KUALA LUMPUR 13 Mei – Laporan muka depan Utusan Malaysia mengenai usaha pihak tertentu untuk menjadikan Kristian sebagai agama Persekutuan Sabtu lalu seperti dipetik daripada dua blog adalah berasas.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, asas pada pemberitaan tersebut mungkin boleh dijelaskan melalui sebuah laporan polis hari ini yang dibuat oleh seorang individu yang turut berada dalam majlis dimaksudkan di Pulau Pinang.
Selain itu, katanya, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan telah tampil menjelaskan mengenai asas laporan muka depan akhbar berkenaan sewaktu memberi keterangan kepada pihak Kementerian Dalam Negeri, semalam.
“Jadi inilah yang saya tekankan hari itu, jangan kita beremosi tentang perkara berhubung kait agama, kaum, biar pihak berkuasa (iaitu) polis khususnya untuk jalankan tugas mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Pusat Rawatan dan Prihatin (CCSC) Chow Kit di sini hari ini.
Laporan muka depan akhbar ini Sabtu lalu yang bertajuk Kristian Agama Rasmi? seperti dipetik daripada pendedahan dua blog tempatan iaitu Bigdog dan Marahku bagaimanapun turut menyiarkan penafian Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dari DAP yang turut hadir pada majlis itu.
Bagaimanapun di Pulau Pinang hari ini, seorang ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman, 42, yang hadir pada majlis kesyukuran tertutup paderi-paderi berkenaan tampil membuat laporan polis bagi menceritakan insiden sebenar.
Hishammuddin menambah, kementerian tidak boleh mengambil apa-apa tindakan terhadap pelbagai pihak termasuk Utusan mengenai hal itu kerana perkara berkenaan masih disiasat polis.
“Jangan tumpukan kepada Utusan, siasatan ini bukan untuk mencari salah siapa, ia lebih kepada mencari kebenaran sama ada perkara itu (ikrar menukar Kristian sebagai agama Persekutuan) benar berlaku,” tegasnya.
Syarat Menjadi Hamba Allah Islam – Surah Al Furqan Ayat 63 hingga 74
1. Sentiasa berjalan dengan sopan santun/rendah diri.
2. Sentiasa menyebarkan budaya Salam.
3. Laksana Qiamulail (berdiri dan sujud kepada Allah) waktu malam.
4. Sentiasa berdoa dijauhkan dari siksa neraka jahanam.
5. Sentiasa sederhana, tidak kikir dan boros semasa berbelanja.
6. Hanya berdoa dan meminta pertolongan kepada Allah sahaja.
7. Tidak membunuh.
8. Tidak Berzina.
9. Sentiasa Bertaubat.
10. Sentiasa Beriman.
11. Sentiasa Beramal Saleh.
12. Tidak memberi persaksian palsu.
13. Berpaling dari kejahatan dan menjaga kehormatan diri.
14. Tidak bersikap tuli dan buta kepada Ayat Allah.
15. Sentiasa berdoa kebaikan kepada pasangan/isteri.
16. Sentiasa berdoa kebaikan kepada anakx/zuriat.
17. Wajah disenangi dan menenang hati bila dipandang.
18. Menjadi Pemimpin yang bertakwa.