BERITA MALAYSIA KINI

Pilihan Terbaik Setiap Detik

Arkib untuk Julai, 2011

JEMPUTAN KEPADA 200 FACEBOOKER DAN BLOGGER KE SEMINAR GAGASAN 1MALAYSIA UNTUK KITA

Assalamualaikum wrt wbt & salam 1Malaysia.

Satu Seminar Gagasan 1Malaysia Untuk Facebookers dan Bloggers akan diadakan di Akademi Kenegaraan, Jalan Bellamy pada Khamis 28 Julai 2011 bermula 9.30 pagi hingga 4 petang.

Ia bertujuan memberi penerangan yang jelas tentang gagasan 1Malaysia kepada bloggers dan facebookers agar mereka dapat membantu menyebarkan gagasan ini.

Sila emailkan nama, ic, alamat dan email anda kepada email panglimaperangcyber@yahoo.com atau sms 0123378780 dengan segera.

Terhad 200 peserta sahaja.

Barang eksklusif 1Malaysia seperti pin, sticker kereta,poster,booklet,beg akan diberi kepada 200 peserta terawal sahaja.

Pendaftaran juga boleh dibuat pada hari seminar dilangsungkan.

Panglima juga turut menjadi ahli panel Forum pada Seminar tersebut.

(nota : wakil urusetia)

mohon dipanjangkan kepada rakan FB dan follower blog anda. tq

Titah Khas Yang di-Pertuan Agong

Titah Khas Yang di-Pertuan Agong

2011/07/03

ISTANA Negara malam ini mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada 9 Julai ini.

Berikut adalah teks penuh Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin:Yang_di-pertuan_agong_ke-13.png
Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan kumpulan BERSIH untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan menyerahkan memorandum kepada beta selaku Yang di-Pertuan Agong dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terbabit.
Namun, beta yakin kepemimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.
Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu ‘Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran’.

Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanaan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TitahKhasYangdi-PertuanAgong/Article/index_html

Kebanyakan masjid di ibu negara nasihat umat Islam usah terjebak

Khatib seru elak perhimpunan
Oleh Meor Hisham Zulkifli, Mohd Anwar Patho Rohman, Haspaizi Mohd Zain dan Badrul Kamal Zakaria
bhnews@bharian.com.my
2011/07/02

KUALA LUMPUR: Khutbah Jumaat yang disampaikan khatib di kebanyakan masjid di ibu negara semalam menasihat dan meminta umat Islam di negara ini supaya tidak menyertai perhimpunan haram anjuran kumpulan tertentu Sabtu depan.
Khatib yang menyampaikan khutbah mengingatkan umat Islam supaya sedar bahawa penganjur perhimpunan haram itu berselindung di sebalik nama perjuangan hak asasi manusia, perjuangan politik, menggunakan media cetak dan elektronik, kemudahan internet serta meniru tindakan keganasan di negara asing bagi menekan, mengugut pemerintah serta rakyat memenuhi tuntutan mereka.
Khatib di Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar dalam khutbahnya, menegaskan penganjur perhimpunan haram itu sebagai pengkhianat negara dan haram hukumnya bagi umat Islam menyertainya kerana ia mendatangkan keburukan, kegelisahan dan kesusahan kepada masyarakat.

“Mimbar menegaskan tindakan golongan pengkhianat ini adalah satu tindakan zalim dan haram bagi umat Islam mengikutinya kerana cara itu sebenarnya satu tindakan yang boleh mencampakkan manusia di dalam kebinasaan, mendatangkan keburukan, kegelisahan dan kesusahan kepada masyarakat.

“Semua golongan terutama umat Islam yang cintakan agama, bangsa dan negara dituntut supaya tidak terbabit dalam perhimpunan haram itu. Jangan sekali-kali terjebak dengan demonstrasi dikenali sebagai Perhimpunan BERSIH.

“Jangan kita terikut-ikut rayuan mereka dan jangan termakan budi dengan golongan yang tidak menyedari asal usul, tidak memahami adat budaya, latar belakang penduduk dan agama di negara ini,” katanya.
Beliau turut menegaskan, Islam menolak mana-mana gerakan-gerakan yang boleh menghuru-harakan keamanan sesebuah negara termasuk gerakan pelampau.

Katanya, ia selari dengan sabda Rasulullah SWT yang bermaksud “Hendaklah kamu menjauhkan diri daripada bersikap pelampau, maka sesungguhnya umat sebelum kamu dibinasakan kerana bersikap melampau dalam agama.”

Katanya, isu ancaman ini perlu diambil perhatian semua pihak kerana ia membabitkan keselamatan negara dan jika perkara itu tidak dipatuhi, keutuhan bangsa akan hancur dan memusnahkan kedaulatan negara.

Khatib di Masjid Saidina Umar Bandar Damansara turut menasihatkan umat Islam memelihara nikmat keamanan dan bersyukur bahawa negara berada dalam suasana aman damai walaupun menghadapi beberapa isu yang boleh mengancam keselamatan negara.

Sementara itu, di Masjid Jamek Kampung Baru, khatib yang berkhutbah menggesa masyarakat Islam, terutama penduduk di sekitar kawasan itu agar tidak menyertai perhimpunan haram yang dijangka akan diadakan pada hari itu.

“Mimbar menggesa umat Islam dan penduduk di Kampung Baru supaya tidak akan menyertai perhimpunan haram pada 9 Julai depan kerana perhimpunan seumpama itu jelas lebih banyak memberi keburukan kepada masyarakat kerana ia akan menimbulkan huru-hara dan juga perpecahan perpaduan di kalangan kita sendiri,” katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Khatibseruelakperhimpunan/Article/index_html

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.