Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR dan MARZITA ABDULLAH

KUALA LUMPUR 23 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perayaan Tahun Naga Air dalam kalendar Tahun Baru Cina ini diharap dapat menarik lebih banyak sokongan masyarakat Cina kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).
Perdana Menteri berkata, walaupun sokongan masyarakat itu kepada BN merosot pada pilihan raya umum lalu, kerajaan sentiasa melakukan pelbagai usaha membela nasib kesemua lapisan rakyat termasuk masyarakat Cina sejak dahulu.
“Harap begitulah (peningkatan sokongan) kepada segala usaha kita membela rakyat. BN juga mengharapkan tahun ini membawa rezeki lebih bagi terus membela nasib rakyat berpendapatan rendah dan sederhana. Diharap dengan ini akan mengukuhkan lagi kepercayaan terhadap BN,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam lintas langsung bersama sebuah televisyen swasta semasa menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Gerakan di Menara PGRM, Jalan Pudu Ulu, Cheras, di sini, hari ini.
Sebelum itu, kehadiran Najib ke majlis berkenaan disambut oleh Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan para pemimpin kanan parti tersebut.
Hadir sama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan menteri-menteri Kabinet.
Selain itu bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr. Hasmah Mohd. Ali, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek.
Mana perginya khir jamil? Adakah makan tersebut di cekek olih najis dan Bib MAMA disahkan HALAL oleh JAKIM.