BERITA MALAYSIA KINI
Pilihan Terbaik Setiap DetikArkib untuk November, 2011
Pendirian UMNO melalui ucapan penggulungan presiden – Ku Nan
KUALA LUMPUR 21 Nov. – Parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak harus berasa tersinggung sekiranya terdapat isu-isu sensitif khususnya berkaitan kepentingan orang Melayu dibangkitkan oleh para perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO kali ini.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, sebagai sebuah parti berasaskan kaum seperti mana MCA dan MIC, sudah tentu ada di kalangan perwakilan tidak terlepas membangkitkan isu-isu seumpama itu kerana sifatnya yang amat subjektif.
Sehubungan itu, beliau meminta parti-parti komponen tidak memberikan reaksi negatif jika ia berlaku kerana pendirian rasmi UMNO akan disampaikan melalui ucapan penggulungan oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari akhir perhimpunan.
“Hakikatnya, kita ini adalah parti berasaskan kaum seperti mana MCA dan MIC. Kita juga tahu ketika MCA bersidang perkara yang serupa juga berlaku, tetapi tidak pula kita suarakan.
“Begitu juga sekiranya berlaku di dalam Perhimpunan Agung UMNO. Masalah atau perkara (mengenai kepentingan orang Melayu) kalau pun dibangkitkan, ia hanya untuk perwakilan dan ahli UMNO dan bukannya hendak menyinggung perasaan kaum lain,” katanya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika memberi taklimat media mengenai persiapan Perhimpunan Agung UMNO Ke-62 yang akan bermula 29 November hingga 3 Disember ini.
Turut hadir Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan; Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Abd. Rauf Yusoh serta penolong-penolong setiausaha sayap-sayap UMNO.
Tengku Adnan berkata, perkara sama juga berlaku ketika persidangan MIC, Gerakan dan PPP kerana itu adalah hak mereka.
“Kami tahu apa yang mereka katakan, namun persoalannya mengapa fokus mengenai perkara ini sering ditujukan kepada UMNO? Ini kerana UMNO terbuka,” katanya.
Pada sidang akhbar sama Tengku Adnan berkata, UMNO akan mengambil kira peringatan serta pandangan yang disuarakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia, semalam.
“Sebagai bekas presiden, sudah tentu beliau tahu tentang perjalanan UMNO, tetapi kita juga ingin maklumkan bahawa Presiden baru, Datuk Seri (Najib Tun Razak) sedaya upaya cuba memperbaiki dan mengatasi setiap masalah yang timbul.
“Kita juga sedar bahawa UMNO seperti Tun (Dr. Mahathir) sebut merupakan payung kepada kaum lain. Kita akan berusaha untuk kekalkan peranan ini agar UMNO terus menjadi parti yang boleh diharapkan untuk menaungi mereka dan seterusnya memastikan masa depan anak-anak mereka serta negara ini terjamin,” katanya lagi.
Pengagihan Daging Korban Harus Dilakukan Oleh Orang Islam, Kata Jamil Khir
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) — Pengagihan daging korban perlu dilakukan oleh orang Islam kerana ia merupakan ibadah keagamaan dan demi memastikan ia tidak menimbulkan sensitiviti di kalangan umat Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Beliau berkata walaupun pengagihan daging korban itu boleh dilakukan oleh golongan bukan Islam tapi perkara berkenaan boleh menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan umat Islam.
“Pengagihan daging korban tidak salah dalam konteks hukum Islam tetapi persoalannya sekarang di manakah pemimpin-pemipin masyarakat dan anggota politik yang beragama Islam Pengagihan Daging Korban Harus Dilakukan Oleh Orang Islam, Kata Jamil Khirdalam melaksanakan ibadah korban tersebut?” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Khatam Al-Quran Perdana 2011 Tadika Islam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Masjid Khalid Al-Walid, Jalan Padang Tembak di sini Khamis.
Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Dr Muhammad Yamin Ismail.
Jamil Khir berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar hari ini yang mengatakan bahawa beberapa blog mempertikai tindakan Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok mengagihkan sendiri daging korban kepada masyarakat Islam baru-baru ini.
Akhbar berkenaan memetik blog http://novandri.blogspot.com dan http://klxpress.blogspot.com yang memaparkan gambar Kok mengagihkan daging korban tersebut bagaimanapun blog itu tidak menjelaskan bila dan di mana gambar anggota Parlimen itu dirakamkan.
Jamil Khir berkata beliau tidak mengetahui sejauh manakah kebenaran blog yang memaparkan cerita tersebut.
Sementara itu, mengenai Tadika Islam di bawah pentadbiran MAIWP, MAIWP akan menaikkan kadar bantuan makanan daripada RM1.50 sen sehari kepada jumlah antara RM1.80 sen dan RM3 sehari untuk setiap pelajar bermula Januari ini.
Selain itu, MAIWP telah membelanjakan kira-kira RM6.5 juta setahun untuk pembayaran emolumen kepada guru-guru tadika berbanding hasil pendapatan MAIWP menerusi kutipan yuran bulanan berjumlah hanya RM1.2 juta setahun, kata Jamil Khir.
Pembayaran emolumen melebihi pendapatan MAIWP itu adalah untuk membuktikan bahawa pihaknya mahu memastikan pelajar-pelajar tadika Islam mempunyai keseimb angan antara penguasaan ilmu dan nilai sahsiah dan peribadi yang tinggi, katanya.
– BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=627660&utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed
Pembantu Khas Datuk Husam Musa Meninggal Dunia
KUALA KRAI, 11.11.11 : Pembantu khas kepada Datuk Husam Musa, Kamarulzaman Abdullah (gambar, berdiri kiri) meninggal dunia selepas kenderaan dinaikinya terbabit kemalangan dekat Paloh di sini awal pagi ini.
Ketika kejadian kira-kira jam 2.30 pagi, beliau bersama dua lagi rakannya menaiki kenderaan pacuan empat roda jenis Pajero, bertembung dengan sebuah kereta Produa Myvi di kilometer 40 jalan Kuala Krai-Gua Musang.
Mereka ketika itu dalam perjalanan pulang dari Kula Lumpur selepas menghadiri majlis penyerahan ‘Amanat Tun Razak’ kepada PERDANA MENTERI di parlimen berhubung tuntutan bayaran royalti Kelantan.
Akibat kemalangan itu, beliau yang cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan jenazah Allahyarham kini dibawa ke Hospital Gua Musang. Dua lagi rakannya Roslan Mohd Zain juga cedera di kepala dibawa ke Hospital Kula Kerai manakala Ridwan Elias hanya mengalami mengalami cedera ringan. Pemandu dan penumpang Myvi juga cedera parah dan turut dibawa ke Hospital Kula Kerai untuk rawatan lanjut.
Solat jenazah allahyarham akan diadakan di rumah ayahnya di Batu 4 Wakaf Che Yeh selepas solat Jumaat dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Panjang, Kampung Kota. Allahyarham yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Kelantan, meninggalkan seorang balu dan seorang anak.
Sementara itu, Exco Kelantan, Datuk Husam Musa yang kini dalam perjalanan ke Hospital Gua Musang mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Kamarulzaman. “Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan mereka yang beriman… Al-Fatihah,” katanya.
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Kamarulzaman. – HARAKAHDAILY
Najib: ‘11.11.11 akan berlalu tanpa Parlimen bubar’
November 11, 2011
KUALA LUMPUR, 11 Nov — Di sebalik desas-desus banyak pihak, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara berseloroh berkata spekulasi bahawa beliau akan membubarkan Parlimen hari ini sempena tanggal 11.11.11 tidak akan menjadi kenyataan.
Najib yang mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) petang tadi berkata: “Tarikh 11.11.11 akan berlalu tanpa Parlimen dibubarkan.”
Spekulasi menyebut Najib akan membubarkan Parlimen hari ini untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13 bulan depan.
Beliau yang kembali dari menunaikan haji kelmarin mempengerusikan mesyuarat Kabinet pagi tadi.
Petang tadi beliau berlepas untuk menghadiri sidang kemuncak Apec.
Pada sidang media hari ini, Najib memberitahu mesyuarat itu hanya membincangkan langkah untuk memantapkan parti selain persiapan menjelang pilihan raya umum.
“Tiada perbincangan mengenai pengagihan kerusi atau mengenai tarikh kemungkinan pilihan raya akan diadakan,” katanya.
Info – http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-11.11.11-akan-berlalu-tanpa-parlimen-bubar/
Adinda Sultan Kelantan fail saman RM50 juta akhbar Malay Mail – Berita Harian
2011/11/11
KUALA LUMPUR: Adinda Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra memfailkan saman bernilai RM50 juta terhadap akhbar berbahasa Inggeris, Malay Mail Sdn bhd dan syarikat mencetak akhbar berkenaan berhubung artikel yang didakwa merosakkan martabatnya.
Turut dinamakan sebagai defendan, pengarang Malay Mail, Yushaimi Maulud Yahya dan wartawannya, Marhalim Abbas.
http://www.bharian.com.my/articles/AdindaSultanKelantanfailsamanRM50jutaakhbarMalayMail/Article/?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter
DAP Tidak selesa lihat penguasaan Melayu – Zulkifli Nordin
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 6 Nov. – Hasrat DAP mahu mengurangkan bilangan penjawat awam sekiranya dipilih sebagai pemerintah negara mengukuhkan dakwaan bahawa parti berkenaan tidak selesa melihat penguasaan orang Melayu dalam sesuatu bidang.
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, semua pihak sedar majoriti penjawat awam merupakan orang Melayu dan DAP tidak selesa dengan perkara tersebut.
“Mereka (DAP) memang ada agenda tersembunyi menerusi hasrat tersebut dan bukanlah semata-mata mahu mengurangkan perbelanjaan kerajaan seperti didakwa.
“Mereka ini memang tidak boleh tengok orang Melayu lebih sedikit dalam sesuatu. Kita (Melayu) memang ramai dalam sektor awam, jadi mereka cuba untuk mengurangkan penguasaan kita dalam sektor tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Zulkifli, DAP seharusnya melaksanakan terlebih dahulu hasrat mereka itu di negari-negeri ditadbir pembangkang dan lihat kesannya.
“Saya cabar mereka laksanakan dahulu hasrat mereka itu di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Kita tengok apa reaksinya,” jelasnya.
Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua yang disiarkan dalam sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini bahawa kerajaan DAP akan mengu rangkan penjawat awam dan mena matkan perkhidmatan mereka yang tidak efi sien seperti yang dilakukan kera jaan China bagi mengurangkan bajet kerajaan
Ruangan Bisik-Bisik Mingguan Awang Selamat yang turut menyentuh isu tersebut menganggap ia sebagai satu lagi provokasi DAP yang tersirat agenda tertentu.
Sementara itu, Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor berkata, itulah belang sebenar DAP yang bersikap rasis dan menanam kebencian terhadap orang Melayu dan asas negara.
Katanya, konsep Malaysian-Malaysia yang dimulakan oleh PAP dan diteruskan oleh DAP adalah atas semangat yang sama iaitu tidak mengiktiraf Melayu dan Islam sebagai teras negara ini.
‘‘Cuma semangat rasis dan kebencian itu hanya muncul sekarang setelah DAP yakin mereka boleh peralat dan tunggang pemimpin Melayu yang terdesak seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup gadai maruah bangsa dengan didokong sekelompok pro Anwar yang rakus kuasa di dalam Pas.
‘‘Ini membuatkan DAP semakin berani terjemah semangat rasisnya dengan kenyataan terbaru berhubung kakitangan awam itu,’’ katanya.
Datuk Seri Najib Razak dan isteri selesai menunaikan ibadah haji
Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah haji bersama jutaan umat Islam lain.
“Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai,” kata Perdana Menteri menerusi laman Twitternya.
Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada umat Islam di Malaysia.
Najib dan Rosmah ialah antara 28,000 rakyat Malaysia yang menyempurnakan ibadah haji tahun ini.
Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Perdana Menteri ialah ibu beliau, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim.
- Bernama
Abdullah harap pemansuhan PPSMI diterima semua pihakAbdullah harap pemansuhan PPSMI diterima semua pihak
06/11/2011 12:27pm
KEPALA BATAS 6 Nov. – Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berharap pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dapat diterima dengan baik oleh semua pihak agar tidak mengundang masalah di kemudian hari.
Beliau berkata, perubahan yang dilakukan itu perlu konsisten agar setiap pembaharuan yang akan dilakukan dapat dilaksanakan dengan sempurna serta tidak mengelirukan tenaga pengajar dan pelajar.
“Saya harap dalam hal ini dan isu berkaitan yang telah diputuskan dibuat dengan sebaik-baiknya. Insya-Allah perubahan dan pembaharuan yang dilakukan ini tidak akan beri masalah lagi,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan sebahagian daripada 42 ekor lembu korban kepada penduduk di dalam kawasan Parlimen Kepala Batas di sini hari ini.
Pengumuman pemansuhan PPSMI dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mengambil kira hasil kajian bahawa sebahagian besar sekolah tidak melaksanakan PPSMI, sebaliknya menggunakan dwi bahasa dalam proses pembelajaran dua subjek itu.
Dengan pemansuhan PPSMI, kerajaan akan menggunakan Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI).
Terdahulu, Abdullah menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Jamiul Badawi bersama penduduk setempat dan kemudiannya menghadiri jamuan Hari Raya Aidiladha anjuran wakil rakyat sekitar Parlimen Kepala Batas. – Bernama
Tindakan diambil jika anjur Seksualiti Merdeka di ibu negara
KUALA LUMPUR 6 Nov. – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil tindakan ke atas pihak yang mengadakan program Seksualiti Merdeka 2011 di ibu negara, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Beliau berkata, DBKL akan sentiasa memantau bagi menghentikan langkah menghidup atau mempromosi kegiatan tidak bermoral itu.
“DBKL berhak ambil tindakan kerana tiada kelulusan diberi untuk majlis sebegini. Kalau ia dilakukan di premis perniagaan, kita boleh sita dan kalau di premis awam kita akan ambil tindakan (terhadap penganjur),” katanya kepada pemberita pada majlis korban di Jalan Klang Lama di sini hari ini.
Raja Nong Chik berkata, meskipun program seumpama itu diadakan setiap tahun sejak 2008, namun DBKL tidak pernah menerima sebarang aduan disebabkan ia dilakukan tanpa publisiti seperti yang berlaku sekarang.
Majlis korban itu dianjurkan oleh pergerakan Pemuda dan PuteriUMNO cawangan Lembah Pantai dengan kerjasama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung.
Sebanyak 30 ekor lembu yang tujuh daripadanya disumbangkan oleh Raja Nong Chik disembelih di Masjid Imam Al-Tirmizi, Taman Sri Sentosa. – Bernama
Proton Exora REEV bolot dua anugerah di United Kingdom
LONDON 6 Nov. – Kereta elektrik jarak tambahan nasional (REEV), Proton Exora REEV berjaya memenangi anugerah pada Cabaran Kereta Masa Depan Brighton ke London RAC (FCCBTL-RAC) buat kali kedua berturut-turut semalam.
Lebih menarik, Exora REEV bukan hanya memenangi anugerah Kereta Pelbagai Guna Cekap Tenaga terbaik, ia juga turut berkongsi anugerah Kenderaan Elektrik Jarak Tambahan (E-REV) terbaik dengan jenama gergasi pembuat kereta, Toyota. – Utusan