BERITA MALAYSIA KINI

Pilihan Terbaik Setiap Detik

PAS rakam takziah kekanda Sultan Pahang mangkat

Harakahdaily, 12 January 2012

KUALA LUMPUR, 12 Jan: PAS Pahang merakamkan ucapan takziah di atas kemangkatan Tengku Seri Nila Utama Pahang, Tengku Ainon Jamil Al-Marhum Sultan Abu Bakar, kekanda kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada jam 5.30 pagi tadi.

Tengku Ainon Jamil, 84, mangkat di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini, demikian menurut kenyataan Setiausaha Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang, Datuk Sabaruddin Sulaiman.

“Kemangkatannya merupakan suatu berita sedih bukan sahaja bagi anggota keluarga bahkan bagi seluruh rakyat Pahang. Baginda sangat terkenal dengan minatnya terhadap kuliah pengajian agama, sering menghadiri majlis-majlis ilmu dan keeratannya dengan semua golongan rakyat,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan media.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Semoga Allah mengampuni segala dosa dan menerima semua amalan baiknya dan merahmatinya di alam barzakh. Al-Fatihah.

http://bm.harakahdaily.net/

No comments yet»

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.