BERITA MALAYSIA KINI

Pilihan Terbaik Setiap Detik

PRK Tenang Bukti Mesir & Malaysia Tidak Sama !

Malaysia berharap peralihan kuasa Mesir berjalan lancar berikutan peletakan jawatan presidennya, Hosni Mubarak semalam, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini. Beliau berkata, kerajaan Malaysia juga akan mewujudkan hubungan yang baik dengan pimpinan kerajaan Mesir yang baru kelak.

“Saya berharap proses peralihan kuasa di Mesir berjalan dengan licin dan tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini seperti ketegangan dan keganasan yang serius.

“Saya yakin rakyat Mesir dapat menentukan nasib dan masa depan mereka dan saya berharap bahawa keadaan ini dapat diuruskan dengan baik sehingga tiba masa untuk mengadakan pilihan raya umum,” katanya pada sidang akhbar pertemuan Presiden UMNO dengan ketua-ketua bahagian UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Beliau berkata, semoga rakyat Mesir yang mengharapkan perubahan akan mendapat sebuah kerajaan baru yang akan memenuhi kehendak mereka, iaitu kepada perubahan yang akan memberi kepuasan kepada mereka.

Hosni Mubarak akhirnya tunduk kepada revolusi rakyat dan mengumumkan peletakan jawatannya selepas 30 tahun memerintah Mesir apabila mengambil alih daripada Anwar Sadat.

Pengumuman itu dibuat oleh Naib Presidennya, Omar Suleiman melalui satu kenyataan yang disiarkan secara langsung di televisyen kira-kira tengah malam tadi waktu Malaysia. Najib berkata, senario di Mesir tak boleh disamakan dengan keadaan di Malaysia.

“Apa yang berlaku itu (revolusi rakyat Mesir) kita (Malaysia) lebih awal lagi menyedari perkara ini apabila kita menekankan rakyat didahulukan. Apapun dasar kita, program kita mesti meletakkan prinsip utama mesti mendahulukan rakyat,” katanya.

Beliau percaya, jika prinsip itu dilaksanakan rakyat akan bersama-sama kerajaan tetapi dalam erti kata bukan semua masalah boleh diselesaikan dalam sekelip mata.

“Rakyat pun faham, tetapi asalkan kita mendahulukan rakyat dan memahami jangkaan rakyat bahawa kita ini mengambil tindakan dan rakyat merasai faedah hasil tindakan itu,” katanya.

Mengulas kemungkinan ada pihak-pihak tertentu yang mahu mengikut jejak langkah penduduk Mesir yang berdemonstrasi, Najib berkata, rakyat Malaysia adalah matang dan berfikiran rasional.

“Mereka tahu mana (satu) yang hak dan yang batil, dan mana (satu) yang nak dieksploit oleh mana-mana pihak .

“Saya dah buat (penjelasan tentang) point ini. Dalam pergolakan di Mesir majoriti Barisan Nasional bertambah di Tenang, jadi ini adalah petanda yang baik,” katanya.

Mengulas laporan polis yang dibuat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa mahu keluar negara untuk merancang sesuatu yang memudaratkan kepada keselamatan negara, Najib berkata, beliau menyerahkan perkara itu untuk polis menyelesaikannya.

sumber : Bernama

No comments yet»

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.