BERITA MALAYSIA KINI

Pilihan Terbaik Setiap Detik

Arkib untuk Oktober, 2011

Kegiatan Dua Kanak-kanak Mencuri Di Rumah-rumah Putrajaya Terbongkar

PUTRAJAYA: Kegiatan dua kanak-kanak lelaki berusia tujuh dan lapan tahun yang mencuri di 26 buah rumah penduduk di sekitar presint 8 di sini terbongkar apabila mereka sendiri memberitahu rakan-rakan mengenai kegiatan itu. Ketua Polis Putrajaya, Superintenden Abdul Razak Abd Majid berkata seorang rakanmereka terkejut apabila diberitahu barang-barang rumahnya sendiri juga telah dicuri.

Kanak-kanak itu memasuki rumah berkenaan dengan menggunakan kunci yang ditinggalkan di luar rumah.

“Kedua-dua kanak-kanak lelaki tersebut bukan sahaja memberitahu malah menunjukkan barang-barang yang mereka telah curi.

Berang dengan keadaan itu seorang rakan sekolah mereka memberitahu ayahnya. “Terkejut mendengar perkara tersebut, ayah berkenaan segera membuat laporan kepada pihak polis dan kedua-dua budak itu ditangkap secara berasingan pada 5.40petang dan 6.30 petang di rumah masing-masing pada 28 Oktober lalu,” kata AbdulRazak kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini. Abdul Razak berkata setelah disoal siasat pihak polis, kedua-dua mereka mengakui telah menjalankan kegiatan mencuri itu sejak enam bulan lalu.

Beliau berkata dua kanak-kanak itu melakukan perbuatan mencuri dengan mengambil kunci yang diletakkan di luar rumah, biasanya di dalam kasut, apabilatuan rumah keluar bekerja pada waktu pagi.

Menurutnya, kanak-kanak itu sepatutnya pergi ke sekolah pada waktu tersebut,sebaliknya ponteng bagi melakukan perkara itu.

“Mereka mengambil duit dan barang-barang yang terdapat dalam rumah yang dibuka dengan menggunakan kunci yang ditemui.

Bagaimanapun ini tidak melibatkanbarang-barang lain yang berharga,” katanya.

Beliau berkata kanak-kanak itu menggunakan wang yang dicuri untuk membeli-belah di Alamanda di sini.

Abdul Razak berkata kedua-dua budak tersebut akan diserahkan kepada JabatanKebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.

“Mereka tidak boleh didakwa kerana masih lagi kecil (di bawah umur), oleh itu tindakan susulan akan dibuat oleh JKM,” katanya.

Abdul Razak mengingatkan penduduk di Putrajaya menghentikan amalan meletakkunci di luar rumah ketika keluar demi mengelakkan kejadian curi seperti itu dari terus berlaku. - BERNAMA

 

Najib Leaves For Saudi Arabia For Pilgrimage

SEPANG, Oct 31 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and his wife, Datin Seri Rosmah Mansor today left for Saudi Arabia to perform the haj pilgrimage.

They were accompanied by Najib’s mother, Tun Rahah Tan Sri Mohamad Noah and Najib’s younger brother, Datuk Mohamed Nazim as well as Perak Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

They took off from the Bunga Raya Complex, KL International Airport, here at about 5pm for Medina.

In a Twitter posting before leaving for Saudi Arabia, Najib said: “I will be leaving to perform the haj pilgrimage shortly. I thank all of you for your prayers.”

Meanwhile, Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin and his wife, Puan Sri Norainee Abdul Rahman as well as several Cabinet ministers were among the dignitaries who were at the airport to bid farewell to Najib and his wife.

http://umno-online.com/

Jurulatih Terengganu – Irfan Letak Jawatan

Jurulatih Irfan tinggal Terengganu buru cabaran baru

31/10/2011 5:48pm

 

Oleh ISWAN SHAFIQ MAT ISA

 

KUALA TERENGGANU 31 Okt. – Setelah dua musim bersama Terengganu dan membantu memberi nafas baru kepada bola sepak negeri, jurulatihnya, Irfan Bakti mengambil keputusan untuk berundur mulai hari ini.

Irfan yang kontraknya berakhir 30 November depan belum memutuskan pasukan mana yang akan dibimbingnya kelak ketika banyak tawaran diterima.

Beliau menyifatkan sudah sampai masanya dia meninggalkan pasukan itu untuk mencari cabaran baru ketika keputusan itu mengejutkan para penyokong.

“Setelah mencapai persetujuan antara saya dan pengurusan, jadi saya mengundur diri, tidak lagi menyambung kontrak saya yang akan berakhir 30 November ini dan persefahaman ini adalah yang terbaik bagi saya dan pengurusan,” ujarnya di sini hari ini. – Utusan

http://www.utusan.com.my/

Pas tidak bersedia laksana hudud

Oleh AZRAN FITRI RAHIM

azran.rahim@utusan.com.my

 

KOTA BHARU 30 Okt. – Kerajaan Pas Kelantan tidak pernah bersedia atau membuat perancangan yang teliti untuk melaksanakan hudud di negeri ini biarpun enakmen mengenainya diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) hampir 20 tahun dahulu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, isu hudud ditimbulkan semula oleh Pas kerana pilihan raya umum semakin hampir bagi menarik sokongan rakyat.

Beliau berkata, perancangan yang teliti termasuk penubuhan jawatankuasa teknikal pelaksana Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan sepatutnya dibuat lebih awal sekiranya mereka benar-benar ikhlas mahu melaksanakannya.

“Untuk laksanakan hudud bukan perkara kecil, amat penting perlu ada perancangan dan kerja yang teratur, bukan hanya bercakap sejak 20 tahun lalu tanpa sebarang tindakan.

“Hari ini baru hendak tubuh jawatankuasa teknikal hudud kerana pilihan raya semakin hampir, jika Pas benar ikhlas, persedian untuk laksanakan hudud dibuat sejak bertahun-tahun dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan wang pendahuluan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 278 pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Utusan Malaysia pada 24 Oktober lalu melaporkan kerajaan Pas Kelantan mengumumkan penubuhan jawatankuasa teknikal pelaksana Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Jawatankuasa itu dianggotai 19 ahli daripada kalangan profesional termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah selaku Timbalan Pengerusi 1 dan sekiranya perlu keahlian mungkin ditambah.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, kerajaan Pas Kelantan perlu memastikan keadaan di negeri ini benar-benar kondusif sebelum hudud dilaksanakan.

“Perlu ada keadilan dalam perkara ini, fakir miskin dibantu, pentadbir yang bersih, masih banyak perkara perlu dipenuhi terlebih dahulu,” katanya.

http://www.utusan.com.my/

Putera Andrew kunjungi Najib di Putrajaya

31/10/2011 11:43am

 

PUTRAJAYA 31 Okt. – Duke of York, Putera Andrew mengunjungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Seri Perdana di sini hari ini.

Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Simon Featherstone mengiringi putera diraja itu dalam perjumpaan selama satu jam sambil bersarapan pagi.

Putera Andrew tiba di Malaysia semalam untuk lawatan selama tiga hari selaku wakil khas Britain bagi perdagangan antarabangsa dan pelaburan.

Beliau dijadual menemui beberapa pegawai kanan kerajaan Malaysia termasuk Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, dan komuniti perniagaan serta menghadiri acara termasuk merasmikan Newscastle University di Iskandar Malaysia, Johor.

Beliau juga akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pukul 3 petang hari ini di Istana Terengganu, Kuala Lumpur. Kunjungan beliau yang pertama ke Malaysia ialah pada 2001. – Bernama

http://www.utusan.com.my/

Maraton lelaki 100 tahun

FAUJA SINGH menamatkan larian Toronto Waterfront di Kanada sejauh 41.9 kilometer dalam masa lapan jam, 25 minit dan 16 saat baru-baru ini.

 

FAUJA SINGH mengejutkan dunia dengan menyertai larian maraton ketika usianya mencecah 100 tahun. Pelari Britain itu menamatkan maraton Toronto Waterfront di Kanada sejauh 41.9 kilometer dalam masa lapan jam, 25 minit dan 16 saat baru-baru ini.

Bagaimanakah pencapaian melangkaui usia itu dapat dilakukan? Padahal kebanyakan daripada kita akan bersyukur sekali gus terkejut kerana masih terus bernafas pada usia satu abad. Menyertai larian maraton pada usia sebegini ibarat nukilan novel sains fiksyen.

Namun, realitinya, Singh masih dapat mengatasi lima peserta lain yang lebih muda untuk menamatkan larian di tempat ke-3,850.

Dia meletakkan kejayaannya kepada amalan tidak merokok atau minum arak, berfikiran positif dan makan kari halia.

Namun, jika hanya semua itu yang diperlukan, jalan-jalan raya akan dipenuhi pelari berusia seabad manakala setiap rumah orang tua memiliki pasukan atletnya sendiri.

Pakar perubatan geriatrik menyatakan, rekod yang dicatatkan oleh Singh akan bertahan lama dan sukar untuk diatasi.

Larian jarak jauh membebankan tubuh manusia dengan semakin tua seseorang, semakin sukar baginya melakukan aktiviti lasak.

Jantung warga tua kurang efisien dalam menyalurkan kitaran oksigen ke seluruh badan. Darah beroksigen yang dipam oleh jantung individu berusia 60 tahun kurang 20 peratus kandungan oksigen berbanding darah pemuda berusia 20 tahun.

Selain itu, kekuatan otot merosot dengan ketara apabila seseorang melepasi had usia 70 tahun pada kadar 30 peratus untuk setiap satu dekad.

Ligamen dan tendon pula semakin rapuh, menyebabkan warga emas lebih cenderung ditimpa kecederaan manakala paru-parunya menjadi keras dan kurang efisien.

Namun, jika keadaan kesihatan warga emas berkenaan baik dan dia kerap melakukan latihan fizikal, kesan penuaan ini dapat diperlahankan.

Penjagaan kesihatan yang baik juga membolehkan semakin ramai warga emas terus berlari walaupun usia mereka memasuki lingkungan 80 atau 90 tahun.

Bagi golongan ini, Singh ialah seorang wira.

“Apa yang cuba disampaikan oleh Singh ialah saya tidak akan membiarkan diri saya dikongkong oleh norma-norma kehidupan,” kata pengarah program kebangsaan Pusat Latihan Galloway di Atlanta, Chris Twigg.

MELAKUKAN regangan penting sebelum memulakan larian.

Luar biasa

Tambah Twigg: “Masa memberikan kesan buat kita semua. Tetapi selagi kita berwaspada dengan cara latihan, kita sebenarnya boleh mencapai apa yang orang lain fikirkan mustahil.

“Jika mempunyai kesihatan yang baik, kita mampu menghabiskan larian selagi kita bergerak secara perlahan-lahan.

“Kuncinya adalah dengan mengurangkan tekanan ketika berjalan untuk mengelakkan keletihan kaki.”

Twigg turut menasihatkan pelari agar mengurangkan hari latihan dalam seminggu untuk memberi ruang kepada badan berehat.

Majikan Twigg, bekas atlet sukan Olimpik, Jeff Galloway yang merupakan penulis buku Running Until You’re 100 menjelaskan bahawa impiannya adalah untuk berlari sehingga dia mencapai usia 100 tahun dan boleh terus menulis sambungan buku itu.

Lelaki yang berusia 67 tahun itu telah melatih mereka yang berusia 70-an dan ramai yang berjaya menghabiskan larian maraton.

Namun, dia mengakui bahawa peluang untuk mencapai angka 100 tahun tanpa sebarang penyakit dan kekal sihat untuk menamatkan larian jauh adalah sesuatu yang sukar.

“Mesej yang disampaikan melalui kajian kami adalah ‘gunakannya atau biarkan ia hilang’,” kata Galloway.

Dr. Sharon Brangman yang merupakan Pengerusi Persatuan Geriatrik Amerika percaya bahawa Singh adalah antara warga emas luar biasa yang muncul pada ketika ini.

“Dia benar-benar seorang yang luar biasa. Maraton adalah antara punca utama yang memberikan tekanan kepada tubuh.

“Ketika usia 100 tahun kebanyakan manusia boleh mencapai jarak 10 meter sahaja. Mustahil untuk menamatkan maraton.

Tambah Brangman, maraton sebenarnya memberikan banyak tekanan kepada jantung walaupun kepada orang muda.

Pelari muda juga boleh terlibat dengan kecederaan fizikal yang lain sebelum sistem endorfin mereka mula bekerja untuk larian.

http://www.kosmo.com.my/

Kenderaan AGSV akan ditukar tahun depan – Zahid

28/10/2011 6:59pm

 

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Kenderaan Khas Udara (AGSV) yang digunakan bagi menyokong operasi pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan ditukar mulai tahun depan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, kenderaan itu tidak lagi efektif untuk digunakan pada masa depan kerana kos penyelenggaraannya yang terlalu tinggi.

“Memang kenderaan AGSV banyak yang uzur dan perlu diganti. Laporan audit mengenai tahap kesiapsiagaan kenderaan AGSV milik TUDM memperlihatkan bahawa kita amat memerlukan aset baru bagi menggantikan aset-aset usang.

“Saya fikir dalam perbelanjaan tahun depan, kita akan gunakan peruntukan sedia ada untuk menggantikan aset-aset ini kerana kita sudah mempunyai siling tertentu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek bernilai RM128,000 kepada keluarga Allahyarham Ahmad Aizat Mohd Daud yang merupakan bakal pelatih Program Latihan Khidmat Negara yang terlibat dalam kemalangan pada 15 Mei lepas. – Bernama

http://www.utusan.com.my/

Album Baru Dicetak Rompak, Jamal Abdillah Ambil Tindakan

 

 

 

 

 

 

Pengarah Urusan Atmosphere 360, Datuk Mohd Sabri Mohd Nadzir (kiri) dan pengurus Jamal Abdillah, Ali Razak Mastor (kanan) semasa sidang media A Night with Jamal Abdillah on 11.11.11 di Menara Kuala Lumpur di sini, Selasa. – Foto THE STAR Oleh AHMAD IZZRAFIQ ALIAS.

 

 

 

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal, Jamal Abdillah kecewa apabila album terbarunya,Raja Pop II telah dicetak rompak walaupun ia belum dilancarkan secara rasmi.

Pengurus penyanyi itu, Ali Razak Mastor berkata, Jamal sendiri telah pergi ke beberapa lokasi pasar malam di sekitar Petaling Jaya dan menemui album terbarunya dijual dengan harga RM10.

“Jamal sangat kecewa apabila album terbarunya itu telah dicetak rompak kerana ia masih belum dilancarkan,” ujarnya selepas majlis pelancaran A Night With Jamal Abdillah on 11.11.11 di Menara Kuala Lumpur, Selasa.

Menurut Ali, Jamal telah pun membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berhubung perkara itu.

“Jamal berharap akan ada tindakan susulan dibuat berhubung perkara itu,” katanya.

Jamal Abdillah.

Sementara itu, mengulas mengenai persembahan istimewa Jamal di Atmosphere 360pada 11 November depan, Pengarah Urusan restoran tersebut, Datuk Mohd Sabri Mohd Nadzir berkata, pihaknya berbesar hati dapat mengundang penyanyi popular itu dan yakin ia akan mendapat sambutan daripada peminat.

Ujarnya, penglibatan Jamal dalam bidang seni suara hampir 30 tahun dan mempunyai peminat tersendiri menjadikan penyanyi itu menjadi pilihan utama.

Mohd Sabri berkata, Jamal akan menyanyikan enam buah lagu untuk para peminatnya dan persembahan itu nanti akan menjurus kepada ramah-mesra bersama tetamu yang hadir.

“Persembahan Jamal nanti akan lebih tertumpu kepada ramah mesra dengan tetamu dan tidak hanya menyanyi di pentas.

Atmosphere 360 akan menyediakan dua meja VIP yang boleh memuatkan 10 orang yang akan dijual pada harga RM15,000.

“Manakala untuk meja biasa bayaran sebanyak RM1,000 akan dikenakan untuk setiap individu,” katanya.

Menariknya kata Mohd Sabri, pada malam itu nanti tetamu bukan sahaja akan dihiburkan oleh Jamal malah akan dihidangkan dengan makanan istimewa selain beberapa kejutan lain.

“Harga yang dikenakan adalah berpatutan dengan apa yang bakal tetamu nikmati pada malam itu nanti,” ujarnya.

Sebarang pertanyaan lanjut dan tempahan tiket A Night With Jamal Abdillah on 11.11.11, boleh menghubungi 03-2020 2121.

http://www.mstar.com.my/

Putera Nayef Dilantik Putera Mahkota Arab Saudi Yang Baru

Putera Nayef Abdulaziz

 

DUBAI: Raja Arab Saudi Raja Abdullah melantik Menteri Dalam Negeri Putera Nayef sebagai putera mahkota yang baru, demikian menurut satu kenyataan diraja dibacakan menerusi televisyen awal pagi Jumaat.

“Kami telah memilih Putera Nayef Abdulaziz sebagai putera mahkota,” kata kenyataan dibawakan oleh agensi berita negara itu SPA.

Putera Nayef menggantikan Putera Sultan yang mangkat ekoran kanser di New York minggu lalu.

Putera Sultan juga merupakan Menteri Pertahanan dan Menteri Penerbangan hampir lima dekad.

Belum ada pelantikan bagi mengisi kedua-dua jawatan itu. — REUTERS

http://mstar.com.my/

Protes harga tiket mahal: Laman web FAM digodam

28/10/2011 2:38am

 

Oleh ILLAH HAFIZ AZIZ

 

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Laman rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah digodam pihak tidak bertanggungjawab, awal pagi ini.

Laman web itu, www.fam.org.my difahamkan tidak lagi berfungsi seperti biasa, sebaliknya telah mempamerkan logo FAM yang diubah suai dengan meletakkan imej ‘khinzir’ dan turut dimasukkan rakaman dua rakaman video berbau provokasi.

Selain itu, laman web yang digodam dengan latar belakang warna merah itu turut menyelitkan satu artikel dari sebuah akhbar tempatan (bukan terbitan Utusan Malaysia) bertajuk ‘Harga tiket RM50 wajar’.

Kata-kata herdikan yang menggunakan bahasa kesat turut diselitkan pada laman yang digodam itu.

Provokasi terbaru ini difahamkan wujud akibat kenaikan harga tiket perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu, Sabtu ini. – Utusan

http://www.utusan.com.my/

Older entries »
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.