Rombongan PAS Kelantan kunjungi MB Perak- harakahdaily

JOHARI JAAFAR
Sun | Mar 30, 08 | 9:30:14 am MYT

IPOH 30 Mac, (Hrkh) – Seramai 140 orang rombongan dari Kelantan khususnya dari PAS Kawasan Pasir Putih yang diketuai oleh Yuganu Yunus telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Perak, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin di kediaman Rasmi Menteri Besar 28 Mac lalu.  <!––>Yugani dalam ucapannya berkata, hasrat untuk mengadakan kunjungan di Negeri Perak kian membara sebaik sahaja diisytiharkan pakatan Barisan Rakyat berjaya membentuk kerajan campuran di negeri ini. Hasrat ini semakin membara apabila mengetahui kerajaan campuran yang dodokong DAP, PKR dan PAS diterajui oleh Menteri Besar dari kalangan salah seorang pimpinan PAS Perak.

“Selama ini kita baca dan lihat gambar Ir Nizar dalam suratkhabar, kali ini kita jumpa sendiri dan kami mahu menyampaikan sendiri ucapan tahniah kepada Nizar yang telah diperkenankan oleh Sultan Perak menjadi Menteri Besar Perak yang ke 10,” ujarnya.

Menurutnya, rakyat Kelantan sentiasa mengikuti perkembangan politik di negeri ini terutama apabila Barisan Rakyat berjaya menumbangkan BN.

“KIta berdoa agar kerajaan campuran ini akan terus memerintah Negeri Perak dengan jayanya,” katanya.

Beliau berharap Mohammad Nizar dapat menerajui pemerintahan di Perak dengan tenang dan sabar kerana banya ujian dan halangannya yang prlu dihadapi.

Sementara itu Mohammad Nizar dalam kata-kata aluannya menyampaikan ucapan terima kasih kepada rombongan kerana sudi mengunjungiinya, sekaligus ia memberikan kekuatan dan semangat kepada beliau yang mengemudi kerajaan barisan rakyat di negeri ini.

“Kemenangan ini adalah kurnia dari Allah dan kerajaan negeri akan memikul tanggungjawab ini dengan melaksanakan amanah yang telah diberikan oleh rakyat.,” katanya.

Kerajaan campran akan terus melaksanakan apa juga program yang mendatangkan kebaikan kepada rakyat berlandaskan berlandaskan kepada prinsip keadilan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada rakyat Kelantan yang mendoakan kesejahteraan kepada PAS Perak,” katanya./wann.

2 responses to “Rombongan PAS Kelantan kunjungi MB Perak- harakahdaily

  1. Nota carkey

    Berita Malaysia kini harap maklum,Yugani yunus tidak tlibat langsung Dgn PAS klntan,Hal ini kmungkinan salah ejaan Nama iaitu Yuganu bin yunus yg tlibat scara aktif di Dlm PAS kelantan.buat pgetahuan Yugani Dan Yuganu merupakan adik beradik.harap berita Malaysia boleh edit semula ksalahan ini btujuan mgelakkan salah faham Dan kekeliRuan.terima kasih

  2. tq

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s