‘Tindakan kejam’ pada tahanan ISA – MalaysiaKini

‘Tindakan kejam’ pada tahanan ISA
Apr 11, 08 5:29pm
Kem tahanan Kamunting di Taiping didakwa sengaja tidak menyediakan khidmat jagaan kesihatan kepada seorang pemimpin Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf), P Uthayakumar, yang mengalami sakit kencing manis.

uthayakumar new look taiping hospital 090408“Akibat kecuaian nyata dan kekejaman itu, Uthayakumar jatuh sakit dan terpaksa dimasukkan ke hospital (foto kiri: wajah terbaru Uthayakumar dari wad),” kata presiden Aliran Kesedaran Negara (Aliran), P Ramakrishnan dalam satu kenyataan hari ini.

“Sukatan gula dalam darahnya 18.8 – tahap yang membimbangkan.  Jika beliau tidak menerima ubatan yang tetap, beliau boleh menghidap beberapa lagi penyakit yang berkaitan diabetes.”

“Buah pinggangnya mungkin rosak dan matanya pula dalam bahaya – sekadar menyebut beberapa penyakit yang berkaitan kencing manis. Kami juga difahamkan tahap kandungan protein dan asid urik berada di tahap sangat tinggi.”

MIC akhir bulan lalu – menyertai gesaan bertubi-tubi pembangkang dan badan bukan kerajaan – mendesak lima pemimpin Hindraf itu, termasuk Uthayakumar, dibebaskan dengan alasan, antaranya, beberapa daripada mengalami masalah kesihatan.

Presidennya Datuk Seri S Samy Vellu menyarankan dua daripada mereka dibebaskan lebih awal atas alasan R. Kenghadaran mengalami sakit teruk dan M. Manoharan menang sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor.

Bekas menteri itu juga berkata dua lagi ketua Hindraf wajar dibebaskan – V. Ganabatirau dan K. Vasantha Kumar – kerana “pembabitan mereka tidak begitu mendalam” dalam demonstrasi besar di Kuala Lumpur 25 Nov lepas.

Kelima-lima pemimpin Hindraf itu kini merengkuk di kem tahanan Kamunting di Taiping sejak 13 Disember lalu.

2 responses to “‘Tindakan kejam’ pada tahanan ISA – MalaysiaKini

  1. JANGAN CUBA MENYAKAH GUNA KUASA SEBAGAI PM KERANA KEBENARAN TIDAK DAPAT DIABAIKAN .KAMI MASIH MEMBERI PELUANG KPD PM SUPAYA MENGAMBIL TINDAKAN SEWAJAR. HINDRAF SIMBOL OF JUSTICE.TAHAN PAK LAH MASUK ISA KERANA CUAI MELAKSAKAN TANGGUNGJAWAP SEBAGAI PM “PANDAI MAKING”

  2. Orang yang benyak bercakap di luar mengenai ISA cuba pikirlah…kenapa 90 orang ni ditahan dibawah ISA kenapa 26 juta yang diluar tak ditahan….betul ke ISA ini zalim, adakah mereka ni dibuat maca Nazi jerman, macam israel, macam amerika atau macam yang lain-lain…..
    Sebenarnya yang banyak bercakap di luar ni adalah untuk kepentingan diri sendiri…Banyak bekas tahanan ISA yang di lepaskan berada dalam keadaan baik dan sihat..contoh anak menteri besar kelantan. kalau nak tuntut perubahan tak boleh buat cara baik-baik ke??? …Macam orang tua-tua ada berkata, belajar tinggi-tinggi tapi bodoh…cubalah pikir. kalau kita buat dengan cara betul tak ada orang nak susahkan kita. Silap harib bulan lebih dari apa yang kita mintak pun kita akan dapat

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s