Kerajaan Selangor akan kaji perjanjian bekalan air

HARAKAH DAILY

M Khaleel Kas
Thu | Apr 10, 08 | 7:14:08 am MYT
KUALA LUMPUR, 10 April (Hrkh) – Kerajaan negeri Selangor akan mengkaji semula perjanjian bekalan air negeri itu dengan pemegang konsesi dan kerajaan persekutuan.

Bagi merealisasikannya, Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menyiapkan sendiri kertas kerja sebagai asas perbincangan beliau untuk mengkaji semula perjanjian bekalan air di Selangor.

Semasa bercakap kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini semalam, beliau tidak mahu melakukan kajian secara tergopoh gapah dan ia memerlukan masa kerana membabitkan aspek teknikal, undang-undang dan ekonomi mengenai perjanjian air itu.

Katanya, pengalaman pengurusan air kerajaan Pulau Pinang yang kosnya dikatakan lebih rendah daripada Selangor akan diteliti sebagai idea untuk kertas kerjanya selain kajian beliau sendiri membabitkan pelbagai aspek.

Sementara itu, mengenai cadangan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) untuk menaikkan tarif air di Selangor, Tan Sri Khalid berkata keputusan kenaikan tarif air akan dibuat oleh kerajaan Persekutuan tetapi kerajaan Selangor akan membuat beberapa cadangan supaya perkara ini tidak akan membebankan rakyat.

Dalam sidang media itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Yaakob Sapari berkata kerajaan negeri akan menyusun semula kawasan penternakan haiwan di negeri ini memandangkan sebahagian besar daripada Selangor telah bertukar menjadi bandar.

Antara yang bakal diberi perhatian ialah penternakan lembu daging serta tenusu kerana ada kandang lembu tenusu kini terletak di sebelah kawasan pangsapuri dan perlu dipindahkan ke penempatan yang lebih sesuai dengan menggunakan kaedah moden.

Selain itu, ladang ayam akan digalakkan menggunakan sistem tertutup supaya kurang mengeluarkan bau dan menjadi tumpuan lalat, katanya.

Manakala, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu pula berkata kerajaan Selangor sekarang akan meneruskan rancangan kerajaan negeri sebelum ini untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan pihak berkuasa tempatan bagi menjadikan Selangor lebih selamat.

Bagaimanapun beliau berkata kos pemasangan CCTV itu agak tinggi dan pihaknya akan berjumpa pembekal supaya kos peralatan itu dapat dikurangkan pada kadar harga yang berpatutan. – mks.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s