Bayi tabung uji di Terengganu

kosmo


SUSILAWATI melihat bayinya di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU – Penantian selama 12 tahun pasangan suami isteri, Noor Fazli Mohd. Nor, 36, dan Susi- lawati Sidek, 32, untuk memiliki anak sendiri akhirnya tercapai.

Ini kerana tepat pukul 8.40 pagi semalam, penantian itu berakhir dengan kelahiran seorang bayi lelaki seberat 3.12 kilogram yang dikandung melalui teknik persenyawaan tabung uji (IVF).

Menurut Susilawati, saat mendengar tangisan anaknya yang dilahirkan secara pembedahan itu tidak dapat digambarkan.

“Saya rasa sangat-sangat bersyukur dan gembira,” katanya ketika ditemui di wad bersalin Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Pasangan itu merupakan salah seorang daripada 32 pasangan yang berjaya mendapat anak melalui kaedah tersebut di bawah tajaan Yaya- san Fertiliti Tunku Azizah (TAFF).

Susilawati berkata, beliau membuat permohonan kepada yayasan tersebut kira-kira dua tahun lalu sebelum permohonannya diluluskan, tetapi cubaan melalui kaedah itu gagal pada kali pertama.

“Lepas mencuba kali kedua, saya tak mengharap sangat, jadi dalam tempoh itu kami telah mengambil anak saudara suami saya, Noor Fazlina Syamimi Syafaruddin yang ketika itu baru dilahirkan sebagai anak angkat,” katanya yang memberi nama bayinya, Nor Farhan Syamer.

Bagaimanapun jelasnya, bayi yang kini berusia tujuh bulan itu tidak akan disia-siakan dan akan tetap disayangi sama seperti bayi kandung.

Dalam pada itu, penaung TAFF, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar yang melawat pasangan dan bayi itu memberi- tahu, ia adalah bayi tajaan TAFF pertama di Terengganu.

“Ini merupakan bayi keempat tahun ini dan kita sedang menunggu 10 lagi bayi yang bakal dilahirkan tahun ini,” titahnya.

Tambahnya, pasangan yang bermasalah untuk mendapatkan zuriat, bolehlah menghubungi TAFF di talian 09-5733241.

Sejak TAFF ditubuhkan pada 2005, seramai 32 bayi dilahirkan melalui kaedah berkenaan.

“TAFF membantu pasangan yang tidak mampu, tetapi inginkan anak dan perbelanjaan untuk menjalani kaedah IVF ini menelan belanja besar iaitu antara RM25,000 dan RM30,000,” jelas baginda.

3 responses to “Bayi tabung uji di Terengganu


  1. Kalau Nak Buat Blog, Cuba Masuk Laman Web “Leoxa.com”
    (Themenya Cantik-cantik)

  2. usaha tangga kejayaan.. semoga dimurahkan rezeki lg

  3. taniah.. akhirnya berjaya, mendapatkan ank.. dimana blh berdaftar utk membuat bayi tabung uji

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s