presidennya, Omar Suleiman melalui satu kenyataan yang disiarkan secara langsung di televisyen kira-kira tengah malam tadi waktu Malaysia. Najib berkata, senario di Mesir tak boleh disamakan dengan keadaan di Malaysia.
“Apa yang berlaku itu (revolusi rakyat Mesir) kita (Malaysia) lebih awal lagi menyedari perkara ini apabila kita menekankan rakyat didahulukan. Apapun dasar kita, program kita mesti meletakkan prinsip utama mesti mendahulukan rakyat,” katanya.
Beliau percaya, jika prinsip itu dilaksanakan rakyat akan bersama-sama kerajaan tetapi dalam erti kata bukan semua masalah boleh diselesaikan dalam sekelip mata.
“Rakyat pun faham, tetapi asalkan kita mendahulukan rakyat dan memahami jangkaan rakyat bahawa kita ini mengambil tindakan dan rakyat merasai faedah hasil tindakan itu,” katanya.
Mengulas kemungkinan ada pihak-pihak tertentu yang mahu mengikut jejak langkah penduduk Mesir yang berdemonstrasi, Najib berkata, rakyat Malaysia adalah matang dan berfikiran rasional.
“Mereka tahu mana (satu) yang hak dan yang batil, dan mana (satu) yang nak dieksploit oleh mana-mana pihak .
“Saya dah buat (penjelasan tentang) point ini. Dalam pergolakan di Mesir majoriti Barisan Nasional bertambah di Tenang, jadi ini adalah petanda yang baik,” katanya.
Mengulas laporan polis yang dibuat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa mahu keluar negara untuk merancang sesuatu yang memudaratkan kepada keselamatan negara, Najib berkata, beliau menyerahkan perkara itu untuk polis menyelesaikannya.
sumber : Bernama
Pengerusi Viva Palestin Malaysia Meninggal awal hari ini
RM0.UM.12/02: Pengerusi Viva Palestina Malaysia, Datuk Adnan Mohd Tahir meninggal dunia di Hospital Pantai, Bangsar awal hari ini akibat serangan jantung
Ops Piramid Lambang 1Malaysia
KUALA LUMPUR 11 Feb. – Aspek keselamatan di Mesir yang tidak terjamin dan kekurangan barang keperluan asas adalah antara punca utama kerajaan memutuskan untuk membawa balik lebih 11,000 rakyat Malaysia dari negara yang bergolak itu, kata Setiausasha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail.
Beliau berkata keputusan itu dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak setelah menerima maklumat balas daripada Kedutaan Malaysia di Mesir serta kumpulan peninjau yang diketuai Timbalan Menteri Luar, A Kohilan Pillay yang berada di Mesir selama beberapa hari mulai 29 Januari.
Shahlan adalah antara kumpulan peninjau itu yang turut disertai Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab dan wakil Kementerian Luar.
Pada 1 Februari, Najib mengumumkan keputusan membawa pulang rakyat dan pelajar Malaysia setelah demonstrasi jalanan rakyat Mesir yang bermula 25 Januari semakin memuncak selepas rakyat Islam Mesir menunaikan solat Jumaat pada 28 Januari yang menyaksikan pertempuran antara anggota demonstrasi dan polis menjadi tidak terkawal sehingga ada bangunan kerajaan dibakar.
Shahlan memberitahu perkara yang turut diberi perhatian ialah kejadian tunjuk perasaan yang bukan sahaja tertumpu di Dataran Tahrir tetapi juga di Alexandria, Mansura, Dumyat, Suez, Tanta dan Iskandariah, serta tindakan kerajaan Mesir menguatkuasakan perintah berkurung setiap hari dari 5 petang hingga 8 pagi.
Beliau berkata kelemahan pihak penguatkuasa Mesir menangani demonstrasi jalanan itu telah menimbulkan kebimbangan kerana ini turut mengancam nyawa rakyat Malaysia.
Operasi perniagaan dan bank yang terhenti serta catuan bahan bakar adalah juga faktor yang diberi pertimbangan sebelum kerajaan membuat keputusan manakala ibu bapa pelajar Malaysia di Mesir juga mahu kerajaan mengambil tindakan segera membawa pulang anak-anak mereka, katanya.
Operasi perniagaan dan bank yang terhenti serta catuan bahan bakar adalah juga faktor yang diberi pertimbangan sebelum kerajaan membuat keputusan manakala ibu bapa pelajar Malaysia di Mesir juga mahu kerajaan mengambil tindakan segera membawa pulang anak-anak mereka, katanya.
“Pasukan kita telah turun ke padang untuk melihat keadaan yang berlaku dan kita telah memberi cadangan dan laporan untuk membawa pulang pelajar dan rakyat kita kepada Perdana Menteri,” katanya.
Beliau berkata Najib, sejurus menerima laporan itu daripada Mohammed Thajudeen, telah menghubungi Malaysia Airlines dan AirAsia untuk mendapatkan persetujuan menggunakan pesawat mereka untuk membawa balik rakyat Malaysia dari Mesir menerusi Ops Piramid.
Shahlan berkata Perdana Menteri turut mengarahkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk mempersiapkan kumpulan angkatan tentera untuk membantu operasi itu, selain menggerakkan kapal KD Bunga Mas 5, iaitu sebuah kapal serbaguna Tentera Laut Diraja Malaysia yang bertugas di Teluk Aden.
Shahlan berkata bahawa di Mesir, Kohilan serta Kedutaan Malaysia bersama anggota pasukan peninjau yang lain memulakan operasi pemindahan rakyat Malaysia dengan proses mengumpul maklumat dan mengesan kesemua mereka, terutama pelajar.
Mereka mendapat bantuan pelbagai pihak termasuk Mara di Alexandria, pemimpin pelajar dan ejen-ejen yang terlibat dalam bidang pendidikan serta ustaz di beberapa cawangan Universiti Al-Azhar yang mempunyai pelajar Malaysia.
“Kami bekerjasama rapat bagi membolehkan kita mengetahui jumlah sebenar pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir. Ia bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilaksanakan,” katanya.
Mohamed Thajudeen pula berkata pihaknya bertanggungjawab dalam mengenal pasti zon-zon selamat bagi memudahkan proses pemindahan rakyat Malaysia.
Katanya ini penting bagi memastikan keselamatan pelajar dan rakyat Malaysia terjamin terutamanya ketika perintah berkurung dikuatkuasakan.
“Apabila kita nak menjamin keselamatan (rakyat Malaysia) perkara yang mustahak ialah kita kena kelompokkan mereka beramai-ramai terlebih dahulu. Kita tidak boleh biarkan mereka dalam kumpulan yang kecil sekitar dua atau tiga orang,” katanya.
Naib Pengerusi Eksekutif Hubungan Luar MAS, Kapten Datuk Mohd Nawawi Awang, berkata sebaik menerima arahan untuk membuat penerbangan khas ke Kaherah, banyak perkara yang perlu diuruskan oleh syarikat itu antaranya jenis pesawat yang perlu digunakan, keperluan bahan bakar serta jumlah anak kapal yang sukarela bertugas.
“Alhamdulillah, semuanya kita dapat atasi dalam masa yang singkat dan ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia,” kata Mohd Nawawi yang turut menjadi juruterbang pesawat MAS dalam misi itu.
Menceritakan pengalamannya mendarat di lapangan terbang Kaherah, beliau tidak menafikan timbul perasaan risau kerana bimbang demonstrasi tunjuk perasaan akan merebak ke situ.
“Tapi demi tugas, saya perlu fokus kepada penerbangan bagi menjamin keselamatan rakyat kita,” katanya.
Dalam laman blognya semalam, Najib melahirkan penghargaannya kepada semua pihak yang terlibat membawa keluar rakyat Malaysia dari Mesir dan pulang dengan selamat ke tanah air.
Perdana Menteri menyifatkan Ops Piramid sebagai lambang 1Malaysia. – BERNAMA
Petisyen Sultan Ismail Ditolak Mahkamah Persekutuan
RM0.UM.10/02: Pemasyhuran Sultan Muhammad V: Sultan Ismail Petra gagal cabar kesahihan pemasyhuran Sultan Kelantan; Mahkamah Persekutuan batalkan petisyen
TPM Umum Insentif RM7,500 Seorang Kepada 924 Guru Besar Cemerlang
RM0.UM.10/02: Timbalan Perdana Menteri mengumumkan pemberian insentif sebanyak RM7,500 setiap seorang kepada 924 orang guru besar cemerlang.
Utusan Malaysia
TPM Umum Insentif RM7,500 Seorang Kepada 924 Guru Besar Cemerlang
RM0.UM.10/02: Timbalan Perdana Menteri mengumumkan pemberian insentif sebanyak RM7,500 setiap seorang kepada 924 orang guru besar cemerlang.
Utusan Malaysia
1,439 lagi rakyat Malaysia yang dipindahkan dari Mesir tiba di KLIA hari ini
RM0.UM.09/02: 1,439 lagi rakyat Malaysia yang dipindahkan dari Mesir ke Jeddah tiba di KLIA hari ini; 3,864 lagi akan pulang selewat2nya Ahad ini -Kohilan
Utusan Malaysia